Monday, November 2, 2015

SABAR

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 



Aku tau aku spesis tak tahan sabar. Baran. Tapi aku cube kawal semua tu. Tapi kalu aku tahan, aku pendam lagik la bermasalahkan. Last Thursday pun aku dah meletup sikit sikit. Aah kategori sikit la tu aku rase. Sebab tak de mendatangkan kecederaan fizikal pada sesape, cume yang terguris perasaan confirm ade la. Tapi ape aku burst out tu mende yang betul. Bukan sesaje rekaan. 

Tapi yang ni memang aku hilang sabar. Aku memang ade fews kepantangan especially when it comes to personal stuff aku  la kan. 

Aku tak kesah orang nk pakai, tapi biar reti bahasa. Dh guna, put it back where its belong. Sedangkan dengan family members sendiri pun aku strict bab ni. 

Give and take. Banyak mane aku give tapi yang banyak mane yang aku take back? Less than my expectation. 

Mungkin kena banyakkan lagik bersabar. 

Tapi semalam memang hilang sabar, masuk office tengok office tunggang langgang. Balik rumah pulak, ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... 

Mane aku tak meletop.

Ya Allah, kurniakanlah kesabaran yang berganda-ganda lebihnya untuk hamba-Mu ini 

=( 

KACAU BUBUR ASYURA 2015

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Macam tetahun lepas, tahun ni buat asyura lagik kat Masjid Tok Kah. Well, sangat impress sebab aku tak muntah kali ni. Hahahaaha. Ade improvement kan. *banggagilersiot* 

Tahun ni aku rase program start agak lambat sikit. Plus aku sendiri pun hegeh hegeh nak bangun pagi tu. Siap kene tazkirah dengan Puan Mak. Maklumlah hari tu kan hujan, memang sedap la membuta. Moksu Saodah siap memanggil dalam whatsapp. Baru la aku kelam kabut start motor pegi masjid. 

Sesampai tu kawah 4 bijik dah dinaikkan. 3 kecik, 1 besar. Meriah. Aku malas nk buat keje berat, so join orang orang lame kupas bawang je. Pastu sambung kupas labu, keledek, dan segala bahan yang nak ditambah dalam tu. 


Giler sedih aku tengok muke Sue duk mayang bawang. Hahahahaha. Siap request tahun depan no more 'Pok Awang'. Kikikikiki 



Ramai jugak yang datang tolong mengacau. Orang-orang muda pun ade. Kira program menjadik la kan. 

Tapi satu je yang dikira nasib baik, ari tu tak hujan weh. Kalu tak jenuh nak lari sane sini, nak selamatkan kawah. Walaupun buat bawah garaj, tapi still tempias. Maklumlah sekarang musim hujan + angin kencang. 

Menu tengah hari tu, nasi putih + ikan aye singgang + budu + ikan kering + ulam ulam. Menambah 2 pinggan nasi weh. Balik rumah, aku rase muke aku dah bulat macam besen. Makan banyak gile. 

Dalam pukul 1 cam tu asyura tu start macam nak masak, memandangkan aku tak makan yang berempah tu, cecepat cedok yang lemak. Hahaha bawak balik rumah. 2 sudu je kot aku makan. Rase sama macam kuih kacang ijau tu. Kikkikiki








Dalam 2.30 cam tu dah ready untuk disejukkan pastu deliver kat rumah orang kampung. Time ni ade rase loya loya sikit. Aku lari lari sikit. Kalu tak maunya ade yang muntah pulak kali ni. 

Pukul 3.30 semua dh settle. Kemas kemas balik rumah, terus tido. Kepale berdenyut giler. 






Mintak mintak tahun depan ade lagik. Tapi aku dah request, tahun depan buat yang lemak je, rempah ratus tak payah. 

Adios! 




KELIRU LAGI

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Last week ade buat keje gile sikit. Aah sikit je. Tapi tak tau la mane datang keberanian nak buat keje gile tu. Hahahaa. Mungkin sebab dicabar atau pun memang mencabar diri sendiri nk berdepan dengan situasi macam tu. 

Tapi bile fikir balik, aku jadi keliru. Keliru dengan perasaan sendiri. Keliru dengan ape yang ade dalam pemikiran dia. 

Nak kate dia tak tau, segala mende dia tau. Nak kate dia tak peduli, gayanya peduli. Pening. 

" U have to stay" 

Aaah kene 'stay' tapi dibiarkan terkulat kulat, macam tak tau ape tujuan. 

Ape yang awak nak duga sebenarnye? Perasaan? Hati? Jiwa? 

Kesah tapi dalam masa yang sama melarikan diri? 

Sampai bile nk berterusan macam ni? 

