Sunday, November 15, 2015

Dear Stalker,

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Sehat ke semua? Hahahaha tetibe tanye sehat ke tak kan. Kekonon friendly la sangat kan. Erm ade cite menarik sebenarnya. Pasal STALKER. Tau tak amende stalker tu? Stalker ni sejenis seketul manusia yang suke intip pasal orang lain. Tak kesah la stalker berniat baik atau tak.

Tapi yang aku punye kes ni,stalker yang dh hide kan aku daripada menengok segala posting dia, block aku kat whatsapp tapi still nak mengamik kesah dengan ape posting aku kat fb. Eh kesian sangat dengan orang macam ni.

Aku agak orang macam ni life dia kurang membahagiakan. Sebab tu dia sibuk nak sentap tengok posting posting orang. Haishh sangat kesian tau.

Perlu ke nak perasan setiap posting aku ade kene mengena dengan life ko? Ehh aku tak sempat nak pikir langsung pasal ko, apatah lagik untuk spend time semata-mata nak skodeng ape mende posting ko kat social medias. Aku ade life la.

Dan...

Aku doakan 'stalker' ni akan terus dikurniakan kehidupan yang membahagiakan selepas ni.

Dan jugak pada nasi tambah,

Dah dah le jadi penambah seri dalam kehidupan orang lain. Ape yang anda buat tu dah mengharukan hidup aku tau takkkk

Makan Makan Punyer Cite ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Cite Khamis lepas ni. Memula decide ngan Leli, Kema, Azie je. saje nak makan makan soto yang mama Azie. FYI, mama Azie punyer soto memang terbaikkkkkkk lah. Pastu dh senaraikan barang barang bahan masakkan yang nak beli tu, Leli acah acah mintak sponsor ngan Ain Abam, suruh sponsor ayam, skali Ain kasik sekor setengah. Aummmmmm. Jimat belanjakan. 

Jadinya, tengah hari Rabu tu kami pun pergi le membeli bahan. Okeh. Ade lawak, kami terkial kial nk cari daun bawang, daun sup, ketumbar semua. Daun bawang similar to daun kucai. Daun ketumbar looks alike daun sup. Hahaha. Start gelabah nak cari kan. Tapi semua dapat. Siap singgah kedai Eco beli mangkuk sudu bagai. 

Pastu malam tu baru le teringat, tak de bincang nak buat air ape. Kami memang ade habit, beli makanan tapi tak beli air. Kikikikiki. Pastu dengan menggunakan kuasa veto paksa Ika sponsor air. Nak homemade punyer. Ika ikut jeee. Hahahahaah

Nak dijadikan cite hari kejadian tu, makanan lambat sampai. Hahaha memang naya la kan. Ella pukul 1230 dah call cakap dah otw nk datang. Wehhh nak makan ape, nasi himpit je ade time tu. Pastu tengah tengah gelabah, Kema ngan Ain sampai. Pastu bising bising tak de desert. Okeh sib baik cream puff Izzah ade untuk jadi penyelamat. Hahaha









Soto Mama Azie memang cukup rukan ar. Ehhh terbayang pulak kesedapan bergedil gemuk gemuk bulat tu. Aishhhhhhh 



" Settle dh program makan makan tadi. Special thanks to mama Azie sebab sudi masakkan soto utk kami, Nur Ain thank u sebab sponsor ayam. Lenkali sponsor lagi deh 
😂
 Nur Atikah Ismail tokei air hok xdan nk bancuh air, kalut nk balik. Tukang keluor modal Leely NyzLeey , Nur AkMaliza tukang g mari g mari. Pastu terima kasih jugok pada tetamu hok sudi mari Nor Suhaila (lain kali xmboh suruh Ella wat air 
😂
) Cik Ma tetamu paling awal sampai. Hahahah pstu xlupe jugok tetamu dekat Kak Hayatie My.
Maaf sebab makanan lambat sampai ye para jemputan. Lain kali kite makan makan lagik
Ehhh apehal tak jumpe nk tag Jijah niii " 


Aku copy terus ape yang aku update kat fb. Giler pemalas kan. Btw, special thanks untuk semua yang hadir. Sorry pasal banyak kekelamkabutan. Hahaha nanti ade rezeki lebih, kite makan makan lagik yer kawan kawan. 


Eh lupe jugak, thanks Farhan bawak kawan kawan datang habiskan makanan. 

=) 



Monday, November 2, 2015

SABAR

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 



Aku tau aku spesis tak tahan sabar. Baran. Tapi aku cube kawal semua tu. Tapi kalu aku tahan, aku pendam lagik la bermasalahkan. Last Thursday pun aku dah meletup sikit sikit. Aah kategori sikit la tu aku rase. Sebab tak de mendatangkan kecederaan fizikal pada sesape, cume yang terguris perasaan confirm ade la. Tapi ape aku burst out tu mende yang betul. Bukan sesaje rekaan. 

Tapi yang ni memang aku hilang sabar. Aku memang ade fews kepantangan especially when it comes to personal stuff aku  la kan. 

