Tuesday, December 22, 2015

Review 2015 ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

2015 dh sampai ke penghujung. Sedih. Sebab rase macam tak de achievement langsung untuk 2015.
Gile hampeh le kehidupan kan kan. Hahahahaa. 

So, kite go through month by month le. 

JANUARI 
1. Incek Boss masuk ICU kat KMC 
2. Program Maulidur Rasul kat Masjid Kg Tok Kah
3. Bengkel Pemantapan GE EGEC kat Residence Inn Cherating

FEBRUARI
Tak de hape kotttt
Eh adeeeee! Incek K tetibe muncul !


MAC
1. Bagi Talk Sempena Karnival Fakulti Akaun
2. Kene pindah masuk office baru
3. Puan Mak's birthday celebration
4. Retreat 1441 Dun Rantau Abang kat KLIH

APRIL
1. Bengkel Persediaan Kerjaya Siri 1 untuk FKI
2. Persidangan 4 Peringkat Cawangan Tok Kah
3. Career Talk sempena Open Day FSK
4. Ceramah Agama di Masjid Kg TOk Kah
5. Kursus Transformasi J3K Dun Rantau Abang


MEI
1. Kak Ngah & Abg Alip's Kenduri
2. Achik & Sue's sambut menantu
3. My 30th birthday
4. Hari Komuniti UniSZA
5. Incek Boss passed away - AlFatihah
6. Sambutan & Ceramah Isra' Mikraj di Masjid Kg Tok Kah

JUNE
1. Walk In Interview Programme
2. Kenduri Ijad Sabri
3. Kenduri Pok Teh
4. Ramadhan

JULY
1. Masjid Berbuka Puasa at Masjid Kg Tok Kah
2. Iftar Dayang Dayang
3. Aidil Fitri
4. Pindah Rumah

AUGUST
1. Persidangan 4 Peringkat UMNO Bahagian Dungun
2. Persidangan UMNO Bahagian Dungun
3. Merdeka Day!

SEPTEMBER
1.Audit Penarafan Bintang JKKK
2. Karnival 3P JAS Peringkat Negeri Terengganu
3. Aidil Adha

OCTOBER
1. 1st Anniversary dengan JH
2. National Sport's Day
3. En Mad Noor passed away
4. Pesta Konvo UniSZA
5. Pesta Konvo UMT
6. Program Bubur Asyura Masjid Kg Tok Kah

NOVEMBER
1. ZZA's birthday!
2. Caca masuk UiTM

DECEMBER
1. Program SMART 2015 FSK
2. PAU 2015
3. Malam Jasamu Di Kenang UMNO Bahagian
4. Malam Jasamu Di Kenang KRT Kg Tok Kah 

Tu je kot review sepanjang tahun 2015 ygaku ingat. Alhamdulillah. 365 days in 2015 aku dah tempuhi dengan penuh tabah. 

Harapan untuk 2016, aku nak bahagia. Tu je. Bahagia. Hahaha

Selamat tahun baru semua! Semoga 2016 memberikan kebahagiaan buat kite semua. 

Adios! 


Kawan

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 







Aku pernah tanye sorang kawan aku (cite 2013 punyer ni), andai kata satu hari aku hilang jawatan yg aku ade time tu, agak-agaknye dia nk kawan lagik tak ngan aku. Jawapan yg aku dapat, aku rase jawapan tu agak cliche dan one day boleh berubah. Hahaha memang berubah pun. 180 darjah berubah. Jawapan yang aku dapat dat time, 

"Saya kawan awak sampai bila-bila. Kite berkawan bukan sebab jawatan awak"'

So after 2 years and plus plus, aku rase jawapan beliau tu tak relevan dah dengan ape keadaan yang berlangsung sekarang ni. Hahahaha. Gelak selagik boleh gelak, Noorul. 

susah kot nak cari kawan yang boleh stick dengan kite through all the thicks and thins. Yang berjanji palsu banyaklah. Katenye kawan sampai ke mati. Tapi kawan dalam kesusahan, mintak tolong sekali, lepas tu terus diamkan diri. Takut kawan mintak tolong lagik lain kali. Walaupun sebelum ni declare '' She's My BFF"

Tapi tu la. Nak buat macam mana, nasibkan lah kalau dapat kawan kawan macam tu. Frankly speaking, selama setahun lebih aku jobless, pernah beberapa kali mintak tolong dari kawan kawan, lot of excuses aku dapat. Hahaha. Chill beb. Kekadang kite ni bukan nak mintak tolong sangat, tapi saje nk uji tahap penerimaan kawan kawan macam mane. 