Sumpah, memang aku keliru! 

p/s : setiap kali aku pandang incek koala tu dalam laci, aku rase nk pijak pijak pijak pijakkkkkkkkk

Mata Masuk Habuk

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Cerita last week punye ni. Kan last week kami ade bukak booth kat UMT sempena Karnival Penyelidikan & ICT UMT. Wehhh skema giler sebut seketul ketul. Kikikikikiki. Eh btw, time kasih Incek Apih jemput kami yer. Next time kami datang lagik. 

Ok, sambung cite. Cam ni citenye. Di tengah-tengah kekalutan duk layan orang yang datang, datang le seorang pensyarah. Aku guess je yang dia tu pensyarah. Dia tanye macam mane nk register jadi job seeker. Aku pandang dia, dia pandang aku. Pelik la kan. Dah nampak macam pensyarah tak kan nk apply keje lagik kan. Pastu dia cakap dia nk registerkan ex student dia. 

Erm, makanya bermula la cite pasal dia ngan ex student dia tu. Panjang jugak citenye, pasal macam mane dia kenal student tu dan segala pertolongan yang dia bagi untuk memastikan student dia boleh grad on time. 

Aku tak kan cite detail la pasal student tu. Cume yang aku nk highlightkan kat sini, tugas pensyarah bukan sahaja memberikan ilmu, tapi jugak sebagai penunjuk arah untuk pelajar tu berjaya dalam hidup. Bukan senang tau nak memastikan amanah dan tanggungjawab tu dipikul, dilaksanakan dengan jayanya.

Bukan setakat pensyarah, tapi sama jugak macam pendidik pendidik yang lain. Memang aku respect la. 

Untuk pensyarah ni, memang aku tabik spring kat dia. Semoga usaha, pertolongan dan budi yang dia taburkan akan terbalas di sana nanti. 


p/s : aku selalu rasa aku ni dilahirkan dalam keadaan yang susah, tapi rupanye ramai lagik yang susah kat luar sana tu. Bersyukurlah dengan segala rahmat yang Allah dah kurniakan. 

Saturday, October 24, 2015

Ke UMT La Pulakkkk

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 


Bersiaran langsung dari UMT pulak hujung minggu ni. Gigih betul bekerja di hujung minggu. 

Hahahah dh 2 minggu keje straight ni. Ikhlas ke tak, tak tau la ni. Tapi bile fikir amanah dan tanggungjawab, diketepikan semua negarite vibes. 


So pada sesiapa yg free, meh le singgah booth kami sempena Pesta Konvokesyen  UMT. Booth kami kat foyer Kompleks Siswa. 



Okbai! 

Tuesday, October 20, 2015

Tido Yang Berkualiti ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Lately aku rase memang tido aku tak de kualiti langsung. Walaupun tido panjang tadi nikmat tu tak sampai klimaks. Tengab mimpi yang indah indah tetibe ade gangguan. Cheeseee cakeeee ar. Stress gilosss. Esoknye bangun confirm kepale berdenyut. 

Biase badan letih yang amat, tido mesti lena. Skarang tak weh. Aku rase antara faktor, tido ramai ramai. Aku kan semenjak dewasa ni mane tido share bilik dengan orang, kecuali time pergi kursus la. Tapi bile kursus, roomate pun same naik penat dengan kite. Jadi tak de la nk menggangu letih kite. Same same layan tido. Esok pagi bangun fresh je.

Tapi skarang memang aku tak de kualiti langsung. Walaupun mase tido tu panjang, tapi hakikatnye tido tu acah-acah je. Kang tersedar sebab dengar bunyi tu, kang sedar sebab bunyi ni. eh memang seriously tak lena la. Kualiti tido tu aku tak tau la tahap mane.

Sudahnye, pagi bangun kepale rase pening. Ari Sabtu bukak booth main main je, sebab kepale aku sakit sesangat. Last last masuk tido dalam opis. Main taram je tido dalam panas. Dah le black out.

Sedih tau bile tido tak de kualiti ni. Mood memang out la. Ting tong je kepale. Semua mende rase tak kene.
Eh sape selalu kene cam aku ni?
Meh le tolong advice.
Sedih dah ni

Huarghhhhhhh

I just need my beautiful sleep

-________________-

Friday, October 16, 2015

PESTA KONVO UNISZA

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 



Short upadate je hari ni. 

Pada sesiapa yang ade berada di kawasan sekitar UniSZA, meh le singgah ke Booth Jobhouse untuk mendapatkan info-info mengenai kerja kosong di Malaysia. 
Pendaftaran Jobseeker adalah FOC. 
Yang nak belajar buat resume pun kami akan berikan tunjur ajar. 
Nak g interview pun kami boleh consultkan cam mane 

Booth kami no 4 bersebelahan JTK & LHDN. 
Bukak dari 10 pagi hingga 6 petang 
Start hari ni sampai 19 Oktober ni . 

Jumpeee di saneeeee!

