Wednesday, January 1, 2014

Its Time To Say Good Bye, 2013

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

365 hari dah berlalu tanpa meninggalkan sebarang sisa. Muahaha. Sisa bagai ko! Dari 1 Jan 2013 sampai la 31 Disember 2013, macam macam pengalaman, kejadian, perkara itu ini yang dah terjadi. 


Pada mereka yang selalu membuat aku tersenyum di saat air mata meleleh ke pipi, aku ucapkan terima kasih banyak banyak dan aku sangat sangat menghargainya. Especially, awak! (Ye, awak tau kan siapa awak yg dimaksudkan!) 

Terima kasih jugak pada kawan kawan yang selalu ade di saat aku jatuh tersungkur teruk di tahun 2013 ni. Emi, Syila, Tieah, Yana, Kak La, Yoe, Reen, Awak - terima kasih kerana meminjamkan telinga di saat saya ingin sesorang untuk melepaskan segala yang terbuku di hati. Sangat sangat menghargainya. Dan ramai lagi, walaupun tak disebutkan di sini tapi aku nak korang tau, kewujudan korang di sisi aku, memang aku hargai sangat sangat! 


Part yang pahit untuk 2013, aku rase time PRU la. Pahit sesangat. Start dari pembubaran Parlimen membawak ke Hari Penamaan Calon sampai la ke hari pengundian, memang aku rase hari biru sangat sangat. Aku tak tau berape koyan air mate aku habis. Haha. Bersambung pulak fasa lepas PRU. Dugaan weh. 

Tahun 2013 jugak aku kenal 'ramai lawan  drp kawan'. Tak pelah. Aku tak kesah. Aku tak perlukan orang yang 'wujud' semata mata demi kepentingan. Sorry la. Once aku dh list outkan ko, jangan harap ko nak masuk balik dalam kamus idop aku. Keji dowh! 

Biarlah ape pun yang berlaku sepanjang tahun 2013, yang mane negatif, aku amik untuk positifkan di tahun 2014. 

Azam 2013 sesungguhnya, banyak yang tak tercapai. Ade aku kesah? 


Eh! Opssssss! 

Erm, sepanjanh idop aku, aku hanya ade satu AZAM, dan tak berubah menjadi dua atau tiga atau bertukar dia setiap tahun baru! 


Its time to move on! 

Welcome 2014! Semoga kehadiran anda membawa kebahagiaan, kemakmuran, kedamaian dan keberkatan untuk idop aku. Aura aura, anasir anasir negatif, please stay away! Jangan nak rosakkan tahun 2014 aku. Lets give a good kick start! 

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kesempatan kepada aku untuk meneruskan kehidupan di hari esok. Amin!

Last but no least, aku susun 10 jari kepada insan insan yang aku dah lukakan hati sepanjang tahun 2013. Walaupun sempat 4 bulan je menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Khas MP, aku sure memang ramai yang ade rase sakit hati ngan tindak tanduk aku. Tak kesah la aku sengaja atau tak, aku pohon maaf sangat sangat. 

So, 2014, lets rock! 

Gonna miss 2013 too much! 

Adios! 

P/s : thanks awak untuk segala rase masam manis tahun 2013! 






Friday, December 27, 2013

Disember

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Haip! Lagi beberape ari bulan Disember nak abes. Baru hegeh hegeh nak update blog. Muahaha. Teruk teruk. Dah beku idea gamaknye. 

Erm, Disember tahun ni kan.. Macam macam emosi bercampur baur. Da worst December dalam idop aku gamaknye. Muahaha. Tapi tak pe, Disember tak berakhir lagi kan. Mane tau kot kot boleh berubah jadi yg best best kan. 

