Sunday, January 18, 2015

3 Bulan

www.tips-fb.com






Assalamualaikum wbt 

=)

Dah tiga bulan. Ye tiga bulan *tepuk tepuk pipi sendiri* Kejap tapi rase macam dah lame.
Bile diri dah mula rase serasi, masalah lain pulak menimpa.

Susah jadik manusia ni kan. Ehhh tak susah sebenarnye, kalau kite mampu mengawal situasi.
Erm, buat mase ni aku tak mampu nak kawal kot tapi masih lagi mencuba agar tak menjadi parah.

Dalam bulan ke tiga ni jugak, aku harap pendirian hidup masih lagik utuh sampai ke bulan 5.
Tak nak jadi macam ice cream yang beku bile duk dalam freezer. Bile kena cahaya matahari, start mencair.

Ape lagik? Ermmm bulan ke tiga yang setiap hujung minggu akan terpacak depan pintu rumah.
hahaa ampunkan anak mu ini Puan Mak. Masih tak mampu  untuk hidup bersendirian di luar sana.

Encik Boss getting better day by day. Alhamdulillah. Cepat cepat sembuh boss, nanti saye masak cekodok ikan yer.

Lagik? entah.. Phrase I count U tak bawak impact untuk aku pada masa ni.

Sekian, babai

Nasi Lemak ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt

=)

Kejadian 2 minggu lepas. Nak taip ni pun aku dah terbayang nasi lemak. Dan, buat pertama kalinye aku rase memakan nasi lemak tu sesuatu yang ngeri. Haahahahhahaa sangat hyperbola statement tau.

Alkisahnye, ade satu hari tu ade la sorang hamba Allah tu belanja nasi lemak berbungkus bungkus kat EGEC ni. Dah le time tu kami semua baru lepas breakfast. Eh tak kan nak makan lagik kot. Badan je besar tapi perut tak berape nak besar sangat ni.

Tengah hari tu paksa jugak diri makan nasi lemak. Settled 2 bungkus. Pastu kasik akak cleaner, dia amik 2 bungkus, ade lagik balance 4 bungkus. Pastu sape amik sebungkus, tinggal lagik 3. Dah lewat, nak bagi kucing, kucing plak takde muncul. Nak tak nak terpaksa la bawak balik rumah.

Memandang tekak macam terase lagik kenasilemakan tu, bertahan untuk tidak makan sampai la pukul 11 malam. Ingatkan dah basi. Bukak bukak, elok lagi nasi lemak tu. Sambal pun tak basi lagik. Nak buang, rezeki tu. Gagahkan diri untuk makan jugak. Ye, 3 bungkus nasi lemak aku makan tengah malam tu. Memang kekenyangan. Sampai tak lena nak tido. Esok pagi bangun, tekak rasa nasi lemak. Terasa loya, try muntah tapi tak keluar pape. eh sampai office, perut terasa macam nak membuang tapi tak cirit birit. Banyak kali jugak ke toilet, tapi membuang masih dengan kadar normal.

Pagi tu nak breakfast, nampak nasi lemak terasa meremang bulu roma. Puan Mak kate aku keracunan nasi lemak. Hahaha. Memang aku kena bercuti makan nasi lemak buat sementara waktu. 5 bungkus dalam satu hari, tu aku rase rekod pencapaian yang paling membanggakan selama aku hidup 29 tahun 5 bulan 7 bulan lebih ni.

Bukan la aku nak kate aku ni tak ingat dunia, tak sedar diri sampai tak nak makan nasi lemak, tapi buat masa ni aku memang masih terase macam overdose nasi lemak. Berehat la dulu. Sebulan dua lagi kot, aku makan balik. Tapi terbayang bayang nasi lemak tu, sedap tau. Sambal pun best, masak betul betul tau. Rase cam nak g belajar je ngan tukang masak tu.



Ha lagi satu, yang dalam pic tu bukan nasi lemak yang hari tu yer. Tu hiasan semata mata.

