Sunday, May 8, 2016

Sepetang Di Pantai ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Cite dh masuk seminggu lebih ni. Kejadian mase cuti hujung minggu bersambung Labour Day ari tu. Kan cuti panjang sikit, Puan Ustajah Anak beranak balik kampung.

Kemahin panas lagik Tok Kah weh. Biasenye rumah Puan Mak tak de la berbahang mane, ni tak leh nak duduk dalam rumah. Panaih lit lit. Ais memang tak berkecukupan. Nak g beli ais pikir 60 kali. Last last ajak Abg Rempit Ensem pegi beli. 


Petang tu semua keluar pegi pantai. eh separuh je. Separuh lagik pergi meronggeng kat Mesra Mall. Ehhhhhhhhhhhhhhh

Aku tak tau le mane datang manusia ramai ramai. Makanan kat kedai kedai tepi pantai tu licin weh. Kami order laksa 3 mangkuk pastu share reramai. Iskkk 




Aisyah Aqilah 

Abang Ensem Awww






Mokyue Chomel 

Mak Sedara dan Anak-anak Sedara 

Seumur idop memang tak pernah weh main kite. Abang Ipar belikan kite untuk Aan, tumpanng le kejap nak posing kan. Kemain lagik kene gelak. Pegang tali pun dah tak betul. Hahahaa

Petang Ahad tu nak balik GB kemain lagik jem, start dari Kuala Ibai membawak ke Seberang Takir. Wehh nak g mane reramai manusia ni. 


Itu je nak cerita sebenarnye. eh musim ni kan, pegi pantai pun  tak berape nak seronok weh. Panassss

T_______________T

Monday, April 11, 2016

Abo dan Che Teh ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 





Lme tak update pasal pasangan tak berape nk bahagia ni. Kikikikiki. Abo makin membesar weh. Kulit dia keras semacam dah. Berat tak yah kire la. Tak daya nk pegang lame lame. 

Che Teh makin keding. Pastu macam kurap semacam je kat badan. Kesian dia.

Ni gambar lepas aku basuh 'rumah' diaorang hari tu. Abang ngan Adik tak de. Aku biarkan duk melepak kat luar. Yang ni dua ekor tak leh bagi keluar, jenuh nak suruh masuk rumah balik. 

tu je la citenye. 

Babai 

Wednesday, March 30, 2016

Menu Simple ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Aku puasa ganti masuk hari ke 2 hari ni. Kepale ni jenuh dah fikir nak makan ape berbuka karang. Nak g tapau macam malas, tapi dalam esbok ade kobis je. Ikan, ayam segala tu semua tak de. Nak g membeli pun malaih aih dengan keadaan panaih lit lit ni.

Tu lauk Sabtu lepas. Aku sampai petang tu, rase lapar gile. Pegi  beli barang basah sikit, balik masak. Maka terhasil la. sayur lemak kacang panjang. Telur masin tu bawak dari Dungun, mak dah siap rebus. Gile pemalas anak kan. Pastu sambal ikan kering berkentang tu Ummi masak.

Menambah-nambah kami makan nasi. Kikiikikikik

Tetibe rase rase nk makan kobis masak lemak. Sedap jugak tu kan. Ermmmmm Ermmmmmmm.. Tengok la ape yang jadik nantinye. Hahahahaa

Babai!

Sunday, March 20, 2016

Our Short Vacay to CH!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hyeee kengkawan saye!
*Lambai lambai tangan cam Queen Elizebeth*

Awal cuti sekolah hari tu kami ade ke Cameron Highlands. Ni kira kali ke 2 la aku panjat CH tu. 1st time pegi mase CNY last year tapi x syokkk. Sebab aku tergolek tido dalam kete. Hahahaa. Was not unfeeling well mase tu. Kali ni pergi dengan keadaan sihat walafiat. Baru la seghonokkk nak bergambor gambor.

