Tuesday, June 30, 2015

Menu Lagik ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Dah nak masuk 2 minggu berpuasa tapi tak jumpe lagik makanan yang kene dengan jiwa. Macam mane ni kan. Yang homecook tak sah kire la, bebile mase pun memang dah sedia sekufu dengan tekak ni kan. Tapi yang kat bazar Ramadhan ni, aishhh aishhhhh aishhhhhhhhhhhh. 

Semalam terase nak makan something yang traditional sikit. Takmo onde onde, puteri mandi tu semua tapi nak yang manis tapi no kelape. Pusing pusing jumpe la kuih belimbing ni. Eh Qila, how come u donno this kuih eh? Aku cepuk jugak budak ni. Pastu beli cucur udang. Cucur okeh tapi sos pulak tak de feel langsung. Okeh. Ban kedai ni. Hahaha



Pastu nampak kebab ni pulak. Beli 2 ketui. Habis. Tapi 2 kali makan la. Ermmm boleh la. Tapi timun terlebih. Sayur lain tak dapat dikesan. Tahap kesedapan tak leh lawan yang kat Pasar Malam Dungun.Tapi okeh la kan as long as tekak boleh menelan kan. 



Air? Semalam beli teh bunga. Sedapppppppppppppppppppppppp! Nyaman je perut. Cume kan, sepanjang 2 minggu dah ulang alik ke bazar ni kan, agak kecewa la. Harga vs kuantiti memang membunuh la kan. Kalu tanye, ni semua disebabkan oleh pelaksanaan GST. Untuk aku la, selagi makanan tu sedap, cukup sifat rasenya, kuantiti memuaskan, aku sanggup bayar berape je. Tapi kalu beli mahal mahal, kuantiti ciput, rase kelaut eh tu memang meminta la sangat kan. Jaga la kualiti makanan yang dijual. Jangan main jual je, nilai keikhlasan nak memberi orang makan tu biar diterapkan. Jangan tau menjual je. Setakat ni lauk, aku tak beli lagik. Tak sanggup nak ambil risiko. 

Eh dah terover bebel pulak. Dah dah ade keje sikit nak settle, then nak keluar g bank. 
Sesambil buat keje, nak pikir juadah untuk petang ni pulak. 

Adios! 

Sunday, June 28, 2015

Salam 11 Ramadhan 1436H

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Pepagi Ahad ni start keje kemain lagik la malasnye. Adeh standart la kan bile baru lepas hujung minggu. Acaner puasa memasing? Masih bertahan utuh? Hehehee

Ni semalam punye juadah. Pegi cari murtabak gergasi tu tapi aku tak jumpe kedai. Hahaha. Last last beli la kuih badak dengan cream puff ni. Kuih badak tu kemain lagik keras. Sakit lubang tekak nak menelan. Cream puff tu pulak filing tak de rase langsung. Sedih hati saye tauuuuuu T___________T




 Puan Kakak masak banyak gak menu semalam, tapi yang ni je aku makan. Goreng sawi bertelur.  Buat ratah je. Sebab terkurang makan sayur kan bulan bulan puasa ni. Kemain tak lawas lagik sistem pencernaan. 



On the way balik Gong Badak, ajak Kak Kay singgah makan megi goreng. Sedappp. Telur mata tu yang kuning still cair cair.  Habis sepinggan. Lepas tu layan teh o laici. Pergh sedapnyeeeee. Terase je di tekak ni megi goreng malam tadi. 




Menu untuk hari ni tak tau lagik la hape. Susah betul la nak layan tekak ni. Rasenye beli murtabak lagik. Kikikiki. Kuih muih macam risau pulak nak beli, sebab tak jumpe lagik yang sesedap rase ni. Nak masak sendiri memang tak la. 

Dah dah nak sambung keje sambil pejam mate. Mencabar betul la mate ni. 

Selamat berbuka ye korang. Jangan membazir tau!

Thursday, June 25, 2015

Menu 7 Ramadhan ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=) 

Bersiaran lagik dengan menu berbuka puasa di hari ke 7. Mihmihmimhhh. Semalam berbuka sorang sorang, Cik Osmet balik kampung jap. Semalam balik lewat dari biase. Gi bazar pun dh ramai manusia. Nak tawaf banyak kali pun tak berape nak selesa. Jadik, ni je la menu yang mampu dicari. 