Monday, October 12, 2015

Al Fatihah ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Malam tadi mase tengah duk golek golek menunggu masa nak tidur, Incek Abang whatsapped kat group, bagitau Che Mat Nor dah tak de. Clueless jap. Eh ye ke ni. Tapi aku mengaku aku dah lame tak jumpe arwah. Last time jumpe rase mase kenduri arwah Incek Boss. Rasenye la, lebih kurang 5 bulan lepas. 

Pastu Nazir call, bagitau confirm Che Mat Nor dah tak de. Innalillah.. 
Macam tak percaya je. Umor arwah kalu tak silap baru nak masuk 59 tahun. Arwah memang ade diabetis tapi tahap macam mana aku tak tau la. Sebab dulu selalu tengok arwah makan ubat. Buat buat sibuk bertanya kan. 

Tapi seriously memang aku tak berape percaya lagi yang arwah dah tak de. 
Noorul doakan Che Mat Nor tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
U will be missed, Che Mat Nor.
Al Fatihah ~ 

Sunday, October 11, 2015

Hari Sukan Negara

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Semangat kan update entry. Hahahaa penangan Uncle KJ punye pasai. 
Semalam kan Hari Sukan Negara, 10 Oktober 2015. Seluruh negara bersukan. Almost 5 juta jugak yang terlibat. Ramai kot. Hahaha. So, setiap kampung kene buat aktiviti fitness, x kesah la senamrobik ke, sukan ke hape, janji ade aktiviti. 

Untuk J3K Kg Tok Kah kami decided untuk jv dengan SK Tok Kah buat aktiviti. 



Ni cite malam sebelum kejadian. Merewang buat sambal bilis nasi lemak. Sedapppppp. Esoknye, 4.30 pagi rewang lagik, tanak nasi lepas tu bungkus siap siap untuk edarkan pada budak-budak sekolah. 



Okeh, empunye blog yang kemain semangat nk berHSN. Eyebag 4 bakui. Huarghhhhh. Baju kuning yang aummm aummmmm. Nasib baik tak kene pakai dengan tudung biru. Kalu tak? Hahaha 




Team J3K yang duk perati budak budak skolah 






Aktiviti pagi tu dimulakan dengan perarakan masuk Kontinjen Rumah Sukan SK Tok Kah. Tak ramai budak hari tu. Ramai ponteng sekolah. Hampehhh. Then, ucapan perasmian oleh Pegawai Kaunseling PPD Dungun, Cikgu Azam. Settle perasmian, ade gimik sikit. Tapi kami team J3K dah amik tempat awal awal untuk bergambar. Hahaha 





Lepas bergambar, acara bermula dengan senamrobik. Kurang kick. Sebab lagu old school giler. Hahaha. Tapi layan la jugak. Pastu sukaneka start. 
Acara sukaneka :

1. Mencari Gula-Gula dalam Tepung (Puteri) 
2. Memancing botol (Terbuka Wanita) 
3. Memancing Botol (Terbuka Lelaki) 
4. Bawa bola dalam sudu (Wanita) 
5. Lari dalam guni (Pemuda) 
6. Meniup belon paling besar (J3K) 



Peserta memancing botol 


Pencatat keputusan yang sangat setia dengan tuala. Hahaha

Memancing botol lelaki 

Get readu untuk lari dalam guni 

Mencari gula dalam tepung 


Ni peserta paling semangat. Orang lain dah bangun tinggalkan pinggan, tapi yang dua ni maintain duk tertonggeng cari gula gula lagik. Hahaha

Bawa bola dalam sudu 










Team J3K yang semangat tiup belon. Aku kalah dengan warga-warga emas. Cait betul la. Hahaha buat malu muke je. 


Gabungan J3K & cikgu-xikgu sekolah. 

Keseluruhannya, program Hari Sukan Negara amatlah berjaya. Next year boleh buat lagik, maybe akan lebih gempak lagi. Walaupun team J3K tak cukup corum, but we did it! 
Seghonok! 
Segar!
Energetic! 
Tahniah! 

So YB Kj, next year sponsor baju untuk semua la kan 

=) 







Thursday, October 8, 2015

SETAHUN ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Alhamdulillah. 
Dah setahun rupanya jodoh dengan JobHouse. 
Setahun yang masih merangkak. 
Setahun yang masih mentah.

Setahun jugak la di Gong Badak ni..
Tapi banyak perkara yang dah jadi dalam  setahun ni.
Banyak jugak pengajaran dapat.

Especially, sape yg boleh kau declare dia sebagai sahabat.
Kawan ramai, tapi sahabat?
Susah nak didefinisikan..

Dan, setahun lagi untuk di'kira'
Selamat datang tahun ke dua..
Semoga makin bertambah..
Semoga semangat pulih kembali
Semoga ape yang 'pergi' takkan 'kembali' lagi..

Semoga selamat semuanya..



tt