Friday, July 10, 2015

23 Ramadhan ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Pening dah nak beli juadah berbuka. Hahahaa. Kalu petang semalam balik rumah siap siap, mesti tak yah pening. Tapi punye malas nak berkejar kan, redha je la. 

Dah masuk hari ke 23, jadi repeat je la menu yang mane ade tu. Beli kebab ayam ngan daging. Eh kebab ke ni, aku rase time skolah dulu budak budak ni panggil hamlet. 



Lepas tu beli murtabak megi, bergedil, popia. Pastu makan sorang sorang. Kak Ayu berbuka kat luar. Aku duk mengadap tv je la sambil berbuka. 


Hari ni tak tau la ape menu. Eh berbuka kat surau la. 

Babai! Nak balik Dungun dulu! 

KJ Turun Bazar Gong Badak ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Semalam balik keje tak gi bazar terus, balik rumah dulu. Lepas tu baru keluar balik, siap pusing pusing Hock Kee Seng. Rajin la sangatkan! 

Pegi bazar, orang dah ramai. Tu anggap macam biase, mungkin orang dh balik keje. Sesak la sikit. Tengah duk pusing pusing, dengar peniaga duk sembang-sembang kate ade orang besor turun. Aku jenguk, oh orang nk bagi apron kot. Hahaha macam buat dekat bazar Dungun time aku keje dulu-dulu kan. Eh sekali dengar orang sebut name KJ. Tengok tengok dah depan mate. Time tu duk beli bergedil. Stop je la dulu. Nak bergerak pun, reporter, photographer, escort2 dia dh penuh.

Dia sampai je depan, aku terus tanye "Yb tak jual ayam percik dekat bazar dengan Insp Mastura ke?". Dia blur kejap, pastu terus gelak. "Saya tak berniaga bulan Ramadhan". Cool je dia jawab. Dia hulur goodies bag, punye jujur aku jawab aku bukan peniaga, dia cakap amik je, kurma je dalam tu. Hahaha

On the way nk balik rumah, nampak dia naik konvoi ramai ramai dengan pemuda bermotor. Diaorang ade majlis bukak puasa dengan orang muda kat Stadium Gong Badak. Ehhhh kemain Kak Ma bukak pose ngan KJ eh. Biaseee Kak Ma ni. 

Angin je ChaCha ngan aku. Hahaha. Well Cha, that's not my 1st time met and talked to him. Kikikiki


Sempat lagik beli akok ngan nganan. Hahahaa

Thursday, July 9, 2015

Ceritera Ramadhan & Raya ~

www.tips-fb.com

Assalamualaiku wbt 

=) 

Kejap je mase berlari kan. Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 3 Ramdhan. Lebih kurang seminggu lagik nak raya. Semua pakat duk sibuk buat persiapan raya. Ade yang dah boss luluskan cuti, packing kain baju sesiap dah nak balik raye. Hehehe. Macam mane persiapan korang? Mesti dah 90% settle kan? 

Untuk aku sendiri, ermmm macam tak de persiapan. Semalam baru hegeh hegeh submit borang cuti kat boss. Lulus ke tak, tak tau lagik. Aku apply sehari je, on 21st tu. 20th tu aku ami Unrecorded Leave. Office bagi option wether nak UL sehari before raye or sehati lepas cuti raya. Amik sehari lepas raya la. Untuk Terengganu cuti raya 3 hari. Memandangkan 2nd day raya tu on Saturday, so dianjakkan ke Ahad la kan. Dah untung kat situ kan. 

Persiapan? Baju raya memang tak beli. Ade sepasang baju yang aku baru pakai sekali dua kot. Orang tak perasan sangat pasal baju tu, jadik kite recycle jek. Macam tak de mood nak cari baju raya. Hahaha bosan jugakkan sebab dah hari hari berbaju kurung kat office. Kasut raya memang tak de, recycle mane ade. Kuih raya beli 3 jenis. Tu pun nasib baik akak tu datang jual kat office, kalu tak, memang aku tak beli la jugak. Hahaha parah kan. 

So far bulan puasa ni, aku rase tak de la meriah macam tahun tahun lepas. Nak kate busy eh memang tak la, mungkin sebab berpuasa jauh dari keluarga *ermmmm jauh la sangattttttttttttttttttt*. Lepas tu pulak tahun ni, ape yang nak dimakan pun tak de la yang aku craving sesangat. Tahun lepas lepas tu siap request itu ini kan. Tahun ni tak. Ape yang aku jumpe kapt bazar, itu la yang aku beli. 

