Wednesday, December 9, 2015

IRVAN

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Lama tak menayang bahan bacaan dalam ni kan. Well, semangat membaca dah kembali menggila. aku rase dh 2 bulan kot aku memang well spent untuk bahan bacaan. Menggagau carik buku setiap hari. Macam tak cukup sifat je bile tak bace buku sebelum tido. 

Aku memang quite inspired dengan tulisan Melur Jelita. Aku follow buku dia start dengan ILUS. Padahal 1st novel dia Awak Suka Saya Tak. Tapi ILUS lagik ade kick untuk aku. Then bersambunglah dengan My Precious Iris. Mase MPI tu 2 minggu aku tunggu nak dapatkan novel. Memang tak senang duduk tunggu van pos laju. Hahahaa 

Salah satu sebab aku suke novel novel MJ ni, sebab ade unsur Islamik. Tak extreme tapi mampu buat kite rase tersedar daripada lamunan terhenti. 

The Unsung Hero ni dah lame ade kat market. Selame ni aku pandang je. Memang pandang, tak de rase nak beli pun. Tak berminat langsung. Hehhhhhhhhhhhh. Jadiknya last 2 weeks, aku rasa aku nak bace something yang heavy tapi light. Buku buku pixie dah tak nak. Sebab memang terteleng kepale aku nk habiskan yang Terima Kasih Si Babi Hutan tu. 

Pusing pusing SMO, nampak The Unsung Hero ni ade last pieces dah. Nak tak nak tak nak takk nakkkkkkkk. Tapi tak leh jadikkkk. Nak jugakkkkkkkkk. Makanya bermula kehidupan untuk mengenali sape Irvan ngan Mariam. 

Mula mula tu ade la rase sedikit sangsi, agak agak novel ni aku akan bace sampai titik terakhir ke tak. Tapi bile dah start bace confirm payah nk berenti. Terus nk dig in, ape yang jadik. Part paling emosi, bile babah ngan Chik serta adik beradik Irvan meninggal sekali gus. Sentap wehhh. Emosi gile. Tutup novel, terus nangis sampai basah sarung bantal. Hahaha 

Emosi sejenis perempuannnnn! 

After a week, settle bace. Rase nak tau ape yang jadik lepas tu terus menghantaui pemikiran. Amboiih kemain ayat kan. 





Ni la sambungan, The One! 


Dah separuh jalan bace. Dah jatuh chenta dengan kechomelan Chahaya. Kikikikikikiki. Ntah ape hal aku boleh terbayang muke Irvan tu macam muke TMJ. Hahaha ni mesti penangan kes Johor Royal Family minggu ni kan. Jadik terbawak bawak dalam imaginasi. 

MJ ni memang pandai olah jalan cerita supaya kita tak bosan and terus nk dig in what will happen next. Next next next. 

Rase cam nak baca lambat lambat dengan the lowest speed. Tak nak cepat cepat habis cerita ni. Hihihi.

Meroyan sungguh la kan. 

Irvan !

Mariam ! 

Chahaya! 

Babai. 

2 comments:

cik hani said... [Reply]

kita dah lama tak baca novel..dulu ada jugak baca novel kawan

Anok Pok Mat Kapok said... [Reply]

@cik hani

saye jenis x puas hati kalau bace novel orang lain, mesti kene beli sendiri jugak

tt