Wednesday, September 30, 2015

Sandwich Telur , Jamban Gebeng & Kaktus ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

"Wake me up when September endssssssssssssssssssssssss" 
Kemain panjang ends tu kan, nampak macam seghonok benornye bulan 9 nak berlalu pergi. Bulan 9 yang penuh debaran. Alhamdulillah, ade berita gembira di Bulan September 2015.

Sandwich telur Leli request. Hahahaha. Buatkan hari Isnin hari tu. Gigih giler bangun pukul 5.30 pagi nak buat telur hancur semua tu. Kebetulan Farah bangun nak g amik Nani kat MBKT. Kalau tak confirm tak terbangun jugak. 

Rezeki Kak Ti jugak hari tu, sebab Kak Ti dah lame suruh buatkan, tapi tak berapa rajin nak bangun awal. Hehheeh padahal senang kemain lagik. 


Send gambar Pokok Janggut Hantu kat bawah tu dalam Group Timun Cina, siap suruh budak budak teka macam ape, Memun confident je reply "Macam jamban ***" Hahahaha terburai gelak. daripada jambang terus bertukar jadi Jamban. Dah le tu, dia kate pokok tu macam gebeng ***. Jenuh pikir gebeng tu amende, rupenye dia nak cakap 'jebeng'. Jebeng ni ala bulu bulu halus kat muke orang lelaki tu. Amende tah bahasa bakunya. Leli pulak pegi bahankan Memun,Gebeng tu name tempat di Pahang. Parah betul la bebudak ni 



Oh well koleksi Kekaktus dah bertambah. Hehehee . Buat penyeri work station. Ari ni ade yang keluar bunga. Gumbira rase di hati. Kikikiki. Next month kite beli lagik... 

Eh ade nampak tak Incek Koala terselit tu... Incek Koala dah balik ke tempat asal dia. Hehehe



Tu je nk cite. 

Babai! 

p/s : 2 hari berturut nampak kete Abam Koala dari jauh. Aishhhhhhhhh 


Monday, September 28, 2015

Majlis Tahlil, Cukur Jambul & Akikah Misyari ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wt 

=) 

Ni je satu-satunya majlis yang aku attend sepanjang cuti Raya Haji. Bertuahkan? Hahahahaa 

Majlis ni 3 dalam 1. Tahlil untuk Arwah Incek Boss, Tahlil untuk Arwah Kak Ma & Cukur Jambul, Akikah untuk Misyari. Kejap je Misyari dah masuk 3 bulan lebih. 

Makin besar makin comei. 

Chik, pinjam anak sebulan dua boleh? =P



Serious bebenor muka Abah Misyari. Hahahaha

Menu hari tu? 

Nasi Kuning 
Pulut Kuning 
Gulai Kambing 
Gulai Ikan Aye  
Jelatah 
Sambal Belacan. 

Ehhhhh sedappppppnyeeeeeeeeeeeeeeeee! 

Untuk Misyari, 

Aunty Nuyue doaka Misyari akan membesar menjadi anak yang soleh, taat pada Ummi Abah, agama, jadi lelaki yang gentleman dan berguna! 

Dah besar nanti jangan lupe belanja Aunty Nescafe ais bebanyak tau! 

Babai ! 

Program 3P Bersama Komuniti Kg Tok Kah & JAS ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Perghhhh program yang paling besar untuk kampung aku tahun ni. Program peringkat negeri. Alhamdulillah. Berjalan lancar walauapun ade la jugak minor problemnye kan. Terima kasih Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sebab memilih kampung kami. Nak buat macam mane, every year kampung kami ade masalah kebakaran hutan kan. Hahaha. 

Btw, aku rase ni satu program yang bagus. At least rakyat jelata tau musibah atau implikasi yang boleh berlaku sekiranya asyik duk berlaku pembakaran terbuka ni. 

Aktiviti hari tu : 

1. Booth Pameran - Around 13 agencies yang terlibat 
2. Enviro Race - ala ala explore race. 2 kategori, orang kampung & pelajar PSMZA 
3. Bacaan Ikrar Geng 3P 
4. Demonstrasi Memadam Kebakaran 
5. Kenduri Rakyat 


Kenduri rakyat tu cam biase la masak secara bergotong royong. Sedap gulai ati tu. Kikikiki

Atas tu Kak Yong kawasan tengah menunjukkan kepakaran menumis rencah nak masak bihun untuk breakfast esoknye. 

Sebenarnye Kak Yong yang duk gaul godeh bihun tu, memandangkan tak de orang nak amik gambar Kak Yong, so Kak yong tolong la amikkan gambar Mak Cik Siti ni haaaa

Team Tukang Masak Kg Tok Kah. Sado sado semua ni



Crowd yang sangat memberangsakan. Alhamdulillah. Menunggu sampai ke selesai majls


Haaa group yang menang disebabkan Kak Yong kawasan. Hahahahahaha




Tapi yang paling best lepas majlis hari tu, tengok penghargaan dari JAS Terengganu. Perghhh terus hilang segala penat lelah! Korang memang best ar. Len kali buat program kat kampung kami lagik yer... 

Babai! 




Nasi Lemak, Jakel, dan Asam

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)


Ha nasi lemak kat atas tu memang terbaik ar. Sedap gilerrrrr! Memang tak tipu tau. 2 pinggan aku makan. Nasi lemak homemade ni, Ummi Leli masakkan. Aishhhh tetibe terbayang bayang ni. Rase macam dah kat tekak je ni. Eh sedap sangat tauuuuuuu! 