Dulu dulu zaman kecik kecik berpuasa, especially time arwah ayah aku ada, aku rase macam best sangat sangat. Puan Mak masak macam macam, walaupun hari biasa pun dia masak macam macam jugak, tapi feel dia rase lain. Bangun sahur pun rajin. Mungkin dipaksa time tu. Hahaha sekarang, sahur just  bangun niat, minum air kosong, sambung tido balik. Tak sampai 2 minit pun. 

Aku rase ni disebabkan perubahan hormon mengikut perubahan usia. Hehehe. Tapi betul la. Dah tua tua ni kan, persiapan raya tak kisah sangat. Janji hari raya tu ko dapat berkumpul dengan semua family members. Lepak lepak, makan makan, sembang sembang tu je kot. 

Ape lagik? Ermmm memandangkan ari Khamis tu baru aku hegeh hegeh nak balik rumah, petang Khamis tu baru nak g kubur Arwah Cik. Ermmm bagus anak kan. Last week g masjid, jenguk dari jauh je. 

Ermm ape lagik ehhhhhh? Selamat berbuat persiapan raya la pada semua! 

Babai!

Iftar Dayang-Dayang ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Iftar Dayang-Dayang. Hahaha. Puteri mane la yang kami jadi dayang-dayang ni kan. Dayang-dayang ni sebenarnye name group whatsapp gegel & ex staff EGEC. Plannye last Monday nak buke same same. Beli makanan, pastu lepak makan kat somewhere. Pastu plan bertukar. 

Jadinye semalam, berbuka la kami kat My Friend Seafood. Hari hari aku lalu depan kedai ni, tapi tak pernah perasan pun. Hahaha. Dah le sekangkang kera je kot dari rumah. Punye la bencinta sangat ngan Gong Badak ni kan, sampai tak sedar pun ape yg ade sepanjang on the way gi balik keje. Hahaha

Kak Ma yang tolong orderkan semalam. Order 2 set. Menu semalam :-

Nasi Putih 
Puyuh Goreng 
Ikan 3 Rasa
Tomyam Seafood 
Kailan Ikan Masin 
Daging Sweet Sour 
Bandung Cincau 




Boleh tahan jugak la makanan kat kedai ni. Lain kali boleh repeat. Tapi memang jenuh la nak pegi lepas pindah rumah ni kan. Hahaha. Post gambo kat wechat, apesal gambar orang sesame je ade. Gambo sendiri tak de. Sebab tak de orang nak amikkan gambo tuan tanah ni. Hahaha. Gambar makanan pun tak sempat nak snap. Sampai dah la lambat. Eh dah la tu, kebetulan semalam kat kedai tu majoriti staff UniSZA yang datang berbuka. Hahaha. Memang tak snap la, kang tak pepasal kantoi snap gambor makanan. 



Set kiteorang kemain lagik licin. Siap tolong habis kan yang set lagi satu. Banyak betul makan bebudak  ni yer. 


Tak pe lepas raye kite makan makan lagik ye pada yang tak de tu. So, sape sape yang duk area Gong Badak, kalu rase tak tau nak makan mane dah berbuka, kedai ni highly recommended. Kikikiki

Chow! 


Wednesday, July 8, 2015

Menu 20 Ramadhan ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Semalam temankan Dalila berbuka lagik. Hahaha lambat sangat pegi bazar, banyak makanan dah habis, plus hujan rintik rintik. Basah lencun la jugak. Niatnye nak g bazar, nak beli bihun goreng je. Tapi bile sampai sane, tak berkenan pulak dengan bihun goreng yang ade. Mesti ade yang kate, eh bihun goreng pun beli jugak ke. Well, bulan puasa ni nak masuk dapur macam nak tak nak je, lagi pulak dah tau dah, kalu masak sendiri pun, makan tak de beriya mane sangat pun kan. Jadinye, kite beli je la.

Duk tawaf tawaf, akhir nye ni je la yang dibeli. 

1. Kerabu megi- repeat tempat yang beli hari tu. Masam + pedas, rase pijar je bibir. Ni share dengan Dalila. 


2. Laksa Penang - sedap jugak. Masam, masin semua ade. Kuah pun ikan banyak sangat. Dalila makan laksam, dia tak makan laksa ni. 



3. Ayam goreng - Pun repeat tempat beli ari tu. Tambah pedal ngan leher goreng. Aku makan seketul je chicken wing tu, yang lain Dalila makan. Hahaha 



4. Mini Pizza - Repeat beli lagik. Hahahaa. Sedap. Aku makan 1 slice je, sebab perut penuh. Balance tinggalkan untuk Dalila habiskan. 



