Sunday, January 31, 2016

Main Masak-Masak Bersama Housemates ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Tak yah bising la. Aku tau entry sederet pasal makanan jek. Tak de mende menarik sekarang ni. Ni je yang ade aku hadap sekarang. Lepas makan, makan dan makan. Tengah hari Khamis tu pegi Hock Kee Seng, nampak kulit popia. Ade yang besar, pastu fikir balik,  ni 1st time nk buat popia, besar besar kang reti ke nak lipat. Why not amik je yang kecik tu. Kite try and error je kan. So, amik yang kecik, amik crab stick. 

Untuk newbie macam aku ni sepatutnye, bile orang share resepi kat FB tu bace le betul betul kan. Ni confident je tengok sebelah mate. Kekonon dah terer ar. Sekali amik ko, padan muke. Kikikikiki. Sebatang crab stick tu aku potong 2. Senang sikit nk lipat kan. Sepatutnye, sebelum tu crab stick tu kene rebus dulu. Baru le time goreng tu tak de la meletup pung pang pung pang. Hahahahahaa

Buat 2 jenis, satu pakai crab stick. satu gune pisang. Aku rase yang pisang tu lagik best. Cair je dalam mulut. Kikikikikiki. Perasan pandai masak la kan. Aku paksa semua orang lipat popia.




Hari Jumaat tu, pukul 11 lebih aku dah paksa budak budak ni masuk dapur. Lapar kot. Kikikikiki. Ummi masak gulai ikan taruk kacang bendi. Gigih la perempuan ni tumbuk kunyit lengkuas pakai lseung batu. Kalu aku la, memang tak de maknenya la. Tak de blender, memang tak de la nak masak cam ni. Kikikiki. Tapi sedap wehhhhh. Aku masak kobis goreng buh ayam ngan sos tiram.





Lepas makan semua tersadai kenyang. Okeh. Masak, makan kat rumah lagik best daripada makan kat kedai sebenarnye. Cume rajin dengan tak je. Kikikikiki

Adios!

Tuesday, January 26, 2016

Cerita Campur-Campur ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Aku campur semua cite dalam satu entry. Tak daya eh nak buat banyak banyak entry ni. Pemalas kemahinnnnnnn.

Tu cerita mase exam PTD baru ni. Bukan aku exam tapi, Dalila. Aku tukang meneman je. Memang tensen budak tu. Ni aku tolong kira. Soalan tak de susah mane, tapi bile online ko memang tak nyempat la, nak bace soalan, nak kira lagik. Memang kelaut la. 



Ni sunrise mase hari Jumaat lepas. Location : Pantai Tok Jembal. Kami pakat bangun awal hari tu. Pegi swimming kekononnye. Malam sebelum tu, siap pegi beli bola, pelampung bagai. Eh berguna tauuuuuu. Kemain lagik berenang kekonon mat salleh tak pernah jumpe laut. Hahahaa. Dari air pasang, sampai air surut baru kami balik.

Mujur tak sunburn je. Kikikikiki. Balik tu aku tido tak hengat. Aku syak aku mabuk darat. Sebab mata langsung tak leh nak celik. Pening sikit sikit je ade. 



Pagi Sabtu tu rase nak makan nasi goreng planta. Bangun awal, masak untuk makan berdua je. Sudahnye sampai ke malam. Kikikikiki. Resepi? Tak yah la, simple gile ni. 




Tengah hari tu masak ikan aye singgang taruk bendi. Sayur tak masak. Sebab dah ade bendi dalam kuah tu kan. Syokkkkkk makan wehhhhhhhhhh. Ummi pulak bawak sambal belacan siap siap dari rumah.



Ni kegilaan terbaru aku. Robot pasang siap ni. Ape name tak tau la. Beli kat Mr DIY. Seketul RM 3.50. So far, dh 2 ketul aku siapkan. Kikikikiki. Nanti nak gi beli lagik. 



Haaa kan senang rangkum semua cite dalam satu entry. Tak pening kan? 

Babai! 

Terima kasih kerana membaca!




Wednesday, January 20, 2016

Berlari Ke Berjalan?