1. Rojak Ayam 



Sedap la jugak makan bile time lapar. Portion ok ok je. Ngam ngam la ngan perut aku 

2. Popia Sira 



Popia tu terhangit sikit, jadik ade rase pahit pahit. Ganggu konsentrasi nak makan tau. 

3. Puding Roti 



Erm yang ni sangat mengecewakan. Mungkin terbiasa makan yang sedap kot. Pastu tak kuah kastard

4. Fried Chicken Wing 



Sedap! Tapi pencicah dia kasik sos dalam paket macam kat MCD tu. Tapi aku bantai cicah dengan mayonis thousand island. Hehehe

Eh ade murtabak, tapi tak masuk dalam senarai makan time berbuka. Murtabak aku makan untuk bersahur. Tapi half je kot. Ade tersimpan elok dalam esbok. Hahaha

Petang ni balik Dungun. Ehem ehemmmmm seghonokkkk tapi esok kena bangun pagi pulak. Meeting di pagi hari. Bertabahlah wahai Noorul! 

Korang nak makan ape ari ni? Jom share sesameeeee







Wednesday, June 24, 2015

Menu Berbuka Lagi~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Selamat pagi semua ! Kemain semangat kan. Saje nak tayang menu berbuka semalam. Tawaf bazar Ramadhan tu berpusing pusing, cari Puding Roti. Tapi tak jumpe. Lepastu dah tak tau nak makan ape. Pusing pusing jumpe popia ni. Beli la RM2 je. Beli bebanyak confirm tak habis. Tapi popia ni sedapppp. Ari ni nak beli lagik la. 

Eh beli ape lagik semalam eh? Oh bihun sup. Biasa biase je. Kek batik. Ermmm kecewa! 





Dah le tu je yang nak dibebelkan pagi ni. Hari ni nak struggle siapkan report. Esok ade hal lain nak kene settle. 

Adios! 


p/s : nak tengok tahap kecerewetan makhluk nama Noorul Jannah ni meh le ikut beliau g bazar. Confirm surrender.  Hahaha

Tuesday, June 23, 2015

AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKENTANG DAN BERNENAS

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Hye semuaaaa *lambai lambai tangan* Duk buat ape semua? Mesti memasing duk sibuk fikir juadah ape untuk berbuka kan? Hahaha same le kite. Baru 6 hari puasa tapi macam dah tak tau nak makan ape. Huarghhhhhh

Ni cite semalam. Pegi bazar, macam dah tak tau beli ape kan. Tapi terpaksa beli jugak sebab tak nak makan nasi kan. Jadiknye, beli la puding ape xtau, memang jujur tak de rase langsung, karamel puding pun tak berape nak capai piawaian tekak, then mee goreng. Eh mee goreng tu sedap tapi tak kan nak makan mee goreng tu plain je kan. Eh beli la pulak fried chicken wings 2 ketui. Cukup le tu.

Pastu balik rumah call Cik Osmet tanya dia nak makan nasi tak, sebab terase nak masakkan nasi untuk dia. Dia cakap nak, pastu suruh dia belikan lauk yang ikut selera tekak dia. Pastu teringat ade ayam dalam esbok, so lets cooking la kan. Masak yang sesimple je. Asam masak lemak cili api. So, dengan ini saye tersangat baik hati untuk mengkongsikan resepi ayam masak lemak cili api ikut selera tekak saye. 



AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKENTANG DAN BERNENAS

Bahan - bahan : 

Ayam *potong siap siap ikut saiz yang kite nak*
Ubi kentang *potong empat*
Nenas *potong kiub* 
2 Keping Asam Keping 
3 Batang Serai *ketuk ketuk je ye*
Santan 
Air 
Garam penambah perisa 

Bahan untuk dikisar 

4 ulas Bawang merah 
3 ulang Bawang Putih 
10 biji Cili Api *bergantung tahap kepedasan yang korang nak*
2 cm Halia
Kunyit 

Cara Memasak 

1. Kisarkan bahan bahan yang nak dikisar tu. 
2. Masukkan bahan yang dah dikisarka tu ke dalam periuk bersama dengan ayam yang dh dicuci bersih
3. Masukkan air, pastu biarkan mendidih
4. Bile dah mendidih, masukkan kentang, asam keping dan serai yang diketuk-ketuk tu. 
5. Bile nampak ayam dan ubi kentang dah empuk, masukkan santan dan nenas
6. Bile dah masukkan santan tu, kena kacau kacau sebab tak nak kasik pecah minyak. Bile pecah minyak, masakkan tak lawa sebab santan akan berketul ketul. 
7. Bile nampak semua dh ready, perisakan  dengan garam 
8. Kalu nak tambahkan daun limau purut or daun kunyit pun boleh. Nanti bau masak lemak ni lagik la terangkatttttttttt
9. Andai kate kuah tak berape nak kuning, boleh tambahkan kunyit yang serbuk tu eh. 


