Thursday, July 23, 2015

Raya Oh Raya

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Dah raya ke 7 berapa buah dah rumah korang pergi beraya? Aku? Hahaha baru 2 buah rumah. Rumah yang wajibul ghunnah pergi. Rumah mak sedara aku dengan ex boss. Aku bukan kaki berjalan raya sangat. Dah tua tua ni malas sikit nak berjalan. Rasenye mase skolah rendah la kot last aku pusing kampung pergi beraya. 

Well, bila berjalan beraya ni kan, ade few things la yang kite kene yang kite kene take note. 

1. Masa 
Ohoi sila la pilih masa yang bersesuaian untuk pergi beraya. Contohnya jangan la pukul 8 pagi dah terpacak depan rumah orang untuk pergi beraya. Bagi la masa untuk tuan rumah buat preparation. Bagi dia kemas rumah dulu. After 10 aku rase ok la. Tapi beraya tu jangan la pukul 10 malam baru nak ketuk pintu rumah nk g beraya. Agak agak ar, tu dh family time tau. Jangan la kite menggangu masa rehat orang.

2. Mulut 
Memandangkan raya ni adalah waktu untuk kita reunion balik dengan sedara or kawan kawan or jiran yang dah lame tak jumpe,mulut sila la bercakap dengan sopan. Jangan la ditanya soalan soalan yang mampu mengguris perasaan orang lain. Tak pun duk perli perkara-perkara yang mampu buat orang bengang. Dah le jumpe sekali sekala kan, duk buat sakit hati orang pulak. Sepatutnye raya ni jadik platform untuk merapatkan silaturrahim tapi lain pulak jadi 

3. Adab 
Yang ni paling penting. Pergi beraya rumah orang biar semenggah sikit perangai. Jangan main ikut suke je. Duduk, makan biar elok. Kalu bab makan tu amik makanan biar berpadanan dengan rasa kite nak makan. Kalau tak cukup baru tambah. Jangan amik ikut sesuka hati lepas tu membazir. Lagi satu, makanla apa yang dihidangkan. Jangan direquest bebukan. Lepas tu kalu biskut raya or makanan dah habis, jangan memandai suruh tuan rumah refill. Mungkin ade lagik orang lain yang nak datang beraya. Tuan rumah bukan memasak untuk kita je. 

4. Bermaafan 
Sesi bermaafan ni kadang kadang ade yang amik acuh tak acuh. Sekadar mencukupkan syarat je. Hulur tangan nak bersalam hujung hujung jari je. Bermaafan ni biar la lahir dari hati, biar ade keikhlasan. Jangan hanya nk tunjuk baik depan orang. 

Ape lagik? Itu je kot. Perkara yang remeh tapi kita tak pernah nak amik port sangat. 

Ni bukan peringatan untuk korang je, tapi untuk aku jugak.

Babai!

0 comments:

tt