Sunday, February 15, 2015

4 BULAN

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Empat bulan, tanpa sedar 
Empat bulan, tanpa rasa 
Empat bulan, tanpa hati 

Masa cepat je jalan tapi terasa macam berkurun. Tak tau mane faktor jadi penyumbang. 
Rasa yang patut wujud, tak tau mane hilang. Tawar. Hambar. Sepi 
Betul orang cakap, bile hati bukan di sini, mane mampu segala rase nak hadir. 

Bertabahlah wahai hati. 
Allah adalah perancang terbaik. 
Ape yang jadi hari ni setimpal dengan kekuatan kita. 

Percaya dan yakin. 
Itu pasti. 

Thursday, February 12, 2015

K-H-A-M-I-S

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Huihh dah Khamis tau 
=P 
Hati banyak gembira bile Khamis menjelma
Walaupun minggu ni tak balik hometown
Tapi next week dah cuti panjang dari hujung minggu biasa
Muke ade senyum senyum 
=) 

Selamat bekerja semua 
=) 






Monday, February 9, 2015

UPDATE : ANAK ANAK BULUS

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Mesti pelik kan tetibe up gambor Abo ngan Che Teh duk dalam sangkar. Mihmihmih. Untuk pengetahuan, Che Teh ngan anak-anak dah pindah rumah kediaman. Hahahaa. Puan Mak letakkan mereka semua dalam sangkar sebab Che Teh tak leh manage anak-anak dia membuang dengan betul. Standart ar ibu muda kan. 

So, Puan Mak dah alihkan semua anak-anak ayam dia. Dibasuhnye reban ayam tu, untuk diberikan tumpangan kepada Che Teh anak beranak. So far, selamat la duk dalam tu. Cume kalu malam tu, nyamuk la mereka anak beranak kan.

Gambor anak-anak Che Teh yang latest tak sempat nak snap lagik. Alhamdulillah, membesar dengan sihat. Makan pun banyak. Berak lagik la banyak. Kalau dulu Whiskas yang 1.4 kg tu mampu tahan 3 minggu, skarang 2 minggu pun tak sempat. Tapi kegemaran 3 ekor tu memang nasi la. Tak dapat nasik, selagi tu la duk bising. 

Abo? Haaaaa ni citenye. Lepas Puan Mak dapat tau dia duk bertenggek kat rumah Orang, sampai berhari-hari tak balik, Puan Mak decide nak kurung dia dalam reban tu skali. 1st day kurung tu, Puan Mak biarkan dia sekor-sekor. Che Teh letakkan dalam bakul. Si kecik-kecik tu biarkan berkeliaran cam tu je. Abo punye teriak, mak aihhh sebatu dah dengar suara. Padan muka ko! 

Bile aku balik ari Khamis tu, nak try letak semua skali dalam reban tu. Che Teh relaks je, tapi anak-anak dia cam pelik dengan kewujudan Abo. Eh bapak korang kot, apehal nk kecoh?! Hahaha. Aku letak pasir siap-siap. Mungkin duk tengok Abo berak dalam tu, semua si kecik tu pakat ngikut. Jadi takde la yang berak bersepah. Yang tak menahannya, Abo merap ngan Che Teh, anak-anak tido sendiri. Hahahaa 

Tu gambor bawah tu, siang ari punye. Che Teh ni kene kurung, kalu tak sebok ngajak anak masuk rumah. Nak curi makanan. Letakkan skali ngn Abo, elok je duk berdua. Anak-anak time ni duk luar reban. Duk lompat sesana sini. Buat mase ni, tak de niat lagik nak kasik Abo duk luar. Nak kurung sampai dia gemuk balik. Ni ha dah tinggal sekeping. Che Teh lagik la, bf anak kuat sangat, sampai semua zat anak-anak sedut
Hahahaha




Tu je nak share. Ade orang tanye, tak nak kasik orang ke anak-anak che Teh tu, erhhh tak pe la. Tak sanggup kot nak pisahkan kasih sayang diaorang tu. 

Bye! 

Nasi Goreng Bujang ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Standart ar kan, bile mood rajin nak masuk ke dapur tu datang, maka hari hari la rase nak bertenggek kat dapur kan. So, petang semalam, tekak terasa nak makan nasi goreng. Nasi dah ade, jadi balik masak je. Simple simple jek, untuk tekak sendiri je kan. Hehee. 

