Thursday, July 9, 2015

Ceritera Ramadhan & Raya ~

www.tips-fb.com

Assalamualaiku wbt 

=) 

Kejap je mase berlari kan. Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 3 Ramdhan. Lebih kurang seminggu lagik nak raya. Semua pakat duk sibuk buat persiapan raya. Ade yang dah boss luluskan cuti, packing kain baju sesiap dah nak balik raye. Hehehe. Macam mane persiapan korang? Mesti dah 90% settle kan? 

Untuk aku sendiri, ermmm macam tak de persiapan. Semalam baru hegeh hegeh submit borang cuti kat boss. Lulus ke tak, tak tau lagik. Aku apply sehari je, on 21st tu. 20th tu aku ami Unrecorded Leave. Office bagi option wether nak UL sehari before raye or sehati lepas cuti raya. Amik sehari lepas raya la. Untuk Terengganu cuti raya 3 hari. Memandangkan 2nd day raya tu on Saturday, so dianjakkan ke Ahad la kan. Dah untung kat situ kan. 

Persiapan? Baju raya memang tak beli. Ade sepasang baju yang aku baru pakai sekali dua kot. Orang tak perasan sangat pasal baju tu, jadik kite recycle jek. Macam tak de mood nak cari baju raya. Hahaha bosan jugakkan sebab dah hari hari berbaju kurung kat office. Kasut raya memang tak de, recycle mane ade. Kuih raya beli 3 jenis. Tu pun nasib baik akak tu datang jual kat office, kalu tak, memang aku tak beli la jugak. Hahaha parah kan. 

So far bulan puasa ni, aku rase tak de la meriah macam tahun tahun lepas. Nak kate busy eh memang tak la, mungkin sebab berpuasa jauh dari keluarga *ermmmm jauh la sangattttttttttttttttttt*. Lepas tu pulak tahun ni, ape yang nak dimakan pun tak de la yang aku craving sesangat. Tahun lepas lepas tu siap request itu ini kan. Tahun ni tak. Ape yang aku jumpe kapt bazar, itu la yang aku beli. 

Dulu dulu zaman kecik kecik berpuasa, especially time arwah ayah aku ada, aku rase macam best sangat sangat. Puan Mak masak macam macam, walaupun hari biasa pun dia masak macam macam jugak, tapi feel dia rase lain. Bangun sahur pun rajin. Mungkin dipaksa time tu. Hahaha sekarang, sahur just  bangun niat, minum air kosong, sambung tido balik. Tak sampai 2 minit pun. 

Aku rase ni disebabkan perubahan hormon mengikut perubahan usia. Hehehe. Tapi betul la. Dah tua tua ni kan, persiapan raya tak kisah sangat. Janji hari raya tu ko dapat berkumpul dengan semua family members. Lepak lepak, makan makan, sembang sembang tu je kot. 

Ape lagik? Ermmm memandangkan ari Khamis tu baru aku hegeh hegeh nak balik rumah, petang Khamis tu baru nak g kubur Arwah Cik. Ermmm bagus anak kan. Last week g masjid, jenguk dari jauh je. 

Ermm ape lagik ehhhhhh? Selamat berbuat persiapan raya la pada semua! 

Babai!

0 comments:

tt