Monday, February 5, 2018

ALKISAH CABUT GIGI

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Alkisahnye hari ni, Puan Mak nak cabut gigi. Si Bongsu ni pun mengekor la skali sebab nak cabut jugak gigi. Malam tadi aku tak leh tido. Payah nak pejam mate. Padahal migrain, dah telan ubat sesiap. Tapi tak jugak nak pejam mate. Aduhai. Aku dah agak mesti darah dah naik. 

Jadinye, pagi tadi sampai lambat sikit. Sampai sampai orang dh ramai. Maklumlah kalu kat klinik kesihatan Kuala Abang tu ari Isnin je yang boleh cabut gigi. Of kos la ramai orang kan.

Lame jugak menunggu turn tadi. Ade dalam 2 jam aku rase. Hahaha. Mane darah aku tak naik. Campur pulak ade makhluk sorang tu, duduk atas kerusi tak reti duk diam. Pakai seluar sampai ternampak lurah bontot. Aduhai. Jantan tau. Kalu perempuan aku dh pegi tegur.

Masuk dalam bilik rawatan, doktor check gigi semua. Doktor kate gigi ok lagi. Ade kesan kena tampal. Aku pulak berkerut kerut nak ingat bile aku tampal gigi. Pastu aku cakap nak cabut jugak. Doktor kate boleh. Tapi ade few risks la. Salah satunye, susunan gigi akan tak lawa. Alah gigi belakang kalu tak lawa pun xpe. Bukan orang nampak. 

Then doktor jumpe la root gigi yang tak abis cabut lapan tahun lepas tu. Doktor suggest yang tu pulak kene cabut. Sebab dah ganggu kedudukan gigi lain. Aku cakap aku memang ade masalah susunan gigi dari dulu lagi.

Okeh la, nak cabut sangat kan. Nurse pun check la bp. 1st check terlalu tinggi. 195/124. Hahaha doktor geleng kepale. Tapi aku gelak. Dah check abis background. Ade diabetik tak, hpt x, semua la. Mane ade record kan. Track record bersihhhhhhh

Dah tinggi sangat darah, doktor suruh bawak kad pergi check manual pulak bp. Keluar la ke depan pegi check. Mule mule 186/113. Check lagi. Tak ok jugak. Nurse suruh rehat kejap. Aku siap tawaf kk dah tadi. Amik angin kekonon. Check balik, x normal jugak. Nurse amik alat manual pun, duk 180/110. Pulse pun laju. Apehal pun tak tau la 

Jumpe balik doktor, cakap nak datang hari lain. Tapi doktor tetap duk suruh tampal je. Ishhhh tak nak la. Seram tauuuuuuuuu 


Bukan nk membongak la. Seingatnye, aku x pernah cabut gigi or tampal gigi kat klinik / hospital kerajaan. Kalu ade pun, yang nurse gigi datang sekolah tu. Tu pun bile ntah. Yang lain lain, aku rase banyak kat Klinik Pergigian Mustafa. Yang last cabut pun kat situ jugak.

Tak pe la, tahun depan la try nasib pulak pegi cabut gigi. Hahahaha

Adios 

Sunday, January 21, 2018

MAKANAN SABTU AHAD

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Hollaaaaaaaaaaaaaa Everyone! 

Im back with a short and quick update! 

Cehhh kemain speaking intro ehhh. Padahal hari hari makan sambal le jugaknye. 

Ni lauk semalam. 

Ikan masak 'ketuk' serai 
Sambal Telur + Kentang 
Bendi Celur 




Then, Puan Kakak balik dari kelas tarannum dia masakkan bubur butir nangka. Bukan bijik buah nangka eh. Ni adunan tepung beras ke tepung pulut entah, buat bijik bijik then campak dalam kuah manis. 



Ni nasi goreng pagi tadi.  Sambal telur tu ade lebih campur dengan cili kering, campak sayur sayur, then siap. 
Senang je kan? 