Senang je sebenarnye. Eh bile duk tenung pulak lame lame ni kan, terliur la pulak. Adeh. Kang tak pepasal batal pose pulak. So, selamat mencuba.

Dah tu, ape menu korang malam ni? Aku?? Meronda kat bazar lagik la hari ni 

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, June 22, 2015

1 2 3 4 Ramadhan ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikuam wbt 

=) 


Kejap je dah 5 Ramadhan kan. Macam mane puasa anda semua? Masih penuh dan bertenaga kan? Hahaha.. Aku? Alhamdulillah. Masih sempurna puasanya. Ala orang perempuan kan ade cutinye. Hehehe tapi puasa tetap kene berganti. 

1st day puasa tu, malas nk menyinggah ke bazar, nampak macam ramai manusia sangat. Biase la 1st day puasakan, eksaited sesangat memasingkan nak membeli itu ini. Aku singgah gerai yang tepi jalan tu je, Beli kuih 2 jenis, onde onde inti kacang dengan tepung bunga. Pastu beli laksa penang. Tu je yang tekak berkenan. Balik rumah, goreng ayam yang dah perap semalaman. Tapi time berbuke, bile rase ayam tu, masin yang amat. Uwaaaaaaaaaaaaaaa. Stress tau. 

2nd day puasa, dah terpacak balik rumah. Juadah memang menggembirakan perut la. Puan Kakak masak babat lemak cili padi, hati limpa goreng, sayur kolok, ade murtabak megi, agar gar santan. Kemain banyak lagi juadahnye. Aku kat perut kecik. Makan murtabak megi suku, sesenduk babat, limpa hati goreng, perut terus penuh. Hahaha kesian kan. Tapi air memang banyak gile la aku minum. 

3rd day puasa pulak, bukak kat rumah Kak Kay. Pegi bazar beli murtabak, ayam pusing, rojak ayam, kuih kuih. Aku makan rojak ayam, ayam pusing sikit. Terus perut jadi penuh. Hahaha ape punye perut la kan. Nak balik rumah sewa, singgah Treleaf cari pisang. Tapi tak de. Beli je la gardenia whole meal ngan peanut butter. Makan tu je as supper ngan sahur. 

Semalam pulak, aku memang malas nak singgah ke bazar lagik. Niat hati memang nak masak. Dah siap beli bahan segala bagai, sekali sampai rumah, mood swing terus. Sedih kot. Kalu bulan tak puasa aku ok je. Tapi time bulan puasa ni, paham paham la. Terus tido. Bangun bile orang azan, minum yogurt drink je. Lepas iron baju baru makan. Tu pun makan murtabak ngan ayam pusing yang Kak Kay tapaukan. Punye la geram aku makan semua tu tak panaskan pun. Nasib baik perut tak meragam pagi ni. 

Dan yang bawah ni, roti sapu peanut butter, tambah pisang. Sedappppppppppp! 





Eh tetibe terbayang kelazatan peanut butter bercampur pisang tu. Ermmmmmmmm lambat lagi ke berbuke? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Babai!

Thursday, June 18, 2015

Jom Merepek !

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt

=) 


Salam 1 Ramadhan 1436 H ! *aishhhh kemain sopan ni kannnnnn*

Ape cite sahur pagi tadi? Aku secara logiknya tak bangun sahur pagi tadi walaupun dah celik bijik mata. Tapi time bile pulak aku tertido, sedar sedar dh 6.30 am. Syabassss! Tapi tak kesah sangat pun sebab aku memang spesis tak makan sahur. Bangun sekadar untuk niat sahur jek.

Semalam balik keje, terus singgah kedai runcit beli bawang besar ngan bawang merah. Then terjumpa ikan masin, fresh lagik, angkut bawak balik jugak. Nak masak siap siap karang balik terawih tak yah berkampung kat dapur lagik dh. Masak simple jek, ikan kembung goreng, sambal masak asing, pastu ikan bilik goreng bawang bercili hijau. Heh? Eh lebih kurang gitu la menu. 