Bile dah tau kite dah berkerjaya balik, barulah slow slow datang nak menghimpit. Well, mane ko waktu aku susah dulu? 

Same jugak macam kes yang kawan aku ni. Aku memang perasan ketidakrapatan kami. Tapi aku tebalkan muka lagik. Bukan setakat rasa sayang kawan, tapi rasa sayang tu dah bercambah jadik lain. Rase macam terkejar sesuatu yang tak kan pernah dapat. Membazirkan banyak masa dan kudrat dh. 

Bukan mengalah, bukan mengungkit. Tapi serious aku dah bosan dengan keadaan yang tak de penghujung ni. Malas dah nak berharap. Malas nk jadik positive thinker dah. Memanjang nak positif, last last aku jugak yang sakit hati. 

Time orang nak kite, sesibuk mane pun dia, confirm ade ruang dan masa untuk kite kan? Sekarang? Hahaha jangan harap la. Nak tunggu reply mesej pun berkurun, bab call lagik la tak payah berangan. Memang tak de maknenye la. Nampak sangat kan, bile kite ni dah tak de kepentingan, slow slow orang buang kite jauh jauh. Kesian betul la dapat kawan kawan macam ni kan. 










If I got locked away and we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same
If I showed you my flaws if I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same

Right about now
If I judge for life
Would you stay by my side
Or is ya going to say good-bye
Can you tell me right now
If I couldn't buy you the fancy things in life
Shawty would it be alright
C'mon show me that you do

Now tell me would you really ride for me (would you really ride for me)
Baby tell me would you die for me (would you die for me)
Would you spend your whole life with me (wassup)
Would you be there to always hold me down (uh huh uh huh)
Tell me would you really cry for me (would you really cry for me)
Baby don't lie to me (Baby don't lie to me)
If I didn't have anything (wassup)
I want to know would you stick around

If I got locked away and we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same
If I showed you my flaws if I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same

All I want is somebody real who don't need much
I gotta know that I can trust
To be here when money low
If I did not have nothing else to



Digest la lagu Locked Away tu betul betul. Saya pun rase awak dh tak kan carik saye macam dulu lagik kan. Alah macam zaman zaman saye berkepentingan dulu. Sekarang ni sape je la saye ni kan. Tak de interest pape pun. So, better make a move dan carik orang yang boleh bagi personal interest kan. 

Semoga tahun depan (bermula 1 Januari 2016) kita akan jadik orang asing. Orang yang tak pernah kenal satu sama lain. Orang yang tak pernah berhubungan. 

Awak buat hal awak, saye buat hal saye. 

Saye kejar mase depan saye, awak kejar mase depan awak. 

Persahabatan, rase sayang tu anytime je boleh 'mati'. Kenangan pun boleh 'mati'. 

Alaaa ape ade hal sangat kan? 

Dan, 

untuk term 'BFF' tu pun aku dah tak gune pakai lagik. 

Sorry la kawan. Aku ko panggil bff, ye bff yg ko carik bile ko bermasalah. Bukan sentiasa ade untuk persahabatan kite. 

Aku tak de harta 

Aku tak de rupa 

Aku tak de harta

Aku tak de pelajaran tinggi 

TAPI 

Aku ade sekeping hati, untuk aku sendiri jaga

InShaAllah. 


kepada En ZAZ, terima kasih kerana pernah bersahabat dengan saye. 

Ape lagi? 

Selamat bertabah wahai hati! 

Monday, December 21, 2015

Kerja Di Hujung Minggu ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Bulan 10 berderet 2 hujung minggu kene keje. Bulan 11, free. Rileks terbongkang. Bulan 12 baru ade program balik. Mihmihmihhhhh. Heaven keje gini.

