Sunday, August 14, 2016

It's A Wrap!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

IT'S A WRAP! 

Yeayyyyyyyyyyy! 

Selepas 1 tahun 10 bulan 1 hari, makanya tamat la 'usia' aku kat UniSZA ni. Atau dengan lebih tepatnya, khidmat aku yang 1 tahun 10 bulan 1 minggu dengan JH dan berakhir dengan rasmi. Perasaan? Entah ar aku tak tau la ape perasaan aku sebenarnye. Bercampur baur kot.

Frankly speaking, tugas aku kat sini sebenarnye agak mencabar la. Sebab tak same macam job scope aku sebelum ni. Client pulak fokus pada student. Kerenah lain sikit. Kadang-kadang je hadap kaum dewasa.

Sebelum ni keje aku kan agak lebih kepada admin. Yang kali ni keje hadap orang jugak, tapi dengan pengalaman aku yg totally zero pasal hal keje, aku kene start from the beginning. Belajar balik satu-satu. Tapi syukur alhamdulillah, boss boss, kawan kawan sejawatan banyak tolong. Yang mane tak tau same same tanye. Hahaha.

Aku malas nk ingat ape-ape yang tak manis sepanjang aku kat UniSZA ni. Nk ingat yang manis manis, ingat ape yang best. Aku jugak la malas nak tegakkan benang yang basah. Lets the romours spread. The truth will reveal. InshaAllah one fine day.

Andai ade rezeki, berjumpa lagik la kite ye UniSZA. Tapi bukan dalam mase terdekat ni. InShaAllah.




Unija, U will be missed! 

Adios 

Yang benar, 

Akak Lot 7, TUMPU, Unija Pasti Tahu

0 comments:

tt