Wednesday, August 19, 2015

Shorty Updetos!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Nampak tak pola kekerapan mengupdate blog skarang macam mane? Hahaha dah pemalas tahap teruk kan? Aku salahkan hotspot UniSZA yang memblock dashboard blog. Hahaha kesian aku. Nak update time lunch hour memang tak nyempat la. 

Okeh. Tajuk pun tak pikir lagik untuk entry ni. Hahahaa

Last week hectic jugak weekend. Jumaat ade Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Dungun 2015. 4 ketui je wakil untuk cawangan Tok Kah. Lagik seketui ade kem, maklumlah budak-budak dah dekat nak UPSR kan.

Perasmian oleh Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Puan Zahida Zarik Khan. Kecik molek je orangnye. Part best, dia boleh turun pentas meet and greet sorang-sorang perwakilan. Nampak tak situ cam mane attitude sorang pemimpin? Kalu ade yang tak bukak mata lagik tak tau la kan




" Jangan lupa mention Kak Ida kat tweet ehh " Hahaha 


Pastu Sabtu tu ade Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun pulak. Panas je ari tu. Hahaha 
Gambar bawah tu sesaje ngacau Che Zul nak bergambor. Tapi aku pulak yang terlebih menyengih. Hahahaa



Wefie dengan YB Datuk Rozi. Pemimpin mude yang humble jugak ni. 


Oh ape lagik? Oh status panas kat fb tu nanti le aku buat entry khusus yer. Tak rajin lagik nak menjahanamkan mood ni. Haahaha 

Adios! 







Tuesday, August 11, 2015

Update Sikit Sikit

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Makin dah jarang update entry ni. Campur pulak unisza dah start block few websites on working hours so, memang mendapat la kan. Malas nak pakai mobile data sendiri. Kikikikiki

Layan mcd sorang sorang kat bus stand KT. Kebulur yang amat lepas tu tak tau nk buat ape nak tunggu pukul 2. Tensi gile ari tu. Tapi rase pelik jugak, sebab aku sorang je yang lone ranger ari tu. 



Sampai GB g beraya umah Kak Ma. Kak Ma masak stimbot ngan fruit cocktail Mekasih Kak Ma len kali masak lagik bebanyak yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Hahaha.

.

Eh apepasal yg pakai baju kaler pink tu gemuksss sesangat? Salah baju gamaknye. Hahaha 

Sorry la memang sekarang kekurangan bahan berita untuk entri blog. Tepu dah otak aku nk bercerita. Nanti nanti ar. 

Babai! 

Have a nice day korang!


p/s : Kekoalaan kemanakah anda menghilang? 



Thursday, July 30, 2015

A Short Update ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 





Atas tu gambar breakfast + lunch untuk hari Isnin. Scramble egg tu buat siap siap Ahad malam. Dah tau Isnin pagi tu memang tak sempat. Nak buat sandwich telur siap siap memang tak sempat, tu yang hangkut sekali mayonis dengan bahan-bahan lain siap siap ke Office. 


Eh terupdate pasal sandwich telur pulak dah. Btw, aku dah pindah rumah baru. Memang dekat sangat sangat dengan UniSZA. Tak de dah nak hadap berderet traffic light pepagi, dengan manusia yang pepagi buat hal nk berenti sesuka hati tepi jalan sebab nak tengok flight touch down. Hahahaha

Housemates baru aku tak tau la macam mane lagi. Layankan je la dulu. 

Ape lagik? 

Aku mengantuk. 

Babai 

Wednesday, July 29, 2015

Wordless Wednesday : Throwback

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 






Ghindu budak budak nehhhhhhhhh!

Monday, July 27, 2015

Cerita Pasca Raya

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Aku kan masuk keje dh hari ke 6 raye. Macam lame je tinggalkan office. Tapi sebelum ni pernah jugak tinggalkan lame lame. Tapi Baby K aku ni tak de la mati pulak. Kali ni kering kontang terus jadi hitam legam wehhhhh. Sedih tauuuu. Bersalah pulak rasenye dengan Baby K ni 

T_________________T


Gambar bawah tu mase on the way balik dari housewarming Kak Ika kat Banggil Katong. Semua muke dah kekenyangan. Eh lepas tu singgah pulak open house Che PA BPA. Majlis dah tutup, tapi gamble je pegi :P 



Sampai TUMPU melepak lagi kat Lot 7 sampai ke lewat petang. 
Ermmm esok malam nak angkut barang masuk rumah baru. Tadi kunci dah g amik. Mintak mintak rumah baru ni okeh je la lepas ni. 

Chow!