Okeh. Tu je nak update. 

Bai ! 

Monday, January 1, 2018

BYE 2017. OH HELLO 2018!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Nak buat recap untuk sepanjang tahun 2017 aku tak berape rajin. Sesambil otak aku dah cukup penat dengan segala mende yang jadik. Start dari December 2016 membawak la sampai ke December 2017, otak aku tak berenti 'bekerja'.

Tahun 2018 ni pun nak bekerja keras lagi kepale otak ni. Nak work smart kene gune sepenuhnye otak kiri otak kanan. Hahaha. Macam bijak je bunyi.

Tahun 2017 agak mencabar la untuk family aku bile for the 1st time Puan Mak admit ward. Hahaha lawak pun ade bile ingat balik. Tapi kalu tak kene cam tu, sampai bile bile pun tak beringat kan. Hahaha.

The worst part, Neyo died in December. Setahun lebih aku jage, aku tatang then Neyo pegi. Yup, sebab lack information jugak. Kalu dari awal aku google pasal demam Neyo tu, rasenye Neyo will still with Us. Tapi dah Allah tentukan macam tu. InshaAllah, akan ade pengganti yang lebih baik lepas ni. Well, Adik is pregnant again!

Secara keseluruhannya, 2017 tough year yang amat untuk aku. Berape kali jadi loser tak tau. Tapi tetap kene sadokan jugak hati. Hahahaha

Terima kasih pada mereka yang selalu ade sepanjang tahun 2017 ni. Yang dah blah dari idop aku, aku doakan semoga mereka terus bahagia dan dilimpahkan rahmat Allah swt. Yang masih ade bersama, teruskan la bersabar dengan aku yang mood empat musim ni. Hahaha

Untuk 2018, aku tak harapkan pape. Cume aku nak idop aku back on track. Tu je. Tak lebih tak kurang. Tak de orang nak sayang 2018 ni pun tak pe la. Dah redha.

Selamat menjalani 365 hari di 2018! Semoga semuanye manis manis sahaja!

Lots of kit kat chunky,

Mokyue!


Saturday, December 23, 2017

PUCUK DAUN JAMBU vs CIRIT BIRIT

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Semalam aku cirit birit. Tak tau la salah makan ape. Rase semua makanan yang aku makan sehari sebelum tu macam normal je. Perut dah berusia cam ni la. 

Aku tak suke makan pil cirit tu. Sebab rase semacam je. Macam lada hitam berkulat. Aku rela ulang alik ke tandas. Kebetulan Puan Mak semalam pun cirit jugak. Petang tu Puan Mak suruh la amikkan pucuk daun jambu tu. 


Ni la rupe pucuk daun jambu tu. Basuh bersih bersih, lepas tu kunyah. Kelat sebat! Rase kelat melekat kat tekak weh. Tapi demi tak tahan dah masuk tandas, aku rela je la kunyah dan telan. Last skali aku masuk toilet pukul 1 pagi. Keluar toilet, aku amik lagi pucuk ni, kunyah sampai tertido.

Bangun pagi tadi rase mulut berhampas dan kelat. Alhamdulillah, cirit birit dah tak de hari ni. 

Lepas ni kene tanam banyak banyak pokok jambu. Senang kalu cirit, boleh amik je. 

Bai!

MENU DI HARI SABTU

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hari Sabtu memang aku jadi chef. Chef untuk tekak sendiri sebab Puan Kakak pegi kelas tarannum. Balik lambat, jadi kene masak sendiri la. Kalu tak, Puan Mak lapar. Masak simple simple je. Janji boleh makan, cepat masak, perut kenyang.

Sambal Telur Pecah 


Buat sambal same macam nak buat sambal bilis, cume taruk telur je. Patutnye, telur tu pecahkan terus dalam sambal, then kacau kacau je. Tapi aku rajin sikit, aku buat scramble egg dulu, pastu baru masukkan dalam sambal.