So, bahan-bahannye :-

1. Nasi 
2. Bawang Putih 
3. Bawang Merah 
4. Cili Padi
5. Sawi
6. Telur 
7. Sotong (as option je, kalu tak nak boleh ganti seafood lain)
8. Gula, Garam 

Cara memasak :-

1. Memandangkan aku agak malas nk kisar bawang merah, bawang putih, cili padi tu, so aku mayangkan je semua. Lepas tu, tumiskan semua bahan-bahan yang dh mayangkan tu. Dh naik bau semua bahan tu, masukkan sotong dulu. 

2. Biarkan sotong tu masak dulu kejap. Then masukkan sawi, telur. Kalu korang rajin la, telur tu boleh buat scramble egg siap siap. Kang tabur je dalam nasi tu. 

3. Dah agak agak semua nampak ok, last skali masukkan nasi+gula+garam secukup rase. Hahaha senang je kan. 

Nak lagik sedap, gorengkan telur mate kerbau, taburkan ikan bilis yang goreng garing-garing tu. Perghhhhh terangkat weh.
Selamat Mencuba! 




Adios!

p/s : kang ade yang kate. buat nasi goreng pun nak tayang dalam blog. eh sukati arrrrr


Monday, February 2, 2015

Sotong Masak Lemak

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Lame gile kot tak share amende yang aku masak kat blog kan. Semalam Kak Kay ade kasik sotong. so, kat office tu dah terbayang-bayang sotong masak lemak macam Puan Kakak selalu masak tu. Yummehhhhhhh. Jadinye, sebelum lunch hour tu, dah listkan bebarang basah yang nak kene g beli. Maklumlah, dah lame dapur rumah tu tak berasapkan. Hahahaha

So bahan-bahan untuk masak lemak sotong : - 

Sotong (bahan utama ni kan, kalu tak, tak jadinye masak lemak sotong)
Santan 
Bawang Putih 
Bawang Merah (semalam tak de bawang merah, aku ganti dengan bawang besar. haha) 
Kunyit Hidup 
Halia 
Serai 
Cili Padi (Cili besar pun boleh gune) 
Kacang Panjang 
Tomato 


Cara memasak : 

1. Blend cili padi, bawang putih, bawang merah, halia, kunyit. Macam aku semalam, aku blend semua bahan tu dengan santan siap-siap (Gila pemalas kan!) Kalu korang rajin, korang boleh tumbuk tumbuk je bahan tu semua. Aku tak berape nak rajin 

2. Masuk kan bahan-bahan yang dah diblend tu ke dalam periuk yang dipanaskan. Kacau-kacau dulu sebab nak agak kepekatang yang kite nak 

3. Kalu agak pekat, tambahkan air. Measurement memang tak de, sebab aku main agak-agak je. 

4. Serai tu titik kan je, pastu campak dalam periuk. 

5. Biarkan kuah tu sampai mendidih. Kena kacau perlahan-lahan tak nak bagi pecah santan, kalu tak nanti masak lemak korang bile hidangkan, lemak kat atas, air kat bawah 

6. Bile dah agak-agak kuah tu dah masak, masukkan sotong, kacang panjang, tomato. Letakkan garam ikut deria rase korang

7. Kalu rase kuah kurang pedas, boleh potong cili padi, campak campak je dalam kuah 

8. Kalu nk aroma lagik best, carik-carikkan daun kunyit dan masukkan ke dalam kuah. 

Kacang panjang tu sebenarnye, elok masukkan last skali kalu tak nanti jadik lembik. Kalu rase kurang masam tomato tu, boleh tambahkan asam keping. Aku semalam lupe kat mane asam keping duk bermastautin. Muahahaaha 

Simple je kan? Boleh tukar-tukar dengan udang, ikan, ayam semua. Tapi aku rase sotong lagik win kot untuk masak lemak cam ni. 



Untuk pairkan masak lemak ni, aku terniat nk buat sambal tak de belacan. Just cili padi, gula, garam, cuka. Tapi bile kisar, tak berape nk halus, so ambik jugak inisiatif untuk menumbuk. Kikikiki

Memang pedas berapi weh. Pijar je rase mulut 



Tak tau la gamaknye bile pulak nk share mende aku masak. Hahahaha

Adios!

p/s : for a beginner cook, aku rase resepi ni ok la. Jangan la nk membahan jek. Hahaha

Sunday, January 18, 2015

3 Bulan

www.tips-fb.com






Assalamualaikum wbt 

=)

Dah tiga bulan. Ye tiga bulan *tepuk tepuk pipi sendiri* Kejap tapi rase macam dah lame.
Bile diri dah mula rase serasi, masalah lain pulak menimpa.