Thursday, July 23, 2015

Raya Oh Raya

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Dah raya ke 7 berapa buah dah rumah korang pergi beraya? Aku? Hahaha baru 2 buah rumah. Rumah yang wajibul ghunnah pergi. Rumah mak sedara aku dengan ex boss. Aku bukan kaki berjalan raya sangat. Dah tua tua ni malas sikit nak berjalan. Rasenye mase skolah rendah la kot last aku pusing kampung pergi beraya. 

Well, bila berjalan beraya ni kan, ade few things la yang kite kene yang kite kene take note. 

1. Masa 
Ohoi sila la pilih masa yang bersesuaian untuk pergi beraya. Contohnya jangan la pukul 8 pagi dah terpacak depan rumah orang untuk pergi beraya. Bagi la masa untuk tuan rumah buat preparation. Bagi dia kemas rumah dulu. After 10 aku rase ok la. Tapi beraya tu jangan la pukul 10 malam baru nak ketuk pintu rumah nk g beraya. Agak agak ar, tu dh family time tau. Jangan la kite menggangu masa rehat orang.

2. Mulut 
Memandangkan raya ni adalah waktu untuk kita reunion balik dengan sedara or kawan kawan or jiran yang dah lame tak jumpe,mulut sila la bercakap dengan sopan. Jangan la ditanya soalan soalan yang mampu mengguris perasaan orang lain. Tak pun duk perli perkara-perkara yang mampu buat orang bengang. Dah le jumpe sekali sekala kan, duk buat sakit hati orang pulak. Sepatutnye raya ni jadik platform untuk merapatkan silaturrahim tapi lain pulak jadi 

3. Adab 
Yang ni paling penting. Pergi beraya rumah orang biar semenggah sikit perangai. Jangan main ikut suke je. Duduk, makan biar elok. Kalu bab makan tu amik makanan biar berpadanan dengan rasa kite nak makan. Kalau tak cukup baru tambah. Jangan amik ikut sesuka hati lepas tu membazir. Lagi satu, makanla apa yang dihidangkan. Jangan direquest bebukan. Lepas tu kalu biskut raya or makanan dah habis, jangan memandai suruh tuan rumah refill. Mungkin ade lagik orang lain yang nak datang beraya. Tuan rumah bukan memasak untuk kita je. 

4. Bermaafan 
Sesi bermaafan ni kadang kadang ade yang amik acuh tak acuh. Sekadar mencukupkan syarat je. Hulur tangan nak bersalam hujung hujung jari je. Bermaafan ni biar la lahir dari hati, biar ade keikhlasan. Jangan hanya nk tunjuk baik depan orang. 

Ape lagik? Itu je kot. Perkara yang remeh tapi kita tak pernah nak amik port sangat. 

Ni bukan peringatan untuk korang je, tapi untuk aku jugak.

Babai!

Wednesday, July 22, 2015

Last Day Ramadhan + !st Day Syawal 1436 H

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri korang semua ! Mintak ampun maaf kalu ade terkasar bahasa atau terkena kat batang hidung sapa sapa dalam penulisan entri di blog ni. Hehehe Korang balik kampung tak? Aku mesti la balik. Kikikiki. Aku kan kat perantauan kekononnye. Kikikikiki 

Aku balik Dungun sehari sebelum raye. Dah tengah hari baru hegeh hegeh sampai. Kate perantau kan. Sampai sampai Puan Mak suruh tolong dia settlekan barang-barang basah, Ayam, ikan, segala bagai. Ayam nak buat rendang, ikan tu nak buat nasi dagang. Perghhh 5 ekor aku siang ikan aye. Rabak tangan weh.

Bawah tu menu last day puasa. Ade asam pedas, singgang ikan aye, acar pisang, pari bakar berempah. Eh memacam la. Semua anak cucu Puan Mak ade kecuali Incek Abang dan Puan Kak Long. Abang tak larat nak datang. Siang tu dia kemaskan masjid sampai flat. 




Along datang-datang pagi raye suruh snap gambar dia pakai baju melayu. Tak nak snap pakai fon dia, nk jugak dengan ipong. sebab dalam fon dia warna baju jadi lain. Hahaha Sian sian. Selipar main sarung je. 



Menu pagi raye. Ade soto, rendang, ketupat palas, tapai , nasi dagang, kuih kuih tapi ni je yang aku snap. Pemalas tahap giler. Kikikiki


Lepas Solat Jumaat, gerak gi rumah Makcik. Bawah tu her nasi minyak yang well known kesedapannye. Memang dah aim pergi nak makan nasi minyak ni je. Kikikikik bertuah kan anak sedara. Lame jugak melepak. 


