Tuesday, January 31, 2017

MAKAN MAKAN

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Aku rase la sekarang aktiviti aku memang banyak pasal makan-makan. Ni cerite mase cuti CNY, anak-anak kan balik semua. Sebelum cite bakar-bakar ni dah ade episod Sup Gear Box dengan gulai ayam kampung. Tapi gambar tak tau dah ke mane. Hahaha tapi kat fb ngan ig ade. 

Ni malam lepas sup, bakar bakar kambing ngan daging lembu. Kambing tu Abang Di beli yang dah siap perap, daging tu Che Ngah perap sendirik. Sedap wehhhhhhhhhh



Ni yang dah siap bakar, Caca kate pilih daging yang ala-ala grill sikit. Hampehhhh. Sos pun bikin sendiri. Sedapppp. Banyak aku makan daging, nasib tak tumbang je



Ni nenas madu, Sekg RM 4. Beli 3 biji, 2 kg. RM 8.00. Nasib manis letting.



Tengah hari esok tu, bakar ayam pulak buat makan tengah hari. Aku tak tau la berapa kg aku naik selama ramai ramai manusia ade kat rumah aku ni. Memanjang makan je. Serrammmmm

Tu je nk cite. Aku rase entri makan lah paling senang nak update. Hahaha

Bai! 

Sunday, January 29, 2017

'BLOCK'

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

aku rase tak lame lagi memang aku akan hand over blog ni kat labah-labah. Biar dia buat makin bersawang. Hahaha. Makin lame makin malas weh nak update. Penyakit hape tak tau la ni. Tambah lagi dengan dashboard blog ni yang aku rase pembaharuan, *ke aku je yg rase?*

Hahaha nak kate aku busy, memang aku busy kot. Kot la. Kah kah kah.

Ade sebab nape aku buat entry ni. Berkaitan dengan insiden yang jadi berbulan-bulan lepas. Aku ingat mende ni tak de la mengakibatkan isu yang besar, rupenye ade rentetan.

Aku kan spesis tak brape nak concern sangat sape yang wujud, sape yang tak wujud dalam media sosial aku. Kalu kat fb tu, ko add aku, aku approve, pastu tak de communicate, kire aku akan assume korang ade je dalam tu. Rupenye tafsiran aku silap.

Aku nak wish birthday 'kawan' aku sorang. Nak wish kat fb memula tu, tapi tak pe la. Aku nk whatsapp, aku tengok dp dia kosong, status pun tak nampak. Sudahhh kene block ke aku ni? Pastu aku p stalk fb dia, ehhh tak de. Oh dia deactivate kot. Bersangka baik lagik ni. Jadinye, aku msg biase je wish birthhday, tapi no respons. Tak pe laa dia tak sempat nak reply kot. 2,3 hari lepas tu aku nampak kawan yang lain, tag name beliau kat fb dengan kawan kawan yang lain. Name orang lain 'bold' tapi name dia tak. Start dari situ la aku tau aku dah kene block.

Kah kahhhh gelakkan diri sendiri. Kesian betul la dengan diri sendiri. Apehal la aku ni lembs sangat. Tapi aku buat tak tau je la. Biarla kan. Mesti ade la tu pape yang tak kena dengan aku sampai orang block kan. Kih kihhh

Aku pun block jugak sorang manusia kat whatsapp. Tapi empunye diri tau sebab aku kasik tau. Dia sendiri pun dh redha.Hahahaa

Parah kan...

Adioss

Tuesday, January 3, 2017

2017

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Last entry? P la cari sendiri hahaha. Aku malas nk check ape last aku merapu kat dalam ni. 

Btw, a new year, a new hope, a new life and so onnnnnnnnnnn. Berderet entry aku terhutang. Nanti ade mase aku update balik.

Nak recap segala 2016 punye memories pun tak terdaya tapi one fine day aku buat jugak. Tunggu la selepas segala keserabutan ni berakhir. 

Doa dan harapan untuk 2017 ; 

DOAKAN FIZIKAL DAN MENTAL AKU KUAT! 

Aku takde azam hape sebab azam aku fh bertahun kene 'rembat' dengan orang. Hahaha

Semoga tahun 2017 akan membawa kebahagiaan, kegemilangan dan keberkatan untuk hidup kite semua. 

