Sunday, January 18, 2015

3 Bulan

www.tips-fb.com






Assalamualaikum wbt 

=)

Dah tiga bulan. Ye tiga bulan *tepuk tepuk pipi sendiri* Kejap tapi rase macam dah lame.
Bile diri dah mula rase serasi, masalah lain pulak menimpa.

Susah jadik manusia ni kan. Ehhh tak susah sebenarnye, kalau kite mampu mengawal situasi.
Erm, buat mase ni aku tak mampu nak kawal kot tapi masih lagi mencuba agar tak menjadi parah.

Dalam bulan ke tiga ni jugak, aku harap pendirian hidup masih lagik utuh sampai ke bulan 5.
Tak nak jadi macam ice cream yang beku bile duk dalam freezer. Bile kena cahaya matahari, start mencair.

Ape lagik? Ermmm bulan ke tiga yang setiap hujung minggu akan terpacak depan pintu rumah.
hahaa ampunkan anak mu ini Puan Mak. Masih tak mampu  untuk hidup bersendirian di luar sana.

Encik Boss getting better day by day. Alhamdulillah. Cepat cepat sembuh boss, nanti saye masak cekodok ikan yer.

Lagik? entah.. Phrase I count U tak bawak impact untuk aku pada masa ni.

Sekian, babai

Nasi Lemak ~

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt

=)

Kejadian 2 minggu lepas. Nak taip ni pun aku dah terbayang nasi lemak. Dan, buat pertama kalinye aku rase memakan nasi lemak tu sesuatu yang ngeri. Haahahahhahaa sangat hyperbola statement tau.

Alkisahnye, ade satu hari tu ade la sorang hamba Allah tu belanja nasi lemak berbungkus bungkus kat EGEC ni. Dah le time tu kami semua baru lepas breakfast. Eh tak kan nak makan lagik kot. Badan je besar tapi perut tak berape nak besar sangat ni.

Tengah hari tu paksa jugak diri makan nasi lemak. Settled 2 bungkus. Pastu kasik akak cleaner, dia amik 2 bungkus, ade lagik balance 4 bungkus. Pastu sape amik sebungkus, tinggal lagik 3. Dah lewat, nak bagi kucing, kucing plak takde muncul. Nak tak nak terpaksa la bawak balik rumah.

Memandang tekak macam terase lagik kenasilemakan tu, bertahan untuk tidak makan sampai la pukul 11 malam. Ingatkan dah basi. Bukak bukak, elok lagi nasi lemak tu. Sambal pun tak basi lagik. Nak buang, rezeki tu. Gagahkan diri untuk makan jugak. Ye, 3 bungkus nasi lemak aku makan tengah malam tu. Memang kekenyangan. Sampai tak lena nak tido. Esok pagi bangun, tekak rasa nasi lemak. Terasa loya, try muntah tapi tak keluar pape. eh sampai office, perut terasa macam nak membuang tapi tak cirit birit. Banyak kali jugak ke toilet, tapi membuang masih dengan kadar normal.

Pagi tu nak breakfast, nampak nasi lemak terasa meremang bulu roma. Puan Mak kate aku keracunan nasi lemak. Hahaha. Memang aku kena bercuti makan nasi lemak buat sementara waktu. 5 bungkus dalam satu hari, tu aku rase rekod pencapaian yang paling membanggakan selama aku hidup 29 tahun 5 bulan 7 bulan lebih ni.

Bukan la aku nak kate aku ni tak ingat dunia, tak sedar diri sampai tak nak makan nasi lemak, tapi buat masa ni aku memang masih terase macam overdose nasi lemak. Berehat la dulu. Sebulan dua lagi kot, aku makan balik. Tapi terbayang bayang nasi lemak tu, sedap tau. Sambal pun best, masak betul betul tau. Rase cam nak g belajar je ngan tukang masak tu.



Ha lagi satu, yang dalam pic tu bukan nasi lemak yang hari tu yer. Tu hiasan semata mata.

Babai

p/s : aku makan nasi lemak tapi bukan di hari bekerja

Tak Tau ~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Jenuh cari point nak update blog. Muahahaha.. Lately ni aku perasan sangat satu perangai aku. Selalu tak tau nak ape. Hahaha.. Setiap malam, what should i wear for tomorrow? Pastu duk termenung tengok bakul baju kurung, pastu tenung pulak tudung tudung. Hahaha. Sudahnye, pick je memane baju yang bukan ikut selera hati.

Nak makan pun same jugak. Nak makan ape eh? Nak makan kat mane? Pastu air ape nak kene minum ni? Last last jadi macam Sabtu lepas. Silap buat pilihan, tersalah Order . Kekonon nak try and error la. Dah la menu tu aku tak pernah dengar. Bile suruh waiter explain pun, dia macam clueless tapi nohai, lets try. Mak aih kemain lame nk boleh dimasak. Orang lain dah kenyang, aku punyer order baru sampai. Katanye nasi goreng nafadami. Katenye semua ade dalam tu.

