Sunday, August 14, 2016

It's A Wrap!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

IT'S A WRAP! 

Yeayyyyyyyyyyy! 

Selepas 1 tahun 10 bulan 1 hari, makanya tamat la 'usia' aku kat UniSZA ni. Atau dengan lebih tepatnya, khidmat aku yang 1 tahun 10 bulan 1 minggu dengan JH dan berakhir dengan rasmi. Perasaan? Entah ar aku tak tau la ape perasaan aku sebenarnye. Bercampur baur kot.

Frankly speaking, tugas aku kat sini sebenarnye agak mencabar la. Sebab tak same macam job scope aku sebelum ni. Client pulak fokus pada student. Kerenah lain sikit. Kadang-kadang je hadap kaum dewasa.

Sebelum ni keje aku kan agak lebih kepada admin. Yang kali ni keje hadap orang jugak, tapi dengan pengalaman aku yg totally zero pasal hal keje, aku kene start from the beginning. Belajar balik satu-satu. Tapi syukur alhamdulillah, boss boss, kawan kawan sejawatan banyak tolong. Yang mane tak tau same same tanye. Hahaha.

Aku malas nk ingat ape-ape yang tak manis sepanjang aku kat UniSZA ni. Nk ingat yang manis manis, ingat ape yang best. Aku jugak la malas nak tegakkan benang yang basah. Lets the romours spread. The truth will reveal. InshaAllah one fine day.

Andai ade rezeki, berjumpa lagik la kite ye UniSZA. Tapi bukan dalam mase terdekat ni. InShaAllah.




Unija, U will be missed! 

Adios 

Yang benar, 

Akak Lot 7, TUMPU, Unija Pasti Tahu

Wednesday, August 3, 2016

On This Day ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Kalu korang aware la kan, sekarang kat fb every day akan keluar updates/memories yang lame-lame kan. So, macam terkenang la kejap kan kenangan-kenangan dedulu tu. Tapi ade jugak yang duk termenung sebab tak ingat updates tu berkaitan ape. Bace komen kat bawah pun still tak leh nk catch up. 

So, malam tadi keluar la updates 3 tahun lepas. Actually, that was unplanned. Tak de rancang pun nak g KL, memandangkan bulan puasa tahun sebelum tu aku dah bersumpah bagai next puasa tak nak turun KL, hadap orang ramai kat Jalan TAR. Tapi tetibe petang tu, Incek Boss call suruh siap-siap ajak g KL, nak beli barang-barang nak bagi orang for raya. Dah le hari tu Puan Kakak masak lemak siput sedut. Takkan tak nak makan kot. Puan Kakak rushing masak, then tapaukan kiteorang. 

Hari tu bukak puasa kat Surau Ketengah Jaya. Diaorang buat potluck. Kiteorang je la datang melenggang. Aku ingat lagik lepas terawikh aku nak g tukar baju kurung, Incek Boss cakap tak payah tukar, pakai je baju kurung sampai KL, sebab dia ngan Che Tar pun berbaju melayu kain pelekat siap. Berasap je kepale. Hahahaha. 



Sampai KL, jumpe Kak Long supper same same dulu. Pastu boleh pulak Incek Boss ajak merayap kat area Jalan Masjid India sebab dia nak beli barang. Pukul 4 pagi dah kot. Still boleh merayap wehhhh. Boleh pulak dia dengan Che Tar shopping kasut nk g kebun . Hadoi. aku ngan Kak Long memang gigih ar mengekor. Lepas balik sahur, panaskan balik masak lemak siput sedut. Pepagi bute duk sroot sreeet sedut sipu ngan kak long. Menjadik je keje kan. 

Sebenarnye tak nak le cite sangat ape yang berlaku, tapi pointnye we miss the memories especially ape yang berkaitan dengan arwah. Bile ingat balik, kene marah dengan arwah tapi kami still boleh gelak-gelak, arwah bengang kemain. Tapi kami buat muke xtau je.

Best part of bulan puasa punye kenangan, aku berpeluang main masak-masak dengan arwah. Sambil masak , sambil tadah telinga kene lecture. Hahahaha. 

Semoga arwah Boss terus tenang di sana. We miss U 

Al Fatihah 

Monday, August 1, 2016

Ujian ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)





Diuji bukan bermakna kite lemah tapi itu tandanya Allah masih sayangkan kita. 
Redha dengan segala ujian yang diturunkan. 

Doakan aku kuat eh! 

