Thursday, June 30, 2016

Majlis Berbuka Puasa Masjid Kg Tok Kah ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Ni cerita yang paling baru sebab baru last week kejadiannye. Baik update sesiap sebelum aku jadi malas tahap teruk. Aku plan nak g masjid lepas orang Solat Jumaat, sekali Incek Abang call suruh g amik gambar orang duk merewang. Makanya, menyeret kaki la ke masjid. 

Sampai-sampai masjid tengok orang tengah sibuk duk melapah daging. Yang pompuan duk bersihkan ayam, muke rase tak bersalah langsung. Dah le g masjid dengan mata bengkak. Lepas tu boleh pulak ke hulu ke hilir duk amik gambar orang buat keje.




Aku punye part? Bersihkan daging tulang ngan daging untuk masak lauk utama. Menu hari tu ;

Singgang Daging 
Daging Masak Kicap 
Ayam Goreng 
Telur Masin 
Kerabu Bacang 
Tembikai
Air macam macam 

Ramai orang puji singgang daging sedap. Padahal aku tukang godeh godeh jek. Hahahaa. Xlepas sudip weh. Kemain aku menjaga kawah tu. Ape ke gile pun tak tau la 


















Petang tu aku sampai orang dh siap hidang semua. Jalan lenggang kangkong dengan muka tak bersalah je. Dah le datang lambat, pastu tersengih-sengih. Tapi dalam gambar tu aku duk bercekak pinggang ape hal taktau la. Aku rase pasal ayam goreng abis kot. Terpaksa la aku ulang alik ke dapur 16 kali, angkut tambah mane lauk yang tak abis.

Tahun ni lepas bukak puasa, kemas sikit-sikit, terus balik. Sebab orang Raub ade balik. Syukur tahun majlis bukak puasa, lauk pauk semua abis. Tak de yang membazir. Nasi pun abis. Gembira hati Oi. Orang kampung yang datang pun ramai. 

Kite jumpe tahun pulak ye majlis berbuka puasa. 

Adios! 


Wednesday, June 29, 2016

Tak De Cite Lain Dah ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Minggu last puasa dh. Kejap je kan. Langsung tak de preparation untuk raye. Same ja la ayatnye  macam tahun-tahun lepas jugak. Hahahaa. Rase cam loser je idop cam ni. 

Ni bile ntah, lepas bukak puasa rase nak makan something yang manis. Jom Mcd! Sedap jugak cendol flavor ni



Ayam masak coke ni pun aku dh tak ingat bile. Termanis sesangat-sangat. Mungkin sebab aku campur vanilla coke kot. Patutnye pakai coke yang biase tu je. 



Pastu ni last week punye. Dah tak tau nak tapau ape kat bazar, Ain request nak makan megi. So, makan megi je la kite. Kenyang jugak. 



Aku rase puasa tahun ni la paling teruk bab makan minum. 

Hancusssss! 


Monday, June 13, 2016

Cerita Makanan Lagik ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hye kengkawan! 

Amacam puasa? Ada penuh lagik ka? Hehehee. Aku still penuh. Alhamdulillah. Bulan puasa ni entry memang tak de mende lain la selain daripada makanan. 

Vanila Milk Tea, Ouchhhh sejuk je tekakkkkkkkkkkk. Anis, nak satu! Topping tamauuuuuuuu



Aku perasan sekarang kalu malam-malam mesti hidung tersumbat. Kat GB ni still ade hutan terbakar. Bau asap memang kat mane-mane. Sumbat inhaler ni, lega kejap. Siang hari tak leh ar sumbat.


Ari Jumaat petang ajak Along g bazar. Angkut Si Addin ni skali. Kemain seronok dia mengepauuuuuuu. Nak mercun, aku beli yang mercun bawang je. Selamat dan yang penting murah. 



Lauk berbuka petang Jumaat tu - Kerabu pucuk ubi, Sambal pelam campur ikan kukus, ikan kerisi goreng, ikan kembung singgang buh bendi. Sedap. Aku ratah lauk je. 


The giant currypuff! Eh sedap. Seketul RM 2.50, aku beli 4 ketul. Makan seketul, bagi 2 orang. Kenyang wehhh. 




