Sunday, September 24, 2017

KENYIR TRIP 2017

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Trip ni pegi last week. 2days 1nite. House boat yang kite orang amik ni namenye Arowana Kenyir. Kalu yang berminat boleh google sendiri yer. Ade 7 bilik, 2 tandas (termasuk bilik mandi), dapur, 7 bilik tidur, 1 surau & 1 bilik karaoke. Harga dalam range RM 2,000 hingga RM 2,500. Yang murah sikit ade lagi. house boat yang kecik ade jugak. Harga pun murah jugak la sikit.

Cuma bab makan minum, barang barang makanan kite bawak sendiri, masak sendiri. Ala duk atas bot cam tu takde la nak makan beriya sangat. Ala kadar je. Nk bbq, tempat bbq ade disediakan. 

 
Ni kat Pengkalan Gawi tempat parking boat
Sungai Lasir
Air Terjun Sungai Lasir

Ni la House Boat kami



First pit stop ari tu kat Air Terjun Sungai Lasir. Perjalanan dalam 2 jam lebih jugak la dari Pengkalan Gawi. Air terjun ni okeh. Cume hari kami pergi tu hujan renyai renyai sikit. Jadi nak mandi pun tak berape best. Mase nak g air terjun tu kiteorang naik bot kecik. Sepatutnye boleh jalan kaki je dari tempat parking bot tu. Tapi jauh sikit la jalan kaki. Dalam setengah jam jugak kot.



Malam tu ade bbq. Ayam perap siap siap dari darat lagi.

Santuari Kelah Kenyir



On second day, lepas breakfast kiteorang gerak g Santuari Ikan Kelah. Dari Sungai Lasir ke santuari ni amik mase lebih kurang sejam lebih jugak. Sampai kat Pusat Penerangan Santuari Kelah tu, Staff KETENGAH bagi penerangan secara ringkas dulu pasal tatacaraa lawatan.


Untuk sampai ke Santuari tu, dari pusat penerangan kene naik bot kecik selama 5 minit. Lepas tu kene daki bukit + daki tangga + Naik jambatan gantung+ turun tangga adalah la dalam 45 minit jugak. Boleh tahan letih jugaklah. Tapi once dah nampak ikan kelah tu, segala keletihan memang tak de dah.





Biase untuk setiap trip ke santuari ni pengunjung akan dapat masa lebih kurang 30 minit untuk bermanja dengan ikan kelah. Ikan ni manja terlebih weh. Sape yang penggeli aku suggest baik tak payah hulur kaki. Sebab ikan ni manja dia lain macam sikit. Mulut siap bunyi cup cupp. Hahahaa. Makanan ikan boleh beli kat pusat penerangan. RM 2 perpaket.

Dalam pukul 3 lebih gerak balik ke pengkalan. Otw balik tu, ade ribut tengah tasik. Scary jugak lah bile teringatkan keadaan keluasan kedalaman tasik tu weh. Sampai pengkalan diaorang stop kejap dekat Taman Herba, aku tak turun. Sebab hujan renyai renyai, malas nak basahkan baju.

Kalu korang berniat nak shopping kat Pusat Bebas Cukai tu, aku suggest pegi shopping dulu. Sebab bile time balik, ngam ngam sampai darat, tempat shopping tu dah tutup.

Next trip bulan 10 aku tak silap. Nanti aku update balik flow program macam mane.

Sehingga itu, adios!


Untuk maklumat lanjut boleh layari website KETENGAH.





0 comments:

tt