Air, semalam beli air asam masin. Sebungkus share dengan Dalila je. Tapi air tu macam pekat sangat. Hilang kenikmatan.

Erm, hari hari duk share menu berbuka bukan ape saje nak kasik idea untuk orang pegi membeli kat bazar atau pun yang nak masak kat rumah. Bukan nak menunjuk nunjuk tau. Berkongsi tak salahkan. Kekadang blur tau nak beli atau masak pe. So, itulah kegunaan berkongsi ni. Kikikiki

Jadinya, selamat bekerja yer. Sabor, tak lame dh nak berbuka ni. 

Adios! 



Tuesday, July 7, 2015

Menanti Dan Mereput ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt

=) 


Aku tak tau la aku patut menanti lagi ke. 
Eh tapi kenapa nak kene tunggu lagi? 
Sedangkan aku tau ape yang aku duk tunggu nanti tu tak kan jadi kenyataan.
Tak kan jadi hak aku. 
Gamaknya sampai mereput pun ape yang aku tunggu tu tak kan kunjung tiba. 

Sesuatu perkara terjadi ada sebabnya. 
Ada kesan dan akibat. 

Allah hanya beri ape yang kite perlukan. 
Bukan ape yang kite kehendaki. 

Bersyukur dengan apa yang ada, Noorul. 

Bersabar. 

Ade ganjarannya nanti. 

In Sha Allah 




Monday, July 6, 2015

Menu Lagik 2.0

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Kembali bersiaran di hari ke 19 Ramadhan. 3,4 hari diam, balik kampung katenye. Hahaha. So, harus la bile balik kampung terbongkang tido tanpa menghiraukan sosial media dan gegadjet khannnnnnn. Kononnye la.

Alang alang dah kembali ni, maka nak berkongsi la menu berbuka yer. Ni yang hari Khamis ari tu. 

1. Murtabak special - Okeh murtabak ni memang sedap. Tak macam murtabak biase, sebab complete dengan sayur dan pelbagai rencah. Ade seafood, ayam, daging semua. Sedappp. Tapi tahun ni tak segemuk tahun lepas. Harga aku tak sure same lagi ke tak. Sebab Incek Abang yang belikan. Time kasih kerana memahami isi hati anak tekak Cik Adik ni yer. Kikikiki





2. Nekbat - Erk nekbat ni amende? Adik beradik baulu tapi spesis kena masakkan dulu baru boleh makan. Ni Kak Long kasi, dia dah masakkan siap siap. Senang je nak masak pun. Panaskan air, taruk gula, bunga cengkih, daun pandan. Lepas semua dh mendidih, masukkan nekbat, flip flip dalam 5 seconds each side cam tu, dah boleh makan. Tapi jangan makan time panas panas. Nak best lagik, masukkan dalam peti ais, makan sejuk sejuk. Perghhhhh sedappppppppp! 




3. Kue tiaw Kung Fu - ni bukan menu hari Khamis tapi malam tadi punye. Ni makan kat Racchada Seafood depan pagar UniSZA tu. Sedapp jugak. Tapi tak habis. Aku makan rencah rencah je. Kue tiaw aku makan separuh je. Hahahaa


Lagik lagik menu tak de gambor. Sebab hari Jumaat aku berbuka kat masjid. Menu banyakkkk. Tapi aku makan kerabu sere, ayam goreng je. Yang lain tak layan. Sabtu pulak, ermmmmm sedih sedih. Berbuka minum 100 plus je. Huarghhhh. Malas ar nak cite. 

Eh hari ni nak berbuke ape pulak? 

Selamat berfikir. 

Adios! 


Wednesday, July 1, 2015

14 Ramadhan Punye Menu ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 


Uihss awal update pasal menu kan. Esok macam tak nyempat je nak update blog. Esok nak ke hulu ke hilir. Dah boleh dibayangkan tahap kepenatan tu. 

Hari ni bukak puasa dengan Dalila. Dia sorang sorang kat rumah. Firah dah balik kampung. Osmet lagik sorang berbukak kat luar. Tak kan nak biarkan dia berbukak sorang sorang kan. Kesian budak tu. Hehehe. Memandangkan rumah dia dekat dengan bazar, jadi pukul 6 lebih baru kiteorang menapak pegi beli makanan. Tak tau dah menu ape nak dibeli. Tapi dah aim ari ni nak makan ayam. Tak kesah la masak macam mane. 