Sampai sampai, ade nasi goreng biase one side, yang side satu lagik ade telur bungkus. Bersangka baik. Oh nasi goreng campur telur bungkus. Sekali, bile nk godek telur bungkus tu, keluar cecair kuning. Eh apakah????

Rupenye, nugget ikan dimasak dalam sos sunquick, then wrapped dengan telur dadah. Oh maiiii. Tekak can not eat la. Aku makan nasi goreng je. Telur bungkus berisi inti pelik tu tak berusik. Otomatik tekak jadi mual. Hahaha kesian tekak jadi bahan uji kaji untuk merasa sesuatu yang otak memang tak tau. Hahaha

Tapi seriously, sejak aku masuk U sampai la zaman bekerja ni, soalan yang paling susah nak jawab, nk makan kat mane? nak makan ape..

Lagik susah daripada soalan add math rekaan Ticer Hay. Lagik susah daripada nak menjawab bile nak kahwin. Muahahahaha

Dah dah dahhhhh. Banyak merapu le sangat dah ni.

Adios 

Pak Cik Mat

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=)

Cerita petang semalam, mulenye nak g KFC, isi perut yang kelaparan sebab malas nk selongkar dapur, cari ape makanan yang ade. Separuh jalan, rase macam malas. Pusing balik, singgah Petron. Lepas tu terase macam nak makan tomyam. Niat nak ke Sabasun, cari bahan-bahan. Sekali, tengok kenderaan, di jalan raya berderet panjang. Batalkan niat ke Sabasun. Moh ke Mydin Mall, cari Sushi la untuk perut.

Dan lagik sekali niat terbatal kerana kenderaan yang berderet. Tak pe la perut, esok la kite makan yang diniatkan tu, kite beli makanan minda la pulok yer. Straight ke SMO Bookstore. Dah set dalam kepale, kalu SMO tak dapat puaskan hati, memang nak ke Pustaka Seri Intan. Hahaha

Last last stuck dalam SMO. Ramai jugak Orang. Okeh. Set dalam kepale ape yang nk dibeli. Yang paling penting, note book untuk draft pape, takkan asyik nak pakai A4 kan. Membazir tau. Tapi yang 1st dicapai novel The Unsung Hero, Ishhh jangan beli dulu, Sabauuuuuuuuuuuu. Terjumpe 'EX' AKU GILA! Beli yang ni dulu. 

Pusing pusing lagik. Jumpe notebook, tak berape comel tapi sebat je. Jalan lagik, jumpe highlighter. Ambik 4 kaler. Cukup la kan. Eh hijau tak beli la pulak. Eh tak pe la. Pusing for second round. Jumpe la yang kat bawah tu....

|

|

|

|



Jumpe Catatan Mat Luthfi. Terus amik. Lantas hati berkate, meh kite g bayor dah pulang ke pangkuan rumah sewa. Muahahahahaha...


Seee.... Ape yang diniatkan tak kan same dengan kepale bile asyik berpusing pusing dan berjalan ke hulu ke hilir. Memang damage ar poket bulan ni. See u next mOnth pulak yer SMO. Heheheee


Btw, buku Mat ni best. Simple untuk difahami tapi sangat deep.

Babai 

Tuesday, January 6, 2015

1st Chapter

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Another year to go :) Hahaha expectation untuk tahun ni aku tak tau macam ni. Setakat ni rasenye perjalanan smooth je. Kalau ade bonggol bonggol, batu batu tengah jalan tu tak tau la nanti. Mintak semuanye akan smooth sampai ke akhir tahun.

Cume skarang ni nak mengharapkan mood rajin bekerja tu datang. Still mencari x factor untuk jadi pemangkin hari hari datang Office. Muahahhaahaha

Perancangan kerja untuk setahun pun tak buat lagik. Tak de ape punnnnnn. Hahahaha parah gile idop kan. 

Untuk Cik Epal, dah 2 tahun kite bersama, lets count for another years. Dont worry im not going to mempoligamikan anda. Cehhhhhhhh

Apelagi erk? 

1st January - was on annual leave. P jenguk Incek Boss kat KMC. Alhamdulillah. He's getting better. 

2nd January - program ziarah orang sakit. Went to visit Pok Su Zahari, Kak Noji and Adik Ainun 

Hari lain lain tu tak de aktiviti dah melainkan semalam, berkejar balik dari Dungun ke Office sebab Dr J mintak report. Muahahahhaaa.. 

Lagik Lagik??? 

Tak de dahhhhhhhh

Adios

tt