Saturday, December 23, 2017

PUCUK DAUN JAMBU vs CIRIT BIRIT

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Semalam aku cirit birit. Tak tau la salah makan ape. Rase semua makanan yang aku makan sehari sebelum tu macam normal je. Perut dah berusia cam ni la. 

Aku tak suke makan pil cirit tu. Sebab rase semacam je. Macam lada hitam berkulat. Aku rela ulang alik ke tandas. Kebetulan Puan Mak semalam pun cirit jugak. Petang tu Puan Mak suruh la amikkan pucuk daun jambu tu. 


Ni la rupe pucuk daun jambu tu. Basuh bersih bersih, lepas tu kunyah. Kelat sebat! Rase kelat melekat kat tekak weh. Tapi demi tak tahan dah masuk tandas, aku rela je la kunyah dan telan. Last skali aku masuk toilet pukul 1 pagi. Keluar toilet, aku amik lagi pucuk ni, kunyah sampai tertido.

Bangun pagi tadi rase mulut berhampas dan kelat. Alhamdulillah, cirit birit dah tak de hari ni. 

Lepas ni kene tanam banyak banyak pokok jambu. Senang kalu cirit, boleh amik je. 

Bai!

MENU DI HARI SABTU

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hari Sabtu memang aku jadi chef. Chef untuk tekak sendiri sebab Puan Kakak pegi kelas tarannum. Balik lambat, jadi kene masak sendiri la. Kalu tak, Puan Mak lapar. Masak simple simple je. Janji boleh makan, cepat masak, perut kenyang.

Sambal Telur Pecah 


Buat sambal same macam nak buat sambal bilis, cume taruk telur je. Patutnye, telur tu pecahkan terus dalam sambal, then kacau kacau je. Tapi aku rajin sikit, aku buat scramble egg dulu, pastu baru masukkan dalam sambal.

Kobis Tumis Air


Masak bening kobis je. Aku carik lada hitam x jumpe. Jadi, kurang la rase pedas sikit

Sambal Jantan 


Ni la sambal paling malas. Just tumbuk cili padi, then tambah garam je. Tahan lame sambal ni. Rase pedas dengan masin je. Boleh buat rencah untuk nasi goreng. Pedas yang hamaaaaat ni. 

Simpe je menu kan, senang. Tak perlu bazir banyak mase. Hahaha.

Bye!






Thursday, December 21, 2017

INTERVIEW DI SITE

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Lame tak update pasal interview kan. Hahaha lepas setahun ni, semalam baru ade company panggil untuk interview. Jawatan kerani di construction je. Eh sesuke jeeeeee. Hahaha 

Nampak je macam jawatan biase biase tapi calon yang datang ramai. Dah le fresh graduate. Tercabar akak yang dah kertu ni. 

Aku memule nak pegi pakai kemeja dan seluar je. Pastu terfikir balik, sebab jawatan ni untuk bahagian admin kan, mesti kene pakai biar nampak formal sikit. Last last iron baju kurung. Tak nak print resume ape semua. Ingat nak bawak fail sijil je. Macam tak kena pulak, gigih bukak lappy update resume, susun sijil. Hadoi bersungguh benar  la kan. 

Pagi esoknye terbabas bangun lambat. Interview 930 am. Kelam kabut jugak nak siap. Sambil duk bersiap, sambil tu jugak la google pasal company. Hahaha bongok la. Bukan ape nak tau ape previous dan latest company tu handle projek. Kene la amik tau jugak kan.Tapi serius, aku tak tau pun sebenarnye skop keje tu macam mane. 

Aku sampai dalam 15 minit sebelum 930 am. Agak ngek jugak la masuk site dengan baju kurung. Pekerja pekerja tengok je ade perempuan duk berjalan dalam tu. Aku pun tak cerdik jugak. Pakai tudung dengan baju kaler pink. Memang jadi perhatian la kan. Hahah perasan! 

Aku yang ke 3 masuk untuk interview. Masuk dalam tu baru la tau skop keje ape sebenarnye. Hahaha tu pun sebab aku tanye. Panel bagi peluang tanye soalan. Tu je yang dalam kepale. Nak keluar lepas interview tu, lupe nak ucap terima kasih. Nasib baik ingat nak salam. Hahaha 

Cume ape yang aku perhati kan ari tu, resume. Resume orang lain agak menarik. Memang menarik perhatian. Dalam sehelai kertas semua ade. Tapi bagi aku agak crowded la. Based on pengalaman, resume ni biar orang senang hati bile tengok. Senang cite, neat and clean. 