Kobis Tumis Air


Masak bening kobis je. Aku carik lada hitam x jumpe. Jadi, kurang la rase pedas sikit

Sambal Jantan 


Ni la sambal paling malas. Just tumbuk cili padi, then tambah garam je. Tahan lame sambal ni. Rase pedas dengan masin je. Boleh buat rencah untuk nasi goreng. Pedas yang hamaaaaat ni. 

Simpe je menu kan, senang. Tak perlu bazir banyak mase. Hahaha.

Bye!






Thursday, December 21, 2017

INTERVIEW DI SITE

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
😉😉😉😉

Lame tak update pasal interview kan. Hahaha lepas setahun ni, semalam baru ade company panggil untuk interview. Jawatan kerani di construction je. Eh sesuke jeeeeee. Hahaha 

Nampak je macam jawatan biase biase tapi calon yang datang ramai. Dah le fresh graduate. Tercabar akak yang dah kertu ni. 

Aku memule nak pegi pakai kemeja dan seluar je. Pastu terfikir balik, sebab jawatan ni untuk bahagian admin kan, mesti kene pakai biar nampak formal sikit. Last last iron baju kurung. Tak nak print resume ape semua. Ingat nak bawak fail sijil je. Macam tak kena pulak, gigih bukak lappy update resume, susun sijil. Hadoi bersungguh benar  la kan. 

Pagi esoknye terbabas bangun lambat. Interview 930 am. Kelam kabut jugak nak siap. Sambil duk bersiap, sambil tu jugak la google pasal company. Hahaha bongok la. Bukan ape nak tau ape previous dan latest company tu handle projek. Kene la amik tau jugak kan.Tapi serius, aku tak tau pun sebenarnye skop keje tu macam mane. 

Aku sampai dalam 15 minit sebelum 930 am. Agak ngek jugak la masuk site dengan baju kurung. Pekerja pekerja tengok je ade perempuan duk berjalan dalam tu. Aku pun tak cerdik jugak. Pakai tudung dengan baju kaler pink. Memang jadi perhatian la kan. Hahah perasan! 

Aku yang ke 3 masuk untuk interview. Masuk dalam tu baru la tau skop keje ape sebenarnye. Hahaha tu pun sebab aku tanye. Panel bagi peluang tanye soalan. Tu je yang dalam kepale. Nak keluar lepas interview tu, lupe nak ucap terima kasih. Nasib baik ingat nak salam. Hahaha 

Cume ape yang aku perhati kan ari tu, resume. Resume orang lain agak menarik. Memang menarik perhatian. Dalam sehelai kertas semua ade. Tapi bagi aku agak crowded la. Based on pengalaman, resume ni biar orang senang hati bile tengok. Senang cite, neat and clean. 

Pastu pakaian. Yes, dibenarkan untuk pegi interview untuk berpakaian kemas dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Tapi jangan melebih. Ni pakai kemeja jeans, seluar palazo. Agak tak sesuai. Macam kurang formal pulak. Nasib baik semalam, masuk bilik interview tu bukak kasut, kasut masuk dengan kasut, aku sendiri pun fail jugak! Sebab semalam pakai sandal je 

Pastu kaler baju + tudung. Apehal semalam diaorang semua pakai kaler gelap eh? Hahahaa aku pulak yang risau. Kaler ikut keselesaaan diri. Aku mungkin dah terbiase nak g interview mesti nak pakai kaler yang soft dan sweet je. 

Lain lain tak de kot. Rezeki tak tau la menyebelahi sape. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Moga moga ade rezeki. Sebab semalam aku mintak gaji murah je. Hahaha a


Ok tu je. Bai!

Tuesday, December 12, 2017

SUKAN RAYKAT KG TOK KAH

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
😉😉😉😉😉

Dah nak masuk sebulan sebenarnye program ni tapi baru rase rajin nak buh dalam blog. Biase la kan penyakit zaman skarang ni. Kikikiki

Masa plan nak buat sukan ni, cuaca ok je. Tapi sampai 2 hari sebelum, dah start hujan lebat. Jabatan Meteorologi pulak dah keluarkan amaran ujan lebat start 23hb Nov sampai ke 25hb. Uikss sadisnye. 
Preparation semua dh ade. Dah anjak tarikh, memang tak la. 

