Wednesday, January 11, 2023

I'M BACK!

www.tips-fb.com

 Haluuuuuuuu 

=) 


Uihs lama betul tak jenguk blog sendiri. 

Sibuk dengan urusan yang tak pernah nak selesai.

Macam mana tahun 2022 korang? 

Aku?

Tahun paling tak sihat. 

Dengan macam macam hal membawak kepada kurang kestabilan emosi. 

Tahun ni pulak dari hari mula mula pun dh chaos semacam. 

Tak tau la nk hadap sampai ke akhir tahun macam mana. 

Semoga yang baik baik sahaja utk kita semua. 

Bye!

Tuesday, October 12, 2021

eUKCG

www.tips-fb.com

 Assalamualaikum wbt 

=) 


Ya ampunnnnnnn lama gila aku tak update blog. HAHAHAHAHA

Hari ni kebetulan ada masa free lepas test UKCG tadi. 

UKCG ni basically Ujian Kelayakan Calon Guru. Ini untuk jawatan PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATANPENDIDIKAN GRED DG41SECARA CONTRACT OF SERVICE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021





Saturday, April 4, 2020

AKAD NIKAH ALONG RIDZWAN

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
=) 

Hari ni 4 April 2020, dh berlangsung majlis akad nikah Along dengan Nani. 
Sepatutnya, hari ni akad nikah, sekali dengan sanding and kenduri belah Nani. 
Next week, kenduri belah kami. 
Tapi memandangkan dalam MCO 2nd phase ni, 
jadi hari ni buat akad nikah je. 
Buat kat rumah abang. 

Majlis sekejap je. 
Yang hadir pun keluarga terdekat je. 
Tak sampai 20 orang kot. 
Tak pe la, ade kekangan. 
Yang penting, majlis berjalan dengan lancar. 
Along dengan Nani pun dah sah jadi suami isteri. 
Alhamdulillah. 

Tak banyak pun nak cakap ; 
Selamat melayari bahtera rumahtangga.
Saling jaga menjaga antara satu sama lain. 
Gaduh gaduh ke ape, biar berdua je selesaikan. 
Terima kekurangan/kelebihan masing masing dengan hati terbuka. 
Love both of u! 



MCO PHASE 1

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
=) 

Macam mana MCO korang? 
Aku punya 1st phase rasenye penuh cerita makanan je. 

Acar Timun
Aku rasa acar timun ni la paling acap aku buat. Sebab paling senang. Buat banyak banyak simpan dalam peti ais. Boleh makan untuk 2 hari 


Ni aku lukis kat kelapa. Sebab bosan tahap teruk dah. 

Sira Pisang 
Sira pisang ni simple je buat. 

Bahan-bahan ; 

Pisang (kupas), potong kecik kecik then rendam dalam air kapur

Kuah ; 

Panaskan air, masukkan gula, letak bunga cengkih, daun pandan. 
Masakkan sampai kuah masak, lepas tu masukkan pisang, 
Kacau kacau kejap, sejukkan. 
Nak best, masukkan dlm peti ais, esok baru makan. 

Kerabu Sare 
Kerabu sare ni asal dari rumpai laut, kena bersihkan, jemur, then rendam dalam air. Nak bagi lembut, rendam malam, esok tengah hari baru masak. 

Untuk dia punya kuah, nanti aku letak resepi dalam entry lain. 


Onde-Onde 

Kurma Ayam 

Bunga Telang
Bunga telang ni bunga yg orang guna untuk jadikan pewarna nasi kerabu. Haaa yang warna biru tu. 
Rendam bunga dalam air, lepas tu buat tanak nasik. 
Aku post  kat Twitter, then ade orang komen, boleh buat air. 
Ala ala soda yang glamer waktu bulan puasa tu. Macam best jugak. Nanti boleh try. 

So, korang cam mana? 
Lagi 2 minggu ni guys. Mungkin bertambah lagi. 
Bertabahlah! 

Thursday, March 26, 2020

Movement Control Order ( MCO )

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt
=)

Hye semua! 
Macam mana semua hari ni? Ade okeh tak? Well, dh 9 hari kita semua rakyat Malaysia
menjalani Perintah Kawalan Pergerakan @ Movement Control Order ( MCO ).
Sepatutnya MCO ni yg start 18 Mac hari tu akan berakhir 31 Mac ni tapi 
kerajaan dh extend sampai ke 14 April 2020. 
Why extend? Sebab kedegilan segelintir masyarakat kita. 
Ingat kerajaan sesuka hati ke surug kita duk rumah?
No!!!
Ini disebabkan oleh peningkatan secara mendadak kes Covid-19. 
Kebetulan sebelum PM umum MCO tu cuti sekolah baru start. Ramai yang balik kampung. 
Then bila dh start MCO, punya la berpusu-pusu balik kampung jugak. 
HADOI!!
Padahal ada yang kena Work From Home. Then yang mana mana terlibat dengan essential services, masih kena bekerja macam biasa. 
Tak faham la orang kita ni. 
Kerajaan suruh duk rumah diam diam untuk hentikan penyebaran Covid-19 tu. 
Tapi ade yang degil. Still keluar jogging, melepak. 
Nyawa korang bukan ada galang ganti tau! 

Yang frontliners bertungkus lumus untuk selamatkan nyawa pesakit, kita tak boleh ke ‘berkhidmat’ jugak untuk negara?
Tak susah pun. DUDUK RUMAH DIAM-DIAM je. 
Harapnya hari ni, kes akan makin menurun. 
Doakan untuk Malaysia, doakan untuk semua juga. 

Lets fight this together! 


Saturday, March 7, 2020

TEMUDUGA N19

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=)

Hye!

