Tuesday, November 14, 2017

BUSY

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

☺☺☺☺☺☺☺

Oh hye everyone ! *waving* 

Im quite busy rite the moment. Hahaha tak tau la ape yg disibukkan. Tapi memang doing something la. Something big is around the conrner. Not the 14th GE. Donno la yang tu bile nak datangnye. TPM said, the GE will be around in 180days (he said few days ago) 

Tapi bagus sebenarnye busy dalam keadaan cam sekarang. I need something to clear out my mind from that chaos things. Bile kite sibuk, kite tak dan nak fikir pun segala yang menyakitkan hati tu. 

Aku kena kuat untuk hadap semua setan-setan yang duk berkeliaran tu. Hahaha. Penat weh nak menjawab pertanyaan orang. Orang ni kekadang dah tau jawapan tapi saje nak provoke kite, nak tengok reaction kite macam mane. Hey Im cool bebeh! 

Berderet lagi list to yang tak settle ni. Malam ni ade perjumpaan. Hadoi tak tau la ape yang gonna happen tonight. Wish me luck ehhh. 

Bai! 

Thursday, November 9, 2017

MARI MENGENAL TASIK KENYIR

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

😊😊😊😊😊

Kembali bersiaran pasal Tasik Kenyir. Trip kali ni pada 26 Oktober 2017. Anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan KETENGAH. Kalau tak silap la. Ni adalah satu cara yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memperkenalkan Tasik Kenyir kepada umum. 

Tasik Kenyir ni dah lame wujud. One of tasik buatan di Malaysia, yang dibina untuk menjana tenaga hidro elektrik. Kalau belajar Kajian Tempatan masa sekolah rendah akan tau la pasal Kenyir ni. 
Untuk maklumat lanjut boleh layari TASIK KENYIR. Dalam ni ade full info pasal Kenyir. 

Mase trip kiteorang pegi tu ade 4 Dun dalam Parlimen Dungun yang terlibat. Setiap Dun satu bas. Cume kiteorang je ari tu satu bas dari Tok Kah. 

Sampai sampai Tasik Kenyir ari tu ade briefing sikit pasal Kenyir dan isu semasa oleh Ybhg. Dato' Muda bin Mamat, Pengarah Unit Komunikasi ( UKOM ) SUK Terengganu. Pastu naik bot ke first pit stop. 

Mula mula pegi Taman Orkid


  • Terletak di Pulau Hilir Selimbar (0.7), Pulau Hulu Selimbar (1.7 Ha) dan Pulau Belit (0.3 Ha)
  • 5 km / 10 minit dari Pengkalan Gawi
  • Menempatkan spesies orkid hutan, hibrid serta orkid daripada negara lain
  • Sebanyak 11,739 pokok dari 700 spesies orkid telah ditanam
  • Antara spesies, Dendrobium Affine, Aranda Majula, Bulbophyllum Patens, Arachnis Flos-Aeris, Lady Gray dan lain-lain





Mane lagik kembang? Orkid ke Boyu? 😏

Lepas tu ke Taman Herba 

  • Terletak di Pulau Sah Kecil dengan keluasan 15.84 hektar
  • 7 km dari Pengkalan Gawi
  • 26,000 pokok herba daripada 230 spesis
  • Laman Herba menempatkan pelbagai spesies herba antaranya Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mas Cotek dan sebagainya
  • Pusat interpretatif
  • Laluan refleksologi


Kat sini korang boleh minum air tongkat ali dengan kacip fatimah. Tapi aku tak minum la. Karang ting tong sape nak seret aku balik. Settle pusing pusing, terus lunch kat sini. Ok la jugak makan tengah hari sambil hadap tasik, dengar bunyi burung bagai. 

Then ke Taman Rama-Rama 

  • Terletak di Pulau Lubuk Geras (1.25 Ha)
  • 2.5 km / 5 minit dari Pengkalan Gawi






Lepas settle semua, balik semula ke Pengkalan Gawi, then cuci mata kat Pusat Bebas Cukai. Pusat bebas cukai yang sebenar still under construction. Kalu tak silap siap tahun depan. Nanti boleh le korang datang shopping kat Pusat Bebas Cukai Pulau Poh. 

Sebenarnye banyak lagi tempat menarik kat Tasik Kenyir ni. Untuk info lanjut, boleh dapatkan di official website KETENGAH. 

Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu bagi kami peluang untuk mengenali Tasik Kenyir lebih dekat lagi. 

Adios.




tt