Tuesday, July 12, 2016

Aidil Fitri 2016

www.tips-fb.com

Assalamulaikum wbt 

=) 

Dah berape hari raye? Jangan tanye aku, kire sendiri yer. Aku makhluk paling malas sekarang ni. Cerita raya 2016 pendek jek. Tak de merapu-rapu sebab suasana raya tu tak berapa nak meriah sangat dh. 

Aku balik Dungun 2 hari sebelum raye. Tahun ni JH kedekut tak de bagi cuti free kat staff. Makanya, burn cuti aku 1.5 days. Kikikikiki. Sampai Dungun tengah hari tu terus ajak Along ngn Achik beli barang. 

Ni bukan Tok Kah yer
 Aku ingatkan mane la budak-budak ni nk bawak aku, skali p bazar raya depan Masjid Biru. Panas lit lit oihhhh. Dah le tengah hari bute. Nk menangih aku seret kaki dari gerai ke gerai. Boleh tahan jenuh jugak tunggu anak-anak teruna ni shopping. Tak paham aku taste orang muda zaman skarang. 

Anak teruna shopping mengalahkan Mak Dara 
Pagi raya pertama tu just aku ngan Puan Mak je kat rumah. Baru aku rase feel nak mengemas rumah tu macam mane. Boleh tahan kapal pecah jugak dapur pagi tu. Yang tak boleh tahan, dalam tak tau nak start ngemas dari mane, aku boleh p bancuh necsafe satu jug besar. Puan Mak sampai naik heran. Ye la, dalam duk bebel dapur sepah, aku duk sibuk bancuh air. Hahaha kemaruk nak minum nescafe gamaknye. 

Menu pagi tu Puan Kakak masak nasi dagang, nasi himpit, rendang ayam, ketupat palas, tapai. Pastu Along bawak carrot cheese cake ngan caramel cake. Sedap bak anggg. Nasi dagang tu aku tak makan la.  
Dap Ermmmmmmm

Boleh tahan ramai jugak orang datang raya pertama tu. Aku tak sempat nak pakai tudung raya pun. Hahaha nasib baik Incek Abang anak beranak sampai sebelum orang datang serbu rumah. Anak anak teruna semua kene sinsing tangan melayan orang, buat air, refill makanan semua bagai. Baju aku lencun tok sah kire la. Nasib baik pakai cotton. Tahun depan repeat cotton lagik. Aku rela letih iron baju daripada peluh menjejes kat baju. Raya pertama tu petang hujan ribut semua. Aku naik risau jugak, dah le Incek Abang ade kat rumah.

Puan Ustajah sampai dalam pukul 6 lebih, Sebelum tu aku dah siap-siap masak sardin, sambal sardin. Perut aku petang tu dah tak mampu nak masuk ketupat rendang semua tu. Puan Ustajah pulak bawak balik rendang tok. Kemain menambah Incek Abang makan nasi malam tu. Jangan naik heran, family kami memang raye pertama pun dah masak nasi, macam hari hari biase. 

Raya ke dua tu Puan Ustajah kate kami nak berjalan-jalan raya. Ape lagik memang la kami suke kan.... 

Tu Angah Aliya 

Destinasi pertama ke rumah ex guru besar SK Tok Kah dulu. 13 tahun Ustaz Loh ni jadik GB kat Tok Kah. Rapat la dulu dengan arwah cik. Kebetulan, wife dia ngajar Puan Ustajah dulu. Orang-orang tua duk nyembang, kami yang muda remaja ni duk kunyah kacang.

Hye Ustaz Loh! 

 Settle rumah Ustaz Loh kiteorang ke rumah makcik. Biase raya pertama kami dah pergi tapi tahun ni lambat sikit. Tangga tu memang fav bergambar sebenarnye. Aku duk kat tangga tu dari mula-mula sampai le nak balik. Tak berganjak. 

Boleh pulak lepas rumah makcik kiteorang pusing balik ke bandar, pegi makan bihun sup tepi pantai. Hahahaa satu kejean kan. 




Ni je gambar yang tak kena photobomb
 Raya ke 3 duk rumah je. Aku ngan Chacha cirit birit. Tengah tak larat duk memerut tu boleh pulak Si Addin ni masuk bilik amik compact powder duk tenyeh tenyeh ke pipi. Aku biarkan je tak larat nak melayan. 




Ni malam sebelum Puan Ustajah balik. Main main hijack tepon Si Chacha. 