Lets start with 4 Dec, bangun pagi dengan senyuman. Erk. Bukan bangun pagi la, pada hakikatnye aku tak tido pun malam tu. Paginye baru aku tido. Tu pun tido pukul 8, pukul 9 aku dah terjage. Sudahnye, muke aku kembang macam pai epal. Sighhhhhhhhhhh 

6 Dec dah start ujan lebat weh. Mase tu dah start Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Pastu berterusan dengan banjir. Hoi! Hangen jugak time tu, sebab bengang pemimpin UMNO duk bersidang tapi few tempat dah start banjir. Tapi aku salute la, MB Terengganu, Pahang ngn Johor, sanggup tinggalkan PAU, balik ke kawasan jenguk mangsa mangsa banjir. Tolong semaksima mungkin. Macam biase la, macam macam cite jugak yg tak sedap didengar keluar kan. Gitu la setiap kali banjir. Erm.. Kampung aku banjir jugak tau. Rumah aku sendiri nyaris nyaris nak masuk air. Tapi tak kene pindah la.. Sempat la jugak main air banjir kat rumah orang lain. Haha meroyan la sangatkan. Gatal nak merase banjir. 


Elok elok baju tak basah, gatal pi harung air. Muahaha. Kalu dh spesis tak berape nak centre tak payah nak cakap ape la kan.. 

Selama beberape hari ade mangsa kat pusat pemindahan, sempat jugak g jenguk jenguk, tolong ape yang patut.. 

Pastu ape lagik yang jadik ar bulan ni? Haaaa ade lagi. Tapi tak pe la, aku simpan je la. 

Last 2 weeks anak anak balik bercuti. Dah dekat nak bukak skolahkan.. Layan je la gambor bawah ni. Aku malas nk taip dah ni. Muahaha 






Tu malam Jumaat, ramai ramai pi keluar. Makan kat Tanjung Kuala Dungun. Bergambor ramai ramai. 

Hari akhir Disember, hari ni la kan, aku tersadai period pain. PMS ! Muahahahaa

Dan sesungguhnye, Disember 2013 penuh dengan pelbagai rase. 

Adios 

P/s : nak buat review sepanjang tahun pulak






Sunday, December 22, 2013

Bubur Asyura

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt.. 

=) 

Huarghhhhh.. Berzaman weh nk up entry. Malas tahap giler weh. Cume tak sampai tahap nak sampai ke Tanjung Rambutan.. 

Straight to the point je la. JKKK kampung aku ade organize program kacau bubut asyura ari tu. Tapi aku lupe la, awal bulan Disember ke akhir bulan November. Lebih kurang cam tu la, tapi sebelum banjir ari tu la. Bubur asyura ni kan org biasa buat bulan Muharram. 

Bubur ni zaman aku kecik kecik dulu, aku makan. Dah besar panjang ni tak berape nak gemar. Selera bertukar. Tak berape nak boleh makan, sebab banyak masuk rempah ratus kot. 


Start masak aku rase dalam pukul 8 lebih. Aku sampai dh pukul 9. Pagi tu ujan lebat, pastu nak bawah bekal bihun payah la. Nasib baik Along datang, tumpang dia la kan.

Sampai sampai tu, dah nampak orang duk prepare bahan bahan yg nak masuk dalam bubur tu. Ade labu, keledek, kacang merah, bawang bawang, ade la banyak lagi bahan. Sempat la tolong kopek kulit labu tu. 

Mase ni aku ok lagi. Duk dalam sejam, perut naik sebu. Boleh pulak aku balik rumah, balik muntah. Muahaha. Dah puas muntah, pegi sane balik. 


Ni time makan tengah hari. Aku tak makan. Sebab tekak dah start meragam balik. Haha biru muke duk tahan nak muntah. Dah pening ngan bau rempah, ade pulak makcik sorang tu bawak tempoyak.. 

Pagi mase aku sampai tu, bubur dh start masak. Tapi x masukkan santan lagi. Dalam 2 jam lepas tu, baru masukkan santan, bahan bahan yg lain tu. Rempah rempah tak masuk lagi.



Tu yang tengah mengacau tu Timbalan Ketua Puteri cawangan aku. Ketua? Haha duk tersadai tepi tiang. Tahan nak muntah. 

Mase orang duk kalut kalut nak masukkan rempah, aku start motor plan nk balik muntah, skali rase nak pitam. Part motor tepi jalan, dan dan time tu jugak aku muntah. Hahaha. Terjelepok tepi jalan raya. Malu ohkei! Nak bawak motor pun x larat, kene call Abg Die datang amik. Buat malu betul la.. 

End product bubur asyura tu aku tak sempat tengok. Agih agih ke rumah orang kampung pun aku x join, sebab dah tergolek kat rumah. Tak pe tak pe, tahun depan i join yer! 