Eh tapi kan lepas makan je, tetibe tekak rase loya, kepale pening. Ni bukan side effect makan nasi lemak ni, tapi ni akibat tak cukup rehat for 2 days lepas tu mala tu budak budak duk memekak kat rumah. Terganggu terus tido. Mencik tau

Tengah hari Ika ngan Leli ajak keluar, eh laju je mengekor. Singgah 7E beli asam. Tengah syok syok makan asam, tetibe rase nk muntah. Terus bukak pintu kete, muntah bebetul parking depan pintu masuk Jakel. Hahaha memilih kan, nk muntah tempat best best. haha. Muntah kemain banyak lagik. Segala makanan yang masuk muntah balik. Aku tak sure la budak budak Jakel perasan ke tak aku muntah tu. Memang kene maki ar. Hahahaa

Settle kat Jakel tu ikut Ika ngan Leli pegi satu Office tu. Asam maintain kat tangan. Bawak ke hulu hilir. Ade la makcik sorang tu menegur lepas tengok aku pegang asam, "Biase la awal awal macam ni memang tak larat, asam bawak ke mane mane je"  Aku sengeh je. Tak daye nak membalas. Memang dah flat ar. Aku syak makcik tu assume aku pregnant.. Tak pe la makcik, I redha je. Hahaha

Tapi memang tak daya weh. Malam tu before 9 aku dah pitam. Tengah syok tido bunyik bising, selamba badak je aku bangun sound budak budak suruh duk diam. Hahahaha Sorry ye diks, akak kalu migrain memang perangai huduhsss sikit yerr...



Haaa ni la asam kontroversi tu. Erkkkk tak berape nak sedap. 

Okbai! 




Monday, September 21, 2015

Kampung Cina ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Oh well selalu tengok orang post gambar duk selfie kat Kg Cina, ade mural lawa-lawa. Hoi, jadi Org Terengganu tapi tak tau mane tempat tu, memang mintak kaki la kan. 

So, last 2 weeks kot menyinggah le sambil sambil cari port selfie. 

jOm layan =P 




Bawah ni kat padlock love tu. Tulis name couple pastu lock kat dinding. Hahaha 



Ni area blakang coffee shop tu kalu tak silap. Eh ke  kedai ape depan tu. Ade celah celah lorong 











Eh tu je nak tunjuk, sebenarnye banyak lagik tapi tak sempat. 

Hahaha kesian kan, macam pelancong kat negeri sendiri 

ANAK DARA TUA

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Mesti ade yang terbca pasal status fb aku ari tu kan? Tak silap 0n 14th August, hehehe status agak tegang la sikit. Ni rentetan kisah tragis tahun lepas, berlarutan ke tahun ni. Aku malas la nak amik hal sangat kan, tapi aku rase terkesan jugak. Bukan kecik hati orang cakap aku anak dara tua, tapi aku kesian sangat kat orang yang kate tu.

Orang yang mengata tu tengah membawak budak. InShaAllah anak ke 6 beliau tak silap aku. Dah ade anak perempuan, 2 orang kalu tak silap lagik. Tapi dengan ape yang dia perkatakan tu, dia tak ingat ape pun. Dia tak sedar dia ade anak perempuan, tak risau ke One day anak perempuan dia jadik macam ape yang dia kate kat aku tu?

Mintak simpang lahhhhh

Agaknye dia ingat aku nak sangat jadik anak dara tua. Memang tak la kan. Tapi sape la kite sebagai manusia ni nak menidakkan segala perancangan Allah untuk kita. Mungkin buat masa n jodoh aku tak sampai lagi. Mungkin sebab Allah nak bagi aku bersedia fizikal dan mental sebelum bertukar status. Mungkin jugak Allah nak beri aku peluang bermanja-manja dengan Puan Mak, Adik beradik, anak sedara semua. Sebab bile dah kawen, suami akan jadi keutamaan.

Orang yang kate tu tak kan fikir semua mende ni. Bile dengar orang lambat kawen agaknye yang negatif je dalam kepale. Allah!

Semoga orang berkenaan dan keluarganya dalam lindungan Allah sentiasa.

Amin.

9 Tahun ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 




Dah 9 tahun rupenye. Bukan dah terlalu lama, tapi aku rase macam baru lagi Arwah pergi meninggalkan kami semua. Tipu la kalu tak terkesan dengan pemergiaan arwah kan. Lebih lebih lagik aku si bongsu ni. Banyak mase spend dengan arwah dulu. Gaduh pun banyak. Buat perangai lagik la banyak. 

Alhamdulillah, 11 September ari tu buat tahlil untuk arwah. Tak buat kat rumah, buat kat masjid. Next year buat kat rumah pulak. Incek Abang kate kalu buat kat rumah tak cukup korum. Kami ikut je mane yang baik. Jemputan tak ramai, tapi alhamdulillah, ramai jemaah masjid malam tu. 

Terima kasih pada yang sudi hadir untuk tahlil arwah ayah kami. Semoga ape yang kite buat ni, sampai pada arwah di sana. Semoga arwah tenang dan berbahagia di sana. 

Tak leh taip panjang. Rase sebak tetibe. 

Sumpah. 

Demi Allah! 

Rindu arwah sangat sangat! 

Semoga Cik tenang di sane. 

Al Fatihah! 

tt