Babai

p/s : aku makan nasi lemak tapi bukan di hari bekerja

Tak Tau ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Jenuh cari point nak update blog. Muahahaha.. Lately ni aku perasan sangat satu perangai aku. Selalu tak tau nak ape. Hahaha.. Setiap malam, what should i wear for tomorrow? Pastu duk termenung tengok bakul baju kurung, pastu tenung pulak tudung tudung. Hahaha. Sudahnye, pick je memane baju yang bukan ikut selera hati.

Nak makan pun same jugak. Nak makan ape eh? Nak makan kat mane? Pastu air ape nak kene minum ni? Last last jadi macam Sabtu lepas. Silap buat pilihan, tersalah Order . Kekonon nak try and error la. Dah la menu tu aku tak pernah dengar. Bile suruh waiter explain pun, dia macam clueless tapi nohai, lets try. Mak aih kemain lame nk boleh dimasak. Orang lain dah kenyang, aku punyer order baru sampai. Katanye nasi goreng nafadami. Katenye semua ade dalam tu.

Sampai sampai, ade nasi goreng biase one side, yang side satu lagik ade telur bungkus. Bersangka baik. Oh nasi goreng campur telur bungkus. Sekali, bile nk godek telur bungkus tu, keluar cecair kuning. Eh apakah????

Rupenye, nugget ikan dimasak dalam sos sunquick, then wrapped dengan telur dadah. Oh maiiii. Tekak can not eat la. Aku makan nasi goreng je. Telur bungkus berisi inti pelik tu tak berusik. Otomatik tekak jadi mual. Hahaha kesian tekak jadi bahan uji kaji untuk merasa sesuatu yang otak memang tak tau. Hahaha

Tapi seriously, sejak aku masuk U sampai la zaman bekerja ni, soalan yang paling susah nak jawab, nk makan kat mane? nak makan ape..

Lagik susah daripada soalan add math rekaan Ticer Hay. Lagik susah daripada nak menjawab bile nak kahwin. Muahahahaha

Dah dah dahhhhh. Banyak merapu le sangat dah ni.

Adios 

Pak Cik Mat

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Cerita petang semalam, mulenye nak g KFC, isi perut yang kelaparan sebab malas nk selongkar dapur, cari ape makanan yang ade. Separuh jalan, rase macam malas. Pusing balik, singgah Petron. Lepas tu terase macam nak makan tomyam. Niat nak ke Sabasun, cari bahan-bahan. Sekali, tengok kenderaan, di jalan raya berderet panjang. Batalkan niat ke Sabasun. Moh ke Mydin Mall, cari Sushi la untuk perut.

Dan lagik sekali niat terbatal kerana kenderaan yang berderet. Tak pe la perut, esok la kite makan yang diniatkan tu, kite beli makanan minda la pulok yer. Straight ke SMO Bookstore. Dah set dalam kepale, kalu SMO tak dapat puaskan hati, memang nak ke Pustaka Seri Intan. Hahaha

Last last stuck dalam SMO. Ramai jugak Orang. Okeh. Set dalam kepale ape yang nk dibeli. Yang paling penting, note book untuk draft pape, takkan asyik nak pakai A4 kan. Membazir tau. Tapi yang 1st dicapai novel The Unsung Hero, Ishhh jangan beli dulu, Sabauuuuuuuuuuuu. Terjumpe 'EX' AKU GILA! Beli yang ni dulu. 

Pusing pusing lagik. Jumpe notebook, tak berape comel tapi sebat je. Jalan lagik, jumpe highlighter. Ambik 4 kaler. Cukup la kan. Eh hijau tak beli la pulak. Eh tak pe la. Pusing for second round. Jumpe la yang kat bawah tu....

|

|

|

|



Jumpe Catatan Mat Luthfi. Terus amik. Lantas hati berkate, meh kite g bayor dah pulang ke pangkuan rumah sewa. Muahahahahaha...