Pastu cakap ngan Puan Mak, teringin nak makan kueh keria. Pusing-pusing bazar Gong Badak, terjumpe. Ape lagikkkkk, beli ar 



Ni semalam pun, asam  gumpal. Kuih sagu inti kacang, ade kuah santan. Aku tak tau la name sebenar kuih ni ape. Hahaha. 



Hari ni nak makan ape pulak?

Pening dh. 

Friday, June 10, 2016

Peperiksaan Bertulis N27 Penolong Pegawai Tadbir MDS ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Lame dh tak share pasal interview keje kan. So lets. Before puase ari tu, dapat mesej kene attend exam bertulis untuk post Pen. Pegawai Tabir N27 Majlis Daerah Setiu. Memula malas jugak pegi tapi Incek Abang cakap pegilah, nanti boleh tau macam mane exam tu kan. Kebetulan Salela dapat jugak. Moh le pergi bertiga. Ain jadik GPS. 

Exam ni sebenarnye tak macam yang aku jangkakan. Aku bayangkan keadaan betul-betul macam exam tu. Sebab aku pernah attend untuk gred 27 tu siap ade esei bm & english, soalan maths, kbkk segala bagai. Tapi yang ni lain. 

For those yang memang study website Majlis Daerah Setiu, memang boleh skor. Soalan ade 40 soalaan. Jawab dalam masa 1 jam je. 

Part 1 - Soalan 1-20 : Soalan berkisar pasal MDS, PBT, KPKT dan hal pentabdiran negara. Memang kacang. Soalan atas bawah, memang berkait. Sebab tu aku cakap, sape yang khatam info kat website MDS, memang boleh jawab. 

Part 2 - Soalan 21-30 : Soalan Maths. 10 soalan, aku rasa soalan last skali je susah. Sebab aku lupe formula pecutan ape mende. Boleh je nak google time tu, tapi malas ar. Name pun exam kan. Soalan maths ni senang sikit daripada soalan maths PTD 

Part 3 - Soalan 31-40 : Soalan bahasa Inggeris. Isikan tempat kosong dan jawapan dah disediakan. Cume perlu pilih je. Soalan pasal kata kerja dengan kata sifat. 

Aku terbayang lepas tu akan ade sesi lain. Tapi bile tanye pengawas, satu sesi je. Cume perlu tunggu untuk panggilan temuduga lisan pulak. Yang tu tak tau bila. Sabar menanti. Semoga ade khabar gembira. InShaAllah 


So, ape yang aku nak tekankan kat sini, bile exam macam ni kene well prepared sebenarnye. Cubelah khatamkan sebanyak mungkin pasal pentadbiran negara dan negeri. Benda simple macam Rukun Negara, walaupun kite tau prinsip-prinsip yang ade, tapi kalau tak study, kite tak kan mampu nak ingat susunan dengan betul, nape Rukun Negara diperkenalkan semuanya. 

Lagik satu,carta organisasi pentadbiran. Tak kisah la, kabinet ke, exco kerajaan negeri ke, pbt ke, sila study la. Macam soalan hari tu, 

"Siapakah YDP MDS pada masa sekarang"

"Siapakah yang menjawat jawatan Setiausaha MDS buat masa sekarang?" 

Simplekan? Kalu tak alert memang menangis gigit bucu meja la. Sebab jawapan untuk soalan ke dua tu, terpacak kat surat panggilan exam tu. Alert dengan tak alert je. Kan? 

Pada candidates on that day, good luck for the next step! 

InshaAllah, kalu ad rezeki untuk temuduga lisan, nanti aku share pulak eh. 

Doakan! 

Muka gumbira exam settled! 


Serius naw naw akak tudung pink 

Bye! 

Thursday, June 9, 2016

Kelik Klate ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Last week kiteorang balik Kelantan. Hahaha last week kooo. Ni last minute plan. Kiteorang balik sebab nak lawat Mokdi,the ones who wore the pinkish t shirt. Mokdi ni adik bongsu Puan Mak. Mokdi bukan permenant resident kat Klate. Mokdi duk kat Puchong. Kebetulan dia balik Klate and felt sick. Kene minor operation sikit. So, petang Khamis tu Incek Abang ajak balik la. Balik satu kete. The next morning, Puan Kakaks pulak balik. 

