Tuesday, August 30, 2016

Masak Masak Di 420

www.tips-fb.com

 Assalamualaikum wbt 

=) 


Hari tu kiteorang main masak-masak. Kiteorang ye. Nak harapkan aku sorang memang taka r. Hari Jumaat tu kemain Ilahi semangat nak masak. Dia nak makan tauhu jepun. Makanya, di pagi yang nak tengah hari semangat kami ke Tunas Manja, cari bahan-bahan. Ayam tu mule-mule nak goreng je. Pastu Si Sri nak makan ayam masak merah. Ha kite biarkan dia masak. Gile gigih tengok dia tumbuk bawang halia semua. Kalau aku memang tak la. Acar tu kite buat 2 jenis. Satu pakai timun, satu pakai kobis. Si Salela tak makan kobis mentah, Ilahi tak makan acar timun. Aku pulak jenis makan dua-dua. Kih kih kih. Lepas makan, solat Zohor pastu tido. Diaorang le tido. Aku tak. Mate keras gile. Ilahi bangun petang tu boleh terus menonong pegi makan tauhu jepun masak oyster sos tu. Hahaha. 



Hari tu Ahad tu main masak masak lagik. Bangun pagi dah lapar gile. Si Ubai cuti, Ilahi suggest masak lagik. Mule mule nak masak ayam masak lemak cili padi. Pastu tu tukar kari ayam. Last last keluar idea masak ikan aye singgang. So, lets membeli belah. Masak singgang, pastu celur kangkung cicah budu. Diaorang makan tempoyak. Aku memang tak la. Boleh pulak Along p post gambar lauk tu kat group. Nampak je tempoyak tu. Katenye aku blaja makan durian dh. Chett. Tak de maknenye la. 


Pastu semalam pun kiteorang masak lagik. Gara gara pegi Warung Cikgu tutup. Pastu pegi makan kat D’Rimba tak berape nak memuaskan. Jadiknye, malam tadi masak le pulak Spageti Carbonara. Pasta Pego. Sedapppp. Hahaha 


Btw, 420 tu rumah sewa diaorang. Aku kan sejak jadi  pengaggur ni suke melepak kat situ. Ye la, minggu minggu akhir di GB kan. 
Adios 






Sunday, August 14, 2016

It's A Wrap!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

IT'S A WRAP! 

Yeayyyyyyyyyyy! 

Selepas 1 tahun 10 bulan 1 hari, makanya tamat la 'usia' aku kat UniSZA ni. Atau dengan lebih tepatnya, khidmat aku yang 1 tahun 10 bulan 1 minggu dengan JH dan berakhir dengan rasmi. Perasaan? Entah ar aku tak tau la ape perasaan aku sebenarnye. Bercampur baur kot.

Frankly speaking, tugas aku kat sini sebenarnye agak mencabar la. Sebab tak same macam job scope aku sebelum ni. Client pulak fokus pada student. Kerenah lain sikit. Kadang-kadang je hadap kaum dewasa.

Sebelum ni keje aku kan agak lebih kepada admin. Yang kali ni keje hadap orang jugak, tapi dengan pengalaman aku yg totally zero pasal hal keje, aku kene start from the beginning. Belajar balik satu-satu. Tapi syukur alhamdulillah, boss boss, kawan kawan sejawatan banyak tolong. Yang mane tak tau same same tanye. Hahaha.

Aku malas nk ingat ape-ape yang tak manis sepanjang aku kat UniSZA ni. Nk ingat yang manis manis, ingat ape yang best. Aku jugak la malas nak tegakkan benang yang basah. Lets the romours spread. The truth will reveal. InshaAllah one fine day.

Andai ade rezeki, berjumpa lagik la kite ye UniSZA. Tapi bukan dalam mase terdekat ni. InShaAllah.




Unija, U will be missed! 

Adios 

Yang benar, 

Akak Lot 7, TUMPU, Unija Pasti Tahu

Wednesday, August 3, 2016

On This Day ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Kalu korang aware la kan, sekarang kat fb every day akan keluar updates/memories yang lame-lame kan. So, macam terkenang la kejap kan kenangan-kenangan dedulu tu. Tapi ade jugak yang duk termenung sebab tak ingat updates tu berkaitan ape. Bace komen kat bawah pun still tak leh nk catch up. 

So, malam tadi keluar la updates 3 tahun lepas. Actually, that was unplanned. Tak de rancang pun nak g KL, memandangkan bulan puasa tahun sebelum tu aku dah bersumpah bagai next puasa tak nak turun KL, hadap orang ramai kat Jalan TAR. Tapi tetibe petang tu, Incek Boss call suruh siap-siap ajak g KL, nak beli barang-barang nak bagi orang for raya. Dah le hari tu Puan Kakak masak lemak siput sedut. Takkan tak nak makan kot. Puan Kakak rushing masak, then tapaukan kiteorang. 

Hari tu bukak puasa kat Surau Ketengah Jaya. Diaorang buat potluck. Kiteorang je la datang melenggang. Aku ingat lagik lepas terawikh aku nak g tukar baju kurung, Incek Boss cakap tak payah tukar, pakai je baju kurung sampai KL, sebab dia ngan Che Tar pun berbaju melayu kain pelekat siap. Berasap je kepale. Hahahaha. 



Sampai KL, jumpe Kak Long supper same same dulu. Pastu boleh pulak Incek Boss ajak merayap kat area Jalan Masjid India sebab dia nak beli barang. Pukul 4 pagi dah kot. Still boleh merayap wehhhh. Boleh pulak dia dengan Che Tar shopping kasut nk g kebun . Hadoi. aku ngan Kak Long memang gigih ar mengekor. Lepas balik sahur, panaskan balik masak lemak siput sedut. Pepagi bute duk sroot sreeet sedut sipu ngan kak long. Menjadik je keje kan. 

Sebenarnye tak nak le cite sangat ape yang berlaku, tapi pointnye we miss the memories especially ape yang berkaitan dengan arwah. Bile ingat balik, kene marah dengan arwah tapi kami still boleh gelak-gelak, arwah bengang kemain. Tapi kami buat muke xtau je.

Best part of bulan puasa punye kenangan, aku berpeluang main masak-masak dengan arwah. Sambil masak , sambil tadah telinga kene lecture. Hahahaha. 

Semoga arwah Boss terus tenang di sana. We miss U 

Al Fatihah 

Monday, August 1, 2016

Ujian ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)





Diuji bukan bermakna kite lemah tapi itu tandanya Allah masih sayangkan kita. 
Redha dengan segala ujian yang diturunkan. 

Doakan aku kuat eh! 

tt