Mase duk masak tu dh makan 1 cup megi kari. Eh dah siap masak tu, kemain lagik lapar. Jadi makan dulu nasik sikit before g terawih. Balik terawih makan lagik nasi, pastu topup ngan roti jagung. Ermmmm memang tak bangun sahur la kan. 

So untuk hari ni, balik jap lagi nak singgah bazar. Macam teringin nak makan murtabak, Pastu cari la kuih manis sikit, kalu ade bihun sup pun okeh kan. Hahaha. Balik rumah just nak goreng ayam yang dah perap tu, pastu goreng sayur sikit. Bulan puasa kali ni pun niat tak nak makan nasi macam tahun tahun sudah jugak. Tercapai misi ke tak tau la. 

Terawih on 1st nite okeh! Penuh masjid. Oh lupe, malam tadi terawih kat Masjid Wakaf Tembesu, ala dekat je ngan rumah. Malam ni ke situ lagi gamaknye. Tengok keadaan la kan. Hehehe 

Hari ni malas balik Dungun lagik. Esok pepagi kite balik. Malas nak berebut dengan budak budak skolah hari ni.

Itu je la kot siri merepek hari ni. Jumpe Ahad depan pulak yer!

Babai! 

Ni muke pukul 10 am. Segar lagik kannnnnnnnn

p/s : Tahun ni tak de ucapan selamat berpose ye awak eh?

p/s/s : Pakcik Koala pegi mane? Dah 3 minggu tak muncul ni T____T







Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Kareem `

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Esok masuk Bulan Ramadhan 1436 H akan bermula. Makanya, bermula esok semua umat Islam akan mula berpuasa sebulan. Erm tahun ni puasa jauh dari rumah. Uwaaaaaaaaaa sedih tau. Esok kene bangun sahur sendiri. 

Eh petang ni nak masak hape untuk sahur eh? Eh bukan nak makan time sahur tapi time balik terawih karang. Malam ni terawih dengan jemaah jemaah baru. Seghonok sebenarnye boleh duk perati kerenah orang.

Jadinye, dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ni bukan Remadhan yang terakhir untuk kita semua. Gunakanlah bulan yang mulia ini untuk melipatkan gandakan amalan kite.




Ape lagik eh? Erm....

Mak, nak balikkkkkkkkk!



Babai!

Tuesday, June 16, 2015

Random ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

1. Carbonara Pasta 

Ni menu berbuka lagik. Hahaa menu paling senang aku nak masak. Kuah instant je, tumis onion, garlic, ngan cili padi, then letakkan instant carbonara paste tu. Tak de tambah mende lain pun. tak de mushromm, or sosej. Peti ais dh kosong. Nasib ade lagik pasta kan. 

Yang melampaunye, atas tu aku tuang mayonise thousand island. Nak bagi rase creamy masam masam sikit. Tekak melampau kan. Nak makan yang sedap sedap je kan. 2 pinggan jugak aku makan. Eh kate puasa kan, lapor. Ade lagik baki dalam peti ais. Karang balik panaskan balik je. Muahaha senang idop kan. 


2. Ejaan Nama 

Aku jumpe mende alah ni kat fb. Sape share eh? Leen kot. Erm untuk orang yang tak pernah tengok ejaan name aku, mesti akan eja macam mane orang sebut. Biasa orang akan sebut double O akan jadik bunyi U kan, alah basic blajo omputih. Cam WOOD, orang tak sebut WOD tapi WUD. Gitu la jugak name aku kan. Ejaannye kan NOORUL, jadi Orang menyebut NURUL. Tapi aku biase aku sebut NORUL, senang orang imagine nak eja cam mane. Cumenye aku akan tambah harakat bile sebut NO tu jadi NOO, maknenye orang tau ejaan name aku NOORUL.

Bile tengok balik, name aku memang ade double huruf tau, nOOrul jaNNah muhaMMad. Sebab tu aku prefer sebut, NOORUL JANNAH MUHAMMAD, double O, N, M. Nasib ar sape yang paham, sape yang tak paham. Hahaha. Ade aku kesah? Tapi kalu salah, memang aku marah.

So far, memang few people je la yang akan reti mengeja dengan betul name aku. Credit pada Incek Zul sebab dia reti eja. Hahaha. Orang lain memang fail. Tapi Uncle Koala lagik best, bile aku sebut name betul aku, kemain berkerut dahi. Tak percaya gamaknye name aku sebaik tu. Muahahahaha



Tapi ape pun, bagi aku name kena eja dan sebut dengan betul. Lagik la kalu nama tu membawa maksud yang baik. Sebab panggilan tu mampu membentuk peribadi seseorang tau. Eh skema pulak bunyinye kan. 

