Monday, February 6, 2017

Move On~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Kembali bersiaran ☺☺

Aku dalam proses nak move on. Yeahhh tu salah satu azam aku untuk tahun 2017. Tak mudah kot nak move on selagi segala mak nenek atuk sedara segala kenangan ade dalam kepale. Tak mudah wehhhhhh. Kalu kenangan tu boleh bunuh macam bunuh nyamuk, ehh dah lame mati semua kenangan tu 👀

Mende 1st sekali aku buat, aku hide kan moment makhluk berkenaan dari pandangan aku kat wechat. Hahha gile sadis kan. Termasuk jugak hidekan moment sorang hantu perempuan tu. Memandangkan mereka berdua ade dalam list kat wechat. Nak block karang, macam agak melampau kan. 

Pastu aku deactivated facebook untuk beberapa ketika. Aku siap uninstall fb kat phone. Sebab kalu icon apps still ade kat phone, mesti tangan gatal je nak g log in kan. Btw, time entry ni ditaip aku dah activated balik fb. Hahaha. Sebab aku rase aku dah cukup kuat. ✌ Aku tak unfriend sesape yang berkenaan kat fb, sebab tak nak nampak macam loser sangat. Lagi 1, aku saje nak biarkan diorang tengok life aku cam mane. 

Block no kat contact. Yes! Memula aku buat, lelame aku unblock je. Sebab tak de keperluan. Lagi 1, daripada block baik delete je contact terus kan. 

Nak move on ni tak senang sebenarnye. Lagik la kalu hidup dalam lingkungan manusia yang saling ade kaitan. Terjumpa Si B, nanti pasti akan ditanye pasal Si A. So, bile ditanya je otak kite akan cepat memproses segala kenangan bersama si A tu. Dah jadik satu keje pulak nak mengimbau ngimbau kenangan kan. Pastu tak pepasal nangis tepi rak buku pulak. 

Yang paling penting, time ko nak move on jangan cari orang lain untuk bersandar. Ni yang paling penting. Time nak move on ko memang nak kan seseorang untuk dengar dan berkongsi segala rase. Tapi, kesudahannya lain pulak jadik. Aku cerita berdasarkan pengalaman sendiri. Nanti makin teruk rase sakit tu. 

Move on equals to kekuatan hati. Tabahkan hati, kuatkan hati, cekalkan hati. Kalu terase rindu ke hape, cepat cepatlah buang semua perasaan tu. Lagik dilayan perasaan, lagik la rase sakit. Sumpah. Sakit sangat. 


2 comments:

Cheah Zinnirah said... [Reply]

Good luck! Aku pon susah nak move on. In fact dok move on lagi hahaha

Anok Pok Mat Kapok said... [Reply]

@Cheah Zinnirah Tak mampu nk move on cheah, Hati tisu. hahhahaaa

tt