Raya ke 5 aku dah balik GB. Bukan sebab semangat nak raye, tapi macam dah lame sangat beraye. Hahahaha

Raya korang cam mane? Meriah ke? 

Babai

Thursday, June 30, 2016

Majlis Berbuka Puasa Masjid Kg Tok Kah ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Ni cerita yang paling baru sebab baru last week kejadiannye. Baik update sesiap sebelum aku jadi malas tahap teruk. Aku plan nak g masjid lepas orang Solat Jumaat, sekali Incek Abang call suruh g amik gambar orang duk merewang. Makanya, menyeret kaki la ke masjid. 

Sampai-sampai masjid tengok orang tengah sibuk duk melapah daging. Yang pompuan duk bersihkan ayam, muke rase tak bersalah langsung. Dah le g masjid dengan mata bengkak. Lepas tu boleh pulak ke hulu ke hilir duk amik gambar orang buat keje.




Aku punye part? Bersihkan daging tulang ngan daging untuk masak lauk utama. Menu hari tu ;

Singgang Daging 
Daging Masak Kicap 
Ayam Goreng 
Telur Masin 
Kerabu Bacang 
Tembikai
Air macam macam 

Ramai orang puji singgang daging sedap. Padahal aku tukang godeh godeh jek. Hahahaa. Xlepas sudip weh. Kemain aku menjaga kawah tu. Ape ke gile pun tak tau la 


















Petang tu aku sampai orang dh siap hidang semua. Jalan lenggang kangkong dengan muka tak bersalah je. Dah le datang lambat, pastu tersengih-sengih. Tapi dalam gambar tu aku duk bercekak pinggang ape hal taktau la. Aku rase pasal ayam goreng abis kot. Terpaksa la aku ulang alik ke dapur 16 kali, angkut tambah mane lauk yang tak abis.

Tahun ni lepas bukak puasa, kemas sikit-sikit, terus balik. Sebab orang Raub ade balik. Syukur tahun majlis bukak puasa, lauk pauk semua abis. Tak de yang membazir. Nasi pun abis. Gembira hati Oi. Orang kampung yang datang pun ramai. 

Kite jumpe tahun pulak ye majlis berbuka puasa. 

Adios! 


Wednesday, June 29, 2016

Tak De Cite Lain Dah ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Minggu last puasa dh. Kejap je kan. Langsung tak de preparation untuk raye. Same ja la ayatnye  macam tahun-tahun lepas jugak. Hahahaa. Rase cam loser je idop cam ni. 

Ni bile ntah, lepas bukak puasa rase nak makan something yang manis. Jom Mcd! Sedap jugak cendol flavor ni



Ayam masak coke ni pun aku dh tak ingat bile. Termanis sesangat-sangat. Mungkin sebab aku campur vanilla coke kot. Patutnye pakai coke yang biase tu je. 



Pastu ni last week punye. Dah tak tau nak tapau ape kat bazar, Ain request nak makan megi. So, makan megi je la kite. Kenyang jugak. 



Aku rase puasa tahun ni la paling teruk bab makan minum. 

Hancusssss! 


Monday, June 13, 2016

Cerita Makanan Lagik ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hye kengkawan! 

Amacam puasa? Ada penuh lagik ka? Hehehee. Aku still penuh. Alhamdulillah. Bulan puasa ni entry memang tak de mende lain la selain daripada makanan. 

Vanila Milk Tea, Ouchhhh sejuk je tekakkkkkkkkkkk. Anis, nak satu! Topping tamauuuuuuuu



Aku perasan sekarang kalu malam-malam mesti hidung tersumbat. Kat GB ni still ade hutan terbakar. Bau asap memang kat mane-mane. Sumbat inhaler ni, lega kejap. Siang hari tak leh ar sumbat.


Ari Jumaat petang ajak Along g bazar. Angkut Si Addin ni skali. Kemain seronok dia mengepauuuuuuu. Nak mercun, aku beli yang mercun bawang je. Selamat dan yang penting murah. 



Lauk berbuka petang Jumaat tu - Kerabu pucuk ubi, Sambal pelam campur ikan kukus, ikan kerisi goreng, ikan kembung singgang buh bendi. Sedap. Aku ratah lauk je. 


The giant currypuff! Eh sedap. Seketul RM 2.50, aku beli 4 ketul. Makan seketul, bagi 2 orang. Kenyang wehhh. 