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Gambar bawah tu Addin on his first day bersekolah. Tak de la lambat mane, 5 tahun baru masuk kindergarten. Sebab bagi aku tu adelah waktu yang terbaik. Tak de la nak push sangat anak anak untuk belajar kan. 

Muke redha je pergi sekolah. Tapi aku rase dia more to excited. Sebab ni first time dia nak bergaul dengan orang luar selain family members kan. Memamg Addin jenis mudah adapt dengan new environment, tapi bimbang la jugak sikit kan. 

Tapi tu bukan masalahnye, yang aku nak cite ni betapa cepatnye waktu berjalan. Eh tak rase berjalan, tapi dah berlari macam marathon tu. Aku ingat lagik 5 tahun lepas, kakak aku bawak balik Addin kat rumah. Kecik coet jek. Sampai pakaikan mittens ngan booties tu kene letak salotape, kecik sangat mak aih, sekali dia hayun kaki tercabut booties. Hahahaha

Tuppp tupppp dah 5 tahun wehhhhh! *Lap peluh* Terkejut aku wehhh macam tak caye je. Tetibe emo. Rase macam nak nangis bawah meja. *Srooooot Sroooooooot* korang paham tak perasaannye macam mane? Betapa lajunye masa berjalan tanpa korang sedar, anak anak ni dah membesar? 




Pastu minggu lepas Sue, mentioned aku kat wechat. Pasal Dirah tak lalu makan, takut dengan dentist nak check gigi. Mase cuti Krismas tu ade jumpe Dirah, dia cakap ngan aku dia dah masuk Darjah 2. Eh ape???? Darjah 2 dah korang..... 

Aku tengok balik entry yang ade dalam ni, Dirah baru umor 3,4 tahun mase tu. Omaigoshhhhhh! 
Lagik sekali aku terase tuaaaa. Tua sangat wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.





So, have to accept the fact yang aku dah getting old wehhh. Dah masuk 31 tahun ni. 
Ape ni ...,
Ape !

Menu Bujang Di Hujung Minggu ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Yeeee aku tauuu sekarang asal update blog je, cite mesti pasal makanan. Nak buat macam mane, ni je cite yang best aku rase. Hahaha. Last week weekend aku berkampung kat GB lagik. Dah jadik habit gamaknye. Malas la nak berangkut berusung ke sane sini balik kampung. Sumpah tak rajin sekarang ni. 

Few days before tu dah terase weekend nak masak sayur lemak. Dah siap bagitau awal awal kat Farah, hari Jumaat aku nak masak! Gile kejam kan. Macam nak kene booking je dapur tu. Padahal duk berdua je. 

Malam Jumaat tu rase lapar, tak tau nak makan ape. Sinsing lengan baju, masak maggi goreng extra pedas. Sebab Nani tak de boleh masak pedas pedas. Hahaha. Sedappppp. Matikk ar puji sendiri masakan. Hahaha






Pastu pagi Jumaat tu, bangun awal (istilah awal di hujung minggu awal adalah selepas 10 am), masuk dapur tengok Farah dah masak nasi. Ayam aku dh keluarkan awal awal. Tengah prepare bahan-bahan nak buat masak lemak kobis, Farah suggest nak buat ayam goreng macam KFC tu. Aku okeh je, ingatkan nak goreng kunyit biase je. Masak, lepas Zohor  makan tengah hari. Sambal belacan ade balance lagik yang Kak Farah buat hari tu. 




Giler nikmat la makan nasi putih dengan sayur lemak kobis. Macam dah berkurun makan. Nak buat penambah perisa, taruk bilis sikit. Lupa pulak nak beli bilis time grocery shopping tu, rembat je ikan bilis Ummi. 




Hari Sabtu lagik gila gigih, pukul 10 pagi aku dah masak untuk lunch. Sambal sardin, kailan campur kobis ikan masin, telur dadar. Siap masak, nak ajak Farah makan, tengok dia tido lagik. Aku bantai makan sardin dengan roti dulu. Nikmat la boleh makan masakan sendiri. Kikikikikiki

Pedulik ar orang nak kate ape pun, at least ade effort kan nak masuk dapur, masak satu dua lauk. Tak kan memanjang nak makan kedai kot. Sedap tak sedap lain cite la kan. Janji ko kenal lagik bahan bahan nak masak. Hahahahaa

Chow!


