Tuesday, November 14, 2017

BUSY

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

☺☺☺☺☺☺☺

Oh hye everyone ! *waving* 

Im quite busy rite the moment. Hahaha tak tau la ape yg disibukkan. Tapi memang doing something la. Something big is around the conrner. Not the 14th GE. Donno la yang tu bile nak datangnye. TPM said, the GE will be around in 180days (he said few days ago) 

Tapi bagus sebenarnye busy dalam keadaan cam sekarang. I need something to clear out my mind from that chaos things. Bile kite sibuk, kite tak dan nak fikir pun segala yang menyakitkan hati tu. 

Aku kena kuat untuk hadap semua setan-setan yang duk berkeliaran tu. Hahaha. Penat weh nak menjawab pertanyaan orang. Orang ni kekadang dah tau jawapan tapi saje nak provoke kite, nak tengok reaction kite macam mane. Hey Im cool bebeh! 

Berderet lagi list to yang tak settle ni. Malam ni ade perjumpaan. Hadoi tak tau la ape yang gonna happen tonight. Wish me luck ehhh. 

Bai! 

Thursday, November 9, 2017

MARI MENGENAL TASIK KENYIR

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

😊😊😊😊😊

Kembali bersiaran pasal Tasik Kenyir. Trip kali ni pada 26 Oktober 2017. Anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan KETENGAH. Kalau tak silap la. Ni adalah satu cara yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memperkenalkan Tasik Kenyir kepada umum. 

Tasik Kenyir ni dah lame wujud. One of tasik buatan di Malaysia, yang dibina untuk menjana tenaga hidro elektrik. Kalau belajar Kajian Tempatan masa sekolah rendah akan tau la pasal Kenyir ni. 
Untuk maklumat lanjut boleh layari TASIK KENYIR. Dalam ni ade full info pasal Kenyir. 

Mase trip kiteorang pegi tu ade 4 Dun dalam Parlimen Dungun yang terlibat. Setiap Dun satu bas. Cume kiteorang je ari tu satu bas dari Tok Kah. 

Sampai sampai Tasik Kenyir ari tu ade briefing sikit pasal Kenyir dan isu semasa oleh Ybhg. Dato' Muda bin Mamat, Pengarah Unit Komunikasi ( UKOM ) SUK Terengganu. Pastu naik bot ke first pit stop. 

Mula mula pegi Taman Orkid


  • Terletak di Pulau Hilir Selimbar (0.7), Pulau Hulu Selimbar (1.7 Ha) dan Pulau Belit (0.3 Ha)
  • 5 km / 10 minit dari Pengkalan Gawi
  • Menempatkan spesies orkid hutan, hibrid serta orkid daripada negara lain
  • Sebanyak 11,739 pokok dari 700 spesies orkid telah ditanam
  • Antara spesies, Dendrobium Affine, Aranda Majula, Bulbophyllum Patens, Arachnis Flos-Aeris, Lady Gray dan lain-lain





Mane lagik kembang? Orkid ke Boyu? 😏

Lepas tu ke Taman Herba 

  • Terletak di Pulau Sah Kecil dengan keluasan 15.84 hektar
  • 7 km dari Pengkalan Gawi
  • 26,000 pokok herba daripada 230 spesis
  • Laman Herba menempatkan pelbagai spesies herba antaranya Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mas Cotek dan sebagainya
  • Pusat interpretatif
  • Laluan refleksologi


Kat sini korang boleh minum air tongkat ali dengan kacip fatimah. Tapi aku tak minum la. Karang ting tong sape nak seret aku balik. Settle pusing pusing, terus lunch kat sini. Ok la jugak makan tengah hari sambil hadap tasik, dengar bunyi burung bagai. 

Then ke Taman Rama-Rama 

  • Terletak di Pulau Lubuk Geras (1.25 Ha)
  • 2.5 km / 5 minit dari Pengkalan Gawi






Lepas settle semua, balik semula ke Pengkalan Gawi, then cuci mata kat Pusat Bebas Cukai. Pusat bebas cukai yang sebenar still under construction. Kalu tak silap siap tahun depan. Nanti boleh le korang datang shopping kat Pusat Bebas Cukai Pulau Poh. 

Sebenarnye banyak lagi tempat menarik kat Tasik Kenyir ni. Untuk info lanjut, boleh dapatkan di official website KETENGAH. 

Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu bagi kami peluang untuk mengenali Tasik Kenyir lebih dekat lagi. 

Adios.




Wednesday, October 25, 2017

ACAR CAMPUR-CAMPUR

www.tips-fb.com



Assalamualaikum wbt 

=) 

Holaaaa Guys! 

Lama tak masukkan gambar makanan dalam blog. Kikikiki. Tu petanda rajin nau masuk dapur. 
So, aku memang pencinta tegar acar ni. Kecuali acar buah aku memang tak makan. Sebab rase cam pelik sikit kan. 

Aku bagi name ni acar campur campur. Sebab suke tengok warna warni gitu. 