Tu je citenye. Tapi aku rase masak bubur asyura zaman aku kecik kecik dulu rase lagi meriah. Pakai kayu api segala bagai. Kenangan semua tu weh. Nasib baik membesar kat kampung, boleh rase smua tu. 

Chow! 






Tuesday, December 3, 2013

Ah Bo Bo

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Saje buat entry untuk perkenalkan my new pet. New ke? Dah masuk sebulan lebih aku adopt si Ah Bo Bo ni. 


Aku amik Bo ni kat Tadika KEMAS Tok Kah. Ditinggalkan kat situ. Dari biarkan duk memekak kat situ, meh ikut aku balik. Haha. Mase mule mule bawak balik, tak reti nak makan, minum tau. Yang dia tau teriak ngan berak kencing je. Teriak 23 jam, 1 jam je diam. Haha memanjang kene kurung. 

Jenuh la nak train dia makan. Aku beli whiskers, dia tak layan. Bagi nasi pun tak makan, susu lagi la tak. Dah la tu, jahkun! Tengok orang je, terus lari menyorok. Yang dimakannya, keropok. Hadoi. Penat tau melayan! 

Dah lame lame tu baru ok. Makan dah selera. Nasik ke, friskies ke semua dh layan. Teriak pun tak dah. Melainkan nak berak kencing ngn lapar je. Tapi ade pulak habit baru. Asal nak tido je, nak nyonyot tapak tangan. Sape yang follow ig aku boleh la tengok video bonding time Bo tu. Kat fb pun ade, tapi kalu tak friend ngan aku tak boleh tengok la yer.. Haha 

Bo setakat ni tak de penyakit lagi la. Hyper active skarang. Panjat sane sini, berlari sane sini, pandai tengok tv, bab gigit mengigit no 1. Kalu mandi, bising macam kene dera. Gerammmm sangat 



Tido sorok muke okeh! Tak mo lampu lampu k. Diva sangattt! 


Curi makan kek pisang dalam bekas. Semua nak ditelan. 


Ni tertido tepi kotak. Lepas kene marah sebab sepahkan pasir poo poo. Memalam bute kene sapu pasir okeh! Tapi kejap je la well mannered. Lepas tu buat perangai balik. 


Hari tu terjumpe artikel tu. Bukan setakat ngan kucing je, haiwan haiwan lain pun, kalau kite duk buat kawan, ajak sembang boleh kurangkan stress tau. Tapi jangan le pulak duk p sembang ngan rimau ke buayu ke. Kang duk ralit sembang, tetibe kepale dh tak de kene ngap. Haha. 

Btw, Yuk dah tak de. Almost 2 weeks. Umur dia pun dah 3 tahun. Mati sakit kot. Tapi sebelum mati tu dia sembelit, aku tolong dia poo, lepas tu terus nafas tercungap cungap, dan hidung dia berdarah. Sian dia. So far, tak de lagi pengganti untuk dia. Fokus untuk 3 ekor ni je la dulu. 

Adios 

P/s : encik, u have to try to love cat la. Baru tau kucing tu besttt! 





Monday, December 2, 2013

A.K.U Part II

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt ...

=) 




Dah nak masuk setahun aku buat entry A.K.U Part One, ni baru nak sambung yg part tu. Teruk la bebenor la kan. Nak mampsss cari idea nak update blOg. 

Sape yang kenal aku dah lame, memang tau la aku anak bOngsu tapi aku tak berape gemar nak nyebut cam gitu. Aku lagi suke sebut aku anak paling last. Aku akan adik beradik tak ramai. 5 Orang je. Aku paling last, ade sOrang abang [yg sulung], then 3 Orang kakak. Pastu baru la aku.

Duk gOdek gOdek pesbuk, terjumpe la fakta pasal anak bOngsu. Moh kite gO thrOugh satu satu. TengOk kene ke tak dengan diri aku. Haha. *Sila jangan muntah*

1. SENANG MEMAAFKAN ORANG LAIN
Nak kate senang tu, tak la jugak. Tipu ar. Mane ade weh. Baik hati cam mane skali pun, amik mase jugak nak memaafkan Org. Sorry seems to be the hardest word la. Tapi depends la pade keadaan. Kalu yg keadaan yang senang sejuk, cepat la jugak tapi tak sesenang mane la.