Aku tak kesah orang nk pakai, tapi biar reti bahasa. Dh guna, put it back where its belong. Sedangkan dengan family members sendiri pun aku strict bab ni. 

Give and take. Banyak mane aku give tapi yang banyak mane yang aku take back? Less than my expectation. 

Mungkin kena banyakkan lagik bersabar. 

Tapi semalam memang hilang sabar, masuk office tengok office tunggang langgang. Balik rumah pulak, ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... 

Mane aku tak meletop.

Ya Allah, kurniakanlah kesabaran yang berganda-ganda lebihnya untuk hamba-Mu ini 

=( 

KACAU BUBUR ASYURA 2015

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Macam tetahun lepas, tahun ni buat asyura lagik kat Masjid Tok Kah. Well, sangat impress sebab aku tak muntah kali ni. Hahahaaha. Ade improvement kan. *banggagilersiot* 

Tahun ni aku rase program start agak lambat sikit. Plus aku sendiri pun hegeh hegeh nak bangun pagi tu. Siap kene tazkirah dengan Puan Mak. Maklumlah hari tu kan hujan, memang sedap la membuta. Moksu Saodah siap memanggil dalam whatsapp. Baru la aku kelam kabut start motor pegi masjid. 

Sesampai tu kawah 4 bijik dah dinaikkan. 3 kecik, 1 besar. Meriah. Aku malas nk buat keje berat, so join orang orang lame kupas bawang je. Pastu sambung kupas labu, keledek, dan segala bahan yang nak ditambah dalam tu. 


Giler sedih aku tengok muke Sue duk mayang bawang. Hahahahaha. Siap request tahun depan no more 'Pok Awang'. Kikikikiki 



Ramai jugak yang datang tolong mengacau. Orang-orang muda pun ade. Kira program menjadik la kan. 

Tapi satu je yang dikira nasib baik, ari tu tak hujan weh. Kalu tak jenuh nak lari sane sini, nak selamatkan kawah. Walaupun buat bawah garaj, tapi still tempias. Maklumlah sekarang musim hujan + angin kencang. 

Menu tengah hari tu, nasi putih + ikan aye singgang + budu + ikan kering + ulam ulam. Menambah 2 pinggan nasi weh. Balik rumah, aku rase muke aku dah bulat macam besen. Makan banyak gile. 

Dalam pukul 1 cam tu asyura tu start macam nak masak, memandangkan aku tak makan yang berempah tu, cecepat cedok yang lemak. Hahaha bawak balik rumah. 2 sudu je kot aku makan. Rase sama macam kuih kacang ijau tu. Kikkikiki








Dalam 2.30 cam tu dah ready untuk disejukkan pastu deliver kat rumah orang kampung. Time ni ade rase loya loya sikit. Aku lari lari sikit. Kalu tak maunya ade yang muntah pulak kali ni. 

Pukul 3.30 semua dh settle. Kemas kemas balik rumah, terus tido. Kepale berdenyut giler. 






Mintak mintak tahun depan ade lagik. Tapi aku dah request, tahun depan buat yang lemak je, rempah ratus tak payah. 

Adios! 




KELIRU LAGI

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Last week ade buat keje gile sikit. Aah sikit je. Tapi tak tau la mane datang keberanian nak buat keje gile tu. Hahahaa. Mungkin sebab dicabar atau pun memang mencabar diri sendiri nk berdepan dengan situasi macam tu. 

Tapi bile fikir balik, aku jadi keliru. Keliru dengan perasaan sendiri. Keliru dengan ape yang ade dalam pemikiran dia. 

Nak kate dia tak tau, segala mende dia tau. Nak kate dia tak peduli, gayanya peduli. Pening. 

" U have to stay" 

Aaah kene 'stay' tapi dibiarkan terkulat kulat, macam tak tau ape tujuan. 

Ape yang awak nak duga sebenarnye? Perasaan? Hati? Jiwa? 

Kesah tapi dalam masa yang sama melarikan diri? 

Sampai bile nk berterusan macam ni? 

Sumpah, memang aku keliru! 

p/s : setiap kali aku pandang incek koala tu dalam laci, aku rase nk pijak pijak pijak pijakkkkkkkkk

Mata Masuk Habuk

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Cerita last week punye ni. Kan last week kami ade bukak booth kat UMT sempena Karnival Penyelidikan & ICT UMT. Wehhh skema giler sebut seketul ketul. Kikikikikiki. Eh btw, time kasih Incek Apih jemput kami yer. Next time kami datang lagik. 

Ok, sambung cite. Cam ni citenye. Di tengah-tengah kekalutan duk layan orang yang datang, datang le seorang pensyarah. Aku guess je yang dia tu pensyarah. Dia tanye macam mane nk register jadi job seeker. Aku pandang dia, dia pandang aku. Pelik la kan. Dah nampak macam pensyarah tak kan nk apply keje lagik kan. Pastu dia cakap dia nk registerkan ex student dia. 

