Sunday, September 24, 2017

KENYIR TRIP 2017

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Trip ni pegi last week. 2days 1nite. House boat yang kite orang amik ni namenye Arowana Kenyir. Kalu yang berminat boleh google sendiri yer. Ade 7 bilik, 2 tandas (termasuk bilik mandi), dapur, 7 bilik tidur, 1 surau & 1 bilik karaoke. Harga dalam range RM 2,000 hingga RM 2,500. Yang murah sikit ade lagi. house boat yang kecik ade jugak. Harga pun murah jugak la sikit.

Cuma bab makan minum, barang barang makanan kite bawak sendiri, masak sendiri. Ala duk atas bot cam tu takde la nak makan beriya sangat. Ala kadar je. Nk bbq, tempat bbq ade disediakan. 

 
Ni kat Pengkalan Gawi tempat parking boat
Sungai Lasir
Air Terjun Sungai Lasir

Ni la House Boat kami



First pit stop ari tu kat Air Terjun Sungai Lasir. Perjalanan dalam 2 jam lebih jugak la dari Pengkalan Gawi. Air terjun ni okeh. Cume hari kami pergi tu hujan renyai renyai sikit. Jadi nak mandi pun tak berape best. Mase nak g air terjun tu kiteorang naik bot kecik. Sepatutnye boleh jalan kaki je dari tempat parking bot tu. Tapi jauh sikit la jalan kaki. Dalam setengah jam jugak kot.



Malam tu ade bbq. Ayam perap siap siap dari darat lagi.

Santuari Kelah Kenyir



On second day, lepas breakfast kiteorang gerak g Santuari Ikan Kelah. Dari Sungai Lasir ke santuari ni amik mase lebih kurang sejam lebih jugak. Sampai kat Pusat Penerangan Santuari Kelah tu, Staff KETENGAH bagi penerangan secara ringkas dulu pasal tatacaraa lawatan.


Untuk sampai ke Santuari tu, dari pusat penerangan kene naik bot kecik selama 5 minit. Lepas tu kene daki bukit + daki tangga + Naik jambatan gantung+ turun tangga adalah la dalam 45 minit jugak. Boleh tahan letih jugaklah. Tapi once dah nampak ikan kelah tu, segala keletihan memang tak de dah.





Biase untuk setiap trip ke santuari ni pengunjung akan dapat masa lebih kurang 30 minit untuk bermanja dengan ikan kelah. Ikan ni manja terlebih weh. Sape yang penggeli aku suggest baik tak payah hulur kaki. Sebab ikan ni manja dia lain macam sikit. Mulut siap bunyi cup cupp. Hahahaa. Makanan ikan boleh beli kat pusat penerangan. RM 2 perpaket.

Dalam pukul 3 lebih gerak balik ke pengkalan. Otw balik tu, ade ribut tengah tasik. Scary jugak lah bile teringatkan keadaan keluasan kedalaman tasik tu weh. Sampai pengkalan diaorang stop kejap dekat Taman Herba, aku tak turun. Sebab hujan renyai renyai, malas nak basahkan baju.

Kalu korang berniat nak shopping kat Pusat Bebas Cukai tu, aku suggest pegi shopping dulu. Sebab bile time balik, ngam ngam sampai darat, tempat shopping tu dah tutup.

Next trip bulan 10 aku tak silap. Nanti aku update balik flow program macam mane.

Sehingga itu, adios!


Untuk maklumat lanjut boleh layari website KETENGAH.





THE CHILDHOOD MEMORY

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 
=) 
Aku ternampak jiran aku post ni kat whatsapp. Hahaha then suruh dia forward kat aku. Baru aku perasaan yang aku tak wujud pun dalam gambar tu. Sebab mase tadika, memang aku pemalas gile nak g skolah. Mujur le bile dah masuk secondary school tu jadi rajin. Alhamdulillah. Budak yang malas g skolah dulu tu, dah masuk U dan ade degree pun (walaupun degree tu simpan dalam fail !)


Aku notice ade kawan kawan yang muke langsung x berubah, ade yang lain gile. Hahahaaa

Tapi aku sendiri tak sure, cam mane rupe aku 26 tahun lepas tu.




Sunday, September 10, 2017

AIDIL ADHA 2017

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
=)

Sepatutnye sebelum entry Aidil Adha ni ade entry lain dulu. Tapi entry tu postpone dulu la sebab aku takde daya kekuatan lagi nak taip. Hahaha tunggu la dulu sampai aku betul betul kuat. 

Lets start da story. Tahun ni Aidil Adha takde la meriah macam tahun tahun lepas aku rase. Biase biase je.


 Puan Kakak masak rendang ayam. Ketupat nasi tu Tok Ki Omar yang anyam daun, Ketupat palas tempah dnegan Ita. Makan dulu sikit before pegi tempat korban. Kang duk sane perut bunyi naye je.

 
Ni drama swasta sebelum pegi tempat korban. Addin dah tak sabar nak tengok lembu kene sembelih. Ajak bergambar pun dia buat drama.


Addin ibu dia amik 1 bahagian untuk Addin. Ibu keje jadi aku la yang menjadi wakil. Settlekan semua. Dari part akad jual beli, wakil kepada tukang sembelih, sampai la ke pengagihan daging. Ko rase? sado kejap mak sedara ni angkut daging ke sana sini. Dia sengih sengih je kat tepi. Tunggu la ko besar Bang. Ko buat la sendiri. 



Petang, program korban yang masjid punye pulak. Tuanku Sultan Terengganu berkenaan untuk mengurniakan seekor lembu kepada JK Masjid Tok Kah untuk ibadat korban dan daging untuk diedarkan kepada warga miskin & fakir.

Round kampung lagik anta daging. Ko rase? Puan Mak kate jangan mengeluh. Anggap tu semua ibadat.

Ni second day Aidil Adha. Edar daging yang Kak Long pulak.

Alhamdulillah. Settle semua.

Moga tahun depan berjumpa lagi dengan ibadat korban. 
Amin








tt