Tapi dalam bebanyak nama yang orang duk panggil, aku rase yang Hakim panggil paling sweet, KAKAYU 

Terase muda semacam jek 

=) 

Babai! 


KEPUTUSAN 2.0

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Hari ni la harinya yang sepatutnye. Lepas ditimbang ditolak dikira gune jari tangan kaki beruang Koala dari Melbourne, makanye aku buat keputusan aku TOLAK offer tu. Bukan menolak rezeki orang kate. rezeki tu ade di mane mane, Bumi Allah ni luas. Cume rajin dengan tak je untuk mencari kan. 

Aku buat keputusan ni bukan sesuka hati je. Aku dah fikir banyak bende, fikir macam macam perkara sampai aku migrain tahap teruk. Hahaha payah kan nak buat keputusan. Puan Mak pun mase aku cite kat dia pasal offer ni, dia macam terkejut plus blur jugak. Aku tau daripada cara dia tu, nak suruh aku offer tapi kalu aku sendiri yang tak nak, nak buat macam mane kan. Bukan senang weh nak cari peluang nak mother-daughter's talk ni. Tunggu semua orang tak de.

Cume satu je aku pegang, aku tolak dulu offer ni tapi dalam mase yang same aku cube cari peluang yang lain pulak. Yang kali ni aku anggap je rezeki Orang lain. Mane tau kan ade orang yang lagi berhak dan memerlukan offer tu kan. Semoga begitu la hendaknye.

Dan, semoga untuk beberapa bulan ke hadapan ni, segala urusan aku akan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Dah tak mo la emo emo sampai menimbulkan khabar angin yang menyakitkan telinga ni. Allah adalah perancang terbaik untuk kehidupan kita tapi kita selalu terlupa dan takdir selalu kite persalahkan.

Okeh. Nak sambung buat keje. Nak sambung merajinkan diri, mempositifkan minda. 

Selamat menjalani Hari Selasa, semua! 

Adios!

p/s : " Terpulanglah.. kalau rase tak sesuai, tak happy tolak je,, tapi sekarang payah nk keje gov.. Tapi kene ingat jugak rezeki di mana mana " - thanks awak ;) 

Monday, June 15, 2015

MENGIDAM ~

www.tips-fb.com



Assalamualaikum wbt 

=) 

Mood aku memang dah swing hampir sebulan kot. Hahaa lame gile swing kan. Seboleh bolehnye cube la melayan tekak supaya mood swing tu tak de makin parah. Since last week kot aku teringin nak makan nasi putih dengan ikan goreng panas panas. Potong cili potong bawang, pastu goreng kejap. Pakai minyak yang same goreng ikan tu. Baru la ade flavor sikit bawang tu kan. Pastu kicap tu renjis renjis atas nasi. Perghhhhhh





Abis sekor ikan tu aku makan. Eh besar jugak tau ikan tu. Ari  ni tak kan nak ulang menu ni lagi kan. Ikan yang dah siap aku garam kunyitkan ade lagik 2 ekor. Tengok la macam mane time sampai umah nanti. Kalu tak aku masak spageti lagik untuk berbuka ari ni. Hahaha sebab tu je menu yang paling menyenangkan untuk masak. 

Erm... mood aku swing ni kan tak de kene mengena ngan sesape. Sekali kan, ade la angin kencang yang duk bertiup kononnye mood swing aku ni melibatkan individu lain. Eh ape kesssssssssss

Dah ar, Tetibe rase mood swing datang. Nak punch out, solat asar pastu balik masak untuk berbuke.

Adios!

Bakor Ayam ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Ni cite ari Sabtu ari tu. Sehari selepas kenduri Pok Teh. Hahaha btw, aku tak attend pun kenduri tu. Pegi merewang je malam sebelum tu. Hari kejadiannye, aku tumbang. Muntah + migrain. Telan active fast terus lost. Aku tak sedar brape lame aku tido. Tapi start dari ari Khamis lagik aku sakit kepale. Pagi tu breakfast makan kuih dengan nescafe tarik je. Sampai office terus aku muntah. Kosong perut. Tengah tengah duk sakit kepale, boleh pulak Pen. VC datang buat site visit. Dah le terjah masuk office aku. Mane aku nak kenal, sedap duk address dia as DR, time nak balik tu baru dia cakap " Panggil I Dato' " Hoi mane nak tau wehhhhhhhhh. Check kat direktori rupenye dia orang baru. Lepas dia balik je, telan active fast, pastu terus rase high giler. Tido pun dalam keadaan separa sedar. Memang parah ar. Dah le dengan perut kosong. Petang tu makan pun, duk usap usap perut tak nak kasik muntah. Bertahan la makanan dalam perut aku sampai la pagi Jumaat tu. 