Bahan-bahan ; 

Timun *Buang kulit dengan bijik, pastu potong nipis nipis*
Carrot *Disagat je kalu malas nk potong nipis nipis
Kobis *Potong halus halus cam nak buat bunga rampai*
Cili 
Bawang Merah *mayang nipis nipis*
Gula
Garam 
Cuka 


Cara-cara ; 

1. Gaulkan sekali bawang merah, gula, garam, cuka. Bagi sebati dan layukan bawang dulu
2. Masukkan carrot & kobis
3. Masukkan timun 



Btw, kalu ade nenas, boleh masukkan nenas. Lagi sedap tauuu. Bawang merah boleh gantikan dengan bawang holand. Tu pun lagi sedapppp 

Orang kate buar acar ni senang, memang senang tapi kalu tak kene gaya, memang tak sedapla. Kene cukup semua masam manis masin tu. Timun kalu tak buang kulit, memang rase pelik sikit. 

Sekian, 

Peminat Tegar Acar 

Wednesday, October 4, 2017

LIL UPDATE ABOUT PUAN MAK

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Alhamdulillah 20 Sept ari tu last TCA Puan Mak dengan Klinik Derma, MOPD HSNZ. Doktor kate dah fully recover dan tak payah follow up lagik dah. Kulit dah ok, organ dalam semua dh clear. Kecuali part darah tinggi tu macam biase la. 

Si anak lagik la gembira kan. Doktor pesan kena pantang makan je. Kalau tak gout tu serang balik. Hahahaa

Thank U, Doctors!

CHILDHOOD MEMORY PART 2

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 
Back to 20 years back. I was in standart 6. Had school camping at Pasir Raja.

Can U spot me? 

:P


Sunday, September 24, 2017

KENYIR TRIP 2017

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Trip ni pegi last week. 2days 1nite. House boat yang kite orang amik ni namenye Arowana Kenyir. Kalu yang berminat boleh google sendiri yer. Ade 7 bilik, 2 tandas (termasuk bilik mandi), dapur, 7 bilik tidur, 1 surau & 1 bilik karaoke. Harga dalam range RM 2,000 hingga RM 2,500. Yang murah sikit ade lagi. house boat yang kecik ade jugak. Harga pun murah jugak la sikit.

Cuma bab makan minum, barang barang makanan kite bawak sendiri, masak sendiri. Ala duk atas bot cam tu takde la nak makan beriya sangat. Ala kadar je. Nk bbq, tempat bbq ade disediakan. 

 
Ni kat Pengkalan Gawi tempat parking boat
Sungai Lasir
Air Terjun Sungai Lasir

Ni la House Boat kami



First pit stop ari tu kat Air Terjun Sungai Lasir. Perjalanan dalam 2 jam lebih jugak la dari Pengkalan Gawi. Air terjun ni okeh. Cume hari kami pergi tu hujan renyai renyai sikit. Jadi nak mandi pun tak berape best. Mase nak g air terjun tu kiteorang naik bot kecik. Sepatutnye boleh jalan kaki je dari tempat parking bot tu. Tapi jauh sikit la jalan kaki. Dalam setengah jam jugak kot.



Malam tu ade bbq. Ayam perap siap siap dari darat lagi.

Santuari Kelah Kenyir



On second day, lepas breakfast kiteorang gerak g Santuari Ikan Kelah. Dari Sungai Lasir ke santuari ni amik mase lebih kurang sejam lebih jugak. Sampai kat Pusat Penerangan Santuari Kelah tu, Staff KETENGAH bagi penerangan secara ringkas dulu pasal tatacaraa lawatan.


Untuk sampai ke Santuari tu, dari pusat penerangan kene naik bot kecik selama 5 minit. Lepas tu kene daki bukit + daki tangga + Naik jambatan gantung+ turun tangga adalah la dalam 45 minit jugak. Boleh tahan letih jugaklah. Tapi once dah nampak ikan kelah tu, segala keletihan memang tak de dah.





Biase untuk setiap trip ke santuari ni pengunjung akan dapat masa lebih kurang 30 minit untuk bermanja dengan ikan kelah. Ikan ni manja terlebih weh. Sape yang penggeli aku suggest baik tak payah hulur kaki. Sebab ikan ni manja dia lain macam sikit. Mulut siap bunyi cup cupp. Hahahaa. Makanan ikan boleh beli kat pusat penerangan. RM 2 perpaket.

Dalam pukul 3 lebih gerak balik ke pengkalan. Otw balik tu, ade ribut tengah tasik. Scary jugak lah bile teringatkan keadaan keluasan kedalaman tasik tu weh. Sampai pengkalan diaorang stop kejap dekat Taman Herba, aku tak turun. Sebab hujan renyai renyai, malas nak basahkan baju.

Kalu korang berniat nak shopping kat Pusat Bebas Cukai tu, aku suggest pegi shopping dulu. Sebab bile time balik, ngam ngam sampai darat, tempat shopping tu dah tutup.

