Sunday, January 31, 2016

Main Masak-Masak Bersama Housemates ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Tak yah bising la. Aku tau entry sederet pasal makanan jek. Tak de mende menarik sekarang ni. Ni je yang ade aku hadap sekarang. Lepas makan, makan dan makan. Tengah hari Khamis tu pegi Hock Kee Seng, nampak kulit popia. Ade yang besar, pastu fikir balik,  ni 1st time nk buat popia, besar besar kang reti ke nak lipat. Why not amik je yang kecik tu. Kite try and error je kan. So, amik yang kecik, amik crab stick. 

Untuk newbie macam aku ni sepatutnye, bile orang share resepi kat FB tu bace le betul betul kan. Ni confident je tengok sebelah mate. Kekonon dah terer ar. Sekali amik ko, padan muke. Kikikikiki. Sebatang crab stick tu aku potong 2. Senang sikit nk lipat kan. Sepatutnye, sebelum tu crab stick tu kene rebus dulu. Baru le time goreng tu tak de la meletup pung pang pung pang. Hahahahahaa

Buat 2 jenis, satu pakai crab stick. satu gune pisang. Aku rase yang pisang tu lagik best. Cair je dalam mulut. Kikikikikiki. Perasan pandai masak la kan. Aku paksa semua orang lipat popia.




Hari Jumaat tu, pukul 11 lebih aku dah paksa budak budak ni masuk dapur. Lapar kot. Kikikikiki. Ummi masak gulai ikan taruk kacang bendi. Gigih la perempuan ni tumbuk kunyit lengkuas pakai lseung batu. Kalu aku la, memang tak de maknenya la. Tak de blender, memang tak de la nak masak cam ni. Kikikiki. Tapi sedap wehhhhh. Aku masak kobis goreng buh ayam ngan sos tiram.





Lepas makan semua tersadai kenyang. Okeh. Masak, makan kat rumah lagik best daripada makan kat kedai sebenarnye. Cume rajin dengan tak je. Kikikikiki

Adios!

0 comments:

tt