Okeh balik pada cite asal. Bebudak ni la request nk bakor bakor ayam. Mak sedare dh le semua penat merewang kenduri kan. Jadiknye layan kan la. Puan Kakak marinate 4 ekor ayam, masak nasik goreng, mee ngan bihun goreng. Kak Long bawak puding triffle.

Memula ingatkan nak start membakor lepas Maghrib, tapi nampak cuaca macam mendung semacam. Jadik pukul 530 tu start membakor. Puan Mak kate bakor awal awal buat jiran tetangga terliur. Ye la aroma ayam tu menerawang ke seluruh pelusuk kejiranan. Hahaha. Dah separuh jalan membakor, Angah sampai. Sambung membakar pulak. Dah Maghrib baru siap bakor. Ira ajak buat eksperimen bakor sotong. Meh kite bakor, tapi sebelum tu perap dulu dalam lebihan perapan ayam tu. 

Eh tak sedap tau sotong bakor tu. Tak pepasal tekak aku meloya. Hahaha saje carik penyakit kan. Aku tengok Achik telan pun muka macam nak hijau dah. 



Pukul 8 lebih macam tu Incek Abang dengan family sampai. Hambik semua pakai baju T BN time PRU ari tu. Sawan benor la diorang ni. Siap bawak baju lebih suruh kiteorang pakai, tapi tak muat. Hahaha


Mane aku? Memang aku tak kan ade dalam gambor la. sebab aku sendiri yang jadik photographer. Ni pakai phone Incek Abang je, aku punye Cik Epal kemane ntah time ni.

Itu je la cerita bakor bakor ayam kali ni. Raya ni pulak kite membakor ye. Tunaikan hajat bebudak, kekonon nak makan makan besar sebelum puasa. Eleh nanti puasa makan lagik besorrrrrrrrrr.


Ape lagik? Tade dahhh


Babai!

Sunday, June 14, 2015

DENYUT NADI

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=)



" Untuk menang adalah satu hal, untuk mengekalkan kemenangan adalah satu hal yang lain pula. Memusnahkan adalah perbuatan yang begitu mudah. Pembersihan dan pembangunan semula kadang-kadang lebih sukar prosesnya daripada melakukan kemusnahan itu sendiri " - Denyut Nadi, 118

Hampir sebulan kot amik mase nak habiskan novel ni. Bukan sebab tak menarik tapi malas yang teramat. Tapi once dh start kene la habiskan kan. 

Novel ni tak de la pelik sangat. Tak de heavy mane pun. Cume kisahnye je berkisar pasal tahun 1940 an. Zaman kene jajah dengan Jepun, Inggeris pastu ade keluar hal komunis sikit. Yang tak syoknye, ending tu macam tergantung sikit. Eh tak tergantung tapi macam nak kite berfikir sendiri ape kesudahannye cam mane. Tapi yang paling aku duk terfikir, ape pendirian si Johari sebenarnye.

Buku ni bagus sebenarnye untuk sesiapa yang mencari arah perjuangan. Eh bukan aku suruh ikut ideologi watak watak dalam tu tapi semangat perjuangan tu. Diaorang berjuang untuk dapatkan apa yang diaorang nak walaupun terpaksa menjadi orang lain, bermuka-muka.

Dan, lagik bagus untuk kembalikan balik semangat untuk orang yang dah totally lost macam aku ni. 

Terima  kasih pada orang yang bagi pinjam novel ni. 

=) 

" U have lost your loved ones. U are too fragile and weak " 

Tuesday, June 9, 2015

CEREWET KUASA DUA ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Puan Mak kate anak bongsu dia ni makin hari makin cerewet. Semua mende tak kena. Asyik nak complain je. Hahahahaha

Sebenarnye bukan cerewet la. Cume aku rase aku sejak masuk usia baru ni aku suke something yang nampak teratur dan tak berserabut. Nak semua mende jalan smooth je. Ala bukan aku sorang je kot spesis gini. Orang lain ade je jugak. 