Ayam percik - sedap tapi manis sikit. Tapi tak leh lawan ayam madu. Heheee


Mee goreng - Mule mule beli sebungkus, pastu Dalila nak jugak, lepas bosan tawaf bazar tapi dia tak jumpe jumpe jugak makanan yang dia berkenan. Boleh tahan jugak la. 


Murtabak Megi - ni menu Dalila pilih. Hahaha tu pun dah hujung hujung tawaf baru dia terase nak beli. Nasib baik dia makan banyak. Kalau tak, siap la budak kecik ni. 


Lagi satu menu yang tak de dalam ni, Pizza Malaysia. Portion kecik je. Tadi beli yang seafood punye. Aku makan 2 slices, lagik 2 slices aku tinggalkan kat Dalila. Kenyang terbuntang la budak tu malam ni. Murtabak megi ade sikit lagik tadi, ayam percik ade seketui lagik. Hahaha kesian dia.

Ape lagik eh. Ohhhh esok nak tawaf bazar Dungun pulak. Nak makan amende tak tau lagik. 

Okeh bai! Jumpe lagik minggu depan yer. Selamat berpuasa! 


Holla!

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Eh dah bulan ke berape aku di GB? Tetibe macam dh lost track tau. Tak pe la abaikan je la. Hai July, awak muncul lepas June kan. Nak nice ke tak ni? Hahaha 

In Sha Allah, end of July bermula hidup baru. Lain macam je bunyikan. Hopefully, would be better than yang previous la kan. Hehehe

Ape lagik? 
Ermmmm finally awak muncul selepas 4 minggu kan. Walau pun tak muncul depan mate saye kan. Tapi aura tu saye rase. Dan, sejujurnya saya tak mengharapkan awak untuk muncul lagi.

What's next? Hahaha terperasan kat fb dh ade yang update how many days lagi nak celebrate raye. Eh korang ni bawak bertenang la yer. Sebulan je puasa kot. Jangan nak counting days sangat. 

Btw, cuti raya pun tak decide lagi nak apply how long. Maybe tak apply langsung. Sadis bunyi nye kan.

Erm,...Selamat berbuka puasa semua! 



13 Ramadhan 1436 H

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Eh pepagi bukak blog, update pasal menu. Hari hari macam tu kan. Macam dah tak de idea lain. Huarghhhhhhhh. Tapi bukan ape, saje je nak kongsi ape menu untuk berbuka. Tak de le pegi bazar duk menung je berjam jam kan.

Semalam rushing sikit petang sebab tengah duk kemas kemas nak balik keje, ade orang call. Janji 4.30 petang, 4.20 dia dah sampai. Makanya, laju laju la pegi jumpe orang tu dulu. Siap discuss and close deal, pegi bazar terus memandangkan dah dekat sangat ngan bazar. 

So, rembatan semalam, yang 1st ni kerabu babat dengan suhun. Ratah je weh. Tak makan ngan nasi pun. Portion banyak, dan berbaloi la dengan harga tu. Sedap. Masam manis masin semua ade. Sedappppp. Kang ade pulak yang repeat petang ni.



Yang 2nd ni murtabak daging. Sedap jugak. Gelap semacam je nampak. Tak sempat nak edit pun gambor, terus je upload. Kemain malas lagik kan. Harga okeh la jugak. Banyak jugak seketui ni. 


Yang last ni, bihun sup. Taugeh tu dia tak celur. Segar segar macam tu je, Makan krup krap lagi. Crunchy. Tapi yang masalahnye, bangun tido pagi tadi perut berangin semacam. Padan muke kan. Sedap jugak, cume termasam sikit. Aku rase sebab cili dia kot. Terlebih cuke. 



Semalam tak de kuih manis. Sebab dah tak reti aku nak membeli eh. Asek beli tak sedapppppppp je. Sedih tau. Cume kan semalam, kecik hati tau. Mase nak beli makanan, ade sorang peniaga tu, muke tak de senyum langsung. Geramlah. Eh nak meniaga, cari rezeki muke biar la manis sikit kak oi. Ni masam alahai ngalahkan limau kasturi. Sentap hati kite nak membeli tau. 

So, ade 7 jam ni sempat lagik la nak fikir nak makan ape pulak petang ni yer. Korang jangan tiru macam aku, tetiap hari kat ofis duk pikir pasal menu. Hahahaa

Selamat bekerja korang! 



tt