Pastu pakaian. Yes, dibenarkan untuk pegi interview untuk berpakaian kemas dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Tapi jangan melebih. Ni pakai kemeja jeans, seluar palazo. Agak tak sesuai. Macam kurang formal pulak. Nasib baik semalam, masuk bilik interview tu bukak kasut, kasut masuk dengan kasut, aku sendiri pun fail jugak! Sebab semalam pakai sandal je 

Pastu kaler baju + tudung. Apehal semalam diaorang semua pakai kaler gelap eh? Hahahaa aku pulak yang risau. Kaler ikut keselesaaan diri. Aku mungkin dah terbiase nak g interview mesti nak pakai kaler yang soft dan sweet je. 

Lain lain tak de kot. Rezeki tak tau la menyebelahi sape. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Moga moga ade rezeki. Sebab semalam aku mintak gaji murah je. Hahaha a


Ok tu je. Bai!

Tuesday, December 12, 2017

SUKAN RAYKAT KG TOK KAH

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 
πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Dah nak masuk sebulan sebenarnye program ni tapi baru rase rajin nak buh dalam blog. Biase la kan penyakit zaman skarang ni. Kikikiki

Masa plan nak buat sukan ni, cuaca ok je. Tapi sampai 2 hari sebelum, dah start hujan lebat. Jabatan Meteorologi pulak dah keluarkan amaran ujan lebat start 23hb Nov sampai ke 25hb. Uikss sadisnye. 
Preparation semua dh ade. Dah anjak tarikh, memang tak la. 

Tak pe la. Jadinye bersukan la kami dalam hujan. Nasib baik SK Tok Kah ade dewan terbuka. Boleh la guna untuk senamrobik pagi tu. 


Orang duk senamrobik, aku tak tau kemane dah pagi tu. Duk tilik hujan je dengan harapan hujan akan stop. Nan hado ehhhh


Untaian Kasih 



Tapak Kaki Gajah 


Lari Dalam Guni 



Aiskrim Malaysia 


Sambutlah Kasih 



Telur Di Hujung Tanduk  

Tepung Gomok 


Makan Biskut Paling Banyak 



Keretapi Salji 


Isi Air Dalam Botol 


Telur Di Hujung Mulut 

Bola Sepak 7 Sebelah Berkain Pelekat / Kain Batik 



Tarik Tali 

Bola Tin 

Termiss gambar acara Boling Nyor, Ngail Botol dengan ape lagik ntah. Aku pun dah lupe. Hahaha

Tapi Alhamdulillah, walaupun cuaca memang tak mengizinkan hari tu, tapi sambutan dari rakyat jelata memang terbaik la. Semua pakat duk berhujan panas sama-sama. 

Gambar penyampaian hadiah aku tak masukkan la. Banyak sangat. Jenuh nak pilih. 


Ni antara Team Urusetia Yang Tak Berapa Nak Setia 😌




Ni la budak yang paling 'bersih' hari tu 


Big thanks kepada semua urusetia dan rakyat jelata yg dah menjayakan Program Sukan Rakyat. InshaAllah ade rezeki tahun depan kite buat lagi. Musim hujan jugak :) 


Saturday, December 9, 2017

GOOD BYE NEYO

www.tips-fb.com



Assalamualaikum wbt 

😒😒😒😒

Tahun ni memang tahun kehilangan la. Neyo dah kembali ke Pencipta malam Jumaat ari tu. 
20 Ogos 2016 - 07 Disember 2017. 
Setahun lebih je Allah pinjamkan Neyo pada kami. 
Patut la terasa tak nak pegi mane - mane minggu ni. 
Rupenye Neyo nak tinggalkan kami. 
Neyo tetibe demam hari Rabu tu. 
Tido for the whole day. 
Then malam tu tengok dia berhingus dan keluar darah kat hidung. 
Pastu asek terkencing je.
Ingatkan pagi Khamis tu makin better, tapi rupenye makin teruk. 
Dia just minum air masak je. 
Makan tak boleh masuk langsung. 
Badan panas semacam je. 
Memang sedih tengok keadaan dia. 
Tak pernah terfikir Neyo akan tinggalkan kami secepat ni. 

Tak pe la. Thank U Allah pinjamkan Neyo untuk kami. 
Maafkan Ibu Neyo kalu lately Ibu busy. 
Kurang layan Neyo.
Terlambat bagi makan. 
Asyik marah marah kalu Neyo mintak makan. 

Semoga Neyo tenang di sana. 
We will miss U. Always. 



p/s : Losing Neyo is the worst. Worst than losing U, Pakcik Zul

Tuesday, November 14, 2017

BUSY

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

☺☺☺☺☺☺☺

Oh hye everyone ! *waving* 

Im quite busy rite the moment. Hahaha tak tau la ape yg disibukkan. Tapi memang doing something la. Something big is around the conrner. Not the 14th GE. Donno la yang tu bile nak datangnye. TPM said, the GE will be around in 180days (he said few days ago) 

Tapi bagus sebenarnye busy dalam keadaan cam sekarang. I need something to clear out my mind from that chaos things. Bile kite sibuk, kite tak dan nak fikir pun segala yang menyakitkan hati tu. 