Contoh la. Aku memang ade habit make sure office aku kemas before aku balik tetiap petang. Bukan ape, buatnye malam tu ade orang datang, tak de la memalukan diri sendiri kan bile orang tengok office kite. Lagik satu, barang barang tu bile kite dh susun tempat yang sepatutnye, esok senang nak capai kalu nak buat keje. 

Same jugak macam bilik. Pepgi sebelum g keje, aku akan kemas dulu. Mane la tau kan mase kite tak de kawan housemate datang nak tumpang solat ke hape, tak de la orang nak pengsan tengok bilik kite kan. Biar nampak kemas dan bersih. Baru orang selesa. Tu belum masuk bab dapur. Semua peralatan kene susun elok elok. Ala nak memudahkan keje kite jugak. Tak de la kelam kabut mase nak masak.

Disebabkan perkara-perkara macam ni la mak aku kate aku makin cerewet. Hahaha time office lame dulu, meja aku kurang berkemas. Time nk balik, aku kunci pintu. Tapi bahagian lain kat office, aku akan make sure berkemas. Ye la office lame tu orang datang tak menentu mase kan.

Ape lagik yang aku cerewet? Oh ya, last week dapat surat satu. Surat rasmi yang aku kire caca marba. Ermmmm name aku memang totally out la. Noorul Jannah BIN AZIZ. Ohmaiiii mane datang name ni. Ic number betul la pulak. Bile masuk bab alamat Tok Kah, tukar jadik TOH KAH! Tu belum masuk lagik bab layout surat yang herot berot. Eh main tangkap muat je keje eh? Tak check dulu ke kedudukan kertas tu macam mane kat printer. Alahai memalukan jabatan kerajaan je tau. Berbulu je mate menengoknyeeee.

Ha lagik satu. Hahaha yang ni memang Puan Mak hangin kalu aku start bukak mulut. TUDUNG. Aku pernah mention dah kot dalam blog sebelum ni, aku paling tak leh tengok orang pakai tudung bercorak dengan baju pun bercorak. I is mau pitam. Aku yang kekadang pakai tudung bercorak ni pun rase rimas. Tu pun matchkan dengan baju plain. Kalu baju bercorak memang aku carik tudung plain je. Tak reti eh nak menyerabutkan muke yang dah berserabut sedia ade ni. Hahaha

Sebenarnye, tak de masalah pun nak cerewet sikit sikit tapi jangan le sampai menyusahkan orang lain tau. 

Tapi sekarang aku agak alergik dengan whatsapp message. Macam mane tu????

Nahhhhh aku belanja gambor orang cerewet yang .....






Babai!

Monday, June 8, 2015

WEDDING IJAD

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Ari Sabtu hari tu ari kenduri kendara gamaknye. Berderet kenduri. Masing masing nak mengejar bulan puasa kan. Eh tapi lepas raya for sure la lagi berderet kenduri. Fuhhhhhhhhhhh 

Kenduri Ijad ni second kenduri yang aku attend on that day. Yang 1st tu kenduri jiran tetangga. Pegi makan, jumpe mak pengantin, terus balik salin baju nak g kenduri Ijad pulak. Kena tukar baju sebab mase pegi kenduri yang 1st tu berpeluh bagai kene curah hujan. Kalu orang tengok, orang tak leh nak beza tu air mate ke peluh. Penuh satu muke. 

Aku tak tau la pulak tema Ijad warne purple. Aku pakai kaler biru. Eh gasak la kan. Aku sebenarnye ari kenduri tu baru percaye yang Ijad dah kawen. Hahaha. Mase 1st aku tau pasal dia nak kawen, memang aku gelak kaw kaw. Gile tak percaye wehhhhhhhhh. Bersungguh sungguh dia cite, aku bolayan je. Sampai la aku jumpe Cik Wook time kursus tu baru la aku rase nak percaye. Hahahaa


Pengantin request nk wefie. Siap gaduh gaduh atas pelamin sebab tak nampak muke dia. Hoi tangan aku pendek ar. Terkejut bini Ijad tengok kami gaduh. Hahahaa. Ijad introduce aku kat bini dia, bagitau kawan since Form 1. Eh ye keeeee. Macam tak je Jad. Form 1 kat SMKPS aku kawan ngan Din je. Hahahaa 


Last but not least, Selamat Pengantin Baru untuk both of U. Semoga kekal hingga ke Jannah. Jangan gaduh gaduh tau. 