Seee.... Ape yang diniatkan tak kan same dengan kepale bile asyik berpusing pusing dan berjalan ke hulu ke hilir. Memang damage ar poket bulan ni. See u next mOnth pulak yer SMO. Heheheee


Btw, buku Mat ni best. Simple untuk difahami tapi sangat deep.

Babai 

Tuesday, January 6, 2015

1st Chapter

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Another year to go :) Hahaha expectation untuk tahun ni aku tak tau macam ni. Setakat ni rasenye perjalanan smooth je. Kalau ade bonggol bonggol, batu batu tengah jalan tu tak tau la nanti. Mintak semuanye akan smooth sampai ke akhir tahun.

Cume skarang ni nak mengharapkan mood rajin bekerja tu datang. Still mencari x factor untuk jadi pemangkin hari hari datang Office. Muahahhaahaha

Perancangan kerja untuk setahun pun tak buat lagik. Tak de ape punnnnnn. Hahahaha parah gile idop kan. 

Untuk Cik Epal, dah 2 tahun kite bersama, lets count for another years. Dont worry im not going to mempoligamikan anda. Cehhhhhhhh

Apelagi erk? 

1st January - was on annual leave. P jenguk Incek Boss kat KMC. Alhamdulillah. He's getting better. 

2nd January - program ziarah orang sakit. Went to visit Pok Su Zahari, Kak Noji and Adik Ainun 

Hari lain lain tu tak de aktiviti dah melainkan semalam, berkejar balik dari Dungun ke Office sebab Dr J mintak report. Muahahahhaaa.. 

Lagik Lagik??? 

Tak de dahhhhhhhh

Adios

Wednesday, December 31, 2014

Babai 2014!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Babai 2014! Hahaha macam kejam gile je kan. Macam nak tahun 2014 cepat cepat je shuhhh shuhhhhh.
Aku tak rase la tahun 2014 ni macam tak best sangat. eh tak de la. So-so je la. Sebab 9 bulan pertama tu tak de nk meriah mane.

Aku malas nk recall balik ape hajat aku mase mule mule nk masuk tahun 2014 dulu. Tapi kan, kene belek jugak, nk tengOk KPI tercapai ke tidak. Muahahahahahaha. Oh rupenye tak de azam pape weh. Parah bebenor la idopkan.

Tak ade azam tak bermakna idop kite untuk tahun tu tak de hala tuju kan. Semuanye bergantung pade kite. Cume aku tak suke nk berazam bagai. Nanti bile dah akhir tahun, ade azam yg tak tercapai, terus rase down nk buat azam baru for the next year kan.

So, overall tahun 2014 ni tak de la setough 2013. Aku mulekan tahun 2014 dengan status penganggur (eh, dh 2 bulan menganggur mase tu kan!), pastu dengan hati hancur. Sebab ape hancur? Of kos la sebab makhluk tuhan tu ka. Sape suruh sentapkan hati aku di akhir tahun 2013? Lepas tu ape erk? Hahaha aku pun dah lupe.

Perkara yang berlalu sepanjang tahun :-

Januari

1. Majlis Kawen Chukie Sarah - kami adik beradik jadik rombongan pihak lelaki. Bidan Terjun namenye. Hahaha
2. Sambutan Maulidur Rasul SK Tok Kah - ni pun bidang terjun jugak


Februari
1. Rumah jiran aku terbakor - rumah aku jadi pusat transit jap. Takde hal pun bab tu. Tolong menolong sesama jiran

Mac
1. Mesyuarat Puteri Cawangan (Tahunan)
2. Mesyuarat Cawangan (Tahunan)


April
Pun takde mende best jugak

Mei
Birthday aku la kan. No celebration. No cake. Tapi ade hadiah untuk diri sendiri. 3 Hati

Jun
1.Ade Program tapi aku lupe name program tu. mungkin sebab tak berkenan ngan panel, sampai aku takde mention pun. haha
2. bulan Ramadhan

