Wednesday, January 20, 2016

Menu Bujang Di Hujung Minggu ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Yeeee aku tauuu sekarang asal update blog je, cite mesti pasal makanan. Nak buat macam mane, ni je cite yang best aku rase. Hahaha. Last week weekend aku berkampung kat GB lagik. Dah jadik habit gamaknye. Malas la nak berangkut berusung ke sane sini balik kampung. Sumpah tak rajin sekarang ni. 

Few days before tu dah terase weekend nak masak sayur lemak. Dah siap bagitau awal awal kat Farah, hari Jumaat aku nak masak! Gile kejam kan. Macam nak kene booking je dapur tu. Padahal duk berdua je. 

Malam Jumaat tu rase lapar, tak tau nak makan ape. Sinsing lengan baju, masak maggi goreng extra pedas. Sebab Nani tak de boleh masak pedas pedas. Hahaha. Sedappppp. Matikk ar puji sendiri masakan. Hahaha






Pastu pagi Jumaat tu, bangun awal (istilah awal di hujung minggu awal adalah selepas 10 am), masuk dapur tengok Farah dah masak nasi. Ayam aku dh keluarkan awal awal. Tengah prepare bahan-bahan nak buat masak lemak kobis, Farah suggest nak buat ayam goreng macam KFC tu. Aku okeh je, ingatkan nak goreng kunyit biase je. Masak, lepas Zohor  makan tengah hari. Sambal belacan ade balance lagik yang Kak Farah buat hari tu. 




Giler nikmat la makan nasi putih dengan sayur lemak kobis. Macam dah berkurun makan. Nak buat penambah perisa, taruk bilis sikit. Lupa pulak nak beli bilis time grocery shopping tu, rembat je ikan bilis Ummi. 




Hari Sabtu lagik gila gigih, pukul 10 pagi aku dah masak untuk lunch. Sambal sardin, kailan campur kobis ikan masin, telur dadar. Siap masak, nak ajak Farah makan, tengok dia tido lagik. Aku bantai makan sardin dengan roti dulu. Nikmat la boleh makan masakan sendiri. Kikikikikiki

Pedulik ar orang nak kate ape pun, at least ade effort kan nak masuk dapur, masak satu dua lauk. Tak kan memanjang nak makan kedai kot. Sedap tak sedap lain cite la kan. Janji ko kenal lagik bahan bahan nak masak. Hahahahaa

Chow!


0 comments:

tt