Aku kena kuat untuk hadap semua setan-setan yang duk berkeliaran tu. Hahaha. Penat weh nak menjawab pertanyaan orang. Orang ni kekadang dah tau jawapan tapi saje nak provoke kite, nak tengok reaction kite macam mane. Hey Im cool bebeh! 

Berderet lagi list to yang tak settle ni. Malam ni ade perjumpaan. Hadoi tak tau la ape yang gonna happen tonight. Wish me luck ehhh. 

Bai! 

Thursday, November 9, 2017

MARI MENGENAL TASIK KENYIR

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

😊😊😊😊😊

Kembali bersiaran pasal Tasik Kenyir. Trip kali ni pada 26 Oktober 2017. Anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan KETENGAH. Kalau tak silap la. Ni adalah satu cara yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memperkenalkan Tasik Kenyir kepada umum. 

Tasik Kenyir ni dah lame wujud. One of tasik buatan di Malaysia, yang dibina untuk menjana tenaga hidro elektrik. Kalau belajar Kajian Tempatan masa sekolah rendah akan tau la pasal Kenyir ni. 
Untuk maklumat lanjut boleh layari TASIK KENYIR. Dalam ni ade full info pasal Kenyir. 

Mase trip kiteorang pegi tu ade 4 Dun dalam Parlimen Dungun yang terlibat. Setiap Dun satu bas. Cume kiteorang je ari tu satu bas dari Tok Kah. 

Sampai sampai Tasik Kenyir ari tu ade briefing sikit pasal Kenyir dan isu semasa oleh Ybhg. Dato' Muda bin Mamat, Pengarah Unit Komunikasi ( UKOM ) SUK Terengganu. Pastu naik bot ke first pit stop. 

Mula mula pegi Taman Orkid


  • Terletak di Pulau Hilir Selimbar (0.7), Pulau Hulu Selimbar (1.7 Ha) dan Pulau Belit (0.3 Ha)
  • 5 km / 10 minit dari Pengkalan Gawi
  • Menempatkan spesies orkid hutan, hibrid serta orkid daripada negara lain
  • Sebanyak 11,739 pokok dari 700 spesies orkid telah ditanam
  • Antara spesies, Dendrobium Affine, Aranda Majula, Bulbophyllum Patens, Arachnis Flos-Aeris, Lady Gray dan lain-lain





Mane lagik kembang? Orkid ke Boyu? 😏

Lepas tu ke Taman Herba 

  • Terletak di Pulau Sah Kecil dengan keluasan 15.84 hektar
  • 7 km dari Pengkalan Gawi
  • 26,000 pokok herba daripada 230 spesis
  • Laman Herba menempatkan pelbagai spesies herba antaranya Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mas Cotek dan sebagainya
  • Pusat interpretatif
  • Laluan refleksologi


Kat sini korang boleh minum air tongkat ali dengan kacip fatimah. Tapi aku tak minum la. Karang ting tong sape nak seret aku balik. Settle pusing pusing, terus lunch kat sini. Ok la jugak makan tengah hari sambil hadap tasik, dengar bunyi burung bagai. 

Then ke Taman Rama-Rama 

  • Terletak di Pulau Lubuk Geras (1.25 Ha)
  • 2.5 km / 5 minit dari Pengkalan Gawi






Lepas settle semua, balik semula ke Pengkalan Gawi, then cuci mata kat Pusat Bebas Cukai. Pusat bebas cukai yang sebenar still under construction. Kalu tak silap siap tahun depan. Nanti boleh le korang datang shopping kat Pusat Bebas Cukai Pulau Poh. 

Sebenarnye banyak lagi tempat menarik kat Tasik Kenyir ni. Untuk info lanjut, boleh dapatkan di official website KETENGAH. 

Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu bagi kami peluang untuk mengenali Tasik Kenyir lebih dekat lagi. 

Adios.




Wednesday, October 25, 2017

ACAR CAMPUR-CAMPUR

www.tips-fb.com



Assalamualaikum wbt 

=) 

Holaaaa Guys! 

Lama tak masukkan gambar makanan dalam blog. Kikikiki. Tu petanda rajin nau masuk dapur. 
So, aku memang pencinta tegar acar ni. Kecuali acar buah aku memang tak makan. Sebab rase cam pelik sikit kan. 

Aku bagi name ni acar campur campur. Sebab suke tengok warna warni gitu. 

