Monday, November 4, 2013

Aidil Adha 1434H

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Weh wehh malam tadi Pahang menang! Haha gumbira rasa hati. Walaupun kah bukan lah rakyat Pahang tapi my support goes to Pahang. Sokongan sepenuh jiwa hokeh. Jangan dipersoalkan darah Kelantan yg mengalir dalam tubub ini, sebab kah lahir kat Dungun. Ic kah tengah tengah 11. Haha. So, kah bebas untuk menyokong Pahang.

Dah dah lupekan bab bola tu. Ni nak bercerita pasal Hari Raya Korban tahun ni. Tahun ni tak macam tahun tahun tahun tahun lepas tu. Ala mesti dah tau nape kan. Cam tahun tahun sebelum ni Incek Boss buat korban perdana peringkat Parlimen Dungun. So, tahun ni tak la. Jadi tak de la sebusy mane pun.

So, dua hari sebelum raye Puan Kakak pulun buat tapai pulut. Aku? Tukang membungkus la. Yang kecik comei comei tu aku la yg bungkus. Haha 


Muhammad Achik request nak BBQ. Plannye hari pertama nk buat. Tapi tukar sebab raya ke dua pagi tu Muhammad Angah dh nk balik Melaka. Makanya, sehari sebelum raye tu berkarate berkungfu la daku seorang diri ke hulu ke hilir bersama senarai barang barang yang nk dibeli. Terase seperti mak tunggul okeh. Second round tu dh tak larat, balik rumah angkut si Angah gi beli barang skali. Muahaha 




Aku teringin nak makan bakar bakar cam kat UUM dulu. Beli sosej, fish ball ape ntah lagi. Puan Kakak buat sos. Best woooo.. Ni makan makan between family members je. Tak de orang luar..

Esok pagi, hari raya la kan. Puan Kakak masak nasi dagang gulai ikan aye. Perghhh.. Pastu untuk org org yg tlg lapah daging korban, Puan Kakak masakkan bihun goreng. Kak long amik 1 bahagian korban tahun ni. 




Tu duk potonh potong, bungkus daging yg nk bagi bagi kat org org yg layak menerima. Pastu Muhammad Along p hantar daging daging tu. 

Petang raye tu Puan Kakak masak sup tulang. Perghhh.. Berbihun sup la pulak.. 

See.. Raye kami dipenuhi dengan makanan.. Hehe itu lah kami.. Lain lain cite tak de. Tak gi beraye pun. Haha..

Sekian sahaja cerita Raya Korban kami. Berjumpa lagi di tahub hadapan yer.. 

Adioss.. 

P/s: tahun nk berkorban rase je. Ngere








0 comments:

tt