Susah jadik manusia ni kan. Ehhh tak susah sebenarnye, kalau kite mampu mengawal situasi.
Erm, buat mase ni aku tak mampu nak kawal kot tapi masih lagi mencuba agar tak menjadi parah.

Dalam bulan ke tiga ni jugak, aku harap pendirian hidup masih lagik utuh sampai ke bulan 5.
Tak nak jadi macam ice cream yang beku bile duk dalam freezer. Bile kena cahaya matahari, start mencair.

Ape lagik? Ermmm bulan ke tiga yang setiap hujung minggu akan terpacak depan pintu rumah.
hahaa ampunkan anak mu ini Puan Mak. Masih tak mampu  untuk hidup bersendirian di luar sana.

Encik Boss getting better day by day. Alhamdulillah. Cepat cepat sembuh boss, nanti saye masak cekodok ikan yer.

Lagik? entah.. Phrase I count U tak bawak impact untuk aku pada masa ni.

Sekian, babai

Nasi Lemak ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt

=)

Kejadian 2 minggu lepas. Nak taip ni pun aku dah terbayang nasi lemak. Dan, buat pertama kalinye aku rase memakan nasi lemak tu sesuatu yang ngeri. Haahahahhahaa sangat hyperbola statement tau.

Alkisahnye, ade satu hari tu ade la sorang hamba Allah tu belanja nasi lemak berbungkus bungkus kat EGEC ni. Dah le time tu kami semua baru lepas breakfast. Eh tak kan nak makan lagik kot. Badan je besar tapi perut tak berape nak besar sangat ni.

Tengah hari tu paksa jugak diri makan nasi lemak. Settled 2 bungkus. Pastu kasik akak cleaner, dia amik 2 bungkus, ade lagik balance 4 bungkus. Pastu sape amik sebungkus, tinggal lagik 3. Dah lewat, nak bagi kucing, kucing plak takde muncul. Nak tak nak terpaksa la bawak balik rumah.

Memandang tekak macam terase lagik kenasilemakan tu, bertahan untuk tidak makan sampai la pukul 11 malam. Ingatkan dah basi. Bukak bukak, elok lagi nasi lemak tu. Sambal pun tak basi lagik. Nak buang, rezeki tu. Gagahkan diri untuk makan jugak. Ye, 3 bungkus nasi lemak aku makan tengah malam tu. Memang kekenyangan. Sampai tak lena nak tido. Esok pagi bangun, tekak rasa nasi lemak. Terasa loya, try muntah tapi tak keluar pape. eh sampai office, perut terasa macam nak membuang tapi tak cirit birit. Banyak kali jugak ke toilet, tapi membuang masih dengan kadar normal.

Pagi tu nak breakfast, nampak nasi lemak terasa meremang bulu roma. Puan Mak kate aku keracunan nasi lemak. Hahaha. Memang aku kena bercuti makan nasi lemak buat sementara waktu. 5 bungkus dalam satu hari, tu aku rase rekod pencapaian yang paling membanggakan selama aku hidup 29 tahun 5 bulan 7 bulan lebih ni.

Bukan la aku nak kate aku ni tak ingat dunia, tak sedar diri sampai tak nak makan nasi lemak, tapi buat masa ni aku memang masih terase macam overdose nasi lemak. Berehat la dulu. Sebulan dua lagi kot, aku makan balik. Tapi terbayang bayang nasi lemak tu, sedap tau. Sambal pun best, masak betul betul tau. Rase cam nak g belajar je ngan tukang masak tu.



Ha lagi satu, yang dalam pic tu bukan nasi lemak yang hari tu yer. Tu hiasan semata mata.

Babai

p/s : aku makan nasi lemak tapi bukan di hari bekerja

Tak Tau ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Jenuh cari point nak update blog. Muahahaha.. Lately ni aku perasan sangat satu perangai aku. Selalu tak tau nak ape. Hahaha.. Setiap malam, what should i wear for tomorrow? Pastu duk termenung tengok bakul baju kurung, pastu tenung pulak tudung tudung. Hahaha. Sudahnye, pick je memane baju yang bukan ikut selera hati.

Nak makan pun same jugak. Nak makan ape eh? Nak makan kat mane? Pastu air ape nak kene minum ni? Last last jadi macam Sabtu lepas. Silap buat pilihan, tersalah Order . Kekonon nak try and error la. Dah la menu tu aku tak pernah dengar. Bile suruh waiter explain pun, dia macam clueless tapi nohai, lets try. Mak aih kemain lame nk boleh dimasak. Orang lain dah kenyang, aku punyer order baru sampai. Katanye nasi goreng nafadami. Katenye semua ade dalam tu.