2. GARANG MACAM HARIMAU
Haha.. Aku garang ke? Kene duk diam jap, jari ketuk ketuk dagu. Garang ni subjektif tau. Haha. Kemain ayat kan. Garang mengikut keadaan jugak kot. Org tak cari pasal, tak de la nak garang garang kan. Tapi ade je time buat buat garang, kekonon nak suruh orang takut. Macam le orang herannnn kannnn.. Nak tau aku garang ke tak, meh ar try. Tapi kalu compare ngan Encik tu, aku rase dia lagi garang.. *larikkkkkk*

3. KALAU GELAK, TAK INGAT DUNIA SAMPAI TERLANGGAR SESUATU CONTOH KERUSI 
Part ni membohong. Aku tak kuat gelak, tapi bab langgar bende bende cam kerusi tu memang habit. Esp bile aku kalut or nervous. Aku gelak simple simple je. Bunyi hehehe je rasenye. Ke idokkkk. Nanti aku check balik

4. SENSITIF, HATI LEMBUT
Hek hekkkk. Nak ngaku ke tak erh? Hahaa im a soft-hearted-person. Yang ni tak bohong. Aku cepat touching kot bile ade hal hal sensitif. Macam, tengok kucing kene langgar kat tengah jalan, pun aku boleh keluar air mate. Syila sms cakap rindu pun aku boleh bertakung air mata. Sensitif pulak, erm ye kot. Haha tapi lebih pada sensitif peka. Sensitif sentap tu ade la sikit sikit kott

5. RAMAI PEMINAT
Hahaa ni paling membohong. Tak de pun ar.. Anak bongsu lain mungkin ye la kot.. Aku memang tak arr 

6. MUDAH MENYAYANGI ORANG LAIN
Bab sayang ni, perasaan tu tak terjangka kan. Ade mudah, ade susah.. Erm.. Senang cite, no comment 

7. SUKAR MELUPAKAN ORANG YANG DIA SAYANG 
Yup. Haha.. Susah la, dah pernah sayang, tak kan nak buat buat lupa pulak kann.. Kalu tak, tak kan le beratus kali nk move on, asek tersangkut je. Haha 

8. SELALU MENJADI TUMPUAN ORANG RAMAI 
Yang ni pun tak la jugak. Kadang kadang orang tak sedar pun kewujudan aku dalam satu satu situasi tu. Haha. See betapa tak glamernye kehidupan aku. So down to earth i am okeh! 

9. SENYUMAN TETAP DI BIBIR WALAUPUN SEDIH
Erm.. Untuk 8 tahun lepas, aku rase relevan kot dengan diri aku. Haha dulu dulu tau la kot nak hide sadness cam mane. Senyum je depan semua orang kan, nak kasik orang lain happy. But, not for nowadays la kan. Poeple change, so do i. How i wish u can 'return' back my smile 

10. SENTIASA MENGINGATI KAWAN LAMANYA
The truth, sape sape pun yang aku pernah 'campak keluar' dari kehidupan aku, tak pernah aku lupe. Kawan kawan dr zaman skolah, sampai masuk u, sampai la zaman aku keje, nak marah, kecik hati, frust, kecewa, hangen cam mane skali pun, korang tetap aku ingat, tetap aku amik tau kewujudan korang. Walaupun nampak macam kejam kan. Campak, buang bukan sebab benci tapi perlukan mase utk perbetulkan balik keadaan yang tak berape nk ok tu. Erm, i dont have to list all da names la kan. Tapi kalu empunye diri bace entry ni, korang pasti boleh rase.. 

Erm tu la fews pasal anak bongsu. Tapi aku nak tambah sikit. Aku anak bongsu spesis keras kepale, keras hati. Ahahaha. So beware. Jangan cari pasal, jangan buat aku ribut taufan.

Comfirm ar haters aku muntah hijau lepas bace entry ni. Do i care? Haha. Kan ade dah pesan awal awal, jangan bace blog aku kalau tak nak sentap. Hehe 

Adios!

P/s : rindukan matahari! 

