Thursday, June 9, 2016

Kelik Klate ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Last week kiteorang balik Kelantan. Hahaha last week kooo. Ni last minute plan. Kiteorang balik sebab nak lawat Mokdi,the ones who wore the pinkish t shirt. Mokdi ni adik bongsu Puan Mak. Mokdi bukan permenant resident kat Klate. Mokdi duk kat Puchong. Kebetulan dia balik Klate and felt sick. Kene minor operation sikit. So, petang Khamis tu Incek Abang ajak balik la. Balik satu kete. The next morning, Puan Kakaks pulak balik. 

Kiteorang sampai Kg Kolam dalam pukul 11 lebih la. Sampai tu lepak rumah Pok Min kejap, pastu Mokdi sampai.

Sesi bonding kakak dan adik-adik 
Malam tu tido rumah MokNah Moknah ni berjiran je dengan Pok Min. Memandangkan kami semua ni dah tak de atok nenek, so rumah Mok Nah la tempat berkumpul semua. 

Pagi tu breakfast roti canai, roti telur (2 kedai berbeza), nasi tumpang, nasi kapal terbang, bihun goreng. Aku makan roti canai je sebab awal giler kot breakfast. Before 8 okeh >.<. Mate pun tak berape nak celik lagik. 

Sopan je aku >.<
Settle breakfast Mok Yah ajak pegi Kemayan, jumpe Pok Teh. Ni sorang lagik adik lelaki Puan Mak. Tapi tak de dalam gambar. Kebetulan hari tu Pok Teh ade program jadi tak sempat nak ke Kolam, so kiteorang yang ke sane. Tepi laut uolss. Chantik rupenye Pantai Kemayan ni. 

Tu bukan sengeh gembira, sengeh kelaparan T_T

Kemayan y'uolsss

Lepas jumpe Pok Min, balik Kolam semula. Sampai-sampai tengok Puan Kakaks kemain lagik duk mengisi perut. Hoi mane aci kan. Aku dengan Kak Long memang dah le kelaparan sesangat. Sesampai terus terkam nasi tumpang. Ni 1st time kot aku makan. Sedap tapi memandangkan tekak yang biase makan nasi dengan kuah ni, tak berape nak laju sangat la. Tapi still boleh makan. Tekstur nasi tu  macam nasi himpit. Lembik lembik padat gitu. Tengah-tengah tu ade lauk. Ade sambal kelapa, udang masak lemak, telur dadar. Biase memacam lagik. Lepas tu sambung dengan nasi kapal terbang tu. Macam nasi berlauk tapi gulai daging. Makan pulak dengan ayam percik. Memang dah tak kisah ngan orang duk lalu lalang. 

Nasi bertumpang tumpang 

Well, ni le Mok Nah. Adik beradik Puan Emak yang ke 3. Tokei catering, tokei canteen skolah. Mok Nah, bile nak pusakakan segala tupperwares tu kat anak sedara ni? Haahahahahaa

Sesi manja-manja

Tengah hari tu makan nasi lagik. Mok Nah bawak balik gulai kawah majlis kenduri. Pastu Mokja gorengkan ayam kampung kot. Kemain ko berselera makan. Aku rase orang duk lalu lalang pandang semacam je. Sebabnye beranda tu tak lekang orang duk makan. 






So hari tu yang tak sempat jumpenye Abang Puan Emak. Rumah dia seberang sawah padi tu je. Tapi tak sempat pegi. Lepas Asar kiteorang gerak balik Dungun. 

Semoga Mokdi cepat sembuh. Nanti kami g lawat Mokdi kat Puchong yer. 

Ibarat kate Ayah Su " Ni sekor lagik, dop mengenang tempat berkursus apatah lagik kampung halaman"

Wekkkkkkkkkkkkkkk! 




0 comments:

tt