Sampai sampai, ade nasi goreng biase one side, yang side satu lagik ade telur bungkus. Bersangka baik. Oh nasi goreng campur telur bungkus. Sekali, bile nk godek telur bungkus tu, keluar cecair kuning. Eh apakah????

Rupenye, nugget ikan dimasak dalam sos sunquick, then wrapped dengan telur dadah. Oh maiiii. Tekak can not eat la. Aku makan nasi goreng je. Telur bungkus berisi inti pelik tu tak berusik. Otomatik tekak jadi mual. Hahaha kesian tekak jadi bahan uji kaji untuk merasa sesuatu yang otak memang tak tau. Hahaha

Tapi seriously, sejak aku masuk U sampai la zaman bekerja ni, soalan yang paling susah nak jawab, nk makan kat mane? nak makan ape..

Lagik susah daripada soalan add math rekaan Ticer Hay. Lagik susah daripada nak menjawab bile nak kahwin. Muahahahaha

Dah dah dahhhhh. Banyak merapu le sangat dah ni.

Adios 

Pak Cik Mat

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Cerita petang semalam, mulenye nak g KFC, isi perut yang kelaparan sebab malas nk selongkar dapur, cari ape makanan yang ade. Separuh jalan, rase macam malas. Pusing balik, singgah Petron. Lepas tu terase macam nak makan tomyam. Niat nak ke Sabasun, cari bahan-bahan. Sekali, tengok kenderaan, di jalan raya berderet panjang. Batalkan niat ke Sabasun. Moh ke Mydin Mall, cari Sushi la untuk perut.

Dan lagik sekali niat terbatal kerana kenderaan yang berderet. Tak pe la perut, esok la kite makan yang diniatkan tu, kite beli makanan minda la pulok yer. Straight ke SMO Bookstore. Dah set dalam kepale, kalu SMO tak dapat puaskan hati, memang nak ke Pustaka Seri Intan. Hahaha

Last last stuck dalam SMO. Ramai jugak Orang. Okeh. Set dalam kepale ape yang nk dibeli. Yang paling penting, note book untuk draft pape, takkan asyik nak pakai A4 kan. Membazir tau. Tapi yang 1st dicapai novel The Unsung Hero, Ishhh jangan beli dulu, Sabauuuuuuuuuuuu. Terjumpe 'EX' AKU GILA! Beli yang ni dulu. 

Pusing pusing lagik. Jumpe notebook, tak berape comel tapi sebat je. Jalan lagik, jumpe highlighter. Ambik 4 kaler. Cukup la kan. Eh hijau tak beli la pulak. Eh tak pe la. Pusing for second round. Jumpe la yang kat bawah tu....

|

|

|

|



Jumpe Catatan Mat Luthfi. Terus amik. Lantas hati berkate, meh kite g bayor dah pulang ke pangkuan rumah sewa. Muahahahahaha...


Seee.... Ape yang diniatkan tak kan same dengan kepale bile asyik berpusing pusing dan berjalan ke hulu ke hilir. Memang damage ar poket bulan ni. See u next mOnth pulak yer SMO. Heheheee


Btw, buku Mat ni best. Simple untuk difahami tapi sangat deep.

Babai 

Tuesday, January 6, 2015

1st Chapter

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Another year to go :) Hahaha expectation untuk tahun ni aku tak tau macam ni. Setakat ni rasenye perjalanan smooth je. Kalau ade bonggol bonggol, batu batu tengah jalan tu tak tau la nanti. Mintak semuanye akan smooth sampai ke akhir tahun.

Cume skarang ni nak mengharapkan mood rajin bekerja tu datang. Still mencari x factor untuk jadi pemangkin hari hari datang Office. Muahahhaahaha

Perancangan kerja untuk setahun pun tak buat lagik. Tak de ape punnnnnn. Hahahaha parah gile idop kan. 

Untuk Cik Epal, dah 2 tahun kite bersama, lets count for another years. Dont worry im not going to mempoligamikan anda. Cehhhhhhhh

Apelagi erk? 

1st January - was on annual leave. P jenguk Incek Boss kat KMC. Alhamdulillah. He's getting better. 

2nd January - program ziarah orang sakit. Went to visit Pok Su Zahari, Kak Noji and Adik Ainun 

Hari lain lain tu tak de aktiviti dah melainkan semalam, berkejar balik dari Dungun ke Office sebab Dr J mintak report. Muahahahhaaa.. 

Lagik Lagik??? 

Tak de dahhhhhhhh

Adios

tt