Julai
1. Majlis Berbuka Puasa Masjid Kg Tok Kah
2. Raya Aidil Adha
3. Interview SL1M Tabung Haji

Ogos
1. Kenduri Kak Long Sheema
2. 'Kes terpencil'
3. Interview  SPP-Penyelia Asrama
4. Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Dungun
5. Perwakilan UMNO Bahagian Dungun

September
1. Interview Job House
2. Dungun-PJ-Melaka-Dungun

Oktober
1. Aidil Adha
2. Lapor diri kat Job House
3. Lapor diri kat Unisza
4. Start jadi penyewa bujang

November
1. Che Teh gave birth
2. 'Kes terpencil lagik'
3. Birthday makhluk halus berbadan besor
4. Banjir

Disember
1. Birthday Muhammad Azam Zolkaply
2. Career Fair Pesta Konvo Unisza
3. Met Puan BFF
4. Banjir 2nd wave

Ni je kot perkara yang aku rase agak menarik la untuk tahun 2014 atau lebih tepat ape yg terjadi dan aku mampu ingat. Muhahahaha. Sebab yang ni dah state kt entry kan. Yang lelain aku tak brape nk ingat. Tapi kes banjir ujung tahun ni paling terkesan untuk aku. Negeri Pantai Timur teruk kene attack. Jadi clueless ditambah lagik dengan pelbagai isu yg tak sahih duk viral. Pening minda nk mencerna semua tu.

Harapan di tahun 2015 memandangkan aku tak de spesifik azam, aku harap aku dapat keje yg lebih baik daripada sekarang. Muahahaha. I need my messy-fussy-chaos life back. Idop dengan keje sekarang tak berapa nk mencabar minda aku. Hahaha tapi aku still bersyukur dengan rezeki yg Allah kurniakan buat masa ni.
Amin.










Monday, December 29, 2014

Banjir

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt
=)

Still in banjir mode. Walaupun aku tak jadi mangsa banjir secara rasminye lagik untuk kali ke 2. Cuti Krismas aku sempat balik home town. Tujuan asal, memang balik untuk bercuti. (Cuti la sangatkannnnnnnnn) Tapi sebenarnye balik nk jenguk kampung halaman sendiri bile dapat tau Dungun dah kene attack ngan banjir. 

Sebelum balik Dungun, on Wednesday tu sempat call Tina, tanye keadaan di Kuala Jengal. Dat time, Tina kate dh few days tak leh contact ke kampung. Last dia tau air paras bumbung dan Ku kate banjir kali ni worst than 2012. Uishhhh berdesup tertikam ke jantung. Pastu bace pulak pasal di Kelantan. Lagik la jiwa ni tak tenteram. Tambah pulak, bile Mok Yah ngan family pun terlibat. Then, Pok Teh anak beranak pun kena jugak. Mak sedara aku sorang lagik yang kat Jeli tu tak tau cerita cam mane. Clueless

Balik je Dungun, pusing pusing Bandar dengan Along. Tengok air di area Che Lijah, air sungai Dungun dengan paras bahaya, ombak pun still ganas, dengan angin kencang, cam mane hati nk tenang? Balik minggu ni pun tak sempat jumpe Incek Abang, beliau busy bertugas di Pusat Pemindahan Banjir Sk Pulau Serai 

Bile duk bace posting-posting pasal banjir kat social medias, terdetik dalam hati aku, ade mangsa banjir yang benar-benar dalam kesusahan dan ade mangsa banjir yg pandai amik kesempatan dan tuding jari pada pihak berwajib. Macam mangsa-mangsa banjir yg terputus hubungan dengan pihak luar, esp Manik Urai, Kualau Krai semua tu, Orang di luar sini memahami keadaan di sana, tapi para petugas ade kesukaran untuk menghantarkan bantuan tapi they try their best to make sure semua dapat bantuan. Lambat atau cepat tak perlu dipersoalkan andai si keyboard warriors mampu memahami keadaan.

