Friday, October 19, 2012

Hari Yang Ditunggu ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt =)

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan penghulu segala hari, Hari Jumaat..

Pagi ni, since malam tadi kOt, Bumi Dungun disirami hujan renyai-renyai.. Air hujan dah memenuhi segala lopak-lopak, parit-parit, longkang-longkang di sekeliling umah aku neh. Mintak-mintak tak de la kawasan yang akan dilanda banjir kalu hujan masih berterusan sampai ke petang. Air sungai? kompen dah naik dari paras yang biase.. 



Uiks, meja sape la yg sOpan sangat tu T_T. Keadaan meja cam tu memang jarang-jarang la berlaku.
Hehe.. tu la meja aku kat Opis. ade 3 kalendar kat meja. ari tu Encik Abang dah tegur
"Mak aih, banyak benor kalendarnye. Tengok ke tak ni Yue eh"
"Hehe.. tengok. Orang bagi kene la display semua kat meja"
Haha.. kalendar yg depan skali tu dari Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), 2nd tu dari Jabatan Penerangan Malaysia. Lastu, Residence Resorts Paka.. Semuanye dari tempat yang aku selalu berurusan :) Kat belakang tu ade lagik kalendar lain..

Motif aku tempek pic meja aku? ari ni kan ari Jumaaat.. so, ari untuk merehatkan fizikal dan mental.. untuk seminggu ni meja tu macam dilanda ribut taufan.. eh, bukan minggu ni je, memang sepanjang mase kot. Ibarat kate sorang hamba Allah tu 'Memang pelik la kalu meja awak tu tetibe kemas'
Erm, awak.. meja saye ni kemas je sebenarnye.. cume tiap kali awak datang, meja tu mesti dalam keadaan berserabut, meaning that, tiap kali awak datang tu saye busy :)

Memang cun la ari ni. Ujan turun dengan renyai-renyai. Mood pun ade sedikit kemalasan.. Semalam dah hangkut keje-keje yg nak dibuat kat umah ari ni. Tapi memandangkan cuaca yg sejuk-sejuk ke tulang neh.. hehe. simpan dulu la kot keje tu.. Tunggu matahari menyinar dulu baru mulekan balik..


So, untuk semua..
Selamat berhari Jumaaat 
Selamat Berhujung Minggu
rehat kan diri, rehat kan minda..
Jadikan hujung minggu anda, hujung minggu yg berkualiti bersama keluarga tersayang..

adios :)

p/s : Yeah, aku kuat !! *Penangan minum milo tetiap ari*

p/s/s : Selagi ade kepentingan, selagi itu akan dicari dan SEBALIKNYE..

p/s/s/s : bile ujan cam ni, mule la perut asek menyanyi lagu riang.. hadoiiii

6 comments:

Anonymous said... [Reply]

Mmmg pelik bl tgk meja awk kemas sbgitue....hakhakhak....

Anok Pok Mat Kapok said... [Reply]

@Anonymous Pelik? tak pun

Tieah Madian said... [Reply]

Nak duduk melepak kat meja kak nurul. Borak borak! Mesti panjang cerita lagi lagi soal hati.

Anok Pok Mat Kapok said... [Reply]

@Tieah Madian Kan.. banyak sangat cite neh.. haha sekarang tak de sape nk masuk melepak dlm bilik tu..

Khalilah said... [Reply]

Bagus kan kalau hari-hari adalah hari jumaat. Sure jadi selalu kemas... ;)

Anok Pok Mat Kapok said... [Reply]

@Khalilah MNor Hari-hari lain pun ade time kemas jugak, tapi banyak yg x kemas la.. haha. busy katenye kan

tt