Thursday, June 18, 2015

Jom Merepek !

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt

=) 


Salam 1 Ramadhan 1436 H ! *aishhhh kemain sopan ni kannnnnn*

Ape cite sahur pagi tadi? Aku secara logiknya tak bangun sahur pagi tadi walaupun dah celik bijik mata. Tapi time bile pulak aku tertido, sedar sedar dh 6.30 am. Syabassss! Tapi tak kesah sangat pun sebab aku memang spesis tak makan sahur. Bangun sekadar untuk niat sahur jek.

Semalam balik keje, terus singgah kedai runcit beli bawang besar ngan bawang merah. Then terjumpa ikan masin, fresh lagik, angkut bawak balik jugak. Nak masak siap siap karang balik terawih tak yah berkampung kat dapur lagik dh. Masak simple jek, ikan kembung goreng, sambal masak asing, pastu ikan bilik goreng bawang bercili hijau. Heh? Eh lebih kurang gitu la menu. 

Mase duk masak tu dh makan 1 cup megi kari. Eh dah siap masak tu, kemain lagik lapar. Jadi makan dulu nasik sikit before g terawih. Balik terawih makan lagik nasi, pastu topup ngan roti jagung. Ermmmm memang tak bangun sahur la kan. 

So untuk hari ni, balik jap lagi nak singgah bazar. Macam teringin nak makan murtabak, Pastu cari la kuih manis sikit, kalu ade bihun sup pun okeh kan. Hahaha. Balik rumah just nak goreng ayam yang dah perap tu, pastu goreng sayur sikit. Bulan puasa kali ni pun niat tak nak makan nasi macam tahun tahun sudah jugak. Tercapai misi ke tak tau la. 

Terawih on 1st nite okeh! Penuh masjid. Oh lupe, malam tadi terawih kat Masjid Wakaf Tembesu, ala dekat je ngan rumah. Malam ni ke situ lagi gamaknye. Tengok keadaan la kan. Hehehe 

Hari ni malas balik Dungun lagik. Esok pepagi kite balik. Malas nak berebut dengan budak budak skolah hari ni.

Itu je la kot siri merepek hari ni. Jumpe Ahad depan pulak yer!

Babai! 

Ni muke pukul 10 am. Segar lagik kannnnnnnnn

p/s : Tahun ni tak de ucapan selamat berpose ye awak eh?

p/s/s : Pakcik Koala pegi mane? Dah 3 minggu tak muncul ni T____T







2 comments:

cik hani said... [Reply]

selamat berpuasa..

pagi tadi kita terjaga lambat, sempat makan kurma n susu jer

Anok Pok Mat Kapok said... [Reply]

@cik hani hehe kite sampai ke hari ke 4 puasa gagal lagik nak bangun sahur.

tt