Ni yang tak jadi jadi mangsa banjir, melampau-lampau emonye. Duk sebab posting merapu-rapu. Tahu tak, bile anda duk berbuat macam tu, anda lagik mengeruhkan keadaan. Why not, anda duk berdiam, berdoa supaya keadaan terkawal. Biarkan pihak petugas menjalankan tugas mereka. aku tak salahkan mangsa banjir. Mangsa banjir dh 'terseksa' dengan dugaan ni, nape nk ditambah lagi derita mereka?

Bagi pihak petugas banjir, mereka dh cuba yg sehabis baik. Mental fizikal semua penat, dah le tu terpaksa hadap pelbagai tohmahan, cacian, fitnah lagik. Lagik lagik JKKK. aku nampak glamer benor la mereka ni. Mostly setiap hari ade  posting kat group pasal JKKK. aku malas nk komen. Sebab memasing ade kelemahan.

4 tahun bekerja untuk rakyat, buat aku banyak buka mata. Aku sendiri pernah menjerit pada pegawai JKM Dungun (sekarang dh berkhidmat tempat lain) sebab orang kampung duk keep calling, maklumkan bantuan dari JKM lambat sampai. Mereka kekurangan manpower. Bantuan dah dihantar pada pangkalan hadapan, tapi mungkin tak mencukupi, dan perlukan tambahan. Mereka pun tak cukup masa untuk berada di semua tempat satu tempoh mase. Untuk pegawai berkenaan, 'Hey dude, sorry sebab tertinggi suara dulu. I knew u did ur job very well. Sangat dihargai jasa anda'

Dan sekarang, bile aku jauh dari kampung halaman, andai kata Tok Kah dilanda banjir besar macam tahun 90-an dulu, macam mane la keadaan family aku. Mane nak selamatkan barang-barang, mane nk selamat haiwan ternakan mak aku, mane nak selamatkan kucing kucing aku, mane nak tolong jiran tetangga lagik :( Semuanya duk berlegar dalam kepale.

Yang kate aku tak pernah terperangkap di jalan raya sebab banjir, well aku dh rase mase tahun 2003. Dengan jalan jem, dengan bekalan makanan tak de. Perjalanan dari Raub ke Dungun lebih dari 12 jam. Stesen minyak semua penuh dengan kenderaan. Ujan lebat, air melintas di jalan raya. Memacam rase mase tu. Banjir tahun 90-an tu pun dah buat aku serik, walaupun aku mase tu umur 5 tahun, rumah dah tinggi, tapi masuk, tikar getah semua terapung, mak aku masak lempeng ubi kayu atas katil mase tu. Tu je bekalan yg ade untuk hari tu. Nk berak, berak dalam air banjir yg mengalir tu je. Dengan air tu jugak mak aku basuh berak. Bile air dh surut, aku tengok mak aku bersihkan rumah. Luar kawasan rumah, berlumpur bagai. Lembu lembu semua diangkut ke bukit belakang rumah. Jangan tanye macam mane arwah ayah aku angkut semua lembu lembu tu. Ayam itik belajar selamatkan diri sendiri. Kucing je aku ingat aku duk peluk.

Walaupun mase tu rumah aku tak terjejas teruk, tapi aku ingat ade jiran yang rumah dia dilarikan air. Tinggal tiang simen je. Lepas banjir, jiran tetangga bergotong royong usung rumah dia letakkan ditempat asal. Banyak kenangan. Pernah jugak, mase aku still keje kat Dungun, balik keje tengok kayu kayu balak tersangkut di Jambatan Dungun. Tuhan saje yang tau perasaan mase tu macam mane. Ibarat letak pisau nk potong leher sendiri.

Orang yang tak pernah merasa semua ni, mereka hanya mampu jadi keyboard warrior. Duk depan pc, lappy tak pun henfon, tablet di tangan, bum bang bum bang di media sosial, hentam orang tu, hentam orang ni. Sebar itu sebar ini, tapi memikirkan perasaan orang. Stop it foolish people! Baik duk diam diam, doakan semua akan kembali normal. Dugaan yg besar untuk pemerintah, untuk 'bangunkan' balik ape yg terjejas. Rumah rumah penduduk boleh dibina, tapi nk pulihkan semangat, emosi mereka will take times, people. Dah la, kesiankan la emosi mereka. Jangan dicalarkan lagik.