Tuesday, November 26, 2013

Berapa Hala?

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=)

Berapa hala? Berapa lane? One way? Two way? Eh??

Haha sebenarnye entry ni pasal komunikasi. Berkurun dh aku nk up entry tapi payah kemain kann.. Simple je sebenarnye. Aku pernah kene tegur ngan sorang kawan. Classmate aku time form 5. Bile masing masing dh masuk u, keep in touch la konon kononnye. Kawan aku sms, aku reply ape yg ditanye, dia tanye lagik, aku reply lagikk. Gitu la terusnye. Tetibe, dia sms, 'saye x suke komunikasi 1 hala'. Weh terkedu aku jap. Haha. Tapi tak sentap la. I dont expect yg dia akan sms cam tu sebab kawan aku ni org yg pendiam dalam kelas dan boleh dikategorikan skema sket. Rase awkward la nk communite ngan dia kan. Memang la aku spesis ho ha dan dia pun dh sedia maklum kot ngan perangai aku.  Tapi dalam kes tu, kene la ikut rentak dia kan. Dh tau dia jenis diam, tak kan nak main taram je sms kan. Ngan kawan kawan lain pun same jugak. Kalu jenis gile gile, tau la cam mane aku nk sms kan..

So, bile dh start keje ngn org ramai *tolak tepi la time praktikal kan* esp mase kat Ceria, kene hadap ngan macam macam perangai manusia. Taste pun lain lain. Termasuk la ngadap manager yg agak racist! *hate to say that* ye la ko bos, semua pekerja Malay, ko lain bangsa, nampak la permainan situ. Asal nak marah bebudak, ko cakap bahase ko. Mane la org nk paham. Ko speaking pun budak budak tak paham sebab ko amik budak keje semua yg low education. Senang ko nk membahan kan. Sampai la 1 hari, dia maki sorg budak sebab check stock barang, x same stock dalam system. Ko nk marah budak tu pun agak agak la, ni marah depan customer, pastu carutkan pulak. Budak tu tak paham. Memula aku biarkan, lame lame makin kuat dicarut. Customer pun geleng geleng kepale. Naik hantu la time tu. Kene sedas ngan aku. Tercungap cungap org tua tu dengar high pitch aku. Terus balik tempat dia, urut dada. Haha dh la org tua tu ade masalah jantung.

The next day, dia panggil aku. Cakap one to one la kononnye. Niatnye nk sekolahkan aku sebab malukan dia the day before tapi dia silap, dia yg kene balik. Aku cakap ngn dia jangan sesuka hati carutkan bebudak tu. Diaorg tak paham janganlah take advantage. Bile buat salah, panggil tegur elok elok. Budak tu dah low edu, ko pulak buat cam tu. Aku pun mintak maap la jugak kan sebab termarah dia. Rupenye selama ni bile dia marah budak budak, tak de yg berani nak bersuara. 2 minggu lepas tu aku berenti keje sebab dapat keje tempat lain.

Bile keje tempat lain, lain la pulak ragamnye. Ho ho. Tapi tak mo cite. Cumenye , cara komunikasi tu penting. Skali kene cakap ok la lagi. But bile dh few times, keep saying on the same things confirm la ko akan kebaboom kan. Kene pandai control temper la walaupun kadang kadang terbabas jugak. Sorryyyyyy!

Tu bab keje, bile masuk bab personal aku tengok keadaan. Untuk org yg agak close menceceh la mulutnye termasuk la dalam wechat ke, sms, whatsapp, bbm semua. Tapi kalu org yg kenal tapi tak rapat  lain la pulak kan. Kena behave la. Tak kan nak main redah je. Kalu org yg rapat ngn aku, bile communicate, dia cam dingin je, haa nanti ko dapat la sms aku sepatah sepatah. Haha mencik tauuuu.. Tu ari tu tersound kat fb. Haha mulut ngan tangan same laju jeee nk hangen kann.. Tapi seriously la kalu aku moody, ko jangan la nk suruh aku cakap banyak banyak. Memang tak la. Tunggu aku cool dulu la. Muahahaa

But for me la, komunikasi ni penting sebenarnye. Kena make it becomes so great la kan. Baru la org tak bosan ngan kite.  Dan paling penting, untuk jage hubungan sesame manusia la kan. Tak mo gaduh gaduh. Life is short kan, so full it with sweetness la kan ..

