Assalamualaikum wbt
=)
Hari
tu kiteorang main masak-masak. Kiteorang ye. Nak harapkan aku sorang memang taka
r. Hari Jumaat tu kemain Ilahi semangat nak masak. Dia nak makan tauhu jepun.
Makanya, di pagi yang nak tengah hari semangat kami ke Tunas Manja, cari
bahan-bahan. Ayam tu mule-mule nak goreng je. Pastu Si Sri nak makan ayam masak
merah. Ha kite biarkan dia masak. Gile gigih tengok dia tumbuk bawang halia
semua. Kalau aku memang tak la. Acar tu kite buat 2 jenis. Satu pakai timun,
satu pakai kobis. Si Salela tak makan kobis mentah, Ilahi tak makan acar timun.
Aku pulak jenis makan dua-dua. Kih kih kih. Lepas makan, solat Zohor pastu
tido. Diaorang le tido. Aku tak. Mate keras gile. Ilahi bangun petang tu boleh
terus menonong pegi makan tauhu jepun masak oyster sos tu. Hahaha.
Hari
tu Ahad tu main masak masak lagik. Bangun pagi dah lapar gile. Si Ubai cuti,
Ilahi suggest masak lagik. Mule mule nak masak ayam masak lemak cili padi.
Pastu tu tukar kari ayam. Last last keluar idea masak ikan aye singgang. So,
lets membeli belah. Masak singgang, pastu celur kangkung cicah budu. Diaorang
makan tempoyak. Aku memang tak la. Boleh pulak Along p post gambar lauk tu kat
group. Nampak je tempoyak tu. Katenye aku blaja makan durian dh. Chett. Tak de
maknenye la.
Pastu
semalam pun kiteorang masak lagik. Gara gara pegi Warung Cikgu tutup. Pastu
pegi makan kat D’Rimba tak berape nak memuaskan. Jadiknye, malam tadi masak le
pulak Spageti Carbonara. Pasta Pego. Sedapppp. Hahaha
Btw, 420 tu rumah sewa diaorang. Aku kan sejak jadi pengaggur ni suke melepak kat situ. Ye la, minggu minggu akhir di GB kan.
Adios
0 comments:
Post a Comment