Dugaan yang datang, tanda Allah nak uji dan ingatkan kite tentang ape yg kite dah lakukan. Jangan disalahkan pemerintah sahaja, letakkan sedikit salah dalam diri sendiri jugak. We are human, kite tak kan lari daripada membuat salah.

Terima kasih untuk semua petugas dan sukarelawan banjir! Anda semua hebat! Pada mangsa banjir, bertabahlah. Allah uji sebab Allah sayangkan kite semua. Untuk JKKK Tok Kah, Wanita, Pemuda, Puteri, Rela Tok Kah, terima kasih kerana sama-sama berganding bahu memastikan segala mangsa banjir dipenuhi. Walaupun sedikit yang kitem lakukan, in Sha Allah itu sedikit sebanyak dah membantu mereka.

Semoga banjir cepat pulih dan kite kembali pada keadaan normal
Done.
Adios. 

Wednesday, December 24, 2014

Wordless Wednesday : Wefies

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

p/s : Kami memang suke WEFIE! 

=P























Tuesday, December 16, 2014

2 Bulan

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=)

Dah bulan wehhhh. Macam tak percaye je. Baru 2 bulan, aku rase macam dh berkurun. Kikikikiki. Mungkin sebab keadaan tak berape nak busy jadi leisure time tu bersepah. Kikikikikikikiki

Tapi apa pun, syukur sebab masih mampu 'mengharung' kehidupan di bulan ke dua. Muahahaha. Macam teruk sangat bunyinye kan.

Career Fair dh settle. Walaupun target tak dicapai, tapi masih ade back up plan untuk menampakkan hasil keje yg gempak. Thanks Halim, Azfar datang menolong. Hahaha. Bukan sesaje aku rasuah dengan nescafe, air mineral, jajan bagai tu. Hahaha tapi korang support team yg mantap la. :)


Cume bulan ke tiga dimulakan dengan keadaan yang tak berape nk cun. Aish pakcik nape la suke sangat menduga kesabaran dan tahap kebekuan ego saye eh? Saye dengan jujur mengaku, saye dh memblock pakcik kat whatsapp. Jangan tanye sebab kenape. Hahaha. Jawapan ade dalam diri pakcik macam sebelum sebelum ni.

Kisah 3 bulan, mungkin betul betul akan jadi 5 bulan. Tak susah mane pun kan. 3 bulan saye boleh 'lepas' setakat tambah lagik 2 bulan, inshaAllah saye mampu walaupun pakcik dah dengar daripada mulut saye yg saye kate tak mampu. InshaAllah, saye mampu pakcik!

Kate la nk kate hape pun, saye memang kepala batu, hati keras. Malas nk kesah dah.

Bulan ke 3, baik baik je ngan saye tau.

Babai!

Sunday, December 14, 2014

Nama

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Tadi duk membelek belek blazer, try pakai sebab dah 2 tahun buat kot tapi tak pernah nak pakai. Tup tup tadi cube sarung, tak leh nk butang. Oh maiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Sedapkan hati, blazer ni dah makin mengecik. Kikikiki

Pastu baru perasan, ade name aku rupenye kt belah dalam tu. Ejaan? Confirm le salahkan. Hahaha. Aku rase Uncle Jenal dah makan double O aku, pastu dia rasuah dengan U. Kikikikiki. Baju korporat office lame pun same gak. Dia letak 'Nurul'. Rasenye mase bagi list name aku taruk "Noorul". Sebab tu ejaan yg sebetulnye.

Tak pe la, kalu hilang senang sikit nk cari kan, sebab ade 'Nurul' kat dalam tu.. 



p/s : rindu Opis lame :(

tt