Thursday, June 30, 2016

Majlis Berbuka Puasa Masjid Kg Tok Kah ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Ni cerita yang paling baru sebab baru last week kejadiannye. Baik update sesiap sebelum aku jadi malas tahap teruk. Aku plan nak g masjid lepas orang Solat Jumaat, sekali Incek Abang call suruh g amik gambar orang duk merewang. Makanya, menyeret kaki la ke masjid. 

Sampai-sampai masjid tengok orang tengah sibuk duk melapah daging. Yang pompuan duk bersihkan ayam, muke rase tak bersalah langsung. Dah le g masjid dengan mata bengkak. Lepas tu boleh pulak ke hulu ke hilir duk amik gambar orang buat keje.




Aku punye part? Bersihkan daging tulang ngan daging untuk masak lauk utama. Menu hari tu ;

Singgang Daging 
Daging Masak Kicap 
Ayam Goreng 
Telur Masin 
Kerabu Bacang 
Tembikai
Air macam macam 

Ramai orang puji singgang daging sedap. Padahal aku tukang godeh godeh jek. Hahahaa. Xlepas sudip weh. Kemain aku menjaga kawah tu. Ape ke gile pun tak tau la 


















Petang tu aku sampai orang dh siap hidang semua. Jalan lenggang kangkong dengan muka tak bersalah je. Dah le datang lambat, pastu tersengih-sengih. Tapi dalam gambar tu aku duk bercekak pinggang ape hal taktau la. Aku rase pasal ayam goreng abis kot. Terpaksa la aku ulang alik ke dapur 16 kali, angkut tambah mane lauk yang tak abis.

Tahun ni lepas bukak puasa, kemas sikit-sikit, terus balik. Sebab orang Raub ade balik. Syukur tahun majlis bukak puasa, lauk pauk semua abis. Tak de yang membazir. Nasi pun abis. Gembira hati Oi. Orang kampung yang datang pun ramai. 

Kite jumpe tahun pulak ye majlis berbuka puasa. 

Adios! 


0 comments:

tt