Sunday, December 22, 2013

Bubur Asyura

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt.. 

=) 

Huarghhhhh.. Berzaman weh nk up entry. Malas tahap giler weh. Cume tak sampai tahap nak sampai ke Tanjung Rambutan.. 

Straight to the point je la. JKKK kampung aku ade organize program kacau bubut asyura ari tu. Tapi aku lupe la, awal bulan Disember ke akhir bulan November. Lebih kurang cam tu la, tapi sebelum banjir ari tu la. Bubur asyura ni kan org biasa buat bulan Muharram. 

Bubur ni zaman aku kecik kecik dulu, aku makan. Dah besar panjang ni tak berape nak gemar. Selera bertukar. Tak berape nak boleh makan, sebab banyak masuk rempah ratus kot. 


Start masak aku rase dalam pukul 8 lebih. Aku sampai dh pukul 9. Pagi tu ujan lebat, pastu nak bawah bekal bihun payah la. Nasib baik Along datang, tumpang dia la kan.

Sampai sampai tu, dah nampak orang duk prepare bahan bahan yg nak masuk dalam bubur tu. Ade labu, keledek, kacang merah, bawang bawang, ade la banyak lagi bahan. Sempat la tolong kopek kulit labu tu. 

Mase ni aku ok lagi. Duk dalam sejam, perut naik sebu. Boleh pulak aku balik rumah, balik muntah. Muahaha. Dah puas muntah, pegi sane balik. 


Ni time makan tengah hari. Aku tak makan. Sebab tekak dah start meragam balik. Haha biru muke duk tahan nak muntah. Dah pening ngan bau rempah, ade pulak makcik sorang tu bawak tempoyak.. 

Pagi mase aku sampai tu, bubur dh start masak. Tapi x masukkan santan lagi. Dalam 2 jam lepas tu, baru masukkan santan, bahan bahan yg lain tu. Rempah rempah tak masuk lagi.



Tu yang tengah mengacau tu Timbalan Ketua Puteri cawangan aku. Ketua? Haha duk tersadai tepi tiang. Tahan nak muntah. 

Mase orang duk kalut kalut nak masukkan rempah, aku start motor plan nk balik muntah, skali rase nak pitam. Part motor tepi jalan, dan dan time tu jugak aku muntah. Hahaha. Terjelepok tepi jalan raya. Malu ohkei! Nak bawak motor pun x larat, kene call Abg Die datang amik. Buat malu betul la.. 

End product bubur asyura tu aku tak sempat tengok. Agih agih ke rumah orang kampung pun aku x join, sebab dah tergolek kat rumah. Tak pe tak pe, tahun depan i join yer! 

Tu je citenye. Tapi aku rase masak bubur asyura zaman aku kecik kecik dulu rase lagi meriah. Pakai kayu api segala bagai. Kenangan semua tu weh. Nasib baik membesar kat kampung, boleh rase smua tu. 

Chow! 






0 comments:

tt