Bahan-bahan ; 

Timun *Buang kulit dengan bijik, pastu potong nipis nipis*
Carrot *Disagat je kalu malas nk potong nipis nipis
Kobis *Potong halus halus cam nak buat bunga rampai*
Cili 
Bawang Merah *mayang nipis nipis*
Gula
Garam 
Cuka 


Cara-cara ; 

1. Gaulkan sekali bawang merah, gula, garam, cuka. Bagi sebati dan layukan bawang dulu
2. Masukkan carrot & kobis
3. Masukkan timun 



Btw, kalu ade nenas, boleh masukkan nenas. Lagi sedap tauuu. Bawang merah boleh gantikan dengan bawang holand. Tu pun lagi sedapppp 

Orang kate buar acar ni senang, memang senang tapi kalu tak kene gaya, memang tak sedapla. Kene cukup semua masam manis masin tu. Timun kalu tak buang kulit, memang rase pelik sikit. 

Sekian, 

Peminat Tegar Acar 

Wednesday, October 4, 2017

LIL UPDATE ABOUT PUAN MAK

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Alhamdulillah 20 Sept ari tu last TCA Puan Mak dengan Klinik Derma, MOPD HSNZ. Doktor kate dah fully recover dan tak payah follow up lagik dah. Kulit dah ok, organ dalam semua dh clear. Kecuali part darah tinggi tu macam biase la. 

Si anak lagik la gembira kan. Doktor pesan kena pantang makan je. Kalau tak gout tu serang balik. Hahahaa

Thank U, Doctors!

CHILDHOOD MEMORY PART 2

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 
Back to 20 years back. I was in standart 6. Had school camping at Pasir Raja.

Can U spot me? 

:P


Sunday, September 24, 2017

KENYIR TRIP 2017

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Trip ni pegi last week. 2days 1nite. House boat yang kite orang amik ni namenye Arowana Kenyir. Kalu yang berminat boleh google sendiri yer. Ade 7 bilik, 2 tandas (termasuk bilik mandi), dapur, 7 bilik tidur, 1 surau & 1 bilik karaoke. Harga dalam range RM 2,000 hingga RM 2,500. Yang murah sikit ade lagi. house boat yang kecik ade jugak. Harga pun murah jugak la sikit.

Cuma bab makan minum, barang barang makanan kite bawak sendiri, masak sendiri. Ala duk atas bot cam tu takde la nak makan beriya sangat. Ala kadar je. Nk bbq, tempat bbq ade disediakan. 

 
Ni kat Pengkalan Gawi tempat parking boat
Sungai Lasir
Air Terjun Sungai Lasir

Ni la House Boat kami



First pit stop ari tu kat Air Terjun Sungai Lasir. Perjalanan dalam 2 jam lebih jugak la dari Pengkalan Gawi. Air terjun ni okeh. Cume hari kami pergi tu hujan renyai renyai sikit. Jadi nak mandi pun tak berape best. Mase nak g air terjun tu kiteorang naik bot kecik. Sepatutnye boleh jalan kaki je dari tempat parking bot tu. Tapi jauh sikit la jalan kaki. Dalam setengah jam jugak kot.



Malam tu ade bbq. Ayam perap siap siap dari darat lagi.

Santuari Kelah Kenyir



On second day, lepas breakfast kiteorang gerak g Santuari Ikan Kelah. Dari Sungai Lasir ke santuari ni amik mase lebih kurang sejam lebih jugak. Sampai kat Pusat Penerangan Santuari Kelah tu, Staff KETENGAH bagi penerangan secara ringkas dulu pasal tatacaraa lawatan.


Untuk sampai ke Santuari tu, dari pusat penerangan kene naik bot kecik selama 5 minit. Lepas tu kene daki bukit + daki tangga + Naik jambatan gantung+ turun tangga adalah la dalam 45 minit jugak. Boleh tahan letih jugaklah. Tapi once dah nampak ikan kelah tu, segala keletihan memang tak de dah.





Biase untuk setiap trip ke santuari ni pengunjung akan dapat masa lebih kurang 30 minit untuk bermanja dengan ikan kelah. Ikan ni manja terlebih weh. Sape yang penggeli aku suggest baik tak payah hulur kaki. Sebab ikan ni manja dia lain macam sikit. Mulut siap bunyi cup cupp. Hahahaa. Makanan ikan boleh beli kat pusat penerangan. RM 2 perpaket.

Dalam pukul 3 lebih gerak balik ke pengkalan. Otw balik tu, ade ribut tengah tasik. Scary jugak lah bile teringatkan keadaan keluasan kedalaman tasik tu weh. Sampai pengkalan diaorang stop kejap dekat Taman Herba, aku tak turun. Sebab hujan renyai renyai, malas nak basahkan baju.

Kalu korang berniat nak shopping kat Pusat Bebas Cukai tu, aku suggest pegi shopping dulu. Sebab bile time balik, ngam ngam sampai darat, tempat shopping tu dah tutup.

Next trip bulan 10 aku tak silap. Nanti aku update balik flow program macam mane.

Sehingga itu, adios!


Untuk maklumat lanjut boleh layari website KETENGAH.





tt