So, on 5th Dec tu budak budak Persatuan Sains Kesihatan ade buat Program SMART 2015. Program orientasi la kirenya untuk student student baru. Tak de la ramai sangat, below than hundred la. Sebab ade yang terlibat dengan program lain.

Bagi aku program cam ni bagus lah untuk freshie sebab nak memperkenalkan ape bidang yang diaorang akan belajar sebenarnye dan hala tuju selepas menamatkan pengajian. Zaman aku blajo dulu ade ke tak eh? Cume rasenye pengenalan kepada fakulti dan course je. Kikikikikikiki















Program ni buat kat Kem IM4U UniSZA, kat Merang Setiu. 1st time sampai sini. Rase kagum pulak bile UniSZA ade kem yang best tu. Hahaha gile jakun aku ni kan. 

Thanks pada photographer merangkap driver merangkap body guard on that day, Abam Ain. Hahahaaa. 

Alhamdulillah, lega bile kite boleh share serba sikit ilmu yang ade pada orang lain. Nampak simple je kan. 

Cam tak caye pulak Noorul Jannah boleh bagi talk kan. Herhehehehe

Adios! 

Sunday, December 20, 2015

Weekend Di Gong Badak ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Macam champion rasenye bile straight 2 minggu tak balik Dungun. Lepas tu duk bermastautin di Gong Badak. Cadangnye minggu lepas nk balik. Tapi pagi Jumaat tu bangun, ade rase migrain. Tak berani weh nak balik dengan keadaan macam tu. 

Last 2 weeks, gigih pepagi bangun buat cucur bawang. Kikikiki. Taruk sawi, ngan sosej. Licin budak budak makan. Hehehee


Pastu semalam pulak, bangun pagi rase tekak macam teringin makan spageti. Padahal selang sehari kot makan kat Warung Cikgu. Tapi gigih jugak, keluar pegi beli barang. Hehehee

Puas hati jugak makan walaupun tak pedas. Saje buat kurang pedas sebab Nani tak makan pedas. 
Gile gigih kan? 



Next weekend nak masak ape pulak? 
Kikiki rasenye tak de masak pape sebab aku akan bercuti panjang, lepas tu next weekend pun akan ade di Dungun. 

Babai! 

Enjoy ur weekend! 

Saturday, December 19, 2015

Buku Lagik ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Bahan bacaan lagik. Kikikiki. Sebab aku rase macam tak de idea sesangat dh nak update blog. At least, aku membantu korang untuk dapatkan bahan bacaan kan. Kikikiki




Ni best seller kat few book stores tau. Tak berat mane isi dalam tu. Cume aku sedih bile bace. Sebab kite bermain dengan emosi seorang bapa yg 'kehilangan' anak dia. Ni cerita betul tau. Aku pernah folow jugak la kisah ni dulu dulu. Tak silap time ni aku secondary school lagik. 

Ade mase, korang bace la. Banyak manfaat tau! 

Sebelum terlupa, antara faktor aku beli buku ni sebab tajuknya yang agak catchy. Auchhhh




Ni pun best seller jugak. Author semua doktor. Ade siri 1. Yang 1st aku tak buat review. Yang 2nd ni ade tambahan penulis. Gaya bahasa simple je, untuk memudahkab orang ramai memahami profesion perubatan. 

Ade jugak nasihat, teguran yang 'slow' tapi terkesan untuk pembaca. 

Ade peluang korang beli erk. 

Chow! 



Wednesday, December 9, 2015

Growing Grass Head

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Pernah tengok tak tanaman ni? Ni namanya Growing Grass Head. 
Aku pernah terbaca posting Kak Filla pasal mende alah ni. Dia tanye mane boleh nak beli. Kebetulan hari tu pergi Mr DIY, ternampak la Si Kepala Rumput ni. Tengok harga pun murah je. So, meh le kite beli. RM 4.90. Murah je kan. Ade yg lagik satu tu, dalam RM 8.90, tapi tak de la kepale macam sup bunjut ni. Yang tu dalam pasu seramik. 