Kiteorang sampai Kg Kolam dalam pukul 11 lebih la. Sampai tu lepak rumah Pok Min kejap, pastu Mokdi sampai.

Sesi bonding kakak dan adik-adik 
Malam tu tido rumah MokNah Moknah ni berjiran je dengan Pok Min. Memandangkan kami semua ni dah tak de atok nenek, so rumah Mok Nah la tempat berkumpul semua. 

Pagi tu breakfast roti canai, roti telur (2 kedai berbeza), nasi tumpang, nasi kapal terbang, bihun goreng. Aku makan roti canai je sebab awal giler kot breakfast. Before 8 okeh >.<. Mate pun tak berape nak celik lagik. 

Sopan je aku >.<
Settle breakfast Mok Yah ajak pegi Kemayan, jumpe Pok Teh. Ni sorang lagik adik lelaki Puan Mak. Tapi tak de dalam gambar. Kebetulan hari tu Pok Teh ade program jadi tak sempat nak ke Kolam, so kiteorang yang ke sane. Tepi laut uolss. Chantik rupenye Pantai Kemayan ni. 

Tu bukan sengeh gembira, sengeh kelaparan T_T

Kemayan y'uolsss

Lepas jumpe Pok Min, balik Kolam semula. Sampai-sampai tengok Puan Kakaks kemain lagik duk mengisi perut. Hoi mane aci kan. Aku dengan Kak Long memang dah le kelaparan sesangat. Sesampai terus terkam nasi tumpang. Ni 1st time kot aku makan. Sedap tapi memandangkan tekak yang biase makan nasi dengan kuah ni, tak berape nak laju sangat la. Tapi still boleh makan. Tekstur nasi tu  macam nasi himpit. Lembik lembik padat gitu. Tengah-tengah tu ade lauk. Ade sambal kelapa, udang masak lemak, telur dadar. Biase memacam lagik. Lepas tu sambung dengan nasi kapal terbang tu. Macam nasi berlauk tapi gulai daging. Makan pulak dengan ayam percik. Memang dah tak kisah ngan orang duk lalu lalang. 

Nasi bertumpang tumpang 

Well, ni le Mok Nah. Adik beradik Puan Emak yang ke 3. Tokei catering, tokei canteen skolah. Mok Nah, bile nak pusakakan segala tupperwares tu kat anak sedara ni? Haahahahahaa

Sesi manja-manja

Tengah hari tu makan nasi lagik. Mok Nah bawak balik gulai kawah majlis kenduri. Pastu Mokja gorengkan ayam kampung kot. Kemain ko berselera makan. Aku rase orang duk lalu lalang pandang semacam je. Sebabnye beranda tu tak lekang orang duk makan. 






So hari tu yang tak sempat jumpenye Abang Puan Emak. Rumah dia seberang sawah padi tu je. Tapi tak sempat pegi. Lepas Asar kiteorang gerak balik Dungun. 

Semoga Mokdi cepat sembuh. Nanti kami g lawat Mokdi kat Puchong yer. 

Ibarat kate Ayah Su " Ni sekor lagik, dop mengenang tempat berkursus apatah lagik kampung halaman"

Wekkkkkkkkkkkkkkk! 




Ramadhan Datang Lagik ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ! 

Dah masuk hari ke 4 puasa. Amacam? Dah ade yang tertewas ke?
Alhamdulillah, segar bugar lagi walaupun dah masuk hari ke 4.
Hari ke 2 kene attack dengan migrain.
Malam tadi hidung terumbat macam nak selsema, bangun pagi dah okey.
Alhamdulillah.

Menu berbuka macam mane? Beli ke masak sendiri?
Kikikikikiki. Aku on 1st day tu beli nekbat dengan puding ape ntah. 
Balik rumah, masak kailan ikan masin, panaskan daging goreng kunyit yang sehari sebelum puasa tu. Alhamdulillah, kenyang.

Nekbat kat bawah tu nampak macam pucat je sikit. Tapi sedap. 5 ketul sekali hadap.



Second day, g bazar beli roti jala je. Kuah not bad la tapi roti jala tu macam kurang masak sikit.
2 kali makan. Kenyang.
Pastu masak tauhu jepun masak sos tiram. Ain kate termasin sikit. 
Hahahaa. Lantak ar janji boleh telan. 