Pastu cakap ngan Puan Mak, teringin nak makan kueh keria. Pusing-pusing bazar Gong Badak, terjumpe. Ape lagikkkkk, beli ar 



Ni semalam pun, asam  gumpal. Kuih sagu inti kacang, ade kuah santan. Aku tak tau la name sebenar kuih ni ape. Hahaha. 



Hari ni nak makan ape pulak?

Pening dh. 

Friday, June 10, 2016

Peperiksaan Bertulis N27 Penolong Pegawai Tadbir MDS ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Lame dh tak share pasal interview keje kan. So lets. Before puase ari tu, dapat mesej kene attend exam bertulis untuk post Pen. Pegawai Tabir N27 Majlis Daerah Setiu. Memula malas jugak pegi tapi Incek Abang cakap pegilah, nanti boleh tau macam mane exam tu kan. Kebetulan Salela dapat jugak. Moh le pergi bertiga. Ain jadik GPS. 

Exam ni sebenarnye tak macam yang aku jangkakan. Aku bayangkan keadaan betul-betul macam exam tu. Sebab aku pernah attend untuk gred 27 tu siap ade esei bm & english, soalan maths, kbkk segala bagai. Tapi yang ni lain. 

For those yang memang study website Majlis Daerah Setiu, memang boleh skor. Soalan ade 40 soalaan. Jawab dalam masa 1 jam je. 

Part 1 - Soalan 1-20 : Soalan berkisar pasal MDS, PBT, KPKT dan hal pentabdiran negara. Memang kacang. Soalan atas bawah, memang berkait. Sebab tu aku cakap, sape yang khatam info kat website MDS, memang boleh jawab. 

Part 2 - Soalan 21-30 : Soalan Maths. 10 soalan, aku rasa soalan last skali je susah. Sebab aku lupe formula pecutan ape mende. Boleh je nak google time tu, tapi malas ar. Name pun exam kan. Soalan maths ni senang sikit daripada soalan maths PTD 

Part 3 - Soalan 31-40 : Soalan bahasa Inggeris. Isikan tempat kosong dan jawapan dah disediakan. Cume perlu pilih je. Soalan pasal kata kerja dengan kata sifat. 

Aku terbayang lepas tu akan ade sesi lain. Tapi bile tanye pengawas, satu sesi je. Cume perlu tunggu untuk panggilan temuduga lisan pulak. Yang tu tak tau bila. Sabar menanti. Semoga ade khabar gembira. InShaAllah 


So, ape yang aku nak tekankan kat sini, bile exam macam ni kene well prepared sebenarnye. Cubelah khatamkan sebanyak mungkin pasal pentadbiran negara dan negeri. Benda simple macam Rukun Negara, walaupun kite tau prinsip-prinsip yang ade, tapi kalau tak study, kite tak kan mampu nak ingat susunan dengan betul, nape Rukun Negara diperkenalkan semuanya. 

Lagik satu,carta organisasi pentadbiran. Tak kisah la, kabinet ke, exco kerajaan negeri ke, pbt ke, sila study la. Macam soalan hari tu, 

"Siapakah YDP MDS pada masa sekarang"

"Siapakah yang menjawat jawatan Setiausaha MDS buat masa sekarang?" 

Simplekan? Kalu tak alert memang menangis gigit bucu meja la. Sebab jawapan untuk soalan ke dua tu, terpacak kat surat panggilan exam tu. Alert dengan tak alert je. Kan? 

Pada candidates on that day, good luck for the next step! 

InshaAllah, kalu ad rezeki untuk temuduga lisan, nanti aku share pulak eh. 

Doakan! 

Muka gumbira exam settled! 


Serius naw naw akak tudung pink 

Bye! 

Thursday, June 9, 2016

Kelik Klate ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Last week kiteorang balik Kelantan. Hahaha last week kooo. Ni last minute plan. Kiteorang balik sebab nak lawat Mokdi,the ones who wore the pinkish t shirt. Mokdi ni adik bongsu Puan Mak. Mokdi bukan permenant resident kat Klate. Mokdi duk kat Puchong. Kebetulan dia balik Klate and felt sick. Kene minor operation sikit. So, petang Khamis tu Incek Abang ajak balik la. Balik satu kete. The next morning, Puan Kakaks pulak balik. 

Kiteorang sampai Kg Kolam dalam pukul 11 lebih la. Sampai tu lepak rumah Pok Min kejap, pastu Mokdi sampai.