Sebenarnya ni bukanlah short vacay yang dirancang berbulan-bulan lamanya. Ni unsangkarable plan la. Kiteorang ke rumah Puan Ustajah kat Raub tu, pastu Puan Kakak pulak nk membeli orkid. Jadinye moh la kite ke CH.

Kiteorang gerak dalam 12.30 cam tu la. Jalan clear je setakat sampai ke Pos Betau tu. Eh sampai area situ ade accident. Kemalangan maut. Al Fatihah buat semua mangsa. Kiteorang punye perjalanan jadi tergendala kejap sebab singgah kat Klinik Kesihatan Pos Betau tu nak buat report pasal accident. Situ memang no coverage at all la. Memang bercinta wehhhh. 

Sampai sampai Ringlet baru terasa 'kehangatan' cuti persekolahan. Baru nampak kete berduyun-duyun. Incek Abang Ipar Si Abang Long Kawasan bawak pi solat dulu kat Surau Kg Sedia. Kalu korang google, Kg Sedia ni satu-satunye kawasan perkampungan Melayu yg ade kat CH. Surau sini lagik bersih compare dengan satu surau yang kiteorang singgah last time tu.

Settle solat baru la kiteorang memulakan operasi mengisi perut. Abang Ipar Si Abang Long Kawasan bawak pegi KHM Strawverry Park tu sebab situ macam lengang sikit. Kawasan strawberry yang kat area Surau Kg Sedia tu macam ramai orang. Kat KHM tu boleh le berfoya foya sekejap. 

Hye Puan Mak, cam berat je henbeg tu >.<

Si Puan Ustajah yang gilos selfie 

Ni lagik mengila selfie

Ni pun samee

Ni lagik leeeee

Persatuan Wanita Berdaya Usaha

Tu le Abang Ipar Si Abang Long Kawasan 

Kami!

Tu Puan Kakak

Nampak tak redha je muke Puan Emak tu 
Lame jugak la kat KHM ni duk lepak lepak chill chill makan scone ngan strawberry cekelat. Kali ni tak pluck in strawberry sebab dulu dah pernah merase kan. Lepas dah kenyang, kite gerak naik ke Pasar Berinchang pulak. 


Kat Berinchang ni kemain ramai manusia woi. Lupa la hari tu kan ari Sabtu, ade pasar malam. Lagik la super gempak. Beli souveniers lepas tu turun bawah. Stop jap kat Cactus Point sebab nak beli kaktus. Agak kegilaan la sebab memang lawa-lawa kaktus wehhhhh. Orang lain tak turun, aku je yang pegi membeli. Seghonok tak yah kire la, mengalahkan orang dapat rose sejambak besor koooo. 

Ain Nadhirah! 

Sebok suruh beli rose

Our small family katenyeeee

Excitetedantosssss

Tinggi jugak aku yerr

Excited 2.0 

Membungee sambil membebel 

Ni apentah name tempat tu. Last time pegik singgah jugak. Kaktus banyak, pokok bunga lain pun banyak. Puan Kakak berenti beli orkid. Angah Muhaimin semangat beli kaktus, aku tak tau le berape lame kaktus dia nak tahan lame. Hahahaa. Kalu nak pergi membeli bunga, kedai ni aku suggestkan jugak. Sebab orang tak ramai. Ni dah nak turun dari Berinchang tapi tak sampai lagik ke Tanah Rata. Ape Park ntah. Kat depan-depan ni pun ade strawberry park, orang jual sayur, souveniers bagai jugak.

Malam tu dinner kat Restoren Rasa Sayang, sederet dengan Hotel Sun Birds. Makanan okeylah. cume manusia je ramai sesangat. 

Ni dah selepas 

Yang ni sebelum 

Dalam pukul 10 jugak la kiteorang gerak turun aku rase. Agak mencabar la perjalanan malam tu dengan insiden yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah. Kami selamat sampai ke Raub. Banyak tempat yang tak pergi sebenarnye. Eh lupe, lepas dinner tu singgah beli orkid kat satu kedai tu. Nama jangan ditanya la, aku dah tak turun time ni. Duk terbongkang je dalam kete. Penat wehhhh. 