Next trip bulan 10 aku tak silap. Nanti aku update balik flow program macam mane.

Sehingga itu, adios!


Untuk maklumat lanjut boleh layari website KETENGAH.





THE CHILDHOOD MEMORY

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 
=) 
Aku ternampak jiran aku post ni kat whatsapp. Hahaha then suruh dia forward kat aku. Baru aku perasaan yang aku tak wujud pun dalam gambar tu. Sebab mase tadika, memang aku pemalas gile nak g skolah. Mujur le bile dah masuk secondary school tu jadi rajin. Alhamdulillah. Budak yang malas g skolah dulu tu, dah masuk U dan ade degree pun (walaupun degree tu simpan dalam fail !)


Aku notice ade kawan kawan yang muke langsung x berubah, ade yang lain gile. Hahahaaa

Tapi aku sendiri tak sure, cam mane rupe aku 26 tahun lepas tu.




Sunday, September 10, 2017

AIDIL ADHA 2017

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
=)

Sepatutnye sebelum entry Aidil Adha ni ade entry lain dulu. Tapi entry tu postpone dulu la sebab aku takde daya kekuatan lagi nak taip. Hahaha tunggu la dulu sampai aku betul betul kuat. 

Lets start da story. Tahun ni Aidil Adha takde la meriah macam tahun tahun lepas aku rase. Biase biase je.


 Puan Kakak masak rendang ayam. Ketupat nasi tu Tok Ki Omar yang anyam daun, Ketupat palas tempah dnegan Ita. Makan dulu sikit before pegi tempat korban. Kang duk sane perut bunyi naye je.

 
Ni drama swasta sebelum pegi tempat korban. Addin dah tak sabar nak tengok lembu kene sembelih. Ajak bergambar pun dia buat drama.


Addin ibu dia amik 1 bahagian untuk Addin. Ibu keje jadi aku la yang menjadi wakil. Settlekan semua. Dari part akad jual beli, wakil kepada tukang sembelih, sampai la ke pengagihan daging. Ko rase? sado kejap mak sedara ni angkut daging ke sana sini. Dia sengih sengih je kat tepi. Tunggu la ko besar Bang. Ko buat la sendiri. 



Petang, program korban yang masjid punye pulak. Tuanku Sultan Terengganu berkenaan untuk mengurniakan seekor lembu kepada JK Masjid Tok Kah untuk ibadat korban dan daging untuk diedarkan kepada warga miskin & fakir.

Round kampung lagik anta daging. Ko rase? Puan Mak kate jangan mengeluh. Anggap tu semua ibadat.

Ni second day Aidil Adha. Edar daging yang Kak Long pulak.

Alhamdulillah. Settle semua.

Moga tahun depan berjumpa lagi dengan ibadat korban. 
Amin








Friday, August 18, 2017

SETAHUN..

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt
=) 

Aku sebenarnye malas nak update blog, tapi teringat teringat jugak jadi moh le amik mase sikit kite up satu entry. 

15 Ogos hari tu genap setahun jadi penganggur tak bertauliah. Tapi sebenarnya aku tak sedar pun mase berjalan cepat cam tu sekali. Sebabnya, hari hari ade mende kene buat, jadi ko tak sedar yang ko sebenarnya dah tak bekerja. Cume income je la takde. Hahahaa

Thanks to Allah. Ade hikmah untuk semua yang jadi. Andai kate, selepas 15 Ogos tahun lepas aku still di UniSZA atau di GB mesti macam macam lagik yang jadik. Tak pun, mesti aku sendiri yang cari sebab untuk 'larikan' diri dari situ.

Monday, August 14, 2017

.....

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Kadar kemalasan nak update blog dah makin parah sekarang ni. Tapi kene struggle jugak sebab macam blog ni dah tak de fungsi. Dulu malas-malas pun sebab dalam phone ade app blogger, taip jugak sikit sikit simpan dalam draft. Sekarang, app tu pun aku dah unistall. Saje nak kasih clear memory phone. Padahal memory berlambak lagik. Hahahaa

Banyak kisah kisah yang tertinggal. Macam cite Puan Mak warded tu, brape kali aku post, duk edit memanjang. Hahaa nak buat ayat pun dah tak reti. Main taip je. Pastu rase ayat macam tunggang langgang. Eh lantak laaaaa janji ade ayat, pastu orang yang membaca tu paham.

Lepas tu pulak, gambar raye ke gambar hape ke aku dah masukkan dalam lappy siap siap. Ni update pakai lappy lain. Sebab aku malas nak semakkan phone dengan gambar. Lagi satu, aku cepat je tangan nak mendelete ape ade dalam phone. 

Tapi tu la update blog, takde gambor tak beshhh wehhhh. Tak colourful orang kate. Jadinya, bertahun le tunggu aku nak transfer balik gambar masuk dalam lappy ni. 

Dan sehingga itu, babai!

tt