Sesi bonding kakak dan adik-adik 
Malam tu tido rumah MokNah Moknah ni berjiran je dengan Pok Min. Memandangkan kami semua ni dah tak de atok nenek, so rumah Mok Nah la tempat berkumpul semua. 

Pagi tu breakfast roti canai, roti telur (2 kedai berbeza), nasi tumpang, nasi kapal terbang, bihun goreng. Aku makan roti canai je sebab awal giler kot breakfast. Before 8 okeh >.<. Mate pun tak berape nak celik lagik. 

Sopan je aku >.<
Settle breakfast Mok Yah ajak pegi Kemayan, jumpe Pok Teh. Ni sorang lagik adik lelaki Puan Mak. Tapi tak de dalam gambar. Kebetulan hari tu Pok Teh ade program jadi tak sempat nak ke Kolam, so kiteorang yang ke sane. Tepi laut uolss. Chantik rupenye Pantai Kemayan ni. 

Tu bukan sengeh gembira, sengeh kelaparan T_T

Kemayan y'uolsss

Lepas jumpe Pok Min, balik Kolam semula. Sampai-sampai tengok Puan Kakaks kemain lagik duk mengisi perut. Hoi mane aci kan. Aku dengan Kak Long memang dah le kelaparan sesangat. Sesampai terus terkam nasi tumpang. Ni 1st time kot aku makan. Sedap tapi memandangkan tekak yang biase makan nasi dengan kuah ni, tak berape nak laju sangat la. Tapi still boleh makan. Tekstur nasi tu  macam nasi himpit. Lembik lembik padat gitu. Tengah-tengah tu ade lauk. Ade sambal kelapa, udang masak lemak, telur dadar. Biase memacam lagik. Lepas tu sambung dengan nasi kapal terbang tu. Macam nasi berlauk tapi gulai daging. Makan pulak dengan ayam percik. Memang dah tak kisah ngan orang duk lalu lalang. 

Nasi bertumpang tumpang 

Well, ni le Mok Nah. Adik beradik Puan Emak yang ke 3. Tokei catering, tokei canteen skolah. Mok Nah, bile nak pusakakan segala tupperwares tu kat anak sedara ni? Haahahahahaa

Sesi manja-manja

Tengah hari tu makan nasi lagik. Mok Nah bawak balik gulai kawah majlis kenduri. Pastu Mokja gorengkan ayam kampung kot. Kemain ko berselera makan. Aku rase orang duk lalu lalang pandang semacam je. Sebabnye beranda tu tak lekang orang duk makan. 






So hari tu yang tak sempat jumpenye Abang Puan Emak. Rumah dia seberang sawah padi tu je. Tapi tak sempat pegi. Lepas Asar kiteorang gerak balik Dungun. 

Semoga Mokdi cepat sembuh. Nanti kami g lawat Mokdi kat Puchong yer. 

Ibarat kate Ayah Su " Ni sekor lagik, dop mengenang tempat berkursus apatah lagik kampung halaman"

Wekkkkkkkkkkkkkkk! 




Ramadhan Datang Lagik ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ! 

Dah masuk hari ke 4 puasa. Amacam? Dah ade yang tertewas ke?
Alhamdulillah, segar bugar lagi walaupun dah masuk hari ke 4.
Hari ke 2 kene attack dengan migrain.
Malam tadi hidung terumbat macam nak selsema, bangun pagi dah okey.
Alhamdulillah.

Menu berbuka macam mane? Beli ke masak sendiri?
Kikikikikiki. Aku on 1st day tu beli nekbat dengan puding ape ntah. 
Balik rumah, masak kailan ikan masin, panaskan daging goreng kunyit yang sehari sebelum puasa tu. Alhamdulillah, kenyang.

Nekbat kat bawah tu nampak macam pucat je sikit. Tapi sedap. 5 ketul sekali hadap.



Second day, g bazar beli roti jala je. Kuah not bad la tapi roti jala tu macam kurang masak sikit.
2 kali makan. Kenyang.
Pastu masak tauhu jepun masak sos tiram. Ain kate termasin sikit. 
Hahahaa. Lantak ar janji boleh telan. 



Semalam malas nak g bazar. Balik rumah, solat lepas tu tido. 
Bangun 6.30 tu buat bege ayam spesel. masal sayur campur. 
Boleh la daripada tak de kan. Hehehee

Korang macam mane?

Selamat berpuasa sebulan yer!

Byeeeeee!

tt