#ourfoodourfuture 

Ehhhhh apehal hashtag tu? 

Choii

Thursday, November 3, 2016

Kekucing ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hal hal kucing pun dah lame tak update kan. So, lets! 



Si Abo yang makin gatai. Sepanjang musim asyik nak mengawan je. Still kene perintah berkurung sebab dia dh pandai kencing merata. Badan kemain sado. Makan banyak 



Che Teh time ni tengah sarat. Kene perintah berkurung jugak, sebab Che Teh ni kalu lepas masuk rumah, dia suke curi makanan. 



Introducing our little Neyo. Baru nak masuk 3 bulan. Last 2 weeks bawak g vet sebab cirit birit. Jakun kemahin. Suara dia je yang dengar dalam klinik


Che Teh's newborns. Asalanye ber tiga. aku rase Che Teh ni kawen dengan Abo je tapi mane datang genetik, ni tak tau la. Lagik sekor kaler putih. After 3 days, tiga-tiga gone. Che Teh malas nak bf anak dia 


The oversleepy Neyo~

Program KOSPEN Bersama Masyarakat ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Program minggu lepas jugak. Hehehe. Aku malas nk update panjang panjang. Gambar berterabur ni, malas nk susun balik. Semua malas ni. 

Pengisian Program hari tu ;

1. Berjalan 10,000 langkah - tak sampai pun sebenarnye sebab kesuntukan mase
2. Pemeriksaan Kesihatan - Check tekanan darah, check gula dalam darah, timbang berat, ukur tinggi, check BMI 
3. Sukaneka - Bowling Padang & Mencari Harta Karun 
4. Cabutan Bertuah 
5. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika









































Program ni diadakan sekali dengan hari terakhir kejohanan sukan SK Tok Kah 

TQ untuk semua yg terlibat! 

Thursday, September 1, 2016

Potong Q!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 




Masih terase bahang sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 59 kan. Ye la baru semalam 31 Ogos. Tak nak cite pasal sambutan ke hape tapi nak cite pasal manusia kurang bertamadun. 

Kan semalam SR ade buat sale untuk merdeka. Bukan setakat SR la banyak la restoren lain buat perkara yang same. Bagus la kan. Semalam kiteorang g SR tepat pukul 12. Sampai sampai tu ade la dalam 30 orang kot dh beratur. So, kami pun beratur la same. Setengah jam beratur, Q tak jugak bergerak. Ok sabar lagi.

Masuk sejam, bergerak la sikit. Kek pun dah habis banyak, staff SR pun sibukla duk topup balik. Dalam nak sampai sejam tu, ade la makhluk 2 orang kat depan kami. Gaya beratur macam sesambil menunggu orang. eh betul, kejap tu sampai sorang kawan dia. Hati aku agak dah mendidih dh. Sabar lagik.

Sampai la giliran kami, tunggu turn nk order ntah cam mane tetibe muncul sorang perempuan, potong Q pulak! Dia ni kawan kepada makhluk yang depan kami tadi tu. Hoi memang berasap la kan. dah le potong Q, pastu boleh buat pulak muke annoying kat kami ehhhhhh. Melampau la kan. Aku pusing blakang nampak muke sorang akak yang mengandung tu. Kesian dia. Berejam menunggu macam kami jugak. 

Aku tak paham la nape ade lagik manusia yang kurang bertamadun ni. Kalau agak malas nk beratur, why not ko pass je order kat kawan ko? Kan senang cam tu. Tak payah la nak main masuk masuk Q cam hape je. Dah le kat belakang tu berpuluh orang lagik. 

Sudahnye, kek yang kiteorang nak memang abis, perempuan annoying tu borong semua! kami beli kek yang tak de promotion. Geram sangat tauuuuuu

Korang lain kali jangan jadik macam manusia tu tau. Kalu rase penat nak tunggu turn, pusing le kiri kanan, belakang depan tengok orang lain yang sabar menunggu tu. Jangan main potong je. Tak pepasal kite dh menambah dosa orang.

Merdeka ke cam tu? 

Adios! 

tt