Lagik? Eh kenduri Ijad aku tak makan pun tau. Segan. Tak de partner. Hahaha

Babai!

p/s : eh Jadddddddd lepah ni aku nk bleber ke sape pulok??????

Friday, June 5, 2015

Cerita Orang Baru Kahwin ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 


Alahai tajuknye kannnnnnnnn... Hahaha jangan salah paham. Ni ari Rabu punyer cerita. Hari Rabu tu kan puasa, so mule la terasa nak makan itu ini kan. So balik keje terus gerak pegi Sabasun. Niat nk masak spageti. Aku punye carbonara, Kak Ayu dia makan bolognese, so lets beli barang la kan. Sampai Sabasun, rushing amik bakul, menonong sorong pegi rak mayonis. Tengah tengah duk pilih mayonis, ade pakcik tu menegur "Senang orang baru kawen sekarang kan. Tak tau masak, semua yg segera ade. Sup siap siap dalam tin pun ade. Balik panaskan je. Briyani pun ade yg segera". Aku terkulat kulat tak paham ape yg dia cakap. Pakcik tu gelak, ulang dialog yg same lagik. Aku sengih dengan angguk je.

Tapi yang jadi persoalan, aku ni nampak macam oorang baru kawen ke? Tilik jari, xde inai. Inai apenye, jari pun xde cincin. Takde langsung faktor penyumbang nk jadi orang baru kawen. Hahaha

Tapi aku xtau la kalu pakcik tu merujuk pada pasangan yg lain kat situ kan. Tapi dat time aku je yg kat rak mayonis tu. Hahaha. Btw, ape yg pakcik tu cakap ade benarnye. Baru kawen, xreti nak masak, yg instant berlambak. Cume tekak ko rela nak telan or tak je kan. Ala internet kan ade. Boleh belajar slow slow acaner nak masak. Aku yg tak kawen lagi ni pun relaks je g beli barang nk masak, sambil mengadap incek google. Tu tak amik kire time tengah masak lagik. Kalu tak sedap memang salahkan incek google terus. Padahal kite punye sukatan bahan salah. Hahahaa



Nah, aku blanja gambor spageti orang puasa tapi kepale berserabut tahap teruk. Kikikiki 

Adios 

Wednesday, June 3, 2015

WORDLESS WEDNESDAY : WEFIE

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

P/s : Cerita petang semalam punye 

Btw, hidup tak perlu nak sinis sangat. Jangan sampai ape yg kite ludah ke langit, jatuh balik atas muke sendiri 





Babai! 


Tuesday, June 2, 2015

COMPLIMENT ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Teringat cerita semalam.. 

Me : Eh Kak Ngah tak amik eh fail tadi? 

Kak Ngah : eh Sayang, tertinggal la fail tu. Jap nak pergi amik. Nasib baik Nurul ingatkan. 

Few minutes later.. 

Kak Ngah : ish bagus la Nurul ni. Tolong ingatkan. Thats why Abah amik dia jadi PA dulu, Sayang. 

Me : *Clueless* 


Yeah, just a simple compliment kan tapi really made my day. 
Hanya orang yang kenal kite macam mane tau untuk puji kite da pujian tu ikhlas walaupun ayatnye secara spontan. 

Well, honestly.. I miss my old days, my old job. Busy, chaos tapi menggembirakan. 

And.. 

I miss arwah too :( 

Al Fatihah. 

p/s : Gambar nescafe tu just a kick start for Tuesday morning. Tido tak cukup. Gara gara tunggu Hawaii 50 ulangan  T___T




Monday, June 1, 2015

JUNE

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Horeeyyyy dh boleh update blog time office hour. Aku syak orang PTM yang bahagian block block ni join anak cuti sekolah. That's why tak de mende yang kene block since semalam kan. Hehehee. Tu andaian ngok ngek aku la kan.

Ari ni cipta rekod, masuk office awal. Last week memang hatrik. Seminggu deret aku masuk lambat. Muahahahaa. Hari ni before 7.30 dah keluar rumah. Siap tapau breakfast bagai.

Permulaan yang baik la kan. Untuk orang yang semangat dah terbang ke mane macam aku ni kan. Hahahaa. Eh till now aku tak buat keputusan lagik. Offer letter pun tak sampai lagik ke rumah. Aku agakla. Kalu ade mesti orang kat rumah dah call kan.

Tak pe la. Aku tak nak buat keputusan lagik. Biar cool down dulu.

Aku nak keputusan yang terbaik.

Till then.

Babai 

tt