Puan Kakak Seketul bersama adiknye yang manis comel :) 


Gambar dengan Angah ni punye la bercinta nak snap. Dah le dia tinggi, tangan aku pulak pendek. Jenuhhhh. Kejung lengan japp


Ni otw nak g beraya umah arwah Incek Boss, Tak de beraye sangat pun. Pegi tengok Incek Boss Jr. Hai Muhd Mishari yang ensem! Nanti Mokyue singgah lagik yerrrrrr 




Malam tu kiteorang gerak pegi umah Incek Abang semua. Beraye plus ade keje nak settlekan. 2 in 1 la kirenye kan. Kemain lagik Puan Ustazah posing 



Mak sedara plus anak anak sedara pompuan. 2 ketui lagik tak de dalam gambar 


Aku tak paham ape motif Puan Kakak pakai plastik kat kepale. Memang niat nak menjahanamkan gambar aku gamaknye. 




Ni sebelum 'acara' bermula. Semua isi minyak dulu. Macam mesyuarat anak beranak pun ade weh. Hahaha 




Ni menu 2nd day raya. Dah macam menu wajib. Ketupat goreng. sedap. Makan sambil hirup teh o panas. Ohhhh nikmatnye. 



Eh raye korang macam mane? 

Aku ade 2 perkara yang menggermbirakan di hari raya ke dua. Celik mate Encik Long-Lost-BFF aku wish selamat hari raya. Terus rase macam ade tembakan bunga api berdas das ke udara. Haha. Lepas tu belek belek noti kat fb, tengok tengok orang yang 'hilang' like gambor kat fb. Terus double celebration rasenyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Ape lagik? Haaaa aku tengah menahan pedih mata di hari raye ke 6. 











Selamat berumah terbuka korang semua yer










Wednesday, July 15, 2015

2 Bulan

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Ermm dah 2 bulan arwah pegi. Esok lusa dah nak raye. Kehilangan tu memang dirasai. Lebih lebih lagi birthday arwah tahun ni time bulan posa. Same macam tahun lepas. Teringat mesej arwah last year. Hehehe. He tried to reply the message walapun kadang kadang ayat tu tunggang langgang. 

Then pagi ni bangun tido, check timeline fb, nampak Kak Long update Kak Ma, sepupu arwah dah tak de. Innalillah. Lagik 2 hari nak raya. Aku tak leh bayang macam mane keadaan Abg Ji dan anak-anak. 

Tapi nak buat macam mane, kalau ajal kite dah sampai, sesaat pun dah tak leh nak mengelak kan. 

Ermmmm. 

Korang dah balik raye? Aku esok akan balik ke kampung. In sha Allah 

=) 

Babai!

Tuesday, July 14, 2015

Menu Berbuka Lagikkkkkkkkkkkk

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Menu semalam. Hahaa. Pepagi tayang menu. Memang mintak penamporkan? 

1. Nasi Goreng Pattaya Ayam Goreng Seketui 
Kemaruk sangat nampak sedap. Beli, habis sebungkus. Ari ni start balik cuti nasi. 



2. Bergedil, Ayam Goreng, Kurasan
Bergedil dengan ayam goreng tu yang 2 ari lepas punye. Elok lagi. Jadik kite habiskan. Kurasan rasenye name kuih bulat tu. Burger yang dibalut dengan kulit popiah. Filing dalam tu macam kuah spageti bolognese. Sedap gak 



3. Puding Tembikaia
Bukan dibuat daripada tembikai tapi nama fizikal je la macam tembikai. Sedap gak, tak berape nak manis sangat 



Korang dah start cuti ke? Tetibe rase macam nak awal pulak ni. Pakcik Jiran pepagi bute pasang lagu raye. 

I is sedih. 

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, July 13, 2015

Tak De Tajuk ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Mood nak raye dah memenuhi minda ni. Hahaha. Datang office pun macam mencukupkan syarat je la. Parah kan. 

Eh hangin sebenarnye badan ni, dari semalam nk send email tapi tak lepas lepas. Hahahaa 

Okeh.Gambar kat bawah tu, last Sabtu punye. Abang datang bukak puasa kat rumah. Aku pun cancel balik GB. Semalam pagi baru hegeh hegeh nak balik. Huarghhhhh. 

Abang request kari ikan tenggiri dengan tenggiri bakar cicah sambal kicap. Menu lain dalam tu, kangkung celur, ayam goreng, ulam pucuk gajus. Dalam banyak banyak, dalam tu aku masak sambal kicap je. Masak? Hahaha bukan masak la sangat kan, just tumbuk tumbuk, campur semua bahan. Kikiki

Kak Long buat puding karamel. Aku p beli asam gumpal. 7 ketul aku makan. Huarghhhhhhh. 





Ikan tenggiri dengan sambal kicap ni kan, ermmmm menggoda jiwa la 

T_______________T

Okeh bai!

tt