Tuesday, December 3, 2013

Ah Bo Bo

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Saje buat entry untuk perkenalkan my new pet. New ke? Dah masuk sebulan lebih aku adopt si Ah Bo Bo ni. 


Aku amik Bo ni kat Tadika KEMAS Tok Kah. Ditinggalkan kat situ. Dari biarkan duk memekak kat situ, meh ikut aku balik. Haha. Mase mule mule bawak balik, tak reti nak makan, minum tau. Yang dia tau teriak ngan berak kencing je. Teriak 23 jam, 1 jam je diam. Haha memanjang kene kurung. 

Jenuh la nak train dia makan. Aku beli whiskers, dia tak layan. Bagi nasi pun tak makan, susu lagi la tak. Dah la tu, jahkun! Tengok orang je, terus lari menyorok. Yang dimakannya, keropok. Hadoi. Penat tau melayan! 

Dah lame lame tu baru ok. Makan dah selera. Nasik ke, friskies ke semua dh layan. Teriak pun tak dah. Melainkan nak berak kencing ngn lapar je. Tapi ade pulak habit baru. Asal nak tido je, nak nyonyot tapak tangan. Sape yang follow ig aku boleh la tengok video bonding time Bo tu. Kat fb pun ade, tapi kalu tak friend ngan aku tak boleh tengok la yer.. Haha 

Bo setakat ni tak de penyakit lagi la. Hyper active skarang. Panjat sane sini, berlari sane sini, pandai tengok tv, bab gigit mengigit no 1. Kalu mandi, bising macam kene dera. Gerammmm sangat 



Tido sorok muke okeh! Tak mo lampu lampu k. Diva sangattt! 


Curi makan kek pisang dalam bekas. Semua nak ditelan. 


Ni tertido tepi kotak. Lepas kene marah sebab sepahkan pasir poo poo. Memalam bute kene sapu pasir okeh! Tapi kejap je la well mannered. Lepas tu buat perangai balik. 


Hari tu terjumpe artikel tu. Bukan setakat ngan kucing je, haiwan haiwan lain pun, kalau kite duk buat kawan, ajak sembang boleh kurangkan stress tau. Tapi jangan le pulak duk p sembang ngan rimau ke buayu ke. Kang duk ralit sembang, tetibe kepale dh tak de kene ngap. Haha. 

Btw, Yuk dah tak de. Almost 2 weeks. Umur dia pun dah 3 tahun. Mati sakit kot. Tapi sebelum mati tu dia sembelit, aku tolong dia poo, lepas tu terus nafas tercungap cungap, dan hidung dia berdarah. Sian dia. So far, tak de lagi pengganti untuk dia. Fokus untuk 3 ekor ni je la dulu. 

Adios 

P/s : encik, u have to try to love cat la. Baru tau kucing tu besttt! 





0 comments:

tt