Sunday, July 6, 2014

Ramadhan - 1st week

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt. 

=) 

Awal awal lagi aku nk mention. Entry ni entry cuci biji mata, buat tekak rase kering kering je. Haha...


Kenal ke? Ni namenye asam gumpal. Tak buat erhhh. Beli je. Haha. Aku duk pikir, mane asamnye, mane yg bergumpal. Owh. Ibarat komen kal zura kat fb 'sagu hok teket teket tu ar gamoknye gumpal'. Kikiki.  Nampak mcm badak berendam kan. Tapi tak same. Asam gumpal ni buat dari sagu, dalam tu inti kacang hijau, berkuah santan taruk halba. Sedappp. Harga? RM 1/ 3 bijik. Ni harga gerai kawasan umah aku la. 


Ni lauk paling aku rajin nk masak. Sambal  bilis berkentang. Senang je. Sebab tu aku rajin nk masak. Tak susah pun, goreng bilis, kentang, tumiskan cili kering, cili padi, bawang putih, bawang besar, halia. Taruk garam, gula, air asam jawa. Perghhhh sedapppp. Makan dengan roti. Sebab bulan puasa aku kurang makan nasi. Muahaha


Bubur butir nangka campur nangka. Kuih 1st yg homecook utk bulan puasa tahun ni. Senang je kot nk buat. Biji nangka tu pakai, tepung beras, air pandan, kapur. Pastu bentukkan bulat bulat. Nk buat colourful pun boleh. Kuah tu, santan campur gula melaka. Ohhh sedap! 


Ni yg paling mabeles. Paling senang nak masak. Beli nekbak mentah, masak air gula, buh daun pandan. Dh mendidih, air gula dh pekat, masukkan nekbat. Lepas tu taruk dalam peti ais. Makan sejuk sejuk. Umphhhhhhhh. Btw, nekbak ni spesis bahulu. Tapi nk makan kene masak dulu, xleh makan mentah mentah. 


Ni lauk berbuka hari Jumaat lepas. Ajak abang ngan family berbuke sini. Ade kari ikan, singgang sotong, ikan goreng, ikan aye masak asam, pucuk paku goreng, tembikai, yg paling syok, MEE KARI! aku makan semangkuk je. Kenyang sampai ke sahur. Kuih kuih pun banyak. Air 3 jenis je. Xleh banyak banyak. 

Ni baru sepertiga menu. Menu hari lain x sempat snap. Aku kan pemalas tahap terukkkkk. Entry pasal puasa nanti dulu. Ade mood rajin, aku update yer.. Esok esok keeeee... 

P/s : kurus ke bulan puasa ni? Hehehe

0 comments:

tt