Last but no least, entry ni bukan untuk perli sesiape. Sebab bile kite menulis pasal sesuatu, kite sebenarnye tengah mengingatkan diri kite jugak.

Jaga komunikasi, jaga hubungan!

Adios

P/s : last week pegi 1 opis gov, salah kaunter je kot, tegur la elok elok kan. Nasib baik la kene jejak opis tu 7,8 tahun skali

P/s/s : awak, bile mulut tak mampu nk bercakap, biar tulisan je duk pot pet 

Monday, November 25, 2013

Makanan!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Eh eh berderet gambor makanan. Haha tengok tuan empunya blog ar.. Hehe.. Saje je nak share kan. Bencinta betul la nak ngupdate entry. Malas tahap terukkkk..


Yang kat atas tu megi kari versi pemalas. Tau nape versi pemalas? Tak masak pun megi tu. Hancurkan megi, taruk dalam bekas, curah air panas. Siap! Haha.. Bekas besar gile, padahal sebungkus je. Ni makan time layan semi final AF13 rasenye.. Makan megi cam ni, teringat time duk hostel dulu. Makanan paling peberet. Sampai la time masuk U. BBM-ed gambar megi ni kat si Tieah. Boleh pulak dia tanye 'kak, sape makan megi dalam gayung ni?' Nak hempuk hempuk je minah tu -.-


Mee goreng ni masak ari Sabtu lepas. Termasin sikit. Haha terlebih kasih sayang gamaknye time masak tu. Terpaksa tambah mee lagi sebungkus. Nak cover rase masin tu. Siap tapaukan kat anak anak lagik. Sedap ke tak telan je la kannnn..


Popia basah. Puan Kakak beli kat mane ntah. Isi dalam banyak sangat, sampai balut pun tak berapa lawa. Rasa ok lah. Tapi tak leh lawan popia basah PMC. Uwaaaa nk popia basah PMC.. Jauhnyeeee Changloon, nape la bukan duk sebelah bandor Dungun jek. Uhukk uhukkk. 


Ni roti gardenia sapu planta, pastu tabur gula. Perghhh sedap. Layan pulan ngan kopi O. Tak sedar berape keping tekak duk telan. Tau tau dah duk tersandar. Hehe peberet jugak ni. Untuk org org yg super pemalas cam aku ni. Aku kan peminat tegar roti. Hehe



Pernah tengok biskut ni? Aku tak tau la exactly name biskut ni. Ade org panggil biskut taik itik, ade yg panggil biskut cotek. Ni makanan zaman kecik kecik dulu. Tapi rase dh tak same skarang ni. Dulu kalu makan biskut ni, aku makan icing kat atas je, biskut kat bawah tu aku kasik kat Puan Mak. Hehe dah tu baru tau biskut kat bawah tu rase cam biskut marie. Anak beranak dia kot.. 

Tu  je kot makanan aku nak tayang hari ni. Makanan simple simple je. Kang nanti ade la yg duk mengata, makanan cam tu pun nk tayang dalam blog. Eh sukati la kan. Blog aku kan.. Sape suh gatai gatai bace. 

Bluewerkkkk~ 

P/s : skarang kalu masak asik termasin jek -.-




Untitled Entry

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=)

Eh dah masuk seminggu kan. Kejap je. Seminggu?! hehe.. Ade la 'kejadian' minggu lepas. Boleh kategorikan sebagai kejadian ke? Boleh la kot..

Lame gile kot aku tak update blog gune lappy. Naik terkial kial jugak neh. Muahaha.

Okeh. Ni cite selepas Pasca 16/17.11 la kononnye. Betul la, time will heal. Tapi, mungkin take times la kan. Ade yg Ok in few minutes, maybe ade yg amik few years to put every single things back to normal. Same cam aku jugak, tak boleh nak balik kepada 'keadaan yg sebelum ni'.

Dalam seminggu tu jugak, aku duk diam. Pikir balik ape keputusan yg aku dh amik. Mane baik, mane buruk. Ape benefit utk pihak aku, pihak sane jugak. Tapi kan, bile pikir balik, tak de pape kot. Cume rase lebih tenang.

