Sunday, May 5, 2013

Bulan ke Lima

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

πŸ˜„

Hip hip horeyyy ✌ari ni dah masuk hari ke tiga di bulan Mei. Bulan peberet sayeee ! Kejap je kan. Oh lupe plak. Sekarang musim demam pilihan raye. Mane mane pegi mesti nampak je bendera parti parti yg bertanding. 

Pru 13 ni adalah pru yg ke dua aku membuang undi. Buang undi? Cam tak proper je bunyi kan. 
Ngeh ngehhh 😜

Parti pilihan untuk diundi? Owh sesape yg ade dalam friend list fb aku kompem leh agak parti mane yg jadi pilihan kalbu. Setakat ni pilihan masih berganjak dan harap xkan berubah pada 5 Mei ni. 

Pengalaman mengundi? First time aku dapat mengundi masa Pru 12. Mase tu tahun 2008. Mase aku genap 21 tahun, arwah bapak aku memang dh awal awal suh g daftar mengundi. Ye la duk pong pang pang pong hal politik, tapi kalu tak mengundi, tak de maknenye jugak kan.. 

Tahun 2008 tu aku last sem kat UUM. Nak balik mengundi punye pasal, siap ponteng kelas CCT 1013 (padahal memang aku malas nk g kelas tu pun) dan disebabkan itu jugak la, aku hampir hampir dibar daripada exam. Hahaha kalu tak, terpaksa extend satu sem semata-mata nak cover paper tu. 

Pru tu jugak la yg paling kecoh pasal pengundi hantu. Lawak je bunyi kan. Time tu kerajaan negeri Terengganu menyediakan perkhidmatan bas percume kepada pengundi pengundi yg sedang belajar di mane-mane IPTA di Semenanjung Malaysia. Then, ade la pihak yg tak bertanggungjawab claim mende tu as pengundi hantu. Amboii sesuke hati korang je kan. 

Berdebar jugak mase nk membuang undi tu. dah siap pangkah, siap triple checking okeh. Takut le aalah pangkah, rugi wehh.. Alhamdulillah, tahun 2008 calon yg dipilih menang besar.

Tahun ni? Aku dh siap mengundi pagi tadi. Bukti? P check kat fb aku. Hahaha.
Tapi tahun ni xde la berdebar macam first time tu. sebab dah tau selok belok kan. Cume ade perunahan tang calit dakwat kekal di jari. Untuk elakkan pengundi hantu. Katanyeeeee la kannnn...

Hehhee...
Pada aku sape yg kite nk pilih tu hak kite. Sebab itulah yg akan menjadi pemimpin kite. Ingat, bukan semua ketua mampu jadi pemimpin.

Pada kawan kawan yg layak mengundi, keluar la menunaikan tanggungjawab anda pada negara. Alah, bukan selalu pun. Lima tahun sekali je.

Buat lah pilihan yg terbaik.

Adios! 






0 comments:

tt