Monday, May 25, 2015

15 Mei 2015 - Al Fatihah

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=)

Macam mane nak dimulakan pun tak tau. Perasaan masih bercampur baur. Hari ke 10, masih terasa macam baru je lagik semuanye terjadi. A simple whatsapp message ‘Aboh Mat tak dop doh’, then everything turned sorrow.  Payah kot nak digest at the first place. Serious memang aku tak percaye langsung. Along called, sahkan mende tu. Aku hang up, mandi. Tapi aku tak rase pun macam aku mandi pun. Kemas kemas barang, ajak Kak Kay balik. Bile orang mesej nak sahkan berita tu, aku rase fed up nak jawab, sebab aku sendiri tak tau betul ke tak. Yang aku ingat sepanjang jalan nak balik tu, yang sempat aku call, Puan Kakaks, En Jasmie KHSB, Zul, Kak Ngah , Kak La. Orang lain memang aku tak tergerak hati nak call.

11.30 am baru aku sampai Taman Jejawi. Lewat sikit sebab singgah rumah tukar baju kurung. Turun kete, terserempak dengan Hj Wan Razali. Air mata boleh tahan lagik, Hj Wan suruh masuk tengok cepat, sebab orang nak mandikan jenazah dah. Sampai pintu pagar, aku nampak Incek Abang je. Salam, peluk Incek Abang. Orang lain memang aku tak amik port dah. Incek Abang suruh masuk dalam, carik Cik Ha. Menonong je aku masuk. Salam. Terus pergi tengok jenazah.

TENANG. Tu yang aku nampak kat muka arwah. Sangat tenang. Setenang waktu arwah hidup. Walaupun aku tahu banyak sangat dugaan selama arwah hidup. Terkadang aku terfikir mane datang semua ketenangan yang arwah ada tu. Tak semena semena air mata mengalir laju. Hari tu hari terakhir aku akan dapat melihat arwah.

KOSONG. Itu yang aku rasa selepas arwah pergi. Terus terang banyak sangat perkara yang aku rase ralat. Start arwah admit kat Hospital Sungai Buloh lagik aku janji kalu dia sihat aku nak masakkan cekodok ikan. Aku tak sempat tunaikan.

Malam sebelum Kak Ngah akad nikah, lagik skali arwah bukak topik pasal kawen. Aku cakap aku dh passkan calon yang ade kat orang lain. Sebab aku tak ready lagik nak kawen. Pastu arwah suruh kawen cepat cepat sementara dia ada. Aku menjawab lagik, mane boleh mati dulu dia kan nak jadi saksi mase aku kawen. Lepas kenduri arwah suruh stay, tapi aku balik. Alasannye anak anak buah balik. Ermmmm kalu aku tau arwah nak pergi secepat ni, aku akan spend mase banyak banyak ngan arwah. Tapi sape la nak terduga semua ni nak jadikan.

Allah amik arwah awal sebab Allah lebih sayangkan arwah.

Ade yang kate aku tak redha dengan pemergiaan arwah. Bukan tak redha tapi masih terperanjat. Sebab arwah pergi secara mendadak.

Al Fatihah untuk Allahyarham Datuk Hj Matulidi bin Hj Jusoh.

Semoga Boss tenang di sana. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar, ilmu kehidupan, pengalaman yang sempat dikongsikan. Betul Boss, bukan semua orang berpeluang untuk merasai pengalaman ni. Bukan semua orang terpilih untuk menjadi orang terdekat dengan Boss dan keluarga. Jasa Boss untuk masyarakat Dungun terlampau banyak. U are the real Unsung Hero. Segala jasa kite tak perlu didendangkan, biar rakyat yang merasai nikmatnye. Itu yang akan saye akan ingat sampai bile-bile.

Walaupun ade yang pernah mempertikaikan keputusan saye untuk berkhidmat di bawah naungan Boss, sikit pun saye tak kesalkan, bahkan menjadi kebanggaan. Bukan kerana status, tapi saye bertuah kerana mendapat seorang boss yang menjaga agama, bangsa, dan perjuangannya. Bukan seperti segelintir pemimpin yang lain. Perjuangan Boss akan kami teruskan. Hati akan kami cekalkan. Walaupun berat, walaupun perit. 

Terlalu banyak kenangan untuk dikongsikan sepanjang berkhidmat dengan arwah. Tak termampu untuk diceritakan semua skali dalam entri ni. Erm.. Segala jasa baik Boss pada kami, hanya Allah yang mampu membalasnya. 

Semoga Boss tenang di sana. Kami akan merindui segala kenangan bersama Boss. 

Al Fatihah. 



0 comments:

tt