Monday, December 29, 2014

Banjir

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt
=)

Still in banjir mode. Walaupun aku tak jadi mangsa banjir secara rasminye lagik untuk kali ke 2. Cuti Krismas aku sempat balik home town. Tujuan asal, memang balik untuk bercuti. (Cuti la sangatkannnnnnnnn) Tapi sebenarnye balik nk jenguk kampung halaman sendiri bile dapat tau Dungun dah kene attack ngan banjir. 

Sebelum balik Dungun, on Wednesday tu sempat call Tina, tanye keadaan di Kuala Jengal. Dat time, Tina kate dh few days tak leh contact ke kampung. Last dia tau air paras bumbung dan Ku kate banjir kali ni worst than 2012. Uishhhh berdesup tertikam ke jantung. Pastu bace pulak pasal di Kelantan. Lagik la jiwa ni tak tenteram. Tambah pulak, bile Mok Yah ngan family pun terlibat. Then, Pok Teh anak beranak pun kena jugak. Mak sedara aku sorang lagik yang kat Jeli tu tak tau cerita cam mane. Clueless

Balik je Dungun, pusing pusing Bandar dengan Along. Tengok air di area Che Lijah, air sungai Dungun dengan paras bahaya, ombak pun still ganas, dengan angin kencang, cam mane hati nk tenang? Balik minggu ni pun tak sempat jumpe Incek Abang, beliau busy bertugas di Pusat Pemindahan Banjir Sk Pulau Serai 

Bile duk bace posting-posting pasal banjir kat social medias, terdetik dalam hati aku, ade mangsa banjir yang benar-benar dalam kesusahan dan ade mangsa banjir yg pandai amik kesempatan dan tuding jari pada pihak berwajib. Macam mangsa-mangsa banjir yg terputus hubungan dengan pihak luar, esp Manik Urai, Kualau Krai semua tu, Orang di luar sini memahami keadaan di sana, tapi para petugas ade kesukaran untuk menghantarkan bantuan tapi they try their best to make sure semua dapat bantuan. Lambat atau cepat tak perlu dipersoalkan andai si keyboard warriors mampu memahami keadaan.

Ni yang tak jadi jadi mangsa banjir, melampau-lampau emonye. Duk sebab posting merapu-rapu. Tahu tak, bile anda duk berbuat macam tu, anda lagik mengeruhkan keadaan. Why not, anda duk berdiam, berdoa supaya keadaan terkawal. Biarkan pihak petugas menjalankan tugas mereka. aku tak salahkan mangsa banjir. Mangsa banjir dh 'terseksa' dengan dugaan ni, nape nk ditambah lagi derita mereka?

Bagi pihak petugas banjir, mereka dh cuba yg sehabis baik. Mental fizikal semua penat, dah le tu terpaksa hadap pelbagai tohmahan, cacian, fitnah lagik. Lagik lagik JKKK. aku nampak glamer benor la mereka ni. Mostly setiap hari ade  posting kat group pasal JKKK. aku malas nk komen. Sebab memasing ade kelemahan.

4 tahun bekerja untuk rakyat, buat aku banyak buka mata. Aku sendiri pernah menjerit pada pegawai JKM Dungun (sekarang dh berkhidmat tempat lain) sebab orang kampung duk keep calling, maklumkan bantuan dari JKM lambat sampai. Mereka kekurangan manpower. Bantuan dah dihantar pada pangkalan hadapan, tapi mungkin tak mencukupi, dan perlukan tambahan. Mereka pun tak cukup masa untuk berada di semua tempat satu tempoh mase. Untuk pegawai berkenaan, 'Hey dude, sorry sebab tertinggi suara dulu. I knew u did ur job very well. Sangat dihargai jasa anda'

Dan sekarang, bile aku jauh dari kampung halaman, andai kata Tok Kah dilanda banjir besar macam tahun 90-an dulu, macam mane la keadaan family aku. Mane nak selamatkan barang-barang, mane nk selamat haiwan ternakan mak aku, mane nak selamatkan kucing kucing aku, mane nak tolong jiran tetangga lagik :( Semuanya duk berlegar dalam kepale.

Yang kate aku tak pernah terperangkap di jalan raya sebab banjir, well aku dh rase mase tahun 2003. Dengan jalan jem, dengan bekalan makanan tak de. Perjalanan dari Raub ke Dungun lebih dari 12 jam. Stesen minyak semua penuh dengan kenderaan. Ujan lebat, air melintas di jalan raya. Memacam rase mase tu. Banjir tahun 90-an tu pun dah buat aku serik, walaupun aku mase tu umur 5 tahun, rumah dah tinggi, tapi masuk, tikar getah semua terapung, mak aku masak lempeng ubi kayu atas katil mase tu. Tu je bekalan yg ade untuk hari tu. Nk berak, berak dalam air banjir yg mengalir tu je. Dengan air tu jugak mak aku basuh berak. Bile air dh surut, aku tengok mak aku bersihkan rumah. Luar kawasan rumah, berlumpur bagai. Lembu lembu semua diangkut ke bukit belakang rumah. Jangan tanye macam mane arwah ayah aku angkut semua lembu lembu tu. Ayam itik belajar selamatkan diri sendiri. Kucing je aku ingat aku duk peluk.

Walaupun mase tu rumah aku tak terjejas teruk, tapi aku ingat ade jiran yang rumah dia dilarikan air. Tinggal tiang simen je. Lepas banjir, jiran tetangga bergotong royong usung rumah dia letakkan ditempat asal. Banyak kenangan. Pernah jugak, mase aku still keje kat Dungun, balik keje tengok kayu kayu balak tersangkut di Jambatan Dungun. Tuhan saje yang tau perasaan mase tu macam mane. Ibarat letak pisau nk potong leher sendiri.

Orang yang tak pernah merasa semua ni, mereka hanya mampu jadi keyboard warrior. Duk depan pc, lappy tak pun henfon, tablet di tangan, bum bang bum bang di media sosial, hentam orang tu, hentam orang ni. Sebar itu sebar ini, tapi memikirkan perasaan orang. Stop it foolish people! Baik duk diam diam, doakan semua akan kembali normal. Dugaan yg besar untuk pemerintah, untuk 'bangunkan' balik ape yg terjejas. Rumah rumah penduduk boleh dibina, tapi nk pulihkan semangat, emosi mereka will take times, people. Dah la, kesiankan la emosi mereka. Jangan dicalarkan lagik.

Dugaan yang datang, tanda Allah nak uji dan ingatkan kite tentang ape yg kite dah lakukan. Jangan disalahkan pemerintah sahaja, letakkan sedikit salah dalam diri sendiri jugak. We are human, kite tak kan lari daripada membuat salah.

Terima kasih untuk semua petugas dan sukarelawan banjir! Anda semua hebat! Pada mangsa banjir, bertabahlah. Allah uji sebab Allah sayangkan kite semua. Untuk JKKK Tok Kah, Wanita, Pemuda, Puteri, Rela Tok Kah, terima kasih kerana sama-sama berganding bahu memastikan segala mangsa banjir dipenuhi. Walaupun sedikit yang kitem lakukan, in Sha Allah itu sedikit sebanyak dah membantu mereka.

Semoga banjir cepat pulih dan kite kembali pada keadaan normal
Done.
Adios. 

0 comments:

tt