Tuesday, July 25, 2017

Puan Mak Warded!

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt

Hye Semua! 

Lame tak mengadap blog ni. Nak menulis pun jadi kekok. Tak reti dah nak menulis macam mane. Haha sebab dah terbiase taip posting pendek pendek kat FB, jadi nak korek idea nak update blog tu memang jenuh la. 

Ari tu Puan Mak warded. 2 Minggu jugak la. Sebab warded, tindakbalas tubuh terhadap ubat gout, Allopurinol. Ramai yang kate mak tersilap makan ubat. Bukan tersilap, ubat tu dah betul. Sebab doktor Klinik Kesihatan yang bagi. Tapi tubuh mak tak sesuai dengan ubat tu. 

Kronologi sebelum mak warded ; 

8 Mac 2017 - pegi KK Kuala Abang untuk monthly check up darah tinggi. Amik darah untuk blood test. Bp Ok, semua ok 

20 Mac 2017 - awal pagi around 2 am kiteorang pegi ED Hospital Dungun sebab kaki mak bengkak. Syak gout. Memang yer. Doktor inject lepas tu bagi slip ubat suruh amik siang tu. Cam mane ntah eja name ubat tu. Kalu sebutnye 'Kocicin'. Balik dari ED mak boleh tido cam biase 

22 Mac 2017 - kiteorang pegi KK Kuala Abang sekali lagi utk amik darah, nak check kandungan uric acid dalam badan mak tinggi mane. Alang alang tu jumpe Doktor terus sebab sakit tu tak hilang. So, Doktor bagi la Allopurinol dengan Kocicin tu lagik. Pharmacist ade mention kalu makan ubat tu ade keluar rashes, stop makan, pastu terus pegi hospital. Tapi tak dinyatakan berapa tempoh mase untuk ubat tu bertindakbalas. 

18 April 2017 - pegi klinik swasta sebab mak sebu, susah nak nafas, susah nak membuang, Doktor kate gastrik. Inject lagi sejarum 

20 April 2017 - after few days dah makin teruk, pegi ED lagi sekali. Mak duk kat ED dari pukul 9 malam sampai 12.45 pagi. Doktor just bagi tau gastrik, bagi makan ubat angin dengan drip ubat ape ntah. Mase ni dah banyak malam mak xleh tido, sakit sane sini macam macam. 

25 April 2017 - badan mak dah start naik rashes. Muke dah bengkak. Bawak pegi klinik swasta lagik skali sebab mak dah tak nak pegi ED. Dia kate serik. Doktor suspek ade alergik dengan ubat tapi tak leh trace ubat ape. Mase tu memang tak ingatlangsungpasal ubat gout tu. 

29 April 2017 - time ni dah kritikal sangat. Berkeras bawak mak g hospital lagi skali. Sampai kat ED, diaorang kate oksigen dalam badan mak dalam 23 percent je, garam dalam badan pun low, bp low. Terus kena masuk air nak bagi stabil. Dalam pukul 6, bp mak naik mencanak sampai 200++. That time aku balik rumah nak kemas barang barang get ready incase mak kene warded. Silapnye kat situ doktor suruh nurse panggil kami adik beradik sebab mak dah unstable,tapi nurse tak buat. 
Boleh bayangkan tak macam mane perasaan aku mase tau tu??

Pukul 8 malam mak dipindahkan ke HSNZ. Aku ngan Che Ngah follow ambulans, sebab ic mak ade dengan aku. Dungun-KT tu rase jauh sangat tauuuuuuuu. Aku sampai HSNZ mak dah masuk kat ED, Pukul 11 malam baru dapat jumpe mak. Mase jumpe tu aku terperanjat tengok keadaan mak. Satu badan dah bengkak + biru. Aku furst bile doktor tanye nape dah teruk sampai cam tu baru bawak mak g hospital. Bukan salah kami. Sebab the last time aku jumpe mak, x macamtu. Rupenye selama mak kat ED Hospital Dungun, diorg masukkan air 4 botol. Botol ke 5 mase otw ke HSNZ, Dan bermula la macam macam spekulasi. 

Ni part lagi mengecewakan. Aku terangkan satu satu dari mula mcam mane mak jadi cam ni, then doktor boleh tanye ape hal nak cite semua bagai tu. Dah la tu main taram je mak aku kene itu ini. REsult blood test pun tak keluar lagi tapi main bubuh je. Mane aku tak hangin. 

Doktor ke 4 yang attend mak baru la tanye aku betul betul ade tak mak amik ubat lain selain ubat darah tinggi. Aku jawab ubat gout. Baru la lega, doktor kate mungkin ye alergik tindak balas ubat gout.

Pagi tu baru la doktor kulit datang. Check semua. Aku?? Time tu dah flat. Aku tak sedar cam mane aku boleh tertidur dalam surau. 
Mak mase 2nd day warded
Thank you sayangssss sebab datang ziarah mak

Family dari Kelantan, Dungun semua ade. Terima kasihhhhhh

Ni masuk 2nd week warded dh






Ni hari yang Doktor bagi janji palsu. Kate boleh discharge,padahal kene tukar ward

Yeayyyyy discharge!

Alhamdulillah dah sehat.

Banyak lagi kisah yang jadi mase mak warded. Nanti ade kelapangan aku update.Terima kasih semuat untuk doa doa kalian. Puan Mak dah getting better. Setiap 2 bulan follow up pakar derma, sebab nak check kulit. Makan pun dah start pantang sebab gout anytime je boleh attack.

Pengajaran paling penting, ketahui ape ubat yg anda makan. Pada anak-anak,please make sure korang amik tau ape ubatan yang parents korang makan. Aku ni dalam duk amik tau pun boleh jadi cam ni jugak.

Last sekali, terima kasih kepada semua doktor & nursedi HSNZ kerana memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pesakit. Tengok HO struggle pagi pagi amik darah patient, terus dalam hati 'Nasib baik la aku takde cite cite nk jadi doktor. Kalu x, lunyai tangan patient aku cucuk" Hahahaa

Puan Mak memang serik dah masuk wad. Hahahahahhaa



0 comments:

tt