Erm, makanya bermula la cite pasal dia ngan ex student dia tu. Panjang jugak citenye, pasal macam mane dia kenal student tu dan segala pertolongan yang dia bagi untuk memastikan student dia boleh grad on time. 

Aku tak kan cite detail la pasal student tu. Cume yang aku nk highlightkan kat sini, tugas pensyarah bukan sahaja memberikan ilmu, tapi jugak sebagai penunjuk arah untuk pelajar tu berjaya dalam hidup. Bukan senang tau nak memastikan amanah dan tanggungjawab tu dipikul, dilaksanakan dengan jayanya.

Bukan setakat pensyarah, tapi sama jugak macam pendidik pendidik yang lain. Memang aku respect la. 

Untuk pensyarah ni, memang aku tabik spring kat dia. Semoga usaha, pertolongan dan budi yang dia taburkan akan terbalas di sana nanti. 


p/s : aku selalu rasa aku ni dilahirkan dalam keadaan yang susah, tapi rupanye ramai lagik yang susah kat luar sana tu. Bersyukurlah dengan segala rahmat yang Allah dah kurniakan. 

Saturday, October 24, 2015

Ke UMT La Pulakkkk

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 


Bersiaran langsung dari UMT pulak hujung minggu ni. Gigih betul bekerja di hujung minggu. 

Hahahah dh 2 minggu keje straight ni. Ikhlas ke tak, tak tau la ni. Tapi bile fikir amanah dan tanggungjawab, diketepikan semua negarite vibes. 


So pada sesiapa yg free, meh le singgah booth kami sempena Pesta Konvokesyen  UMT. Booth kami kat foyer Kompleks Siswa. 



Okbai! 

Tuesday, October 20, 2015

Tido Yang Berkualiti ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Lately aku rase memang tido aku tak de kualiti langsung. Walaupun tido panjang tadi nikmat tu tak sampai klimaks. Tengab mimpi yang indah indah tetibe ade gangguan. Cheeseee cakeeee ar. Stress gilosss. Esoknye bangun confirm kepale berdenyut. 

Biase badan letih yang amat, tido mesti lena. Skarang tak weh. Aku rase antara faktor, tido ramai ramai. Aku kan semenjak dewasa ni mane tido share bilik dengan orang, kecuali time pergi kursus la. Tapi bile kursus, roomate pun same naik penat dengan kite. Jadi tak de la nk menggangu letih kite. Same same layan tido. Esok pagi bangun fresh je.

Tapi skarang memang aku tak de kualiti langsung. Walaupun mase tido tu panjang, tapi hakikatnye tido tu acah-acah je. Kang tersedar sebab dengar bunyi tu, kang sedar sebab bunyi ni. eh memang seriously tak lena la. Kualiti tido tu aku tak tau la tahap mane.

Sudahnye, pagi bangun kepale rase pening. Ari Sabtu bukak booth main main je, sebab kepale aku sakit sesangat. Last last masuk tido dalam opis. Main taram je tido dalam panas. Dah le black out.

Sedih tau bile tido tak de kualiti ni. Mood memang out la. Ting tong je kepale. Semua mende rase tak kene.
Eh sape selalu kene cam aku ni?
Meh le tolong advice.
Sedih dah ni

Huarghhhhhhh

I just need my beautiful sleep

-________________-

Friday, October 16, 2015

PESTA KONVO UNISZA

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 



Short upadate je hari ni. 

Pada sesiapa yang ade berada di kawasan sekitar UniSZA, meh le singgah ke Booth Jobhouse untuk mendapatkan info-info mengenai kerja kosong di Malaysia. 
Pendaftaran Jobseeker adalah FOC. 
Yang nak belajar buat resume pun kami akan berikan tunjur ajar. 
Nak g interview pun kami boleh consultkan cam mane 

Booth kami no 4 bersebelahan JTK & LHDN. 
Bukak dari 10 pagi hingga 6 petang 
Start hari ni sampai 19 Oktober ni . 

Jumpeee di saneeeee!

Monday, October 12, 2015

Al Fatihah ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Malam tadi mase tengah duk golek golek menunggu masa nak tidur, Incek Abang whatsapped kat group, bagitau Che Mat Nor dah tak de. Clueless jap. Eh ye ke ni. Tapi aku mengaku aku dah lame tak jumpe arwah. Last time jumpe rase mase kenduri arwah Incek Boss. Rasenye la, lebih kurang 5 bulan lepas. 

Pastu Nazir call, bagitau confirm Che Mat Nor dah tak de. Innalillah.. 
Macam tak percaya je. Umor arwah kalu tak silap baru nak masuk 59 tahun. Arwah memang ade diabetis tapi tahap macam mana aku tak tau la. Sebab dulu selalu tengok arwah makan ubat. Buat buat sibuk bertanya kan. 

Tapi seriously memang aku tak berape percaya lagi yang arwah dah tak de. 
Noorul doakan Che Mat Nor tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
U will be missed, Che Mat Nor.
Al Fatihah ~ 

tt