Wednesday, January 13, 2016

Dikoyak Waktu ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Awak.... 

Saya tak mintak lebih. 
Cume mengharapkan persahabatan kita kembali seperti dulu.
Persahabatan yang kaya dengan kasih sayang seorang sahabat. 
Bukan terpalit dengan rasa cinta. 

Jangan biarkan kenangan persahabatan kita dikoyak waktu. 







p/s Gambar tak de kene mengena dengan entry. Ampun! 

Tuesday, January 5, 2016

Pusing Pusing Kompleks Sukan Gong Badak ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Kisah di hari pertama tahun 2016 ni. Sebenarnye hari tu semua kebosanan sebab dah terperuk duk dalam rumah, tambah lagik budak budak ni dah muak tu mengadap buku kan. Jadinye, lepas Asar kami semua gerak ke Kompleks Sukan Gong Badak. Frankly speaking la, dh setahun lebih aku duk Gong Badak ni la 1st time jejak kaki ke tasik yang ade tu. Sebelum ni kalu pegi kompleks ni, mesti ke Stadium Tertutup je. Tak pernah pun nak usha ape yg ade. 


Ramai gile manusia yang ade petang tu. Ade yg jogging, ade yg beriadah dengan family. Plus kat situ ade rollerblade, kete control, mainan suppa duppa tu, ade sewa basikal. Eh memacam la. Bebudak ni siap bersport shoes bagai. Aku tak de maknenye. Pakai sandal je tawaf tasik. Diaorang before start jongging, siap warming up. Aku duk tepi, selfie sorang sorang. Hahahaha

Nah layankan je la gambar kami ni! 

=P





































Settle round tasik, beli makanan duk atas rumput pastu krup krap krup krap. Boleh tahan luas jugak la tasik tu. Nasib baik tak cramp kaki aku. Malam tu balik, diaorang bukan main lagik sorang sorang tido lena, aku jugak yang merana. Tido tido ayam jek. Dah le esok pagi tu bangun awal. Sadis ar. 

Nanti boleh repeat lagik yer adik adik. Tunggu kak Nurul beli kasut dulu. 

Pada yang duduk area Gong Badak, memang dicadangkan la untuk ke Kompleks Sukan ni. Macam macam adeeeeee

Babai! 

Sunday, January 3, 2016

Makan Makan Di Tahun Baru ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 


Tajuk macam gempak. Macam buat majlis makan makan yang grand giler. Tapi nan hado nye ehhhhh. Masak sendiri makan sendiri je la yang sebenarnye. Eh tapi tak makan sorang sorang, macam biasa housemates kan adeeeeeeee

Breakfast on 1st January 2016, roti telur + pancake pandan. Aku still tak reti nak masak roti telur sebenarnye. Tak pe, next time improve lagik. Pancake tu beli tepung instant jek. Senang. 



Pastu tengah hari masak Ayam Coca Cola. Confirm bukan aku yang masak. Ummi masak. Aku masak baby kailan ikan masin je ngan cili padi kicap. Kenyangggggg. Nak ayam ni lagikkkkkkkkkk!





Malam tu lunch dengan Ila. Makan Chicken Chop Spicy. Saje menayang kat Along. Diaorang anak beranak p dinner kat Hotel UiTM. eh dengki ni tauuuuuuuuu


Tengah tengah malam Ummi meseg, dia lapor giler. So, buat telur dadar mayo. Makan dengan nasi, cili padi kicap. Sedapppppppppp. giler ar puji masakan sendiri. Dah la masak telur dadar je kot. Dah siap makan, terus terbongkang tido. 



Second day in new year pulak, gigih bangun pepagi masak spageti bolognese. Tak de meat ball. Ade minced beef ngan sosej jek. Eh jadik la kan. Ade la rencah jugak. Kenyang sampai ke petang. 


Malam tu Ummi masakkan ayam pedas, Sedap jugakkkkk. Eh semua sedap. Mane tak gemuknye kan. 

Korang makan ape di tahun baru ni?

Hehehehee



tt