Semalam malas nak g bazar. Balik rumah, solat lepas tu tido. 
Bangun 6.30 tu buat bege ayam spesel. masal sayur campur. 
Boleh la daripada tak de kan. Hehehee

Korang macam mane?

Selamat berpuasa sebulan yer!

Byeeeeee!

Tuesday, May 17, 2016

Campur Campur Macam Pasemboq!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Entry bercampur-campur sebab aku malas nak buat entry bebanyak. Pepaham je la kalu penyakit malas ni dah muncul dan sebati dalam kehidupan kan. 

Bihun sup ni ari ape ntah. Sabtu kot. aku paksa Ummi masak. Superb! Siap dengan cili ape ntah semua. aku telan je tau 


Pastu last week Ella ajak g Pok Nong makan sotong celup tepung. Erm nak kate sedap sangat tu tak de la, tapi sotong memang fresh gile. Mase pegi ni ramai gile manusia 

Salela dan Abam Ain 
Persatuan Orang-Orang Bujang 
Tukang Belanja, Duit Kepuk Kepuk 

Pastu ade satu malam tu lapar gile, dah tengah malam Kak Farah gorengkan ikan bilis ngan cili bawang. Oih makan dengan nasi, tabur kicap sikit sikit. Menambah tak hingat dunia. 


Makan colek pelam kat office. Ain p kutip buah pelam kat rumah Opah dia. Aku makan sehiris je, oih masam gile weh.Tapi orang lain steady je makan. 



Ni pun kak Farah buatkan lempeng, Paksa rela daripada ku jugak ni. Hahahaa. 


Ni lauk hari Sabtu ari tu. Cam mane Abang boleh kate aku masak kari Karipap? Musykil la 


Btw, hari Ahad lepas genap setahun Arwah Incek Boss tinggalkan kami semua. Al Fatihah. Rindu sangat kat arwah. 

OkBai. 








Sunday, May 8, 2016

Sepetang Di Pantai ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Cite dh masuk seminggu lebih ni. Kejadian mase cuti hujung minggu bersambung Labour Day ari tu. Kan cuti panjang sikit, Puan Ustajah Anak beranak balik kampung.

Kemahin panas lagik Tok Kah weh. Biasenye rumah Puan Mak tak de la berbahang mane, ni tak leh nak duduk dalam rumah. Panaih lit lit. Ais memang tak berkecukupan. Nak g beli ais pikir 60 kali. Last last ajak Abg Rempit Ensem pegi beli. 


Petang tu semua keluar pegi pantai. eh separuh je. Separuh lagik pergi meronggeng kat Mesra Mall. Ehhhhhhhhhhhhhhh

Aku tak tau le mane datang manusia ramai ramai. Makanan kat kedai kedai tepi pantai tu licin weh. Kami order laksa 3 mangkuk pastu share reramai. Iskkk 




Aisyah Aqilah 

Abang Ensem Awww






Mokyue Chomel 

Mak Sedara dan Anak-anak Sedara 

Seumur idop memang tak pernah weh main kite. Abang Ipar belikan kite untuk Aan, tumpanng le kejap nak posing kan. Kemain lagik kene gelak. Pegang tali pun dah tak betul. Hahahaa

Petang Ahad tu nak balik GB kemain lagik jem, start dari Kuala Ibai membawak ke Seberang Takir. Wehh nak g mane reramai manusia ni. 


Itu je nak cerita sebenarnye. eh musim ni kan, pegi pantai pun  tak berape nak seronok weh. Panassss

T_______________T

Monday, April 11, 2016

Abo dan Che Teh ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 





Lme tak update pasal pasangan tak berape nk bahagia ni. Kikikikiki. Abo makin membesar weh. Kulit dia keras semacam dah. Berat tak yah kire la. Tak daya nk pegang lame lame. 

Che Teh makin keding. Pastu macam kurap semacam je kat badan. Kesian dia.

Ni gambar lepas aku basuh 'rumah' diaorang hari tu. Abang ngan Adik tak de. Aku biarkan duk melepak kat luar. Yang ni dua ekor tak leh bagi keluar, jenuh nak suruh masuk rumah balik. 

tu je la citenye. 

Babai 

tt