Senang je nak membela ni. Kepala yang berbunjut tu sebenarnye dah ade campuran biji benih rumput ngan habuk kayu. Tak susah pun. Kepale berbunjut tu rendam dalam air for 2-5 hours. Agak agak dah tenggelam dan sebati air dengan kepale, bekas yang bawah tu isi air sikit. Agak agak talian hayat tu mececah air dah la. Pastu placekan kepale berbunjut tu atas bekas berair tu. 

Biarkan for 2-3 days, nanti boleh la nampak anak anak rumput mula tumbuh. Kepale berbunjut tu sila pastikan sentiasa ade kelembapan. 

Ni hasil hari ke 3. Aku dah angkut bawak datang office. Risau nak tinggalkan kat rumah. Gile insecure kan minah ni. Hahahaa. Pokok rumpput je kot. 



Pokok ni tak perlu beriya korang nak siram hari hari. Cuma pastikan bekas bawah tu ade air dan kepale berbunjut tu lembap je. Aku just spraykan air sikit sikit. Pastu air dalam bekas tu dalam 2-3 hari sekali aku tukarkan, tak nak bagi berbau. 




Ni dah kena trim. Nampak panjang berserabai. Tak reti nak tocang tocang ehhhhhh. 



IRVAN

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Lama tak menayang bahan bacaan dalam ni kan. Well, semangat membaca dah kembali menggila. aku rase dh 2 bulan kot aku memang well spent untuk bahan bacaan. Menggagau carik buku setiap hari. Macam tak cukup sifat je bile tak bace buku sebelum tido. 

Aku memang quite inspired dengan tulisan Melur Jelita. Aku follow buku dia start dengan ILUS. Padahal 1st novel dia Awak Suka Saya Tak. Tapi ILUS lagik ade kick untuk aku. Then bersambunglah dengan My Precious Iris. Mase MPI tu 2 minggu aku tunggu nak dapatkan novel. Memang tak senang duduk tunggu van pos laju. Hahahaa 

Salah satu sebab aku suke novel novel MJ ni, sebab ade unsur Islamik. Tak extreme tapi mampu buat kite rase tersedar daripada lamunan terhenti. 

The Unsung Hero ni dah lame ade kat market. Selame ni aku pandang je. Memang pandang, tak de rase nak beli pun. Tak berminat langsung. Hehhhhhhhhhhhh. Jadiknya last 2 weeks, aku rasa aku nak bace something yang heavy tapi light. Buku buku pixie dah tak nak. Sebab memang terteleng kepale aku nk habiskan yang Terima Kasih Si Babi Hutan tu. 

Pusing pusing SMO, nampak The Unsung Hero ni ade last pieces dah. Nak tak nak tak nak takk nakkkkkkkk. Tapi tak leh jadikkkk. Nak jugakkkkkkkkk. Makanya bermula kehidupan untuk mengenali sape Irvan ngan Mariam. 

Mula mula tu ade la rase sedikit sangsi, agak agak novel ni aku akan bace sampai titik terakhir ke tak. Tapi bile dah start bace confirm payah nk berenti. Terus nk dig in, ape yang jadik. Part paling emosi, bile babah ngan Chik serta adik beradik Irvan meninggal sekali gus. Sentap wehhh. Emosi gile. Tutup novel, terus nangis sampai basah sarung bantal. Hahaha 

Emosi sejenis perempuannnnn! 

After a week, settle bace. Rase nak tau ape yang jadik lepas tu terus menghantaui pemikiran. Amboiih kemain ayat kan. 





Ni la sambungan, The One! 


Dah separuh jalan bace. Dah jatuh chenta dengan kechomelan Chahaya. Kikikikikikiki. Ntah ape hal aku boleh terbayang muke Irvan tu macam muke TMJ. Hahaha ni mesti penangan kes Johor Royal Family minggu ni kan. Jadik terbawak bawak dalam imaginasi. 

MJ ni memang pandai olah jalan cerita supaya kita tak bosan and terus nk dig in what will happen next. Next next next. 

Rase cam nak baca lambat lambat dengan the lowest speed. Tak nak cepat cepat habis cerita ni. Hihihi.

Meroyan sungguh la kan. 

Irvan !

Mariam ! 

Chahaya! 

Babai. 

tt