Monday, February 6, 2017

Peperiksaan Bertulis N19 Pembantu Tadbir Operasi MAIDAM

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Lambat sikit update pasal ujian bertulis untuk kali ni. Ujian ni dah selamat berlangsung pada 16 Novermber 2016. Dah nak masuk 3 bulan pun. Baru rajin nak update. 

Basically, soalan N19 untuk MAIDAM ni agak lagik mencabar daripada post N29 MDS tu. Tapi yang bertuahnya, dalam surat panggilan ujian bertulis dah dimaklumkan apa soalan bocor. 

Ade 3 klu untuk ujian hari tu 

1. Apa yang terkandung dalam website MAIDAM 
2. Apa yang terkandung dalam website Terengganu
3. Negara 

Okehhh.. Untuk yang no 1, macam biasalah soalan berkisar pasal MAIDAM. Start dari fungsi & objektif serta asal usul penubuhan. Kalau khatam semua, memang confirm boleh jawab. Sebab memang soalan betul betul berkisar ape yang ade dalam tu termasuk la golongan-golongan yang layak menerima zakat. Aku termiss bab objektif dan nama asal MAIDAM. Rugi rugi 

Untuk yang ke 2 pun same jugak. Kalau study bebetul ape yang dah ade dalam website Terengganu.gov tu memang boleh jawab. cume ade satu soalan yang tak berdasarkan dalam tu. Nama buku undang tubuh negeri Terengganu. Yang ni memang aku xtau. Aku main hentam je. Lepas exam baru google. 

Yang last sekali pasal negara tu, memang betul betul pasal perlembagaan. Yang ni pun aku miss jugak. Sebab duk fokus pasal pentadbiran, lupe pasal perlembagaan, Lagik satu pasal doktrin pengasingan kuasa. Yang ade 3 ketul tu, perundangan-kehakiman-eksekutif. Sini la senak sikit kepale, sebab dah lame tinggal, nak recall balik kemain payah. 

Total soalan 40 je. Masa untuk menjawab 30 minit je. Seram kan. Lagik la dengan soalan yang susah bangat, memang semput semput je menjawab. 

Till now takde susulan lagik lepas exam. Mintak mintak ade rezeki. 

Adios 

2 comments:

Unknown said... [Reply]

Awak terpilih tak untuk ke program assessment centre tu selepas lulus ujian bertulis tu?

Anok Pok Mat Kapok said... [Reply]

@Unknown N19 ade PAC jugak ke? yg ni result lulus ke tak ujian bertulis tak tau pun

tt