Sunday, March 20, 2016

Our Short Vacay to CH!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hyeee kengkawan saye!
*Lambai lambai tangan cam Queen Elizebeth*

Awal cuti sekolah hari tu kami ade ke Cameron Highlands. Ni kira kali ke 2 la aku panjat CH tu. 1st time pegi mase CNY last year tapi x syokkk. Sebab aku tergolek tido dalam kete. Hahahaa. Was not unfeeling well mase tu. Kali ni pergi dengan keadaan sihat walafiat. Baru la seghonokkk nak bergambor gambor.

Sebenarnya ni bukanlah short vacay yang dirancang berbulan-bulan lamanya. Ni unsangkarable plan la. Kiteorang ke rumah Puan Ustajah kat Raub tu, pastu Puan Kakak pulak nk membeli orkid. Jadinye moh la kite ke CH.

Kiteorang gerak dalam 12.30 cam tu la. Jalan clear je setakat sampai ke Pos Betau tu. Eh sampai area situ ade accident. Kemalangan maut. Al Fatihah buat semua mangsa. Kiteorang punye perjalanan jadi tergendala kejap sebab singgah kat Klinik Kesihatan Pos Betau tu nak buat report pasal accident. Situ memang no coverage at all la. Memang bercinta wehhhh. 

Sampai sampai Ringlet baru terasa 'kehangatan' cuti persekolahan. Baru nampak kete berduyun-duyun. Incek Abang Ipar Si Abang Long Kawasan bawak pi solat dulu kat Surau Kg Sedia. Kalu korang google, Kg Sedia ni satu-satunye kawasan perkampungan Melayu yg ade kat CH. Surau sini lagik bersih compare dengan satu surau yang kiteorang singgah last time tu.

Settle solat baru la kiteorang memulakan operasi mengisi perut. Abang Ipar Si Abang Long Kawasan bawak pegi KHM Strawverry Park tu sebab situ macam lengang sikit. Kawasan strawberry yang kat area Surau Kg Sedia tu macam ramai orang. Kat KHM tu boleh le berfoya foya sekejap. 

Hye Puan Mak, cam berat je henbeg tu >.<

Si Puan Ustajah yang gilos selfie 

Ni lagik mengila selfie

Ni pun samee

Ni lagik leeeee

Persatuan Wanita Berdaya Usaha

Tu le Abang Ipar Si Abang Long Kawasan 

Kami!

Tu Puan Kakak

Nampak tak redha je muke Puan Emak tu 
Lame jugak la kat KHM ni duk lepak lepak chill chill makan scone ngan strawberry cekelat. Kali ni tak pluck in strawberry sebab dulu dah pernah merase kan. Lepas dah kenyang, kite gerak naik ke Pasar Berinchang pulak. 


Kat Berinchang ni kemain ramai manusia woi. Lupa la hari tu kan ari Sabtu, ade pasar malam. Lagik la super gempak. Beli souveniers lepas tu turun bawah. Stop jap kat Cactus Point sebab nak beli kaktus. Agak kegilaan la sebab memang lawa-lawa kaktus wehhhhh. Orang lain tak turun, aku je yang pegi membeli. Seghonok tak yah kire la, mengalahkan orang dapat rose sejambak besor koooo. 

Ain Nadhirah! 

Sebok suruh beli rose

Our small family katenyeeee

Excitetedantosssss

Tinggi jugak aku yerr

Excited 2.0 

Membungee sambil membebel 

Ni apentah name tempat tu. Last time pegik singgah jugak. Kaktus banyak, pokok bunga lain pun banyak. Puan Kakak berenti beli orkid. Angah Muhaimin semangat beli kaktus, aku tak tau le berape lame kaktus dia nak tahan lame. Hahahaa. Kalu nak pergi membeli bunga, kedai ni aku suggestkan jugak. Sebab orang tak ramai. Ni dah nak turun dari Berinchang tapi tak sampai lagik ke Tanah Rata. Ape Park ntah. Kat depan-depan ni pun ade strawberry park, orang jual sayur, souveniers bagai jugak.

Malam tu dinner kat Restoren Rasa Sayang, sederet dengan Hotel Sun Birds. Makanan okeylah. cume manusia je ramai sesangat. 

Ni dah selepas 

Yang ni sebelum 

Dalam pukul 10 jugak la kiteorang gerak turun aku rase. Agak mencabar la perjalanan malam tu dengan insiden yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah. Kami selamat sampai ke Raub. Banyak tempat yang tak pergi sebenarnye. Eh lupe, lepas dinner tu singgah beli orkid kat satu kedai tu. Nama jangan ditanya la, aku dah tak turun time ni. Duk terbongkang je dalam kete. Penat wehhhh. 

Pukul 1.30 kiteorang gerak balik Dungun lepas solat Isyak, supper semua. Nice trip la. Bak kate Abang Ipar Si Abang Long Kawasan, ''Korang je gile P CH balik hari " 

Tapi betul la, kalu korang bebetul nak explore CH tu memang kene stay 3,4 hari baru dapat pegi semua tempat tau. Jangan buat perangai cam kami, pegi tengah hari, malam balik.

Hahahahaa

Dah la. Tu je nak bebel.

Adios!


0 comments:

tt