Okeh. Dalam dua minggu lepas kot ade interview untuk jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi N19 ( PTPO ) under state government.

Macam biasa.
Antara soalan yang ditanya ;

1. Perkenalkan diri calon - Terangkan serba sedikit pasal diri sendiri, family back ground, study
Pengalaman kerja

2. Jawatan yg dipohon - tugas berkaitan jawatan yang dipohon.

3. Isu semasa - yg ni perlu alert. Macam aku hari tu pasal motto kerajaan negeri, hubungan negeri dan kerajaan pusat.

4. Pandangan - selalunya panel akan mintak pendapat kita berdasarkan sesuatu situasi. Pastikan kita mampu berikan pendapat secara neutral. Tapi biar pandangan kita tu logik, dan mampu ada hujah untuk sokongan.

Nampak macam simple kan. tapi bile dah bertentang mata dengan panel, memang terus lemah tulang temulang. Hahaha

Lastly, good luck untuk semua yg pergi iv hari tu!

Adios!

Sunday, February 9, 2020

Nasi Kerabu My Dream Cafe

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
=) 

Hye!
Lama tak tayang makanan dalam blog kan? 
Lately kiteorang suka breakfast kat satu kedai ni. Nama My Dream Cafe. 
Itu nama yg ade kat signboard. Tapi macam ada lagi satu nama. 
Location? Tapi Pantai Sura, Dungun. 
Lepas simpang nak ke SK Sura. 
Betul betul menghadap pantai. 


Ada macam macam lauk. 
Ayam bakar
Daging bakar
Kambing bakar 
Solok lada 
Telur masin 

Ada menu lain jugak 
Nasi lemak 
Nasi minyak 
Nasi berlauk 
Nasi Dagang aku tak sure.. 

Kuih kuih pun banyak. 
Tapi paling fav, yg ni haaa.. 



Popia Sira!

Sedap gile. Kedai ni biasa bukak around 8 am la. Pagi pagi memang ramai orang. 
Weekend lagi la. 
Kalu rase nak makan, memang kena pagi awal. 
so far, service tak pernah mengecewakan. 


Itu je nak cerita, 
Till then.. 
Adios!

Monday, February 3, 2020

Hello 2020!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt ..
=) 

Hello everybodeeeeeeeeehhhhh!

Alahai, dah masuk 2nd month of 2020 baru hegeh hegeh nak update blog. 2019 recap pun tak buat. Sebab malas! 
2019, takde la best mane. Awal tahun pun dah start dengan macam macam hal.. Membawak ke akhir tahun. 
Cuma yg ade pembaharuannya, terjun bidang baru. 

so far, 2020 takde la okeh sangat pun. Tapi alhamdulillah, semuanya okeh.. Tak de la teruk sangat. Still boleh hadap. 

Tak tau la kot kot tengah bulan February nanti kecundang pulak πŸ˜›

Apa pun, selamat menghadap tahun 2020! 

Eh btw, I dh naik pangkat jadi nenek 😍


Selamat Tahun 2020 dari kami ; 



Adios!



Thursday, December 19, 2019

Peperiksaan Online MBKT

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
=) 

Last week ade exam online untuk jawatan kelas  B dan C di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). 
Seiingat aku la, jawatan yg aku apply tu Penolong Pegawai Tadbir -N29.. 
Sebelum puasa hari tu memang dh ade exam, tapi tak valid, sebab ramai calon yang tak dapat jawab. 
Server problem katanya. 

So last Friday, exam balik. 
Sama macam jawatan lain. Ade 2 seksyen jugak. 

Seksyen 1 - Pengetahuan Am 
Memandangkan jawatan ni untuk negeri Terenggaunu dan khususnya MBKT, soalan banyak yg berkaitan dgn dua ni la. 
Dari segi sejarah, urus tadbir semua
Pendek kata, spend la sikit masa untuk study pasal Terengganu dan agensi
Tapi kali ni 20soalan, dalam 25 minit 

Seksyen 2 - Penyelesaian Masalah 
Macam biasa, soalan Maths! 
Tapi kali ni aku rase teruja sikit sebab ade soalan KECERUNAN.. 
Berkurun dh tak jawab soalan mcm tu. 
Terkial kial jugak 
Yang part ni pun sama jugak, spend some times utk buat latihan. 
Bukan ape, untuk belajar manage mase. 
20 soalan, 25 mins..
Memang semput 

Itu je kot tips. 
Good luck pada yg dh jawab exam hari tu!

Thursday, December 5, 2019

PEPERIKSAAN ONLINE N19 UNTUK SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI TERENGGANU

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)

Baru lepas settle ujian online utk SPNT tapi jawab kat SPA. Aku pun tak tau kenapa yg negeri pun jawa kat SPA. Mungkin dh diselaraskan agaknya. 

Okey. Ada 2 part

Part 1 - Pengetahuan Am 
30 Soalan untuk 30 minit 
Soalan apa?
Seratus peratus pasal pentabiran kerajaan Negeri Terengganu
Merangkumi semua ye. Sejarah. Pentadbiran tempatan. Semua ade 
Jadinya, sila la khatamkan dasar kerajaan negeri, Baca every single things yang ade di website kerajaan negeri 
Lagu Negeri 
Jata
Bendera
Sultan 
Menteri Besar 
Semua ADA! 

Part 2 - Penyelesaian Masalah (MATHS!)
20 Soalan untuk 25 minits 

Semua soalan mengira ye. tak cukup masa. Kalau agak tak boleh jawab, tinggalkan dulu, jawab yang lain 
Kalau ade masa, google je contoh soalan, cube jawab soalan yg ade.. 
At least blh timing untuk satu soalan berape minit. 

Itu je la. Good luck!


tt