Same jugak pagi 17.11 tu, aku bangun tido, aku rase lapang. Walaupun malam tu had a tough conversation, i guess la. Tapi aku boleh rase tenang, boleh teruskan idop cam tak de pape jadi. Aku tried minimakan bukak whatsapp, wechat, fb, ig semua. Duk melangut kat twitter ngan Dayre je. Much better Okeh.

Dan bagi aku, keadaan boleh berubah bile bile mase sahaja. Cume, same atau tak same je. Dalam membuat keputusan, adekalanye kite kene ketepikan rase Org lain, sebab nak jage rase kite sendiri. Lantaklah Org nk judge kite cam mane. Bukan Org kisah pun ngan ape yg kite rase..

Untuk mase ni, biarlah aku diam dulu. Keadaan tu nak berubah, tu lain cerita. Yg penting, skarang ni aku tak nak keadaan tu berubah. Aku malas dh nak pujuk hati duk positif memanjang. Asyiknye Optimis, tapi last last hati calar balar.

Aku ego? Aku keras hati? Aah memang yer..

Jangan nak persoalkan kalu ko sendiri ade jawapan sebab musababnye..

adios


p/s : Awak berdoalah biar kawan awak tu 'kembali' semula

p/s/s : Tu bukan tudung Che Dah. Bukan nak tayang tudung. Bukan nak tayang looooobang hidung

Sunday, November 17, 2013

Kali Terakhir Gamaknye

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Kat telinga aku duk terngiang ngiang lagi Sandiwara Cinta - Republik. Alah, lagu yg Jep Sepahtu selalu nyanyi tu. Lagu tu mampu merabakkan jiwa tapi bile terbayang Si Jep nyanyikan, terbang segala duka lara. Haish. 

Masa duk taip entry ni, bilik aku bau semerbak ngan minyak Yu Yee Cap Limau. Minyak yg orang taruk kat perut budak budak baru beranak tu, tak nak kasik kembung. Aku ni tak kembung, tapi ade rase semput semput sikit. Makan hape mende pun tak tau lah.

Aku rase kan hari ni aku dh jadi kawan yg kejam. Aku 'campak' sebuah persahabatan. Haishh. Itu kan bukan perangai aku tau. Aku tak gemar buat rupe gitu. Tapi kali ni aku terpaksa. 

Biarlah si kawan tu nak kutuk, maki hamun aku pun. Aku rase dh sampai mase aku 'move on'. Move on ni dalam Bahasa Melayu aku lupe pulak maksudnye. Haha

Lepas aku settlekan 'tugasan' tadi, aku delete semua mesej yg ade kat social network tu. Termasuklah mesej mesej kat no celcom. Kejam kan aku. Teruk benorlah. Sampai semua mende aku nak buang. 

Lepas ni, tak de lagi sajian kisah kisah persahabatan semanis dodol, secukup rase cam mee kari, dalam blog ni. Juga, dalam kehidupan seharian aku. Aku tak daya la nak terus tipu hati aku ni. Dah kering kontang dah. Sebelum keadaan jadi parah, baik aku amik langkah utk menggebukan balik hati aku ni. 

Berat weh nk buat semua ni. Aku harap kawan aku paham ape yg aku buat ni. Aku pun tak nak dia terus terbeban dengan rase serba salah. Aku ni kan kadang kadang bangsa pendesak, tak reti nk bawak bersabar. Nak je org melayan kerenah aku padahal org sebenarnye menyampah. Haha

Buat kawan aku;

Awak seorang kawan yg super duper best! Best untuk segala aspek persahabatan. Terima kasih kerana selama ni sedekahkan telinga awak untuk dengar high and low pitching saye. Sorry la kali ade terjerit, termarah, dan segala ter  la.. Saye tak sesempurna perempuan lain yg jadi kawan awak. Memang sangat sangat tak sempurna.. 

Saye doakan awak akan bahagia dunia dan akhirat. 