Tak pe la. Jadinye bersukan la kami dalam hujan. Nasib baik SK Tok Kah ade dewan terbuka. Boleh la guna untuk senamrobik pagi tu. 


Orang duk senamrobik, aku tak tau kemane dah pagi tu. Duk tilik hujan je dengan harapan hujan akan stop. Nan hado ehhhh


Untaian Kasih 



Tapak Kaki Gajah 


Lari Dalam Guni 



Aiskrim Malaysia 


Sambutlah Kasih 



Telur Di Hujung Tanduk  

Tepung Gomok 


Makan Biskut Paling Banyak 



Keretapi Salji 


Isi Air Dalam Botol 


Telur Di Hujung Mulut 

Bola Sepak 7 Sebelah Berkain Pelekat / Kain Batik 



Tarik Tali 

Bola Tin 

Termiss gambar acara Boling Nyor, Ngail Botol dengan ape lagik ntah. Aku pun dah lupe. Hahaha

Tapi Alhamdulillah, walaupun cuaca memang tak mengizinkan hari tu, tapi sambutan dari rakyat jelata memang terbaik la. Semua pakat duk berhujan panas sama-sama. 

Gambar penyampaian hadiah aku tak masukkan la. Banyak sangat. Jenuh nak pilih. 


Ni antara Team Urusetia Yang Tak Berapa Nak Setia 😌




Ni la budak yang paling 'bersih' hari tu 


Big thanks kepada semua urusetia dan rakyat jelata yg dah menjayakan Program Sukan Rakyat. InshaAllah ade rezeki tahun depan kite buat lagi. Musim hujan jugak :) 


Saturday, December 9, 2017

GOOD BYE NEYO

www.tips-fb.com



Assalamualaikum wbt 

😢😢😢😢

Tahun ni memang tahun kehilangan la. Neyo dah kembali ke Pencipta malam Jumaat ari tu. 
20 Ogos 2016 - 07 Disember 2017. 
Setahun lebih je Allah pinjamkan Neyo pada kami. 
Patut la terasa tak nak pegi mane - mane minggu ni. 
Rupenye Neyo nak tinggalkan kami. 
Neyo tetibe demam hari Rabu tu. 
Tido for the whole day. 
Then malam tu tengok dia berhingus dan keluar darah kat hidung. 
Pastu asek terkencing je.
Ingatkan pagi Khamis tu makin better, tapi rupenye makin teruk. 
Dia just minum air masak je. 
Makan tak boleh masuk langsung. 
Badan panas semacam je. 
Memang sedih tengok keadaan dia. 
Tak pernah terfikir Neyo akan tinggalkan kami secepat ni. 

Tak pe la. Thank U Allah pinjamkan Neyo untuk kami. 
Maafkan Ibu Neyo kalu lately Ibu busy. 
Kurang layan Neyo.
Terlambat bagi makan. 
Asyik marah marah kalu Neyo mintak makan. 

Semoga Neyo tenang di sana. 
We will miss U. Always. 



p/s : Losing Neyo is the worst. Worst than losing U, Pakcik Zul

Tuesday, November 14, 2017

BUSY

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

☺☺☺☺☺☺☺

Oh hye everyone ! *waving* 

Im quite busy rite the moment. Hahaha tak tau la ape yg disibukkan. Tapi memang doing something la. Something big is around the conrner. Not the 14th GE. Donno la yang tu bile nak datangnye. TPM said, the GE will be around in 180days (he said few days ago) 

Tapi bagus sebenarnye busy dalam keadaan cam sekarang. I need something to clear out my mind from that chaos things. Bile kite sibuk, kite tak dan nak fikir pun segala yang menyakitkan hati tu. 

