Wednesday, February 5, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Tok Kah

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Cite dah basi jugak ni. Tapi aku baru nk update kat blog. Muahahaha.. So, korang boleh bayangkan lah tahap kemalasan aku seteruk mane sekarang ni.. 

Program ni dah berlangsung pada 23 Jan ari tu. Dalam seminggu sebelum tu dah buat yg peringkat kampung. Siang tu ade ustazah dr Pej Agama Daerah Dungun datang bagi tazkirah utk kaum kaum perempuan. Malam tu, ustaz dari MAIDAM pulak datang. 

So, yg ni start pukul 745 pagi. Aku sampai sampai kat sekolah, dah tengok budak budak dh berbaris ikut kelas masing masing. Comel comel semua. 


Yg depan skali tu, adik adik tadika KEMAS. Bile diaorang dh start jalan, aku balik umah hantar motor. Tak kan aku nak berarak ngan motor kot. Orang lain semua jalan kaki kan. 


Yg belakang tu Dirah Donat. Lame tak tempek gambo dia dalam blog kan. Dah masuk Pra Sekolah tahun ni. How time flies.. 



Mase ni dah sampai masjid, dah berterabur kedudukan adik adik ni. Masing masing dah penat. Tabik la kat adik adik ni, bukan main jauh berjalan, tapi maintain je. 


Tuan Guru Besar mintak nak bergambo ngan org kampunh :) 



Pastu start ceramah. Best! Jemput penceramah dari UiTM Dungun. Ust Wan Khairul Anuar. Ustaz ni pandai layan kerenah audience. Tak de la adik adik ni semua boring. Selesai ceramah, berselawat ke atas Nabi ramai ramai. Break untuk minum pagi jap, pastu sambung dengan aktiviti aktiviti lain. Lepas makan, aku pun angkat kaki balik. 
Sebab aktiviti tu semua untuk adik adik tu je. Tak kan makcik makcik cam aku ni nak masuk pertandingan mewarna jugak kan? -__________- 


Kemain kembang setaman lagik Cikgu Bedah menyengeh kan. Mata pun tak berape nk terbukak. Dah tau nak kene bangun awal, gatai jugak duk stay up T_________T

Kesimpulannya, aku rase aktiviti cam ni perlu diteruskan untuk tahun tahun akan datang. Ecewahhhhhh. Skema giler ayat kooooooo. Ye la aktiviti cam ni sebenarnye boleh rapatkan hubungan ibu bapa penjaga murid murid dengan pihak sekolah. 

Adiosss







0 comments:

tt