Assalamualaikum wbt ;)
Ni last entry untuk dari Timur ke Utara :P Settle hal aku kat UUM, kami
decide nak ke Padang Besar.. Sebab nak tunggu Kak Chik abes exam
dulu...Ye la kan selain selesaikan hal aku kat UUM, tujuan utama jugak
ke Utara neh sebab nak amik barang-barang Kak Chik kat Kolej Mara
Kulim.. So, nak terus ke Kulim memang tak la kan. Berejam tu nak tunggu
Kak Chik abes exam. So, penyelesaiannye kami ke Big Field, bukan membeli
belah pun, saje nak pusing-pusing.
Satu bende yang aku suke bile masuk ke ke Negeri Perlis ni, dapat tengok
ladang tebu yang terbentang menghijau tu :) sangat mendamaikan jiwa
yang duk berkecamuk neh T_T Jom layankan gambOr-gambor neh :)
Agak terpusing-pusing jugak la duk mencari Padang Besar @_@ haha.. lawak
seh.. Tapi lastly jumpe jugak :) Tak shopping ape pun. cari
barang-barang untuk anak-anak buah aku.. jek
Dalam sejam lebih jugak duk pusing-pusing + cari makan kat Padang Besar neh. Sempat le Puan Kakak memborong bunga dan segala macam makanan untuk dikunyak sepanjang jalan dari Padang Besar -> Kulim -> Dungun. Hehehe..
Mase nak ke Kulim tu rasenye berKG-KG jugak le kami 'makan buah langsat' nak wat cam mane si penunjuk arah terbungkam tidor.. dah le tu tak de sign bOard pun nak ke sane.. Aish, sign bOard Kolej Mara Kulim pun tak de weh. yang ade kat depan pintu masuk kolej tu jek. Erm, part neh memang aku naik hangin. Aku rase MARA kena amik tindakan la sket kan. Taruk sign bOard biar banyOk sket, senang mak pak nak amik / anto anak. Kolej MARA tu bukannye kOlej biase.
Selesai hal Kak Chik, lepak masjid + solat maghrib, isyak pastu terus bertolak balik.. Alhamdulillah, pukul 6.30 am , ari Jumaat tu aku dh terpacak kat Dungun. Sampai umah, terus sOlat subuh dan Qada' tidO :)
p/s : bile le dapat travel ke Utara lagik neh T_T
0 comments:
Post a Comment