Sunday, February 21, 2016

Gambar Makanan Lagik!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Dah la, ni je sekarang modal kalu nak update blog. Bukan tak de cite, tapi ni jela aku rase mende yang paling aku senang nak ingat dalam kisah kehidupan seharian. 

Petang Khamis tu balik keje terase nak makan bihun sangat sangat. Padahal sehari sebelum tu aku dh makan pun. Kebetulan ade bihun segera yang Mamee Chef tu, malas nak bazirkan jadik pakai je la bihun tu. Perencah bihun aku buang. Hahaha. Kebetulan pulak, kan hari tu Puan Kakak ade bekalkan sambal ikan sumbat, so kite guanekan lah yang tu. Jimat keje, tak yah nak kupas bawang dh. Cume tambah sayur, fish ball, fish cake ngan cili padi jek. Sedap jugak la walaupun kaler sendu semacam.



Pastu malam tu dalam Group Pengkaji Bokbong sibuk cite pasal lepat ubi kayu. Menjejessss air liur tauuuuu T_______________T


Hari Jumaat tu gigih aku bangun pagi, nak masak kue tiaw kungfu. Semua bahan dah lengkap tapi malangnye kuah tak menjadik. Aku rase tepung jagung tak cukup. Tak pe lepas ni aku taruk setengah paket. Biar pekat melekatttt! 




Pagi Sabtu tu suruh Kak Farah buatkan lempeng, cicah dengan sambal sardin balance makan hari Jumaat tu. Hahahaa boleh je kannnnn. Janji kenyanggggggggggg



Tengah hari tu masak ayam paprik, malam paksa Ummi masak kue tiaw goreng. Seghonokkkk idup main paksa paksa orang masakkan. Seghonokkkkkk sangat. 



Dah le. Ni je aku nak tunjukkkkk. Jangan nak kecam sangatttt




Monday, February 15, 2016

CNY Hols Punye Ceghita ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Kembali bersiaran dia channel tak bernombor dan bertajuk. Kihkiihhhhhhh. Sorry entry kali ni macam tunggang terbalik sikit. Aku rase mase upload gambars tu macam dh betul, sekali keluar lain. Nak betulkan balik, memang tak berape berkudrat lah. Pepaham la kan. 

Aku start cuti CNY since Jumaar. Kemain awal, mengalahkan orang yang nak beraya. Biasalah hampir sebulan tak jejak kaki ke Dungun kan! 


Ni gambar mase nak balik GB. Chacha and family yang hantarkan. Sepatutnye gambar tu last skali, tapi macam aku taip kat atas tu la. Semua jadik tunggang langgang. 


Sesape nak upah orang tebaa senak samun boleh contact mamat baju kuning tu πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•
Tu kejadian on second day CNY. Incek Abang ajak g melawat kebun getah. Tinggi wehhh bukit tu, tapi aku berjaya la sampai atas. Separuh nyawa hilang. Tapi dh sampai ataa tu, perghhhh ayok gile. Angin mendayu dayu, mate kuyu je nak lelap. 





Hye mak! 


Ni achik fefeeling macam pegi Cameron. Udara segar katenyeeee! 




Ni YB dua beradik lawat tongkang terdampar. Ombak kemain kuat wehhh. Seram je dengar bile ombak tu hentam tongkang. Bergegar! Aku tengok orang lain maintain je duk tepi tepi air. Wehhh tak sanggup nak ambik risiko





Kan tetibe keluar pulak gambar Cik Abang baju kuning ni. Dia tebas, aku amik gambar. Nk up market koooooo


Boipren kecik yang makin cekeding. Dia cakap cikgu bagi makan mee je kat sekolah. Pandai la ko padahal dia yang tak nak makan




Gambar fefeeling lagikkkkkkkk


Ni kat Thai Food Festival. Sampai je Dunun petang Jumaat tu, terus gi sane. Macam macam makana adeee



Ni petang CNY Aku tak tau le Along duk ajar Aadin ape ke bende. Ni after gotong royong alohkan pasu paau bunga Puan Emak. 


Ni yang sebetulnye permulaan cerita. Mamat ni tengah duk goyang goyang kekura kayu. Sektul tu RM25. Duk bodek suruh beli. Eh tak kuasa aku. Baik spend duit tu untuk makan. 

Well CNY Hols memang aku well spent kat rumah je la. Tido, makan, tido makan. 

Korang cam mane?

tt