Pukul 1.30 kiteorang gerak balik Dungun lepas solat Isyak, supper semua. Nice trip la. Bak kate Abang Ipar Si Abang Long Kawasan, ''Korang je gile P CH balik hari " 

Tapi betul la, kalu korang bebetul nak explore CH tu memang kene stay 3,4 hari baru dapat pegi semua tempat tau. Jangan buat perangai cam kami, pegi tengah hari, malam balik.

Hahahahaa

Dah la. Tu je nak bebel.

Adios!


Monday, March 7, 2016

Bad Mood

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Eh aku bukan tengah PMS. Tapi saje nk up cite pasal ni. Hahahaha. Lawakkan pompuan ni.
Bab kene marah, period, diabaikan, lapar tu biase la kan. Tapi yang 'Bila pakai tudung tak perfect sangat' ni memang mengundang kemarahan.

Aku sangat sangat anti tudung tak menjadi ni especially when it comes to Monday. Dah le hari Isnin kan Monday blues, pastu tetibe tudung tu pakai senget benge, nak ironkan tudung lain dah tak nyempat, pastu sampai office rase diri tak semenggah. Hancuss hari Isnin ku.





Perempuannnn kan. Bukan setakat bad hair day, bad tudung day pun ade tauuuuuu. Korang tau apeeee lelaki oi! 

Daaaaaaaaa!

Miss, U're So Cute!

www.tips-fb.com



Assalamualaikum wbt 

=) 

Last week aku ade event sempena Accounting Festival 2016. Ade event Mock Interview. Aku ingat untuk student UniSZA je, rupenye diaorang invite student accounting UMT dengan UiTM Dungun jugak. So ramai le kan. 

Pagi tu sebenarnye aku migrain. Aku mimpi pelik sangat. Sampai ke sudahnye aku migrain. Terperanjat dengan mimpi tu gamaknye. Haahhaa. So, dalam pukul 11 lebih aku dah terbongkang tido kat office lepas makan ubat. Nak celik mate pun tak daye wehhh. Pastu ade student call tanye boleh attend ke tak event petang tu. Ikut hati dah malas nk pegi, tapi terpaksa menggagahkan diri jugak la. Kesian budak-budak buat program, kene la support kan.

So, pegi la jugaknye dengan muke sememeh. Cari Blok Khadijah tu dah satu hal. Padahal senang je nak carik. Hahahaa. Kesian betul dengan diri sendiri kan. Petang tu partner dengan En Salihin Abang, owner Salihin & Co. Rase kecik je diri ni duk sebelah orang best-best.

Aku tengok En Salihin kemain prepare soalan untuk interview. Aku dah le datang lenggang kangkung je, soalan pun google on the spot. Rase cam hampeh je diri sendiri ni.

By the way, seghonok sebenarnye handle bebudak interview n. Kite tanye soalan in bahasa tapi diorang struggle nak jawab in English. Grammar ape semua tunggang langgang, tapi lantakkan je janji diorang tau ape yang diaorang nak deliver sebenarnye kan. Sempat la berlangsung untuk 20 persons kot. En Salihin pun soalan mak aih menguji minda. Aku tukang gelak je.

Tapi part paling best ; 


Student : Miss, may I say something? 

Me : Yes..

Student : I think U're so cute


Hahahaha.

Hilang terus migrain aku! 







p/s : Thank u for coming yaaa! 

Sunday, February 21, 2016

Gambar Makanan Lagik!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Dah la, ni je sekarang modal kalu nak update blog. Bukan tak de cite, tapi ni jela aku rase mende yang paling aku senang nak ingat dalam kisah kehidupan seharian. 