Untuk diri aku sendiri ;

'Biar nanti aku yg harus pergi. Ku terima walau sakit hati' 


Woot woot! Tak de maksud pape. Sesaje nak print screen tadi. Bukan nk menunjuk enpon yerk.. Haha

Adios

P/s : ras bangga bile ade org boleh eja nama penuh aku siap name bapak tanpa tertinggal sebijik pun urup. Double O, Double N, Double M! 

P/s/s : keadaan berubah. No more pakcik2, Encik would be better and sounds perfect! 

Monday, November 4, 2013

Entry Tak De Tajuk Kot

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 



Hoi hoi ape kes taruk gambor sendiri ari ni? Haha macam dah lame giler blog sendiri tapi tak buh gambor diri sendiri.. Sekeh laju laju.. 

Tu gambor lame dh. Bulan 9 ari tu kot. Ngekor Mok Ja ngan kengkawan jadi pelancong kat negeri sendiri. Mase ni kat Masjid Kristal Taman Tamadun Islam. Post gambor ni kat IG ngan FB. Ade yg ngomen aku nak tayang enpon baru sebab kelek paper bag Samsung tu. Haha. Berkurun dh weh paper bag tu. Ke hulu ke hilir aku angkut, buh telekunh sembahyang. Tak denye nk menukor enpon baru dengan status penganggur terhormat neh. Baru sebulan kot jadi penganggur. Haha~ 

Gambor tu Kak Kay tolong snap. Menyengeh sambil nengok enpon. Sape ntah whatsapp. Yana kot. Tak pun duk bbm ngn si Nor tu. Payah kot nk menyengeh gitu. Haha 

19.10 ari tu ade kejadian besar. Kejadian yg bawak balik 'senyuman' yg aku rase hilang sejak 5 bulan lepas. Uncle Zubir tegur malam tu 'muke manyak senyum'. Haha of cos la . A big a smile on my face. Bukan senang nk senyum weh setelah berduyun duyun masalah yg ko hadapi kan..

Banyak pulak aku bebel. Dalam duk senyum tu, aku perasan sebenarnye masih ade sedih weh. Sedih ngan keadaan yg dh berubah. 

Tak de sape yg mintak sesuatu keadaan tu beubah. Tapi ade la penyebabnye kan... 

Aku rase aku nk move on. Cehhhh berpuluh kali dh nk move on. Dari sebelum PRU 13. Tunggu sampai lepas PRU dulu. PRU. Dh lepas, hati duk berbolak balik lagi, payah nk buang weh rase hati tu. Pastu ade kejadian menyayat jiwa, konon konon boleh dijadikan alasan nk move on. Tapi tak jugak.. Mintak hati bertahan lagi sampai lepas pemilihan bahagian. So, pemilihan bahagian dh lepas. Tapi still tak boleh nk move on..

Dah penat la 3 tahun duk menyakitkan hati sendiri. Aku tak mintak kot perasaan ni wujud. Aku bukan spesis terhegeh hegeh. Tapi penat weh. Pujuk hati sendiri sendiri ni. Hawak ade peduli? Tak de pun kan. Sebab tu hawak pandai susun ayat nk cover line. Saye penat la hawak. 

Hawak, jangan muncul dalam lagi dalam kehidupan saye kalu hawak nk menyakitkan hati saye semata mata. Baiki balik keadaan la hawak. Clearkan hape yg dh jadi messy tu. Saye bukan kotak yg boleh hawak kotak katikkan. 

Hermmm.. Aku tak suke la update entry bab rase jiwa neh. Mencemarkan kedaulatan entey je. Ade paham? 

Haha.. Lepas pemilihan bahagian hari tu, lupe nk update team Incek Boss menang, ade la makhluk makhluk yg sibuk duk bertanye soalan pelik pelik. Daku ni dh la spesis kurang sabor. Termengamok jugak kat fb. Maafla yer kengkawan. Terkadang nk outspoken cam tu org nak paham. Ingat daku ni hadap sangat ke? Hadooi.. 

Dah dah.. Lagi panjang aku taip, lahi banyak aku mengamok. Haha.. 

Terima kasih sebab luangkan mase bace blog kerdil aku ni.. 

Adios.. 

P/s : hati aku, aku punyer! 

P/s/s : weh ngape tetibe lagu Bencinta Faizal Tahir ni muncul time aku update entry ni? Hadoiii

tt