Monday, June 15, 2015

Bakor Ayam ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Ni cite ari Sabtu ari tu. Sehari selepas kenduri Pok Teh. Hahaha btw, aku tak attend pun kenduri tu. Pegi merewang je malam sebelum tu. Hari kejadiannye, aku tumbang. Muntah + migrain. Telan active fast terus lost. Aku tak sedar brape lame aku tido. Tapi start dari ari Khamis lagik aku sakit kepale. Pagi tu breakfast makan kuih dengan nescafe tarik je. Sampai office terus aku muntah. Kosong perut. Tengah tengah duk sakit kepale, boleh pulak Pen. VC datang buat site visit. Dah le terjah masuk office aku. Mane aku nak kenal, sedap duk address dia as DR, time nak balik tu baru dia cakap " Panggil I Dato' " Hoi mane nak tau wehhhhhhhhh. Check kat direktori rupenye dia orang baru. Lepas dia balik je, telan active fast, pastu terus rase high giler. Tido pun dalam keadaan separa sedar. Memang parah ar. Dah le dengan perut kosong. Petang tu makan pun, duk usap usap perut tak nak kasik muntah. Bertahan la makanan dalam perut aku sampai la pagi Jumaat tu. 

Okeh balik pada cite asal. Bebudak ni la request nk bakor bakor ayam. Mak sedare dh le semua penat merewang kenduri kan. Jadiknye layan kan la. Puan Kakak marinate 4 ekor ayam, masak nasik goreng, mee ngan bihun goreng. Kak Long bawak puding triffle.

Memula ingatkan nak start membakor lepas Maghrib, tapi nampak cuaca macam mendung semacam. Jadik pukul 530 tu start membakor. Puan Mak kate bakor awal awal buat jiran tetangga terliur. Ye la aroma ayam tu menerawang ke seluruh pelusuk kejiranan. Hahaha. Dah separuh jalan membakor, Angah sampai. Sambung membakar pulak. Dah Maghrib baru siap bakor. Ira ajak buat eksperimen bakor sotong. Meh kite bakor, tapi sebelum tu perap dulu dalam lebihan perapan ayam tu. 

Eh tak sedap tau sotong bakor tu. Tak pepasal tekak aku meloya. Hahaha saje carik penyakit kan. Aku tengok Achik telan pun muka macam nak hijau dah. 



Pukul 8 lebih macam tu Incek Abang dengan family sampai. Hambik semua pakai baju T BN time PRU ari tu. Sawan benor la diorang ni. Siap bawak baju lebih suruh kiteorang pakai, tapi tak muat. Hahaha


Mane aku? Memang aku tak kan ade dalam gambor la. sebab aku sendiri yang jadik photographer. Ni pakai phone Incek Abang je, aku punye Cik Epal kemane ntah time ni.

Itu je la cerita bakor bakor ayam kali ni. Raya ni pulak kite membakor ye. Tunaikan hajat bebudak, kekonon nak makan makan besar sebelum puasa. Eleh nanti puasa makan lagik besorrrrrrrrrr.


Ape lagik? Tade dahhh


Babai!

0 comments:

tt