Petang Khamis tu balik keje terase nak makan bihun sangat sangat. Padahal sehari sebelum tu aku dh makan pun. Kebetulan ade bihun segera yang Mamee Chef tu, malas nak bazirkan jadik pakai je la bihun tu. Perencah bihun aku buang. Hahaha. Kebetulan pulak, kan hari tu Puan Kakak ade bekalkan sambal ikan sumbat, so kite guanekan lah yang tu. Jimat keje, tak yah nak kupas bawang dh. Cume tambah sayur, fish ball, fish cake ngan cili padi jek. Sedap jugak la walaupun kaler sendu semacam.



Pastu malam tu dalam Group Pengkaji Bokbong sibuk cite pasal lepat ubi kayu. Menjejessss air liur tauuuuu T_______________T


Hari Jumaat tu gigih aku bangun pagi, nak masak kue tiaw kungfu. Semua bahan dah lengkap tapi malangnye kuah tak menjadik. Aku rase tepung jagung tak cukup. Tak pe lepas ni aku taruk setengah paket. Biar pekat melekatttt! 




Pagi Sabtu tu suruh Kak Farah buatkan lempeng, cicah dengan sambal sardin balance makan hari Jumaat tu. Hahahaa boleh je kannnnn. Janji kenyanggggggggggg



Tengah hari tu masak ayam paprik, malam paksa Ummi masak kue tiaw goreng. Seghonokkkk idup main paksa paksa orang masakkan. Seghonokkkkkk sangat. 



Dah le. Ni je aku nak tunjukkkkk. Jangan nak kecam sangatttt




Monday, February 15, 2016

CNY Hols Punye Ceghita ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Kembali bersiaran dia channel tak bernombor dan bertajuk. Kihkiihhhhhhh. Sorry entry kali ni macam tunggang terbalik sikit. Aku rase mase upload gambars tu macam dh betul, sekali keluar lain. Nak betulkan balik, memang tak berape berkudrat lah. Pepaham la kan. 

Aku start cuti CNY since Jumaar. Kemain awal, mengalahkan orang yang nak beraya. Biasalah hampir sebulan tak jejak kaki ke Dungun kan! 


Ni gambar mase nak balik GB. Chacha and family yang hantarkan. Sepatutnye gambar tu last skali, tapi macam aku taip kat atas tu la. Semua jadik tunggang langgang. 


Sesape nak upah orang tebaa senak samun boleh contact mamat baju kuning tu 🖕🖕🖕🖕
Tu kejadian on second day CNY. Incek Abang ajak g melawat kebun getah. Tinggi wehhh bukit tu, tapi aku berjaya la sampai atas. Separuh nyawa hilang. Tapi dh sampai ataa tu, perghhhh ayok gile. Angin mendayu dayu, mate kuyu je nak lelap. 





Hye mak! 


Ni achik fefeeling macam pegi Cameron. Udara segar katenyeeee! 




Ni YB dua beradik lawat tongkang terdampar. Ombak kemain kuat wehhh. Seram je dengar bile ombak tu hentam tongkang. Bergegar! Aku tengok orang lain maintain je duk tepi tepi air. Wehhh tak sanggup nak ambik risiko





Kan tetibe keluar pulak gambar Cik Abang baju kuning ni. Dia tebas, aku amik gambar. Nk up market koooooo


Boipren kecik yang makin cekeding. Dia cakap cikgu bagi makan mee je kat sekolah. Pandai la ko padahal dia yang tak nak makan




Gambar fefeeling lagikkkkkkkk


Ni kat Thai Food Festival. Sampai je Dunun petang Jumaat tu, terus gi sane. Macam macam makana adeee



Ni petang CNY Aku tak tau le Along duk ajar Aadin ape ke bende. Ni after gotong royong alohkan pasu paau bunga Puan Emak. 


Ni yang sebetulnye permulaan cerita. Mamat ni tengah duk goyang goyang kekura kayu. Sektul tu RM25. Duk bodek suruh beli. Eh tak kuasa aku. Baik spend duit tu untuk makan. 

Well CNY Hols memang aku well spent kat rumah je la. Tido, makan, tido makan. 

Korang cam mane?

tt