Aku kena kuat untuk hadap semua setan-setan yang duk berkeliaran tu. Hahaha. Penat weh nak menjawab pertanyaan orang. Orang ni kekadang dah tau jawapan tapi saje nak provoke kite, nak tengok reaction kite macam mane. Hey Im cool bebeh! 

Berderet lagi list to yang tak settle ni. Malam ni ade perjumpaan. Hadoi tak tau la ape yang gonna happen tonight. Wish me luck ehhh. 

Bai! 

Thursday, November 9, 2017

MARI MENGENAL TASIK KENYIR

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

😊😊😊😊😊

Kembali bersiaran pasal Tasik Kenyir. Trip kali ni pada 26 Oktober 2017. Anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan KETENGAH. Kalau tak silap la. Ni adalah satu cara yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memperkenalkan Tasik Kenyir kepada umum. 

Tasik Kenyir ni dah lame wujud. One of tasik buatan di Malaysia, yang dibina untuk menjana tenaga hidro elektrik. Kalau belajar Kajian Tempatan masa sekolah rendah akan tau la pasal Kenyir ni. 
Untuk maklumat lanjut boleh layari TASIK KENYIR. Dalam ni ade full info pasal Kenyir. 

Mase trip kiteorang pegi tu ade 4 Dun dalam Parlimen Dungun yang terlibat. Setiap Dun satu bas. Cume kiteorang je ari tu satu bas dari Tok Kah. 

Sampai sampai Tasik Kenyir ari tu ade briefing sikit pasal Kenyir dan isu semasa oleh Ybhg. Dato' Muda bin Mamat, Pengarah Unit Komunikasi ( UKOM ) SUK Terengganu. Pastu naik bot ke first pit stop. 

Mula mula pegi Taman Orkid. 


  • Terletak di Pulau Hilir Selimbar (0.7), Pulau Hulu Selimbar (1.7 Ha) dan Pulau Belit (0.3 Ha)
  • 5 km / 10 minit dari Pengkalan Gawi
  • Menempatkan spesies orkid hutan, hibrid serta orkid daripada negara lain
  • Sebanyak 11,739 pokok dari 700 spesies orkid telah ditanam
  • Antara spesies, Dendrobium Affine, Aranda Majula, Bulbophyllum Patens, Arachnis Flos-Aeris, Lady Gray dan lain-lain





Mane lagik kembang? Orkid ke Boyu? 😏

Lepas tu ke Taman Herba 

  • Terletak di Pulau Sah Kecil dengan keluasan 15.84 hektar
  • 7 km dari Pengkalan Gawi
  • 26,000 pokok herba daripada 230 spesis
  • Laman Herba menempatkan pelbagai spesies herba antaranya Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mas Cotek dan sebagainya
  • Pusat interpretatif
  • Laluan refleksologi


Kat sini korang boleh minum air tongkat ali dengan kacip fatimah. Tapi aku tak minum la. Karang ting tong sape nak seret aku balik. Settle pusing pusing, terus lunch kat sini. Ok la jugak makan tengah hari sambil hadap tasik, dengar bunyi burung bagai. 

Then ke Taman Rama-Rama 

  • Terletak di Pulau Lubuk Geras (1.25 Ha)
  • 2.5 km / 5 minit dari Pengkalan Gawi






Lepas settle semua, balik semula ke Pengkalan Gawi, then cuci mata kat Pusat Bebas Cukai. Pusat bebas cukai yang sebenar still under construction. Kalu tak silap siap tahun depan. Nanti boleh le korang datang shopping kat Pusat Bebas Cukai Pulau Poh. 

Sebenarnye banyak lagi tempat menarik kat Tasik Kenyir ni. Untuk info lanjut, boleh dapatkan di official website KETENGAH. 

Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu bagi kami peluang untuk mengenali Tasik Kenyir lebih dekat lagi. 

Adios.




tt